Tuesday, May 1, 2018

M 188: PILIHAN RAYA UMUM KE 14 TAHUN 2018



PILIHAN RAYA UMUM KE 14
BN KECUNDANG

CERITA SEBELUM PRU 14

Sejak puluhan tahun yang lalu setiap kali berlangsungnya pilihanraya, aku memang menanti setiap keputusan sampai ke pagi. Aku akan pegang helaian surat khabar yang memaparkan calon setiap kawasan Parlimen dan DUN. Waktu itu, hatiku (dan hampir seluruh  memang berpaut kepada Barisan Nasional. Setiap kali PRU, hati ini sentiasa mengharapkan BN akan menang besar. Bukan aku sahaja, ahli keluargaku, orang kampungku dan ke mana sahaja aku bertugas 80% orang disekelilingku adalah penyokong BN.

Semasa perpecahan UMNO 1986/1988, aku adalah peminat Musa Hitam (mantan TPM). Jadi apabila Musa meletak jawatan, 2M berpecah, aku kecewa dan marah Mahathir. Aku enggan menerima situasi kerana sifat kedaerahan (Musa orang Johor). 

Apabila UMNO diharamkan pada tahun 1988, hati aku lebih kepada Team B kerana Musa Hitam ada di situ. Kebijaksanaan Mahathir menyebabkan nyawa UMNO disambung semula. Bagaimana dia buat, aku sendiri tak tahu. Yang aku faham, UMNO sudah mati. Tengku Razaleigh (Ku Li) bersama Rais Yatim dan beberapa bekas Menteri Kabinet menubuhkan Parti Semangat 46 untuk menggantikan UMNO. Tapi PMS 46 hanya mampu bertahan selama 8 tahun sahaja. Pada tahun 1996 PMS 46 dibubarkan dan ahli-ahlinya kembali menyertai UMNO.

Yang ada sekarang bukan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau United Malays National Orhganisation (UMNO) tetapi dinamakan sebagai 'UMNO Baru" sahaja. Tapi lama kelamaan 'UMNO Baru' disebut dengan UMNO sahaja. Seolah-olah UMNO 1946 tidak pernah terusik.

Tapi lama-lama apabila Musa sudah terkeluar dari main stream UMNO, perasaan ku yang menjadikan Musa sebagai idola semakin lenyap.

Semasa krisis UMNO 1998 akibat pemecatan Anwar Ibrahim, aku lebih memihak kepada Mahathir. Selepas itu aku kekal memantau perkembangan politik negara dan hati ini kekal memihak kepada UMNO. 

Semasa PRU 13, aku lihat trend anak-anak muda sudah ke arah (pro) pakatan pembangkang tidak terkecuali dua anak lelakiku yg berusia  29 dan 18 tahun. Menjelang PRU 14, semarak api anti-BN sudah sampai kemuncaknya. Dapat dilihat dari ombak sambutan kempen oleh pihak Pakatan Harapan sudah tidak dapat dibendung. Isu peribadi PM yang selama ini cuba dipertahankan oleh Menteri-Menterinya sudah tidak dapat meyakinkan rakyat. Kali ini, kesemua 6 orang anak-anakku (paling kecil pun 18 tahun) sudah tidak dapat menerima apa-apa penjelasan lagi kenapa perlu menyokong BN!!.

Perasaan sayang kepada UMNO mula berbaur apabila sekali lagi orang Johor dipecat dari jawatan TPM. Muhyiddin Yassin dipecat dalam tahun 2015 kerana mempersoalkan kejujuran Najib dalam kes 1MDB dan transaksi RM2.6 billion dalam akaun peribadi Najib. Perasaan benci kepada UMNO semakin meluap-luap apabila terdapat Menteri-Menteri UMNO seperti Zahid Hamidi, Salleh Said Keruak, Noh Omar, Nazri Aziz dan Azalina Othman.bemati-matian mempertahankan Najib dengan jawapan yang berbagai-bagai seolah-olah rakyat Malaysia adalah ahli UMNO tahun 1970an. Beberapa siasatan dilaksanakan tetapi hasilnya ialah:

(1)  Ketua Pesuruhjaya SPRM ditamatkan perkhidmatan.
(2)  Gabenor Bank Negara tidak dilanjutkan kontrak.
(3)  Peguam Negara diberhentikan secara hina.
(4)  Pengerusi dan Ahli-ahli PAC dinaikkan pangkat menjadi Menteri/Timbalan Menteri supaya siasatan terhenti.

NAMUN, sebagai pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat, segala perasaan dan kesangsian tersebut terpaksa disimpan dalam hati sahaja. Pegangan kita ialah: Anggota Kerajaan adalah bertanggungjawab kepada Kerajaan yang sedang memerintah.

Pembubaran Parlimen

Mari kita kembali kepada tajuk asal kita mengenai PRU 14. Mantan Perdana Menteri (Najib) telah mengumumkan pembubaran Parlimen Penggal ke 13 pada 6 Apr 2018 yang berkiatkuasa pada 7 Apr 2018. pembubaran ini melibatkan Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negara kecuali DUN Sarawak 

Hari penamaan calon ditetapkan pada 28 Apr 2018. Hari mengundi awal untuk anggota Tentera, Polis dan ditetapkan pada 5 Apr 2018 manakala Hari Mengundi PRU adalah pada 9 Mei 2018

Kempen PRU 14

Terlalu banyak kelainan dalam kempen PRU kali ini. Antaranya.

(1)   Dalam sejarah, Tun M berkempen secara terbuka bersama-sama musuh-musuh ketat politik selama berpuluh tahun seperti Lim Kit Siang, Ahmad Sabu, Wan Azizah, Lim Guan Eng dan lain-lain lagi.

(2)   Tun Dr Mahathir, Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun (1981 - 2003) yang baru beberapa minggu dilantik menjadi Pengerusi Pakatan Harapan (satu gabungan parti-parti yang dahulunya adalah pembangkang kepada BN) adalah insan yang memimpin gerakan untuk menjatuhkan Kerajaan BN melalui PRU 14 ini.

(2)   Tun Mahathir berberjuang berpanji-panjikan Bendera PKR yang selama ini dikibarkan untuk menjatuhkan Tun M (semasa beliau menjadi PM) dan untuk menjatuhkan Kerajaan BN. 

(3)   Buat pertama kalinya, lawan BN iaitu Pakatan Harapan  yang mengandungi 4 parti (pendaftaran dan lambangnya belum diluluskan oleh ROS) bersetuju menggunakan lambang PKR dalam PRU 14. DAP yang berusia 52 tahun sanggup berkorban buat pertama kalinya tidak menggunakan lambangnya sendiri. PPBM digantung pendaftarannya beberapa hari sebelum hari penamaan calon.

Keputusan PRU

Pada 100200H MEI 2018, pengumuman oleh SPR mengumumkan keputusan majoriti Dewan Undangan Negeri untuk 8 negeri-negeri Malaysia. Kedudukan adalah seperti berikut:

1.  Negeri Perlis. 2013 (BN). Kekal BN
2.  Negeri Kelantan: 2013 (PAS). Kekal PAS
3.  Negeri Pahang: 2013 (BN). Kekal BN
4.  Negeri Terengganu: 2013 (BN). Dimenangi oleh PAS
5.  Negeri Negeri Sembilan: 2013 (BN). Dimenangi oleh PH/PKR
6.  Negeri Pulau Pinang: 2013 (PH-DAP). Kekal PH/PKR
7.` Negeri Johor: 2013 (BN). Dimenangi oleh PH/PKR
8.  Negeri Selangor: 2013 (PH-PKR). Kekal PKR

100215H MEI 2018

Negeri Melaka: 2013 (BN). Dimenangi oleh PH/PKR

100235H MEI 2018

Negeri Perak: 2013 (BN). Dimenangi PH/PKR.

100312H MEI 2018

Negeri Kedah: 2013 (BN). Dimenangi PH/PKR

100429H MEI 2018

Pengerusi SPR mengumumkan kedudukan terakhir kerusi Dewan Rakyat.
PKR: 104
BN: 79
PAS: 18
DAP: 9 (di Sarawak)
WARISAN: 8
STAR: 1
BEBAS: 3

SECARA TIDAK RASMI, GABUNGAN TIDAK RASMI, PAKATAN HARAPAN YANG BERTANDING ATAS TIKET 'PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR)' TELAH MEMENANGI KERUSI MAJORITI DEWAN RAKYAT.

DENGAN INI, BARISAN NASIONAL (BN) - DAHULUNYA PERIKATAN - YANG TELAH MEMERINTAH  MALAYSIA - DAHULUNYA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU - SEJAK PRU 1955 TELAH DITUMBANGKAN.

100446H MEI 2018

Negeri Sabah: 2013 (BN). BN memenangi majoriti kerusi DUN Sabah tetapi kedudukan kerjasama WARSAN (21), DAP (6) dan PKR (2) juga menjadi jumlah 29 kerusi. Ini menjadikan kedudukan di Sabah 50-50.

Catatan:

1.   Negeri Sarawak: Tiada Pilihan Raya Negeri dilaksanakan.
2.   Wilayah Persekutuan (KL/Putrajaya/Labuan): Tiada DUN

Sidang akhbar oleh Tun Dr Mahathir pada jam 0245H MEI 2018.


KEDUDUKAN TERKINI KERUSI DEWAN RAKYAT PADA 10 MEI 2018.

PAKATAN HARAPAN (PKR + DAP + PAN + PPBM): 122
BN: 79
PAS: 18
WARISAN: 8 (MENYERTAI PAKATAN HARAPAN)
STAR: 1 
BEBAS: 3 


PEMBENTUKAN KERAJAAN PUSAT

102000H MEI 2018

YAB Tun Dr Mahathir bin Mohammad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 7 di hadapan SPB Yang Di Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V di Istana Negara.


Image result for angkat sumpah PM ke 7

PEMBENTUKAN KERAJAAN NEGERI DAN PERISTIWA POLITIK 


1
101130H MEI 2018: YAB Dato' Hj Ahmad bin Yaakob mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan.


KOTA BHARU. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pekan, Datuk Ahmad Yakob mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar bagi penggal kedua di Istana Kota Lama, di sini hari ini.

Istiadat mengangkat sumpah dan menerima watikah pelantikan itu bermula pada pukul 11:30 pagi di hadapan Pemangku Raja Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra.

Turut menyaksikan istiadat itu ialah Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Tengku Muhammad Rizam Tengku Aziz, Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Bache dan Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Kerajaan Pas Kelantan berjaya mengekalkan pentadbiran negeri ini dengan  majoriti besar apabila berjaya memenangi 37 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Bagi kerusi Parlimen, Pas berjaya memenangi sembilan daripada 14 kerusi yang dipertandingkan. - UTUSAN ONLINE

2
102100H MEI 2018: YAB Dr Ahmad Shamsuri bin Mokhtar mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu.


KUALA TERENGGANU.  ADUN Ru Rendang, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepati ramalan apabila dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu yang baharu, selepas PAS memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), semalam.

Pelantikan Setiausaha Politik Presiden PAS itu diperkenan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada istiadat angkat sumpah jawatan dan menandatangani watikah di Istana Syarqiyyah, Chendering, di sini, sebentar tadi.

Bekas Ketua Jabatan Aeroangkasa Universiti Putra Malaysia (UPM) berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Leeds, United Kingdom itu disenaraikan sebagai calon Menteri Besar bersama dua lagi nama lain.

Pemilihan Dr Ahmad Samsuri yang juga pakar aeroangkasa itu dikatakan usaha PAS menampilkan generasi kepimpinan baharu di Terengganu dengan menggembleng tenaga teknokrat dan ulama.

Selain pelantikan Ahmad Samsuri, 48, yang juga anak jati Besut itu sebagai Menteri Besar Terengganu yang ke-15, Sultan Mizan turut memperkenankan pelantikan 10 EXCO kerajaan negeri.

Mereka yang dilantik ialah ADUN Ladang, Tengku Hassan Tengku Omar; Wan Sukairi Wan Abdullah (Wakaf Mempelam); Mohd Nor Hamzah (Bukit Payung); Dr Alias Razak (Bukit Tunggal) dan Hanafiah Mat (Chukai).

Lima lagi yang dilantik EXCO ialah Satiful Bahri Mamat (Paka); Dr Azman Ibrahim (Jabi); Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman (Kota Putera); Mamat Puteh (Kuala Berang) dan Ariffin Deraman (Alor Limbat).

Pelantikan itu selaras dengan Syarat (1) Perkara 10 Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu yang dibaca bersama perenggan (a) di bawah Syarat (2) Perkara 14.

Dengan pelantikan itu, Dr Ahmad Samsuri bersama 10 EXCO dilantik akan memulakan tugas di Wisma Darul Iman, pagi esok.

Keputusan PRU-14 menyaksikan PAS kembali menjadi kerajaan negeri buat kali kedua selepas PRU-10 pada 1999 dengan majoriti dua pertiga.

PAS negeri mendominasi 22 daripada keseluruhan 32 kerusi DUN dan enam daripada keseluruhan lapan kerusi Parlimen di seluruh negeri, menewaskan BN pimpinan Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang hanya memenangi 10 kerusi DUN dan dua kerusi.


3
101350H MEI 2018: UPKO keluar BN: Pemangku Presiden dan 5 ADUN tak sehaluan

Pemangku Presiden Pertubuhan UPKO Datuk Seri Wilfred Madius Tangau mengumumkan bahawa majlis tertinggi parti itu telah membuat keputusan untuk keluar BN dan menyokong Parti Warisan Sabah. Menurut Tangau, ini adalah untuk memudahkan usaha membentuk kerajaan negeri baru.

Bagaimanapun, lima ADUN UPKO yang menang pada pilihan raya menafikan bahawa mereka akan menyokong WARISAN dan menegaskan bahawa mereka akan kekal dengan BN. Ini ditegaskan semasa sidang akhbar dengan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Musa Aman di Sri Gaya hari ini.

Tangau dan rakannya dalam UPKO, Donald Peter Mojuntin sebelum ini telah mengunjungi kediaman Presiden WARISAN, Datuk Mohd Shafie Apdal di Kota Kinabalu.
Tangau memenangi kerusi Parlimen Tuaran, tetapi Mojuntin gagal di kerusi DUN Moyog.

Sementara itu, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Datuk Jeffrey Kitingan berkata pihaknya akan bekerjasama dengan BN di Sabah. Dengan dua kerusi DUN Star, BN kini mempunyai 31 kerusi di Dewan Undangan Negeri, cukup untuk membentuk kerajaan negeri. Jeffrey mengesahkan keputusannya itu semasa sidang akhbar dengan Musa hari ini, lapor Utusan Malaysia.

Jika UPKO benar-benar menyertai WARISAN, bersama-sama dengan PKR dan DAP, pakatan itu akan mempunyai 34 kerusi Dewan Undangan Negeri, lebih daripada cukup untuk membentuk kerajaan negeri Sabah.

Pada masa ini, BN mempunyai 29 kerusi DUN. Star memenangi dua kerusi DUN dan satu kerusi parlimen

4 112300H MEI 2018: YAB Tan Sri Musa bin Aman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah


KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Tan Sri Musa Aman mengangkat sumpah sebagai ketua menteri buat penggal ke-5. Beliau mengangkat sumpah di depan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri pada jam 11 malam.

Musa pertama kali dilantik sebagai ketua menteri Sabah pada 2003 mengikut sistem penggiliran yang diperkenalkan pada 1994, sebelum dimansuhkan pada 2004. BN negeri di bawah pimpinannya mencapai kemenangan pada pilihan raya umum (PRU) 2004, 2008 dan 2013. Bagaimanapun, dalam pilihan raya umum ke-14 semalam, BN gagal mencapai majoriti mudah, apabila hanya berjaya memenangi 29 daripada keseluruhan 60 kerusi negeri.

Berbanding PRU 2013, BN Sabah memenangi 48 kerusi dan mendapat 3 kerusi tambahan selepas ADUN pembangkang berpaling tadah dan menyertai BN beberapa bulan berikutnya.

Gabungan pembangkang, Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Pakatan Harapan (PH) memenangi 29 kerusi, manakala parti pembangkang tempatan, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) memenangi 2 kerusi negeri di bawah Parlimen Keningau.

Ini menjadikan STAR sebagai penentu dan Presidennya, Datuk Jeffrey Kitingan memilih untuk menyokong Musa bagi membolehkan ADUN Sungai Sibuga itu membentuk Kerajaan Negeri dengan 31 kerusi negeri.

Pagi tadi, kebimbangan timbul selepas Pemangku Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau memutuskan untuk meninggalkan BN dan menyokong Warisan dengan harapan 5 ADUNnya akan mematuhi arahan parti. Bagaimanapun, 5 ADUN UPKO itu – Datuk Masiung Banah, Datuk Abidin Madingkir, Ewon Benedick, Datuk Bobby Suan dan Datuk Limus Jury mengingkari arahan Wilfred dan kekal bersama BN untuk menubuhkan kerajaan negeri.

Musa juga turut mengumumkan barisan Kabinetnya.


Barisan Kabinet Musa Aman:

(1)   Datuk Seri Masidi Manjun: Timbalan KM 1 merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar
(2)   Datuk Hajiji Noor: Timbalan KM 2 merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur
(3)   Datuk Dr Jeffrey Kitingan: Timbalan KM 3 merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan
(4)   Datuk Bobbey Suan: Menteri Tugas-Tugas Khas
(5)   Datuk Ellron Angin: Menteri Pembangunan Luar Bandar 
(6)   Datuk Bolkiah Ismail: Menteri Pembangunan Perindustrian
(7)   Datuk Jahid Jahim:Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan
(8)   Datuk Masiung Banah: Menteri Belia dan Sukan
(9)   Datuk Musbah Jamli: Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat 
(10) Datuk Anita Baranting: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna

1111218H MEI 2018: PM Tun Mahathir umum penubuhan 10 Kementerian

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumum 10 kementerian yang akan membentuk Kabinet awal baharu Pakatan Harapan (PH).

Perdana menteri berkata ini bagi membolehkan mereka segera melaksanakan janji-janji yang dinyatakan dalam manifesto Pakatan Harapan sebelum ini. Beliau turut menegaskan peranan semua parti dalam Pakatan Harapan adalah sama. Justeru semua parti akan mempunyai wakil dalam jemaah menteri berkenaan.

Dalam satu sidang media khas yang diadakan di Kuala Lumpur sebentar tadi, Tun mengumumkan kementerian terbabit adalah:

1)    Kementerian Kewangan,
2)    Kementerian Dalam Negeri,
3)    Kementerian Pertahanan,
4)    Kementerian Pendidikan,
5)    Kementerian Pembangunan Luar Bandar,
6)    Kementerian Ekonomi,
7)    Kementerian Kerja Raya,
8)    Kementerian Pengangkutan,
9)    Kementerian Multimedia Sains dan Teknologi

10) Kementerian Luar Negeri

5 111530H MEI 2018: YAB Dato' Seri Mohd Azmin bin Ali mengangkat sumpah sebagai Dato' Menteri Besar Selangor.


SHAH ALAM: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor di Istana Alam Shah sebentar tadi. Istiadat mengangkat sumpah jawatan dan ikrar Aku Janji itu diadakan di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Mohamed Azmin ,54, yang juga ADUN Bukit Antarabangsa dilantik sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal ketiga selepas Pakatan Harapan (PH) berjaya mempertahankan negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Mohamed Azmin turut melafazkan ikrar Aku Janji merangkumi 10 perkara yang perlu beliau penuhi serta patuhi sepanjang memegang jawatan Itu.

Antara Aku Janji itu ialah memelihara serta memastikan agama Islam tidak diganggu gugat serta menghormati agama bukan Islam; memelihara institusi raja dari dicaci serta diganggu; mematuhi arahan tuanku sultan.

Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu serta kepentingan sah kaum lain; melaksanakan tugas dengan penuh integriti serta bertanggungjawab; mendahulukan rakyat; memastikan kemakmuran negeri ini ditahap tertinggi.

Lain-lain ialah memelihara jawatan yang diamanahkan dari dicemari tindakan menyalahi undang- undang dan,memelihara perpaduan.

Istiadat itu turut disaksikan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

PRU-14 menyaksikan PH berjaya meraih 51 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala Barisan Nasional (BN) hanya empat kerusi dan PAS satu kerusi.

6 111600H MEI 2018: YAB Hj Dr Adly bin Zahari  mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka.



AYER KEROH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil, Adly Zahari mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-11 di hadapan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob, sebentar tadi.

Surat pengisytiharan watikah pelantikan Ketua Menteri Melaka yang baharu itu dibacakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Roslan Ibrahim.

Adly, 47, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Melaka, menggantikan bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron dari Barisan Nasional (BN).

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Rabu lalu, Adly yang juga lulusan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam bidang kejuruteraan elektrik menewaskan dua pencabarnya, Datuk Yunus Hitam dari BN dan Muhamat Bedol dari PAS dengan majoriti 3,159 undi.

Pakatan Harapan memperoleh majoriti mudah selepas menguasai 15 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Melaka.

7111615H MEI 2018: YAB Dato' Seri Mukhriz bin Tun Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah.

ALOR SETAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Kedah ke-13 di Istana Anak Bukit, di sini, sebentar tadi.

Mukhriz yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah mengangkat sumpah taat setia jawatan itu di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah sebelum menandatangani watikah pelantikan.

Ini kali kedua Mukhriz mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah dengan yang pertama ketika bersama Barisan Nasional (BN) selepas parti itu merampas penguasaan negeri daripada PAS melalui Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pelantikan Mukhriz itu sekali gus menutup spekulasi mengenai calon Menteri Besar Kedah, selain status PH yang diuar-uar berisiko dicabar sekiranya PAS dan BN bergabung di negeri ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), PH yang menggunakan logo PKR memenangi 18 daripada 36 kerusi DUN, manakala PAS (15) dan BN (tiga).


111844H MEI 2018: Enam ADUN BN Sabah Masuk Warisan

Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Seri Shafie Apdal mengumumkan enam wakil dewan undangan negeri dari Umno dan Upko menyertai WARISAN.

Shafie menjelaskan beliau sudah berjumpa dengan Yang Dipertua Negeri Sabah untuk meninjukkan WARISAN mempunyai sokongan majoriti dan berkata terpulang kepada Yang Dipertua untuk meminta Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman meletakkan jawatan.

Enam ADUN itu terdiri daripada empat ADUN Umno dan dua ADUN Upko.
ADUN Umno yang terlibat adalah Abdul Muis Pichu (Sebatik); Hamisa Samat (Tanjong Batu); Osman Jamal (Balung); dan Jamawi Jaafar (Kemabong).

Sementara ADUN Upko yang terlibat adalah Ewon Benedick (Kedamaian) dan Abidin Madingkir (Paginatan).


WARISAN bersama sekutunya PKR dan DAP kini memiliki 35 kerusi berbanding BN cuma 25 kerusi.


120900H MEI 2018: PBRS Keluar BN Masuk PH

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) hari ini mengikut jejak Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) keluar daripada Barisan Nasional (BN) dan seterusnya memohon untuk menyertai Pakatan Harapan (PH).

Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup, ketika mengesahkan perkara itu berkata, keputusan berkenaan dibuat kelmarin tetapi hanya dapat diumumkan hari ini selepas mendapat persetujuan Majlis Tertinggi parti itu malam tadi.

“Keputusan keluar BN dibuat kelmarin iaitu pada masa yang hampir sama ketika UPKO mengumumkan pendirian mereka, namun saya perlu berbincang terlebih dahulu dengan ahli Majlis Tertinggi.

"PBRS akan buat permohonan rasmi kepada PH. Kita sudah mengemukakan hasrat kita untuk menyertai pakatan itu dan ia mendapat maklum balas yang baik. Keputusan itu dibuat selepas menilai semula kedudukan mereka dalam BN. Sekarang BN sudah tumbang, jadi kita perlu buat keputusan yang membolehkan kita terus berkhidmat kepada rakyat dengan baik sebagai wakil rakyat” katanya kepada NSTP. 

PBRS mempunyai satu kerusi Parlimen iaitu Pensiangan yang dipegang anak Kurup, Arthur dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipegang Datuk Ellron Alfred Angin.

Ketika ditanya sama ada beliau ada bercakap atau berjumpa dengan pemimpin PH negeri atau Parti Warisan Sabah (WARISAN), Kurup enggan mengulas atau menyebut nama, namun menekankan partinya sedia bekerjasama dengan pakatan WARISAN-PH.

UPKO adalah parti komponen BN yang pertama mengumumkan keputusan keluar daripada gabungan itu dan menyertai pakatan WARISAN-PH ketika menemui Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, kelmarin. Ia kemudian disusuli sebuah lagi parti komponen BN Sabah iaitu Parti Liberal Demokratik (LDP), semalam. Tindakan LDP itu disebabkan kekalahan teruk parti berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) selepas tewas di semua empat kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen.



121025H MEI 2018: Tiga ADUN Johor menyertai PH.

OHOR BAHRU - Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada UMNO mengumumkan keluar parti dan menyertai Pakatan Harapan. Pengumuman itu dibuat di sebuah hotel di sini sebentar tadi.

Tindakan itu diketuai ADUN Sedili, Rasman  Ithnain dan disertai ADUN Johor Lama,  Rosleli Jahari dan ADUN Endau, Alwiyah Talib. Menurut Rasman, keputusan tersebut dibuat untuk kepentingan rakyat.

8 121100H MEI 2018: YAB Haji Aminuddin bin Harun mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.


Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan Aminuddin Harun hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai menteri besar Negeri Sembilan yang ke 8.  
Aminuddin, 51 mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti di Kuala Pilah.

Turut berangkat ke Istiadat Penyerahan Watikah, Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan itu ialah Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dan Putera Yang Empat iaitu Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan Tunku Panglima Besar Tunku Nadzaruddin Almarhum Tuanku Jaafar.

Hadir sama Undang Luak Johol Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Datuk Muhammed Abdullah bersama isteri, Undang Luak Sungai Ujong Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Dohak dan Undang Luak Rembau Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman.

Lahir pada 2 Jan 1967 di Kampung Pachitan, Port Dickson, Aminuddin dan isteri Wan Hasni Wan Yusof, 48 mempunyai lima anak iaitu tiga lelaki dan dua perempuan.

Beliau menerima pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah, Port Dickson sebelum melanjutkan pelajaran di Institut Teknologi Mara (sekarang UiTM) dalam bidang perniagaan.

Aminuddin yang merupakan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat selama tiga penggal sejak 2008 pernah bertugas sebagai pegawai penyiasat Badan Pencegah Rasuah dari 1991 hingga 1995.

Pada 1995, beliau menyertai syarikat Golden Hope Furniture Sdn Bhd sebagai ketua pengurusan pengeluaran dan kemudian di MCIS Safety Glass (M) Sdn Bhd sebagai Eksekutif Senior dari 1996 sehingga 2008 sebagai ketua bahagian jualan, jawatankuasa pengurusan, panel siasatan dalaman dan auditor ISO/TS 16949:2002.

Sebelum menyertai PKR yang sebelum ini dikenali Keadilan pada 1999, Aminuddin merupakan anggota Umno dan pernah menjadi setiausaha Umno Cawangan Kampung Pachitan (1995-1998) serta Setiausaha Pemuda Umno DUN Jimah (1997-1998).

Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR sejak 2014 itu turut aktif dalam badan bukan kerajaan antaranya Persatuan Wadah Pencerdasan Umat (Wadah) dan Angkatan Belia Islam Malaysia.

Dalam ucapannya pada istiadat itu, Aminuddin menjunjung kasih atas perkenan Tuanku Muhriz melantik beliau menerajui kerajaan negeri.

“Sempena istiadat ini, patik mohon melafazkan ikrar taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Sesungguhnya jalinan keakraban dengan institusi raja yang telah diwarisi sejak turun- temurun di bumi beradat ini akan terus dipelihara dan diperkukuh demi kegemilangan negeri yang tercinta ini,” katanya.

Aminuddin juga berikrar akan menyempurnakan tugas mentadbir negeri dengan baik dan penuh keikhlasan dan kejujuran.


Selepas upacara mengangkat sumpah itu, Aminuddin dijadualkan akan menziarahi bapanya di Kampung Panchitan bagi memohon restu.

9
121530H MEI 2018. YAB Datuk Osman bin Sapian mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor.


JOHOR BAHRU - ADUN Kempas, Datuk Osman Sapian mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang baharu di Istana Bukit Serene di sini hari ini. Majlis angkat sumpah itu dilakukan pukul 3.30 petang di Balai Mengadap Istana dihadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Berangkat sama pada majlis itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail dan Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman.

Osman, 67, yang juga Setiausaha Pakatan Harapan (PH) negeri menjadi Menteri Besar yang ke-16 menggantikan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) 9 Mei lalu, Osman menang majoriti 9,178 undi mengalahkan dua calon lain, Datuk Ramli Bohani (Barisan Nasional) dan Dzulkifli Suleiman (Pas).

Semalam, Pengerusi PH Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menghadap Sultan Ibrahim di Istana Pasir Pelangi di sini bagi memohon perkenan baginda untuk menubuhkan kerajaan baharu Johor serta menyerahkan tiga nama untuk jawatan Menteri Besar. Selain Osman, dua lagi nama yang dicadangkan adaah ADUN Simpang Jeram, Salahuddin Ayub serta ADUN Parit Yaani, Aminolhuda Hassan.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) 9 Mei lalu, PH memenangi 36 kerusi menewaskan Barisan Nasional (19) dan Pas (1) sekaligus menang majoriti untuk membentuk kerajaan.


121530H MEI 2018: Perdana Menteri YAB Tun Dr Mahathir  mengumumkan perlantikan 3 dari 10 Menteri utama.


Pakatan Harapan (HARAPAN) hari ini mengumumkan tiga daripada 10 Menteri kabinetnya.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tiga pemimpin parti itu mengisi jawatan kementerian yang paling kanan.

Senarai Menteri Kabinet (Nukleas) Tun Mahathir:

(1)  Perdana Menteri: YAB Tun Dr Mahathir bin Mohamad ( Pengerusi Pakatan Harapan dan Pengerusi PPBM)
(2)  Timbalan Perdana Menteri: YAB Dato' Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail (Presiden Pakatan Harapan dan Presiden PKR)
(3)  Menteri Kewangan: YB Lim Guan Eng ( Timbalan Presiden PH dan Setiausaha Agung DAP) 
(4)  Menteri Dalam Negeri: YB Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin (Timbalan PH dan Presiden PPBM)
(5)  Menteri Pertahanan: YB Mohamad Sabu (Timbalan PH dan Presiden AMANAH)

Dr Mahathir juga mengumumkan pelantikan beberapa tokoh terkemuka negara untuk menjadi anggota majlis penasihat kerajaan. Mereka ialah:

(1)  YABhg Tun Daim bin Zainuddin (Penasihat Kewangan)
(2)  YBhg Tan Sri Dr Ungku Zeti Akhtar Aziz bin Ungku Abdul Aziz (Penasihat Kewangan)
(3)  YBhg Tan Sri Mohd Hassan Marican (Penasihat Korporat)
(4)  YBhg Tan Sri Robert Kuok (Penasihat Korporat)
(5)  YBhg Prof Dr Jomo Kwame Sundaram (Penasihat Ekonomi)


Kata Dr Mahathir nama tujuh lagi menteri untuk melengkapkan jumlah 10 kementerian awal kerajaan baru ini akan diumumkan kemudian. 


121500H MEI 2018: YB Dato Sri Najib Razak mengumumkan perletakan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN. Kedua-dua jawatan tersebut dilaksanakan oleh Dato Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi.



121700H MEI 2018: PBS keluar BN, bentuk Gabungan Bersatu

PENAMPANG: Parti Bersatu Sabah (PBS) mengumumkan keluar daripada Barisan Nasional (BN) untuk membentuk dan menerajui satu landasan baharu politik di negeri ini yang dinamakan Gabungan Bersatu.

Presidennya, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, berkata landasan itu menggunakan model PBS Plus STAR (Parti Solidariti Tanah Airku) yang akan disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti lain.

Beliau berkata, ADUN UMNO termasuk Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman; Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) serta penyokong masing-masing akan dipelawa menyertai PBS sebagai ahli parti.

Bagaimanapun, katanya, pemimpin STAR dan penyokong mereka kekal dalam parti itu dan satu perjanjian kerjasama politik berhubung pembentukan landasan baharu itu akan ditandatangani dalam masa terdekat.

"Berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di peringkat Persekutuan dan negeri, jelas menunjukkan BN bukan lagi gabungan politik yang menguntungkan.

"Disebabkan itu, PBS membuat keputusan keluar daripada BN dan akan menerajui landasan politik baharu untuk semua parti yang sehaluan di Sabah," katanya di Ibu Pejabat PBS di Donggongon, di sini, hari ini.

Pairin yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, PBS terus menyokong kerajaan negeri yang dibentuk secara sah mengikut undang-undang dan kepemimpinan Musa sebagai Ketua Menteri Sabah.

Beliau berkata, pihaknya menawarkan PBS sebagai landasan tunggal yang terbuka kepada semua wakil rakyat kerajaan untuk menjadi ahli bagi meneruskan perjuangan politik mereka dan berkhidmat kepada rakyat Sabah.



Sehingga hari ini, semua parti komponen BN dari Sabah sudah meninggalkan BN dimulai oleh UPKO, Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), disusuli PBS.


10 121815H MEI 2018: YAB Ahmad Faizal bin Dato Azumu mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak.


KUALA KANGSAR:  Pengerusi Pakatan Harapan Perak, Ahmad Faizal Azumu mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak kerajaan Pakatan Harapan. Majlis pengurniaan watikah pelantikan dan angkat sumpah berlangsung di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah di sini hari ini.

Dalam PRU-14, Ahmad Faisal menang DUN Chenderiang mengalahkan calon BN, Choy Sin Heng dan calon Pas, Nordin Hassan dengan majoriti 4,767 undi. Beliau juga menang Parlimen Tambun mengalahkan penyandangnya, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (BN) dan Muhamad Zulkifli Mohamed Zakaria (PAS) dengan majoriti 5,320 undi.

Majlis angkat sumpah itu berlangsung kira-kira jam 6.15 petang selepas Sultan Nazrin berpuas hati bahawa Pakatan Harapan (HARAPAN) mempunyai majoriti ahli dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. Dengan pelantikan itu juga cita-cita PAS yang mengusulkan pembentukan kerajaan perpaduan - dan tanpa pembangkang - berkecai.

DUN Perak berdepan kebuntuan apabila tiada mana-mana parti memperolehi majoriti mencukupi bagi membentuk kerajaan negeri. Hasil pilihan raya umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei lalu BN memperoleh 27 kerusi manakala HARAPAN 29. Pada masa sama PAS memiliki 3 kerusi.

BN cuba membentuk kerajaan bersama PAS namun parti itu menawarkan penyelesaian tersendiri hasil perbincangan peringkat tertinggi parti berkenaan di Marang, Terengganu. Walaupun mempunyai tiga PAS meletakkan tiga syarat untuk menyertai kerajaan tanpa pembangkang itu. Antaranya MB mesti beragama Islam dan mendapat sokongan majoriti ADUN beragama Islam.

Bagaimanapun HARAPAN mendapat majoriti yang diperlukan selepas dua ADUN BN memberikan sokongan kepada gabungan berkenaan. Tiada mana-mana pihak mahu mendedahkan identiti ADUN yang menyertai PH namun memetik sumber The Star Online mendakwa mereka ialah Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi dan Datuk Zainol Fadzi Paharuddin. Nolee Ashilin memenangi kerusi DUN Tualang Sekah manakala Zainol Fadzi Sungai Manik. Kedua-dua mereka ialah bekas exco dalam kerajaan sebelum ini.

Turut hadir di majlis mengangkat sumpah itu ialah Pengerusi AMANAH Perak, Asmuni Awi, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dan bekas menteri besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.


121830H MEI 2018: SITUASI TERBARU DI SABAH.

Situasi politik di Sabah berubah apabila 6 ADUN dari BN menyertai WARISAN menjadikan kedudukan DUN Sabah WARISAN (29) + 6 = 35 dan BN (29 - 6 = 23) + STAR (2) = 25.

Kedudukan ini membuatkan Kerajaan BN yang dibentuk oleh Tan Sri Musa Aman (mengangkat sumpah jam 2300 semalam) tumbang kerana kehilangan majoriti di DUN Sabah yang mengandungi 60 anggota.

11 122115H MEI 2018: YAB Datuk Seri Mohd Shafie bin Hj Apdal mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah.

KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah di Istana Negeri, di sini, sebentar tadi.

Mohd Shafie, 61, mengangkat sumpah jawatan itu pada jam 9.15 malam di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.

Upacara angkat sumpah turut dihadiri isteri Juhar, Toh Puan Norlidah RM Jasni, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) WARISAN serta PKR dan DAP, selain dipercayai enam ADUN Barisan Nasional (BN) yang menyertai parti itu. Turut hadir upacara itu ialah pegawai tinggi kerajaan negeri dan Persekutuan.

Mohd Shafie mengangkat sumpah selepas parti pimpinannya bersama PKR dan DAP memiliki 35 daripada 60 kerusi DUN, sekali gus boleh membentuk kerajaan dengan majoriti mudah. Bagaimanapun, pergolakan politik di Sabah dipercayai berterusan berikutan Pengerusi BN Sabah, Tan Sri Musa Aman yang mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di Istana Negeri, Khamis lalu, menafikan beliau meletak jawatan, petang tadi. Malah, tengah hari tadi Musa mempengerusikan mesyuarat Kabinet negeri yang pertama di Pejabat Pentadbiran Kerajaan Negeri, di sini.

12 141110H MEI 2018: YAB Chow Kon Yeow mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.


GEORGETOWN: Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow hari ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang kelima.

Chow, 60, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota, melafazkan sumpah memegang jawatan itu di hadapan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas pada pukul 11.10 pagi di Seri Mutiara. Turut hadir pada majlis itu ialah isteri Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Toh Puan Majimor Shariff.
Selain itu, isteri Chow, Tan Lean Kee, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan isteri Betty Chew Gek Cheng serta pimpinan Pakatan Harapan (PH) negeri hadir sama.

Chow yang juga Anggota Parlimen Tanjong dilantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang baharu selepas PH yang terdiri daripada DAP, PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (Amanah) memenangi 37 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 11 kerusi Parlimen di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lepas. Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi DUN dan 13 kerusi Parlimen.

DAP dan PKR masing-masing berjaya mengekalkan 19 dan 14 kerusi DUN yang dimenangi mereka pada PRU13 manakala PPBM pula menang di Teluk Bahang dan Bertam, sebelum ini adalah kerusi milik PKR, dan Amanah di Permatang Pasir dan Bayan Lepas.

Barisan Nasional (BN) mempertahankan dua kerusi DUN yang dimenangi pada PRU13 iaitu Sungai Dua dan Permatang Berangan manakala PAS menang di Penaga. 

Pada PRU14, Chow menang di DUN Padang Kota dengan majoriti 7,808 undi selepas memperoleh 9,278 undi menewaskan calon BN, H'ng Khoon Leng (1,470 undi) dan calon Parti Bersama Malaysia (MU) Goh Saik Wei (71 undi). Chow turut menang di kerusi Parlimen Tanjong dengan majoriti 29,599 undi selepas memperoleh 34,663 undi menewaskan calon BN Ng Siew Lai yang mendapat 5,064 undi. 

Beliau juga merupakan bekas exco kerajaan negeri di bawah portfolio Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri. - BERNAMA


141531H MEI 2018: 2 ADUN Umno sokong HARAPAN di Perak gugur ahli

Dua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno di Perak yang menyokong kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) digugurkan keanggotaan mereka serta merta, kata pemangku presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Secara automatik mereka gugur sebagai anggota Umno, bukan lagi anggota Umno kerana menyokong kerajaan yang bukan di bawah BN. Tak ada peraturan dan perlembagaan yang mengatakan, anggota menyokong parti pembangkang masih jadi ahli.

Semalam, ADUN Tualang Sekah Nolee Radzi berkata beliau menyokong Menteri Besar dari HARAPAN, Ahmad Faizal Azumu membentuk kerajaan untuk memastikan kestabilan di negeri ini dan rakyatnya. Ini kerana Perak masih tidak mempunyai kerajaan negeri, tiga hari selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) diadakan pada 9 Mei lalu.

Sementara itu, ADUN Sungai Manik Zainol Fadzi Paharuddin juga memberitahu media bahawa beliau tidak melompat parti, tetapi hanya menyokong Faizal untuk menjadi menteri besar. Bagaimanapun, menurut laporan Seehua Daily, Zainol dalam satu sidang media hari ini di Ipoh mengumumkan akan menyertai Parti Pribumi Bersatu (BERSATU).


Pada PRU14 yang diadakan pada Rabu lalu, HARAPAN memenangi 29 kerusi, kurang satu daripada 30 kerusi yang diperlukan untuk membentuk majoriti mudah dalam dewan undangan negeri Perak.


13 151500H MEI 2018: YAB Dato' Sri Wan Rusdi bin Wan Ismail mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang.


PEKAN: ADUN Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Pahang yang baru untuk tempoh 2 tahun atau sehingga tempoh yang diperkenankan.

Istiadat pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Pahang itu berlangsung di hadapan Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Balairung Seri Istana Abu Bakar di sini petang ini.

Turut berangkat Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah dan Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Haji Ahmad Shah.

Pelantikan Wan Rosdy itu bagi menerajui kerajaan Barisan Nasional (BN) Pahang menggantikan Datuk Seri Adnan Yaakob yang memimpin negeri tersebut sejak 1999.


Pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) minggu lepas, Wan Rosdy yang menyandang DUN Jelai sejak 2004 menang dengan majoriti 3,507 undi, mengatasi calon PAS, PKR dan PSM.



Negeri Perlis merupakan negeri terakhir di Malaysia yang membentuk Kerajaan Negeri

Perlis - Kerajaan BN adalah mandatori. BN memenangi PRU DUN dengan 10 kerusi dan PH mendapat 3 kerusi manakalan PAS 2 kerusi.

14
241110H MEI 2018: Dato' Seri Azlan bin Man  mengangkat sumpah sebagai MB Perlis.

ARAU: Datuk Seri Azlan Man sah menjadi Menteri Besar Perlis untuk penggal kedua apabila mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di Balai Menghadap, Istana Arau, di sini, sebentar tadi.

Istiadat mengangkat sumpah jawatan itu berlangsung di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, sekitar jam 11.10 pagi.

Azlan Man, 60, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bintong, dilantik sebagai Menteri Besar Perlis bagi penggal kedua selepas Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

PRU-14 menyaksikan BN berjaya meraih 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala PH hanya tiga kerusi dan PAS dua kerusi.

Istiadat itu sekali gus menamatkan krisis perlantikan Menteri Besar Perlis yang masuk hari ke-14 selepas PRU-14 pada 9 Mei lalu, susulan tindakan Pengerusi BN Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, mengumumkan nama ADUN Tambun Tulan, Datuk Ismail Kassim, yang juga adiknya, sebagai calon Menteri Besar yang baharu.

Bagaimanapun, timbul persoalan baharu apabila sembilan ADUN BN tidak hadir (memboikot) pada majlis mengangkat sumpah itu. Mereka difahamkan berada di Kuala Lumpur.


Sebaliknya, tiga ADUN Pakatan Harapan (PH) dan dua ADUN PAS hadir.



Image result for logo malaysia
Parlimen Malaysia Penggal ke 14  
(Tempoh: 2018 – 2023)

Tarikh Penamaan Calon: 28 Apr 2018.
Tarikh Pilihan Raya: 9 Mei 2018
(Pengundi Awal pada 5 Mei 2018)


Berikut merupakan senarai kawasan pengundian Parlimen dan diikuti dengan kawasan pengundian Dewan Undangan Negeri di Malaysia untuk PRU ke 14 TAhun 2018. 

Sempadan kawasan pengundian dan sempadan kawasan pentadbiran boleh mengatasi satu sama lain dan seringkali tidak boleh serupa dengan setiap yang lain. Kerusi Parlimen (peringkat kebangsaan) diwakili tanda P.xxx manakala kerusi DUN (peringkat negeri) diwakili tanda N.xx. Terdapat 222 kerusi Parlimen dan juga 576 kerusi DUN secara keseluruhannya.

Kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ini telah diwartakan setelah proses persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003. Bagaimanapun terdapat berberapa perubahan persempadanan yang diluluskan dalam Sesi Sidang Parlimen ke 5 Penggal ke 13 bulan April 2018.


Perlis

Parlimen: 3
BN (2)
PH (1)

DUN: 15
BN(10)
PH(3)
PAS (2)

P.001  Padang Besar: TB Dato' Zahidi bin Zainol Abidin.         

P.002  Kangar: YB Noor Amin bin Ahmad -PH(PKR)       

P.003  Arau: Dato' Seri Dr Shahidan bin Kassim.   


Kedah

Parlimen: 15
BN (2)
PH (10)
PAS (3)

DUN: 36
BN(3)
PH(18)
PAS (15)

P.004  Langkawi:  Tun Dr Mahathir bin Mohamad (PKR-PPBM)     

P.005  Jerlun: Dato' Seri Mukhriz bin Mahathir (PKR-PPBM)

P.006  Kubang Pasu: YB Dr Amiruddin bin Hamzah - PH(PPBM)
Nota: Datuk Johari Baharom (Timbalan Menteri Pusat) tewas di sini.

P.007  Padang Terap: YB Dato Seri Mahdzir bin Khalid -BN(UMNO)

P.008  Pokok Sena: Dato Mahfuz bin Omar -PH(PAN)

P.009  Alor Setar: YB Chan Meng Kai -PH (PKR)

P.010  Kuala Kedah: YB Dr Azman bin Ismail - PH(PKR)

P.011  Pendang: YB Hj Awang bin Hashim - PAS

P.012  Jerai: YB Sabri bin Azit - PAS
Nota: Datuk Seri Jamil Khir bin Baharom (Menteri Pusat) tewas di sini.

P.013  Sik: YB Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - PAS

P.014  Merbok: YB Nor Azrina bt Surip - PH(PKR)

P.015  Sungai Petani : YB Datuk Johari bin Abdul - PH(PKR)

P.016  Baling: YB Datuk Seri Abdul Azeez bin Abd Rahim -BN(UMNO)

P.017  Padang Serai: YB Karupaiyyah a/l Mutusamy

P.018  Kulim-Bandar Baharu: YB Saifudin Nasution bin Ismail - PH(PKR)


Kelantan


Parlimen: x
BN (5)
PAS (9)

DUN: 45
BN (8)
PAS (37)

P.019  Tumpat : YB Datuk Che Abdullah bin Mat Nawi - PAS

P.020  Pengkalan Chepa: YB Ahmad Marzuk bin Shaary - PAS

P.021  Kota Bharu: YB Datuk Takiuddin bin Hassan - PAS

P.022  Pasir Mas: YB Ahmad Fadhli bin Shaari - PAS 

P.023  Rantau Panjang: YB Siti Zailah binti Mohd Yusof - PAS

P.024  Kubang Kerian: YB Datuk Tuan Ibrahim bin Tuan Man - PAS

P.025  Bachok: YB Nik Mohd Abduh bin Datuk Nik Aziz - PAS
Nota: Datuk Awang Adek Hussein (Timbalan Menteri Pusat) tewas di sini.

P.026  Ketereh: YB Tan Sri Anuar bin Hj Musa - BN(UMNO)

P.027  Tanah Merah: YB Datuk Seri Ikmal Hisham bin Abd Aziz - BN(UMNO)

P.028  Pasir Puteh: Datuk Dr Nik Muhamad Zawawi - PAS
Nota: Datuk Dr Ashraf Farid Wajdi (Timbalan Menteri Pusat) tewas di sini.

P.029  Machang: YB Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub -BN(UMNO)

P.030  Jeli: YB Datuk Seri Mustapha bin Mohamed - BN(UMNO)

P.031  Kuala Krai: YB Abdul Latif bin Abd Rahman - PAS

P.032  Gua Musang: YB Tan Sri Tengku Razaleigh bin Tengku Hamzah - BN(UMNO)


Terengganu

Parlimen: 15
BN (2)
PAS (6)

DUN: 36
BN(10)
PAS (22)

P.033  Besut: YB Datuk Seri Idris bin Jusoh - BN(UMNO)

P.034  Setiu: YB Saharizukirnain bin Abd Kadir 

P.035  Kuala Nerus: YB Datuk Dr Khairudin bin Abd Rahman - PAS

P.036  Kuala Terengganu: YB Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim -PAS

P.037  Marang: YB Datuk Seri Abdul Hadi bin Awang -PAS

P.038  Hulu Terengganu: YB Datuk Rosol bin Wahid - BN(UMNO)

P.039  Dungun: YB Wan Hassan bin Mohd Ramli - PAS

P.040  Kemaman: YB Che Alias bin Hamid - PAS
Nota: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (Menteri Pusat) tewas di sini.


Pulau Pinang

Parlimen: 15
BN (2)
PH (11)

DUN: 36
BN(2)
PH(37)
PAS (1)

P.041  Kepala Batas: YB Datuk Seri Reezal Merican bin Naina Merican- BN(UMNO)

P.042  Tasek Gelugor: YB Shabudin bin Yahya -BN(UMNO)

P.043  Bagan: YB Lim Guan Eng - PH(DAP)

P.044  Permatang Pauh: YB Nurul Izzah binti Anwar - PH(PKR)

P.045  Bukit Mertajam: YB Steven Sim Chee Keong - PH (DAP)

P.046  Batu Kawan: YB Kasthurirani Patto -PH(DAP)

P.047  Nibong Tebal: YB Datuk Mansor bin Othman - PH(PKR)

P.048  Bukit Bendera: YB Wong Hun Wai - PH(DAP)

P.049  Tanjong: YB Chow Kon Yeow - PH(DAP)

P.050  Jelutong: YB Sanisvara NetRayer Rajaji - PH(DAP)

P.051  Bukit Gelugor: YB Ramkarpal Singh - PH (DAP)

P.052  Bayan Baru: YB Sim Sze Zin - PH(DAP)

P.053  Balik Pulau: YB Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - PH(PKR)
Nota: Datuk Dr Hilmi Yahya (Timbalan Menteri Pusat) tewas di sini.


Perak

Parlimen: 24
BN (11)
PH (13)

DUN: 59
BN (27) - 2 ADUN BN menyokong PH untuk memberi majoriti mudah bagi membolehkan PH menubuhkan Kerajaan Negeri.
PH (29)
PAS (3)

P.054  Gerik: Datuk Hasbullah bin Osman - BN(UMNO)

P.055  Lenggong: YB Datuk Shamsul Anuar bin Nasarah - BN(UMNO)

P.056  Larut: YB Datuk Hamzah bin Zainudin - BN(UMNO)

P.057  Parit Buntar: YB Datuk Dr Mujhid bin Yusof Rawa - PH(PAN)

P.058  Bagan Serai: YB Datuk Dr Nor Azami bin Ghazali - BN(UMNO) keluar UMNO pada 24 Jun 2018  dan menjadi AP Bebas.

P.059  Bukit Gantang: YB Datuk Abu Hussein Hafiz -BN(UMNO) keluar UMNO pada  27 Jun 2018 dan menjadi AP Bebas.

P.060  Taiping: YB Teh Kok Lim - BN(PKR)

P.061  Padang Rengas: YB Datuk Seri Mohamed Nazri bin Abd Aziz - BN(UMNO)

P.062  Sungai Siput (U): YB Kesavaran a/l Subramaniam - BN(DAP)

P.063  Tambun: YB Ahmad Faizal bin Datuk Azumu - PH(PPBM)
Nota: Datuk Seri Husni Ahmad Hanazlah (mantan Menteri Pusat) tewas di sini.

P.064  Ipoh Timur: YB Wong Kah Woh -PH(DAP)

P.065  Ipoh Barat: YB Kulasegaran -PH(DAP)

P.066  Batu Gajah: YB V. Sivakumar -PH(DAP)

P.067  Kuala Kangsar: YB Datin Mastura bt Mohd Yazid - BN(UMNO)

P.068  Beruas: YB Datuk Ngeh Ko Ham -PH(DAP)

P.069  Parit: YB Mohd Nizar bin Zakaria -BN(UMNO}

P.070  Kampar: YB Su Kong Seong -PH(DAP)

P.071  Gopeng: YB Lee Boon Chye -PH(DAP)

P.072  Tapah: YB Datuk M. Saravanan -BN(MIC)

P.073  Pasir Salak: YB Datuk Tajuddin bin Abd Rahman -BN(UMNO)

P.074  Lumut: YB Dr Mohd Hatta bin Md Ramli -PH(PKR)
Nota: Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (Menteri Besar) tewas di sini.

P.075  Bagan: YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi -BN(UMNO)

P.076  Teluk Intan: YB Seah Leong Peng -PH(DAP)
Nota: Datuk Mah Siew Kong (Menteri Pusat) tewas di sini.

P.077  Tanjung Malim: YB Chah Leh Kang -PH(PKR)


Pahang

Parlimen: 14
BN (9)
PH (5)

DUN: 42
BN(25)
PH(9)
PAS (8)

P.078  Cameron Highlands: YB C. Sivaraj -BN(MIC)

P.079  Lipis: YB Abdul Rahman bin Mohamad - BN(UMNO)

P.080  Raub: YB Tengku Zulpuri Shah bin Raja puji - PH(DAP)

P.081  Jerantut: YB Ahmad Nazlan bin Idris - BN(UMNO)

P.082  Indera Mahkota: YB Datuk Saifuddin bin Abdullah -PH(PKR)

P.083  Kuantan: YB Fuziah bt Salleh - PH(PKR)

P.084  Paya Besar: YB Mohd Shahar bin Abdullah - BN(UMNO)

P.085  Pekan: YB Datuk Sri Mohd Najib bin Abd Razak - BN(UMNO

P.086  Maran: YB Datuk Ismail bin Abd Mutalib - BN(UMNO)

P.087  Kuala Krau: YB Datuk Sri Ismail bin Mohamed Said - BN(UMNO)

P.088  Temerloh: YB Mohd Anuar bin Mohd Tahir - PH(PKR)

P.089  Bentong: YB Wong Tuck - PH(DAP)
Nota: Datuk Seri Liow Tiong Lay (Menteri Pusat) tewas di sini.

P.090  Bera: YB Datuk Sri Ismail Sabri bin Yaakob - BN(UMNO)

P.091  Rompin: YB Datuk Sri Hassan bin Ariffin - BN(UMNO)


Selangor

Parlimen: 22
BN (2)
PH (20)

DUN: 56
BN (4)
PH (51)
PAS (1)

P.092  Sabak Bernam: YB Datuk Mohd Fasiah bin Mohd Fakih -BN(UMNO)

P.093  Sungai Besar: YB Muslimin bin Yahya -PH(PAN)

P.094  Hulu Selangor: YB Liow Hasiad Hui - PH(PKR)

P.095  Tanjong Karang: YB Tan Sri Noh bin Omar - BN(UMNO)

P.096  Kuala Selangor: YB Dr Zulkefly bin Ahmad -PH(PAN)

P.097  Selayang: YB William Leong Jee Kin - PH(PKR)

P.098  Gombak: YB Mohammad Azmin bin Ali - PH(PKR)

P.099  Ampang: YB Zuraida bt Kamarudin - PH(PKR)

P.100  Pandan: YB Datuk Seri Wan Azizah bt Wan Ismail -PH(PKR)

P.101  Hulu Langat: YB Hasanuddin bin Mohd Yunus - PH(PKR)

P.102  Bangi (Serdang): YB Ong Kian Meng -PH(DAP)

P.103  Puchong: YB Gobind Singh Deo -PH(DAP)

P.104  Subang (Kelana Jaya): YB Wong Chen -PH(PKR)

P.105  Petaling Jaya (PJ Selatan): YB Maria Chin bt Abdullah -PH(PKR)

P.106  Damansara (Petaling Jaya Utara): YB Tony Phua Kiam Wee - PH(DAP)

P.107  Sungai Buloh (Subang): YB Sivarasa a/l K. Rasiah - PH(PKR)

P.108  Shah Alam: YB Mohd Khalid bin Abd Samad - PH(PKR)

P.109  Kapar: YB Datuk Abdullah Sani bin Abd Hamid - PH(PKR)

P.110  Klang: YB Charles Anthony Santiago - PH(PKR)

P.111  Kota Raja: YB Hj Mohamad bin Sabu - PH(PAN)

P.112  Kuala Langat: YB Dr Xavier Jayakumar -PH(PKR)

P.113  Sepang: YB Mohamed Hanipa bin Maidin -PH(PKR)


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Parlimen: 15
PH (10)
BEBAS (1)

P.114  Kepong: YB Lim Lip Eng - PH(DAP)

P.115  Batu: YB Prabakaran a/l Parameswaran - BEBAS - menyertai PKR pada 13 Mei 2015)

P.116  Wangsa Maju: YB Datin Dr Tan Yee Kew - PH(PKR)

P.117  Segambut: YB Hannah Yeoh Tseow Suan - PH(DAP)

P.118  Setiawangsa: YB Nik Nazmy bin Nik Ahmad - PH(PKR)
Nota: Tan Sri Zulhasnan bin Rafique (mantan Menteri Pusat) tewas di sini.

P.119  Titiwangsa: YB Rina bt Mohd Harun - PH(PKR)

P.120  Bukit Bintang YB Fong Kui Lun - PH (DAP)

P.121  Lembah Pantai- YB Ahmad Fahmi bin Mohd Fadzil - PH(PKR)
Nota: Datuk Raja Nong Chik (mantan Menteri Pusat) tewas di sini.

P.122  Seputeh: YB Theresa Kok Suh Sim - PH(DAP)

P.123  Cheras: YB Tan Kok Wai - PH(DAP)

P.124  Bandar Tun Razak: YB Datuk Kamarudin bin Jaafar -PH(PKR)


Wilayah Persekutuan Putrajaya

P.125  Putrajaya: YB Dato Sri Tengku Adnan bin Tengku Kasim - BN(UMNO)


Negeri Sembilan

Parlimen: 15
BN (3)
PH (5)

DUN: 36
BN(16)
PH(20)

P.126  Jelebu: YB Jalaluddin bin Alias - BN(UMNO)

P.127  Jempol: YB Salim bin Sharif - BN(UMNO)

P.128  Seremban: YB Loke Siew Fook -PH(DAP)

P.129  Kuala Pilah: YB Eddy Syazlee bin Sith - BN(PKR)
Nota: Datuk Hassan Malek (mantan Menteri Pusat) tewas di sini.

P.130  Rasah: YB Cha Kee Chin -PH(DAP)

P.131  Rembau: YB Khairy Jamaluddin bin Abu Bakar - BN(UMNO)

P.132  Port Dickson (Telok Kemang): YB Datuk Danyal Balagopal bin Abdullah -PH(PKR)

P.133  Tampin: YB Dr Hassan bin Baharom - PH(PKR)
Nota: Datuk Shaziman Mansor (mantan Menteri Pusat) tewas di sini.


Melaka

Parlimen: 15
BN (2)
PH (10)

DUN: 36
BN(2)
PH(4)

P.134  Masjid Tanah: YB Datuk Mas Ermieyati bt Shamsuddin - BN(UMNO) - keluar UMNO pada 1 Jul 2018  dan menjadi AP Bebas.

P.135  Alor Gajah: YB Mohd Redzuan bin Yusof - BN(PPBM)

P.136  Tangga Batu: YB Dr Rusnah bt Aluai - PH(PPBM)

P.137  Hang Tuah Jaya (Bukit Katil): YB Shamsul Iskandar bin Mohd Akin -PH(PKR)      
Nota: Tan Sri Mohd Ali Rustam (mantan Ketua Menteri/Timbalan Menteri) tewas di sini.

P.138  Kota Melaka: YB Khoo Puay Tiong - BN(DAP)

P.139  Jasin: YB Datuk Ahmad bin Hamzah - BN(UMNO)


Johor

Parlimen: 26
PH (18)
BN (8)

DUN: 56

PH (36) - 3 ADUN BN menyertai PH pada 11 Mei 2018
BN (19)
PAS (1)

P.140  Segamat: YB Datuk Seri Dr Edmond Santhara - PH(PKR)       
Nota: Datuk Seri Dr S.Subramaniam (Menteri Pusat) tewas di sini.

P.141  Sekijang: YB Natrah binti Ismail -PH(PKR)

P.142  Labis: YB Pang Hok Leong -PH(PKR)  
Nota: Datuk Chua Tee Yong (Timbalan Menteri Pusat) tewas di sini.

P.143  Pagoh: YB Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yasin -PH(PPBM)            

P.144  Ledang: YB Syed Ibrahim bin Syed Nor - PH(PKR)
Nota: Datuk Ir Hamim bin Samuri (Timbalan Menteri Pusat) tewas di sini.

P.145  Bakri: YB Yeo Bee Yin -PH(DAP) 

P.146  Muar: YB Syed Sadiq bin Syed Abd Rahman - BN(PPBM)
Nota: Datuk Razali Ibrahim(Timbalan Menteri Pusat) tewas di sini.

P.147  Parit Sulong: YB Datuk Noraini bin Ahmad -BN(UMNO)

P.148  Ayer Hitam: YB Datuk Wee Ka Siong -BN(MCA)

P.149  Sri Gading: YB Datuk Dr Shaharudin bin Md Salleh - PH(PPBM)
Nota: Datuk Abd Aziz Kaprawi (Timbalan Menteri Pusat) tewas di sini.

P.150  Batu Pahat: YB Datuk Ir Abd Rashid bin Hasnon - PH(PKR)

P.151  Simpang Renggam: YB Dr Maszlee bin Malik -PH(PPBM)

P.152  Kluang: YB Wong Shu Qi -PH(DAP)

P.153  Sembrong: YB Dato' Seri Hishammuddin bin Hussein -BN(UMNO)

P.154  Mersing: YB Datuk Abdul Latif bin Ahmad - BN(UMNO)

P.155  Tenggara: YB Dr Adham bin Baba - BN(UMNO)

P.156  Kota Tinggi: YB Datuk Halimah binti Mohd Sadique -BN(UMNO)

P.157  Pengerang: YB Dato' Seri Azalina bin Othman Said -BN(UMNO)

P.158  Tebrau: YB Steven Chong Shiau Yoon - PH(PKR)

P.159  Pasir Gudang: YB Hassan bin Abdul Karim -PH(PKR)
Nota: Datuk Khaled bin Nordin (Menteri Besar/mantan Menteri Pusat) tewas di sini.

P.160  Johor Bahru: YB Akmal Nasrullah bin Nasir - PH(PKR)

P.161  Pulai: YB Salahuddin bin Ayub -PH(PAN)  
Nota: Datuk Nor Jazlan bin Mohamad (Timbalan Menteri Pusat) tewas di sini.

P.162  Iskandar Puteri: YB Lim Kit Siang -PH(DAP)

P.163  Kulai: YB Teo Nee Ching - PH(DAP)

P.164  Pontian: YB Datuk Hj Ahmad bin Maslan - BN(UMNO)

P.165  Tanjong Piai: YB Md Farid bin Md Rafik -PH(PPBM)


Wilayah Persekutuan Labuan

P.166  Labuan: YB Datuk Mohd Rozman bin Isli - BN(UMNO)


Sabah

Parlimen: 25
BN (10)  - 2 MP BN(1 x UPKO dan 1 x PBRS) mengumumkan menyertai WARISAN pada 11 Mei 2018.
WARISAN(8) - gabungan PH
DAP (3) - gabungan PH
PKR (3) - gabungan PH
STAR (1) - mengumumkan menyertai BN pada 11 Mei 2018.

DUN: 60
BN (27) -  - 6 ADUN BN mengumumkan menyertai PH pada 12 Mei 2018.
WARISAN(29) - gabungan PH
DAP (6) - gabungan PH
PKR (2) - gabungan PH
STAR (2)  - mengumumkan menyertai BN pada 11 Mei 2018.


P.167  Kudat: YB Abdul Rahim bin Bakri- BN (UMNO) 

P.168  Kota Marudu: YB Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili - BN(-)       

P.169  Kota Belud: YB Isnarasiah Munirah Majilis -PH(Warisan)
Nota: Datuk Seri Mohd Salleh bin Said (Menteri Pusat) tewas di sini.

P.170  Tuaran: YB Datuk Seri Wilfred Madius Tangau - BN(UPKO)

Nota: Datuk Seri Wilfred mengisytiharkan keluar dari BN dan menyertai Warisan pada 11 Mei 2018.

P.171  Sepanggar: YB Mohd Azis bin Jamman - PH(Warisan)   
Nota: Datuk Seri Abdul Rahman bin Dahlan (Menteri Pusat) tewas di sini.

P.172  Kota Kinabalu: YB Chang Foong Hin - PH (DAP)

P.173  Putatan: YB Awang Husaini Sahari - PH(PKR)         

P.174  Penampang: YB Ignatius Darell Leiking - PH(Warisan)

P.175  Papar: YB Ahmad bin Hj Hassan - PH(Warisan)
Nota: Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin (Timbalan Menteri Pusat) tewas di sini.

P.176  Kimanis: YB Datuk Anifah bin Aman - BN(UMNO)

P.177  Beaufort: YB Datuk Azizah binti Mohd Dun - BN(UMNO)

P.178  Sipitang: YB Yamani Hafez Musa - BN(UMNO)

P.179  Ranau: YB Jonathan Yasin - PH(Warisan)
Nota: Datuk Dr Ewon Ebin (bekas Menteri Pusat) tewas di sini.

P.180  Keningau: YB Datuk Dr Gapari Katingan @ Geoffery Katingan - STAR

Nota: YB Gapari Katingan dan Datuk Dr Jeffrey mengisytiharkan bekerjasama dengan  BN pada 11 Mei 2018.
Nota: Tan Sri Joseph Pairin Kitingan  (Timbalan Kelua Menteri) tewas di sini.

P.181  Tenom: YB Noorita Sual - PH(Warisan)           

P.182  Pensiangan: YB Tan Sri Arthur Joseph Kurup - BN(PBRS)

P.183  Beluran: YB Datuk Seri Ronald Kiandee - BN(UMNO)

P.184  Libaran: YB Zakaria Mohd Edris @ Tubau - BN(UMNO)

P.185  Batu Sapi: YB Datuk Liew Voon Keong - PH(Warisan)

P.186  Sandakan: YB Stephen Wong Tien Fatt - PH(DAP)

P.187  Kinabatangan: YB Datuk Bung Mokhtar Radin - BN(UMNO)

P.188  Silam: YB Mohamad Din Ketapi - PH(Warisan)

P.189  Semporna: YB Datuk Seri Mohd Shafie bin Apdal - PH(Warisan)

P.190  Tawau: YB Christina Liew Chin Jin - PH(PKR)

P.191 Kalabakan: YB Ma'mun Sulaiman - PH(Warisan)    


Sarawak


Parlimen: 15
BN (19) - (PBB(13), PRS(3), PDP(2), SUPP(1)
DAP (6) - gabungan PH
PKR (4) - gabungan PH
BEBAS (2) - kedua-dua MP Bebas ini menyertai PKR pada 12 Mei 2018.

DUN: 82 (dipilih dalam PRUN 2016 pada 6 Mei 2016)
BN (72) - PBB(57),  SUPP(11), PRS(9), SPDP (5)
PKR (3) - gabungan PH
DAP (6) gabungan PH


P.192  Mas Gading: YB Mordi Bimol - DAP

P.193  Santubong: YB Datuk Dr Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - BN(PBB)

P.194  Petra Jaya: YB Datuk Fadzillah bin Yusof - BN(PBB)

P.195  Bandar Kuching: YB Kelvin Yii Lee Wuen 

P.196  Stampin: YB Chong Cjen Jin - BN(DAP)

P.197  Kota Samarahan: YB Rubiah Wang - BN(PBB)

P.198  Mambong: YB Willie Mongin - PKR

P.199  Serian: YB Richard Riot Jaem - BN(SUPP)

P.200  Batang Sadong: YB Datuk Seri Nancy Shukri - BN(PBB)

P.201  Batang Lupar: YB Datuk Seri Rohani bt Abdul Karim - BN(PBB)

P.202  Sri Aman: YB Datuk Masir Kujat - BN(PRS)

P.203  Lubok Antu: YB Tambat @ Jugah ak Muyang -BEBAS  menyertai PKR pada 12 Mei 2018

P.204  Betong: YB Robert Lawson Chuat - BN(PBB)

P.205  Saratok: YB Ali Biju - PKR

P.206  Tanjung Manis: YB Yusof bin Abdul Wahab - BN(PBB)

P.207  Igan: YB Ahmad Johnie Zawawi - BN(PBB)

P.208  Sarikei: YB Wong Lin Biu - DAP

P.209  Julau: YB Larry Sng Wei Shein - BEBAS menyertai PKR pada 12 Mei 2018 

P.210  Kanowit: YB Datuk Aaron Ago Dagang - BN(PRS)

P.211  Lanang: YB Alice Lau Kiong Yieng - DAP

P.212  Sibu: YB Orcar Ling Chai Yew - DAP

P.213  Mukah: YB Hanifah Hajar bt Taib - BN(PBB)

P.214  Selangau: YB Baru Bian -PKR

P.215  Kapit : YB Datuk Alexander Nanta Linggi - BN(PBB)

P.216  Hulu Rajang: YB Datuk Wilson Ugak Kumbong -BN(PRS)

P.217  Bintulu: YB Datuk Seri Tiong King Seng -BN(PDP)

P.218  Sibuti: YB Lukaniswan Awang - BN(PBB)

P.219  Miri: YB Dr Michael Teo Yu Keng - PKR

P.220  Baram: YB Anyi Ngau - BN(PDP)

P.221  Limbang: YB Hasbi bin Habibollah - BN(PBB)

P.222  Lawas: YB Datuk Henry Sum Agong - BN(PBB)


Persempadanan Semula, Apa Yang Berubah?
29 March 2018 16:51

KUALA LUMPUR: Usul kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dibahaskan hampir lima jam semalam diluluskan Dewan Rakyat dengan 129 ahli Parlimen bersetuju sementara 80 lagi menentang.

Rang undang-undang yang dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu telah dibahaskan oleh 14 Ahli Parlimen, tujuh menyokong kerajaan sementara selebihnya adalah wakil pembangkang.

Kajian persepadanan semula yang dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bermula 15 September 2016 tersebut melalui proses notis persempadanan, pameran syor, representasi bantahan dan siasatan tempatan kali pertama dan kedua melibatkan 1,685 representasi.

Menerusi laporan persempadanan semula itu menyaksikan tiada penambahan kawasan baharu, sebaliknya terdapat 40 kawasan berubah sempadan pilihan raya membabit 12 kawasan Parlimen dan 28 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Antara negeri yang terlibat dalam persepadanan semula adalah Selangor (14 kawasan), Johor (10), Perak (4), Melaka (4), Negeri Sembilan (3), Kedah (2), Kelantan (2) dan Terengganu (1).

Selangor menjadi negeri tertinggi terlibat dalam persepadanan semula kawasan pilihan raya apabila terdapat lima perubahan berikut:
(1)  P.102 Bangi (menggantikan Serdang) 
(2)  P.104 Subang (Kelana Jaya), 
(3)  P.105 Petaling Jaya (Petaling Jaya Selatan), 
(4)  P.107 Sungai Buloh (Subang).

Bagi kawasan DUN Selangor pula menyaksikan sembilan perubahan berikut:
(1)  N.16 Sungai Tua (menggantikan Batu Caves)
(2)  N.21 Pandan Indah (Chempaka), 
(3)  N.26 Sungai Ramal (Bangi), 
(4)  N.36 Bandar Utama (Damansara Utama) dan 
(5)  N.45 Bandar Baru Klang (Sungai Pinang).
(6)  N.48 Sentosa (Kota Alam Shah), 
(7)  N.49 Sungai Kandis (Seri Andalas), 
(8)  N.50 Kota Kemuning (Sri Muda), 
(9)  N.52 Banting (Teluk Datuk).

Terdapat dua kawasan Parlimen mengalami perubahan di Johor yang melibatkan kawasan:
(1)  P.162 Iskandar Puteri menggantikan Gelang Patah dan 
(2)  P.165 Tanjung Piai (Tanjong Piai) 

8 kawasan DUN Johor yang berubah nama adalah:
(1)  N.39 Tanjung Surat (nama lama Tanjong Surat), 
(2)  N.44 Larkin (Tanjong Puteri), 
(3)  N.46 Perling (Pengkalan Rinting), 
(4)  N.49 Kota Iskandar (Nusa Jaya),
(5)  N.55 Pekan Nanas (Pekan Nenas)
(6)  N.07 Bukit Kepong (Bukit Serampang), 
(7)  N.08 Bukit Pasir (Jorak) dan
(8)  N.13 Simpang Jeram (Sungai Abong).

Perak mengalami pemindaan empat nama kawasan seperti:
(1)  P.075 Bagan Datuk menggantikan (Bagan Datok) dan 
(2)  P.076 Teluk Intan (Telok Intan) 
(3)  N.13 Kuala Sepetang (Kuala Sapetang) dan 
(4)  N.38 Astaka (Setiawan).

Satu kawasan Parlimen dan tiga kawasan DUN yang terlibat dalam persepadanan semula di Melaka pula adalah:
(1)  P.137 Hang Tuah Jaya (Bukit Katil), 
(2)  N.08 Machap Jaya (Machap), 
(3)  N.15 Pengkalan Batu (Bachang) dan 
(4)  N.17 Bukit Katil (Bukit Baru),

Di Negeri Sembilan terdapat 3 perubahan nama iaitu: 
(1)  P.132 Port Dickson (Telok Kemang)
(2)  N.24 Seremban Jaya (Senawang) dan 
(3)  N.33 Sri Tanjung (Port Dickson).

Tiga lagi negeri lain yang mengalami perubahan daripada persepadanan semula yang dilakukan SPR adalah:

Di Kedah melibatkan dua kawasan:
(1)  P.009 Alor Setar dan 
(2)  DUN N.12 Suka Menanti (Bakar Bata)

Dii Kelantan melibatkan 2 kawasan berikut:
(1) N.16 Apam Putra (Bukit Tuku), 
(2) N.21 Pantai Irama (Perupok) 

Di Terengganu hanya melibatkan satu kawasan DUN iaitu:
(1)  N.10 Buluh Gading (Teluk Pasu).



PERUBAHAN POLA 

SEJAK NEGARA MENCAPAI KEMERDEKAAN, dalam setiap pilihanraya umum kebangsaan, pola pengundi tidak berubah, Pengundi MELAYU merupakan majoriti di kawasan luar bandar (sama ada kampung-kampung tradisi atau pun Tanah Rancangan FELDA. 25% pengundi Melayu menyokong PAS (terutama di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perak Utara)

Pengundi China (selaku kumpulan kedua terbesar) pula bertumpu di kawasan bandar dan pekan serta kawasan perlomobongan. Manakala pengundi minoriti INDIA berada di kedua-dua kawasan. 

Dlam PRU 1 (1959), majoriti pengundi Melayu boleh dikatakan menyokong UMNO (Perikatan) manakala pengundi China/India dibandar menyokong parti pembangkang terutamanya Socialist Front dan PPP. Manakala sebahagiannya menyokong Perikatan melalui MCA (China) dan MIC (India). Pengaruh MCA mengimbangi SF dan PPP. Parti pembangkang (SF/PPP) bertumpu di Ipoh, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Pengaruh pembangkang (SF/PPP) menurun dalam PRU 2 (1964). Ini bermakna, pengaruh MCA dan MIC meningkat di kawasan bandar. Begitu juga dengan pengaruh PAS, sedikit menurun dalam PRU 2.

Dalam PRU 3 (1969) pengaruh pembangkang (DAP/PPP) meningkat naik terutamanya di kawasan bandar. Peningkaan ini telah menjadi salah satu sebab berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969.

Semasa PRU 4 (1974)  kedudukan parti pemerintah bertambah kukuh apabila beberapa parti pembangkang seperti PAS, Gerakan dan PPP (serta beberapa parti pembangkang di Sarawak dan Sabah) menyertai Perikatan untuk membentuk Barisan Nasional. Ini menjadikan peratusan barisan pembangkang semakin kecil. Hanya DAP sahaja yang kekal menjadi pembangkang terkuat.

Dalam PRU 1978, keadaan berubah sedikit apabila PAS keluar dari BN, menjadikan ia parti Melayu pembangkang  yang terkuat seimbang dengan kekuatan DAP.

Keadaan ini berterusan sehingga tahun 90an apabila UMNO mula berpecah beberapa kali. Pembangkang kalangan parti Melayu seperti PMS46, PAS dan PKR mula berkerjasama dengan DAP, parti pembangkang majoriti China. Kedudukan kerusi DAP dan PAS sentiasa turun naik mengikut trend semasa. Ini berterusan sehingga PRU 13 (2013). Trend juga menunjukkan (kecuali 1999) kedudukan kerusi Kerajaan BN semakin berkurangan dari satu PRU ke satu PRU.

Kemuncaknya, PRU 14 telah merubah pola pengundi ke 180 darjah apabila Pakatan Harapan (PH) berjaya menumbangkan BN. Di kawasan bandar, 100% kerusi MCA dan parti komponen BN tewas kepada pembangkang. UMNO dan PAS (pembangkang) hanya berjaya mengekalkan kerusi kawasan luar bandar. Keadaan telah menjadikan pengundi kawasan bandar  (mewakili DAP dan PKR) menjadi teras parti pemerintah dengan sokongan pecahan pengundi UMNO dan PAS yang menyokong PKR, AMANAH dan PPBM (komponen PH).


ULASAN SAYA

(1)   Politik adalah politik. Ada yang boleh diramal ada yang di luar sangkaan.

(2)   Politik adalah politik. Semalam kawan baik yang tidur sebantal, hari ini menjadi musuh ketat. Tetapi esok atau lusa mungkin akan kembali menjadi kawan baik semula. Begitu juga sebaliknya, dari musuh ketat bertahun-tahun, boleh menjadi rakan baik demi untuk mencapai cita-cita politik.

(3)   Banyak orang miskin menjadi kaya dalam sekelip mata kerana politik.

(4)   Ada (mungkin tak banyak) orang politik yang semalam merupakan seorang VVIP yang ditatang dan disanjung, tetapi hari ini bergelar banduan.

(5)   Politik boleh memberi kesejahteraan kepada rakyat dan negara, jika ia diurus dengan bijak dan jujur. Politik juga boleh menyebabkan sesebuah negara menjadi muflis. 

(6)   Kejatuhan kerajaan BN adalah sesuatu yang mengejutkan seluruh dunia, begitu juga dengan kebangkitan Mahathir setelah bersara selama 13 tahun untuk kembali mengetuai Kerajaan Malaysia.

(7)   Sebahagian besar rakyat Malaysia amat marah dengan PM Najib Razak. Mereka mahu Najib turun dan disiasat. Tapi rakyat tidak menjangka BN akan akan begitu teruk. 

(8)   Integriti Najib telah sekian lama dipertikaikan, rakyat bosan menantikan jawapan. Banyak tindakan Najib untuk menutup kesnya semakin memarakkan kemarahan rakyat.  Merahsiakan laporan siasatan, memberi jawatan Menteri/Timbalan Menteri kepada Pengerusi dan ahli PAC yang menyiasat 1MDB, memecat Peguam Negara, menamatkan tugas Ketua Pesuruhjaya SPRM dan beberapa pegawai kanan SPRM dan akhirnya memecat TS Muhyiddin, DS Mukhriz dan DS Shafie Apdal.

(9)  Walaupun sebahagian besar rakyat sudah mengetahui pelbagai skandal Najib, dia masih disokong kuat oleh SPRM, Peguam Negara, KPN dan juga barisan kabinetnya. Malah beberapa Menteri (Ahmad Zahid, Nazri Aziz, Azalina Othman, Tengku Adnan, Salleh Said, Noh Omar, Rahman Dahlan dll) telah mengeluarkan kenyataan yang pelik-pelik dan bodoh-bodoh hanya untuk membenarkan Najib. Rakyat semakin meluat, dan akhirnya menggunakan PRU 14 untuk menjatuhkan BN dan UMNO.

(10)  Rakyat bukan sahaja mempertikai Najib Razak, tetapi juga ramai kroni dan politikus BN yang memegang jawatan di hampir kesemua GLC telah menyalahguna kuasa dan kebal dari siasatan. Selain dari 1MDB, nama-nama seperti FELDA, TM, TNB, TH  dan MOF Inc dan banyak lagi GLC telah terpalit dalam pelbagai isu penyelewengan.

(11) BN dan UMNO adalah sama seperti parti-parti politik yang lain sama ada di dalam Kerajaan  atau parti-parti lain di luar kerajaan (sebelum PRU 14). Masing-masing ada kelebihan dan kelemahan, ada penyokong dan pembangkang. Tetapi kekalahan BN dan UMNO dari tahta Malaysia adalah berpunca dari seorang yang bernama Najib Razak.

(12) Kalau Mahathir mencipta sejarah menjadi PM Malaysia untuk kali kedua dalam usia lebih 92 tahun, Najib juga telah mencipta legasi sendiri sebagai PM yang membawa kekalahan BN/Perikatan yang telah memerintah selama lebih 60 tahun.

(13) MP dan ADUN UMNO perlu segera membuat keputusan untuk berada di platform mana selepas PRU 14. Walaupun mereka menang di atas tiket UMNO dan BN, dengan suasana sekarang meneruskan perjuangan dalam BN sudah tidak lagi relevan. Bukan kerana UMNO atau BN tidak memerintah tetapi IMEJ dan MARUAH UMNO telah busuk dan menjijikkan.



PERISTIWA 'PASCA PRU 14'


MyPPP umum keluar BN
19 Mei 2018 2:41 PM

KUALA LUMPUR 19 Mei - MyPPP mengumumkan secara rasmi mengakhiri hubungan dengan Barisan Nasional (BN) berkuat kuasa serta-merta dan bakal bergerak sendiri sebagai parti yang menyokong kerajaan sedia ada.

Presidennya, Tan Sri M. Kayveas berkata, keputusan berkenaan dilakukan selepas menerima surat rasmi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) semalam, yang mengesahkan beliau masih bergelar Presiden MyPPP yang sah. Hal ini sekali gus menamatkan segala dakwaan dan cubaan pengambilalihan kuasa yang dilakukan beberapa kepemimpinan tertinggi parti yang membawa kepada pemecatannya bulan lalu.

“Kemelut ini bermula pada 17 April lalu apabila saya sepatutnya mengumumkan MyPPP keluar daripada BN, namun dihalang berbuat demikian sekali gus terdapat cubaan pengambilalihan kuasa.

“Justeru, kami tidak akan berganjak dengan keputusan yang dilakukan pada 17 April itu, malah laman web BN juga telah memadamkan nama saya sebagai Presiden yang sah, bertentangan dengan peraturan ROS.

“Maka, hubungan MyPPP dengan BN telah pun berakhir manakala tujuh kepemimpinan tertinggi parti yang terlibat dalam cubaan pengambilalihan kuasa itu telah dilucutkan keahlian serta-merta,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma MyPPP di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


PBS keluar BN, bentuk Gabungan Bersatu
Sabtu, 12 Mei 2018 | 7:00pm

PENAMPANG: Parti Bersatu Sabah (PBS) mengumumkan keluar daripada Barisan Nasional (BN) untuk membentuk dan menerajui satu landasan baharu politik di negeri ini yang dinamakan Gabungan Bersatu.

Presidennya, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, berkata landasan itu menggunakan model PBS Plus STAR (Parti Solidariti Tanah Airku) yang akan disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti lain. ADUN UMNO termasuk Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman; Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) serta penyokong masing-masing akan dipelawa menyertai PBS sebagai ahli parti.

Pemimpin STAR dan penyokong mereka kekal dalam parti itu dan satu perjanjian kerjasama politik berhubung pembentukan landasan baharu itu akan ditandatangani dalam masa terdekat. Berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di peringkat Persekutuan dan negeri, jelas menunjukkan BN bukan lagi gabungan politik yang menguntungkan. Oleh itu, PBS membuat keputusan keluar daripada BN dan akan menerajui landasan politik baharu untuk semua parti yang sehaluan di Sabah.


Sehingga hari ini, semua parti komponen BN dari Sabah sudah meninggalkan BN dimulai oleh UPKO, Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), disusuli PBS.


Sembilan ADUN Perlis akhirnya sokong Azlan
Selasa, 5 Jun 2018: 1:11 pm

KANGAR: Krisis politik Perlis akhirnya selesai apabila sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) menyatakan pengakuan menyokong pelantikan Datuk Seri Azlan Man sebagai Menteri Besar Perlis.

Perkara berkenaan disahkan oleh ADUN Chuping, Asmaiza Ahmad yang mengakui semua mereka termasuk ADUN Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim menjunjung titah dan akur dengan keputusan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Dalam pertemuan dengan Raja Perlis itu, mereka menjelaskan sebab mengapa tidak hadir pada majlis pelantikan Azlan sebagai Menteri Besar dan mereka semua secara bersama juga memohon ampun kepada baginda kerana tidak menghadiri hadir majlis msjlis berkenaan. Mereka juga akur, menjunjung dan menghormati keputusan yang dibuat oleh Raja Perlis. 


BN Sarawak dibubarkan mulai hari ini
12 Jun 2018 12:21 PM

KUCHING 12 Jun - Kerajaan negeri Sarawak mengumumkan keluar daripada Barisan Nasional (BN) untuk menubuhkan sebuah parti baharu, dikenali sebagai Gabungan Parti Sarawak bermula hari ini.

Ketua Menteri merangkap Pengerusi BN negeri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, keputusan meninggalkan BN itu diputuskan sebulat suara oleh empat parti komponen BN Sarawak iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik (PDP) dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi BN Sarawak pagi ini.

Pendirian itu dibuat selepas membuat perbincangan, maklum balas dan pertimbangan keadaan semasa politik di negeri ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Parti komponen BN Sarawak terdiri daripada PBB, SUPP, PRS dan PDP telah membuat keputusan sebulat suara untuk meninggalkan BN dan menubuhkan gabungan baharu berasaskan parti Sarawak dikenali sebagai Gabungan Parti Sarawak (GPS),” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Majlis Tertinggi BN Sarawak di Ibu Pejabat PBB di sini.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, GPS akan kekal sebagai pembangkang tetapi mengamalkan sikap mesra terhadap kerajaan Pusat di bawah Pakatan Harapan mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pada masa sama, katanya, kerajaan negeri mengucapkan terima kasih kepada BN yang membawa banyak kemajuan kepada Sarawak selama berada di bawah BN sebelum ini.

Kerajaan Sarawak dianggotai oleh empat parti komponen menyertai BN sejak 1974 dan berjaya mengkukuhkan parti itu apabila muncul sebagai ‘kubu kuat’ atau ‘deposit’ BN sehinggalah PRU-14.

Pada PRU-14, BN Sarawak berjaya memenangi 19 daripada 31 Parlimen selepas gagal mempertahankan 12 kerusi yang disandang sebelum ini.-UTUSAN ONLIN

Amirudin angkat sumpah MB Selangor, Rodziah dilantik EXCO
Selasa, 19 Jun 2018: 10:38am

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua, Amirudin Shari yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor di Istana Alam Shah, Klang, hari ini, melafazkan ikrar Aku Janji merangkumi beberapa perkara yang perlu beliau penuhi serta patuhi sepanjang memegang jawatan itu.

Antara Aku Janji itu ialah menyimpan rahsia perbincangan bersama Tuanku Sultan dengan pihak luar; menjunjung tinggi rukun negara; memelihara serta memastikan agama Islam tidak diganggu gugat serta menghormati agama lain; memelihara institusi raja dari dicaci serta diganggu; memelihara kedudukan istimewa orang Melayu serta kepentingan sah kaum lain; melaksanakan tugas dengan penuh integriti serta bertanggungjawab serta memastikan kemakmuran negeri ini di tahap tertinggi.
Dalam istiadat sama, Sultan Sharafuddin Idris Shah turut berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada Rodziah Ismail sebagai EXCO kerajaan negeri bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Amirudin.

Amirudin sebelum ini ialah EXCO Pemberdayaan, Generasi Muda dan Sukan, Pembangunan Usahawan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi.
Rodziah pernah memegang jawatan EXCO Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi dari 2008 sehingga 2013 ketika di bawah pentadbiran bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ismail Kassim keluar UMNO
20 Jun 2018

ARAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim, malam ini, mengumumkan keluar UMNO kerana hilang keyakinan kepada pucuk pimpinan parti. Beliau akan menjadi ADUN Bebas dan membayangkan hasrat untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Keputusan ini dibuat atas beberapa faktor dan antaranya ialah sudah hilang keyakinan kepada pucuk kepemimpinan parti UMNO. 

Ismail menyertai UMNO sejak 30 tahun lalu ketika berusia 28 tahun.  Ismail mengekalkan kemenangan BN di DUN Tambun Tulang dan namanya antara yang dicalonkan untuk menjadi Menteri Besar Perlis oleh abangnya sebelum Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail melantik ADUN Bintong, Datuk Seri Azlan Man sebagai Menteri Besar.


PBRS parti ketiga keluar BN, sertai PH
23 Jun 2018

PARTI Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) hari ini mengikut jejak Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) keluar daripada Barisan Nasional (BN) untuk menyertai Pakatan Harapan (PH).

Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup ketika mengesahkan bahawa keputusan berkenaan dibuat selepas mendapat persetujuan Majlis Tertinggi parti itu. Keputusan keluar BN dibuat pada masa yang hampir sama ketika UPKO mengumumkan pendirian mereka. 

PBRS akan buat permohonan rasmi kepada PH. PBRS sudah mengemukakan hasrat untuk menyertai PH. Keputusan itu dibuat selepas menilai semula kedudukan mereka dalam BN. 

PBRS mempunyai satu kerusi Parlimen iaitu Pensiangan yang dipegang anak Kurup, Arthur dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipegang Datuk Ellron Alfred Angin.

PBRS sedia bekerjasama dengan pakatan WARISAN-PH.

UPKO adalah parti komponen BN yang pertama mengumumkan keputusan keluar daripada gabungan itu dan menyertai pakatan WARISAN-PH. Ia kemudian disusuli sebuah lagi parti komponen BN Sabah iaitu Parti Liberal Demokratik (LDP).


GERAKAN keluar BN
23 Jun 2018

PARTI Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) hari ini mengumumkan keluar Barisan Nasional (BN) untuk menjadi parti bebas yang konstruktif. Keputusan sebulat suara itu dibuat hasil mesyuarat Jawatankuasa Pusat GERAKAN (CGC) selepas perbincangan, penelitian dan pertimbangan yang menyeluruh dan serius terhadap perkembangan politik semasa negara pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Sentimen dan maklum balas daripada akar umbi juga diambil kira dalam keputusan ini. GERAKAN wajar memulakan perjalanan politik baharu dengan kebebasan, pemerkasaan dan ketegasan untuk memperjuangkan kepercayaan terbaik demi negara dan rakyat. GERAKAN harus melakarkan hala tuju baharu untuk terus kekal dalam perjuangan.

GERAKAN keluar BN di bawah suasana yang baik, GERAKAN akan memainkan peranan sebagai sebuah parti yang bebas dalam blok pembangkang untuk menjalankan semak dan imbang ke atas Kerajaan Pakatan Harapan.

GERAKAN akan bekerjasama dengan parti, invididu dan kumpulan yang berkongsi fahaman dan perjuangan yang sama atas kepentingan nasional untuk memartabatkan dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, kedaulatan undang-undang dan demokrasi Malaysia,” katanya.

GERAKAN sentiasa menjunjung idealisme politik, prestasi dan integriti sebagai aset selain menjadi perintis liberalisme, kepelbagaian kaum dan pragmatisme dalam politik Malaysia sekali gus berusaha memainkan peranan dalam sistem multi-parti yang matang.

Keputusan GERAKAN itu menyaksikan BN kini hanya bertahan dengan tiga parti iaitu UMNO, MCA dan MIC.


Ahli Parlimen Bagan Serai umum keluar UMNO
Ahad, 24 Jun 2018 | 10:31am

BAGAN SERAI : Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali hari ini umum keluar UMNO dan Barisan Nasional (BN). Beliau mengesahkan setakat ini menjadi wakil rakyat bebas dan dijangka akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Dr Noor Azmi mengisytiharkan menyokong kepemimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan kerajaan Pakatan Harapan (PH) termasuk MB Perak, Ahmad Faizal Azumu.

Beliau berkata, keputusan yang dibuat itu adalah satu keputusan yang penuh makna dan bersejarah buat dirinya serta rakyat Bagan Serai yang diwakilinya di Dewan Rakyat.


Ahli Parlimen Bukit Gantang keluar BN, UMNO
Rabu, 27 Jun 2018, 6.16pm

TAIPING: Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal hari ini umum keluar Barisan Nasional (BN) serta UMNO dan akan menjadi wakil rakyat bebas berkuat kuasa Ahad ini. Syed Abu Hussin turut mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang untuk memberikan peluang kepada mereka yang lebih mampu memimpin UMNO Bukit Gantang

Pada PRU-14, BN berjaya memenangi Parlimen Bukit Gantang dan DUN Trong, Kuala Sepetang dan Changkat Jering berbanding pada PRU-13, hanya memenangi DUN Trong.

Beliau akan meneruskan tugasnya sebagai ahli parlimen bebas dan tidak bercadang untuk menyertai dan berbincang dengan mana-mana parti lain pada masa ini. Beliau kecewa dengan apa yang berlaku kerana apa yang dilakukan tidak dihargai UMNO Bukit Gantang dan beliau tidak boleh memimpin dalam keadaan UMNO bahagian yang berpecah.

Kedudukan kerusi Parlimen pada 28 Jun 2018 ialah: Pakatan Harapan (PH) 116, BN (55), Gabungan Parti Sarawak (19), PAS (18), Parti Warisan Sabah (8), Bebas (2) serta masing-masing satu kerusi milik Parti Bersatu Sabah (PBS), Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Parti Solidariti Tanah Airku.


UMNO sudah 'tergelincir' - Mas Ermieyati umum keluar UMNO
Ahad, 1 Julai 2018 @ 12:07 PM

BEKAS Ketua Puteri UMNO, yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah (Melaka), Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengumumkan keluar parti itu kerana menyifatkan UMNO sudah tergelincir dari landasan asal sehingga ditolak bangsa Melayu sendiri.

Kepemimpinan sedia ada masih enggan menerima kenyataan bahawa rakyat sudah menolak parti itu, sebaliknya beranggapan UMNO hanya mangsa kebencian terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semata-mata.

Beliau akan berkhidmat sebagai wakil rakyat Bebas. Dengan keluarnya Datuk Mas dari UMNO, kerusi Parlimen UMNO kini tinggal 51 kerusi. Semasa PRU-14, UMNO memenangi 54 kerusi Parlimen. Sebelum ini MP Bagan Serai dan MP Bukit Gantang telah mengisytiharkan keluar dari UMNO.


Mohamad Ariff speaker Dewan Rakyat - PM
Ahad: 15 Julai 2018: 0956H

BEKAS Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof disahkan sebagai Speaker Dewan Rakyat yang baharu, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Persidangan Mesyuarat Pertama Parlimen Ke-14 dijadual berlangsung selama 20 hari, mulai Isnin ini (16 Julai 2018) dengan urusan pertama mesyuarat pada hari berkenaan adalah pelantikan Speaker Dewan Rakyat, diikuti majlis angkat sumpah Ahli Dewan Rakyat dan pelantikan Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Istiadat pembukaan persidangan dijadual disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, Selasa ini (17 Julai 2018).


Dewan Rakyat mula bersidang hari ini
Isnin, 16 Julai 2018 @ 10:03 AM

PERSIDANGAN Penggal Pertama Parlimen ke-14 akan memulakanmesyuarat pertamanya hari ini, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang menyaksikan Pakatan Harapan membentuk kerajaan baharu. Mesyuarat akan bermula pada 10 pagi dengan urusan pertama yang akan diselesaikan iaitu pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mengesahkan bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Md Yunos akan dilantik memegang jawatan penting itu.

Selepas pemasyhuran Yang Dipertua Dewan Rakyat, urusan mesyuarat akan diteruskandengan istiadat angkat sumpah anggota Parlimen, diketuai Dr Mahathir.
Kesemua 221 Anggota Dewan Rakyat dijangka mengangkat sumpah kecuali Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Anggota Parlimen Pagoh, yang bercuti sakit selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada pankreas baru-baru ini.
Urusan mesyuarat kemudiannya akan disusuli dengan pemilihan dua Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyatdaripadakalangan anggota Parlimen bagi membantu Yang Dipertua Dewan Rakyat mengendalikan urusan mesyuarat dan memastikannya berjalan lancar.

Ini merupakan kali pertama dalam sejarah negara menyaksikan peralihan kerajaandaripada Barisan Nasional (BN) dan detik itu akan disiarkan secara langsung oleh semua stesen TV utama negara.

Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 20 harihingga 16 Ogos.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V akan merasmikan serentak persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada Selasa.

Kali terakhir Dewan Rakyat bersidang ialah pada 5 April lepas, sebelum ia dibubarkan pada 7 April untuk memberi laluan kepada PRU14 diadakan.


Ahmad Zahid ketua pembangkang
Isnin, 16 Julai 2018: 10:16pm

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dipilih sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.

Kerusi Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berada di kedudukan pertama, barisan kiri di Dewan Rakyat, ruang untuk Ketua Pembangkang.

Pemilihan itu turut disahkan oleh, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, ketika ditemui media, hari ini.

Sementara itu, Annuar berkata, UMNO belum memutuskan untuk bertanding atau tidak Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis.



Rashid, Kor Ming Timbalan Speaker
Isnin, 16 Julai 2018: 2:00pm

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Rashid Hasnon, dan Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming, dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, hari ini.

Keputusan dicapai melalui undi bersurat dalam kalangan Ahli Parlimen.
Berdasarkan undi, Rashid memperoleh 171 undi, manakala Kor Ming mendapat 124 undi.

Keputusan itu diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, sebentar tadi selepas kira-kira 15 minit proses pengundian dijalankan. Terdahulu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan Mohd Rashid dan Kor Ming sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Selain itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mencadangkan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Ronald Kiandee sebagai Timbalan Speaker.

Kiandee yang juga bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat hanya memperoleh 93 undi.
Rashid adalah Ahli Parlimen PKR, manakala Kor Ming daripada DAP.





.

No comments:

Post a Comment