Saturday, October 8, 2016

M 167 PARTI POLITIK MALAYSIA



Parti-parti Politik Malaysia Malaysia

Barisan Nasional (sebelum ini dikenali Parti Perikatan) 

  1. United Malays National Organization (UMNO) (ditubuhkan (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) pada 11 Mei 1946 oleh Onn Jaafar) - Mohd Najib Tun Abd Razak
  2. Malaysian Chinese Association (MCA) (ditubuhkan pada 27 Feb 1949 oleh Tan Cheng Lock)- Liow Tiong Lai
  3. Malaysian Indian Congress (MIC) (ditubuhkan (Malayan Indian Congress) pada Ogos 1946 oleh John Aloysius Thivy) - S Subramaniam
  4. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) (ditubuhkan pada 12 Mac 1968 oleh Syed hussein Al Attas, Tan Chee Koon, JBA Peter, Lim Chong Eu, Wang Gungwu dan V.Veerapen) - Mah Siew Kong
  5. Parti Progresif Penduduk Malaysia (MYPPP) (ditubuhkan (People Progressive Party) pada 10 April 1953 oleh D R Seenivasagam) - M Kayveas
  6. Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) (ditubuhkan pada 5 Jan 1973 oleh Temenggong Jugah anak Barieng) - Adnan Hj Satem. Gabungan parti-parti:
    • Parti Negara Sarawak (PANAS) (9 Apr 1960 oleh Abang Haji Mustapha)
    • Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA) (ditubuhkan 4 Dis 61 oleh Tuanku Bujang Hj Osman dan Abd Rahman Yaakob)
    • Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) (ditubuhkan Ogos 1962 oleh Jugah anak Barieng)
    • Parti Bumiputera Sarawak (ditubuhkan 30 Mac 1968 oleh Abang Ikhwan Zaini)
  7. Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) (1959 oleh Ong Kee Hui) - Sim Kui Hian
  8. Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) (ditubuhkan pada tahun 2002 oleh Peter Nyarok Enteri dan William Mawan Ikom) - Tiong King Sing
  9. Parti Rakyat Sarawak (PRS) (ditubuhkan pada 2004 oleh James Jemut Masing dan Sng Chee Hua) - James Jemut Masing
  10. Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) (ditubuhkan pada 1994 (Parti Demoktarik Sabah (PDS) oleh Bernard Gilok Dompok) - Wilfred Madius Tangau
  11. Parti Bersatu Sabah (PBS) (ditubuhkan pada 5 Mac 1985 oleh Joseph Pairin Kitingan) - Joseph Pairin Kitingan
  12. Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) (ditubuhkan pada 11 Mac 1994 oleh Joseph Kurup) - Joseph Kurup
  13. Parti Liberal Demokratik (LDP) (ditubuhkan pada 1989 oleh Hiew Min Kiong)- Teo Chee Kang

Parti Mesra Barisan Nasional
  1. Parti Pekerja Sarawak (SWP) - Larry Sng Wei Shein
  2. Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) - William Mawan anak Ikom
  3. Parti Rakyat Bersatu (UPP) - Wong Soon Koh
  4. Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) - Syed Ibrahim bin Kader Badrul Zaman
  5. Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) - K.S Nallakaruppan
  6. Parti Makkal Sakti Malaysia (MMSP) - K.S Thanenthiran
  7. Parti Punjabi Malaysia (PPM) - Gurjeet Singh Rhande
  8. Parti Keadilan India Malaysia (MIJP) - tiada maklumat
  9. Kongres Ceylonese Malaysia (MCC) - N.K.S Tharmaseelan
  10. Parti Cinta Malaysia (PCM) - Tan Weng Chew
  11. Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) - Leo Moggie anak Irok
  12. Parti Rakyat Gabungan Jaksa Pendamai (Peace Party-Sarawak) - 
  13. Parti Ekonomi Rakyat Sarawak Bersatu (PERSB) - 
  14. Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) - Jayashree Pandithan
  15. Parti Cina Bersatu Sabah (1980) -

Pakatan Harapan

  1. Parti Keadilan Rakyat (PKR) (ditubuhkan pada 3 Ogos 2003 oleh Wan Azizah Wan Ismail/Syed Husin Ali) - Wan Azizah binti Wan Ismail, merupakan gabungan dari:
    • Parti Keadilan Nasional (ADIL)  (ditubuhkan pada 4 Apr 1999 oleh Wan Azizah Wan Ismail)
    • Parti Rakyat Malaysia (PRM) (ditubuhkan pada 11 Nov 1955 oleh Ahmad Boestamam)
  2. Parti Tindakan Demokratik (DAP) (ditubuhkan pada 11 Oktober 1965 oleh Devan Nair) - Lim Guan Eng
  3. Parti Amanah Negara (AMANAH) (ditubuhkan pada 16 Sep 2015) - merupakan penjenamaan baru Parti Pekerja-Pekerja Malaysia (MWP) yang ditubuhkan oleh Ganga Nair pada Jan 1978) - Mohamad bin Sabu 
  4. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) (ditubuhkan pada 9 Sep 2016 oleh Mahathir Mohamad, Mukhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir) - Mukhyiddin bin Mohd Yassin
  5. Parti Pembangunan Warisan Sabah (WARISAN) (ditubuhkan pada 17 Okt 2016 oleh Mohd Shafie Apdhal)- Mohd Shafie Apdhal

Gagasan Sejahtera          

  1. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) (ditubuhkan pada 24 Nov 1951 oleh Ahmad Fuad Hassan)- Abdul Hadi bin Awang
  2. Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) - Abdul Kadir bin Sheikh Fadzir
  3. Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) (diasaskan oleh Mohamed bin Nasir pada tahun 1977) - Abd Hamid bin Mamat

Gabungan Rakyat Saksama             
Parti Reformasi Negeri (STAR) - Patau Rubis
Parti Sejahtera Angkatan Perpaduan Sabah (SAPU) - 
Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (Perpaduan), 
Parti Bersatu Sasa Malaysia / Malaysia United People’s Party (MUPP/BERSAMA) - Suhaiddin Langkap
Parti Kebangsaan Sabah (PKS) - Thomas Anggan
Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDS Baru) - Leo Moggie anak Irok
Parti Alternatif Rakyat (PAP) - Zulkifeli bin Mohd Noor

Parti Politik lain 
Parti Sosialis Malaysia (PSM) - Mohd Nasir bin Hashim
Parti Rakyat Malaysia (PRM) - Ariffin bin Salimon
Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) - Masrum bin Dayat
Parti Generasi Baru (NewGen Party) - S. Gobi Krishnan
Parti Nasional Malaysia (MNP) - tiada maklumat
Parti Nasional Penduduk Malaysia (PNP) - tiada maklumat
Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM) - 
Parti Momogun Kebangsaan Malaysia - 
Parti Harapan Rakyat Malaysia

Parti Politik lain - Sarawak    
Kongres Dayak Malaysia (MDC) -  Nicholas Bawin anak Anggat
Dayak National Party (DNP) - tiada maklumat

Parti Politik lain - Sabah         
Parti Maju Sabah (SAPP) - Yong Teck Lee
Parti Kerjasama Rakyat Sabah (PAKAR) - Zainal bin Hj Nasirudin
Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) - Jeffery Kitingan
Parti Gagasan Bersama Rakyat Sabah (Parti BERSAMA) - 
Parti Kebenaran Sabah (STP) - Bentan bin Alamin
Parti Bersatu Bugis Sabah - tiada maklumat
Parti Ekonomi Rakyat Sabah (PERS) - tiada maklumat
Parti Cinta Sabah (PCS) - Wilfred Bumburing
Parti Damai Sabah (SPP) - 
Barisan Rakyat Sabah (SPF) - Berman Angkap
Barisan Borneo Bersatu - tiada maklumat

Parti-Parti politik Pasca Merdeka yang Telah Dibubarkan

  • Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) - Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu atau United Sabah National Organisation (USNO) adalah parti politik yang berpusat di Sabah, Malaysia. Parti ini diasaskan oleh Tun Datu Mustapha Datu Harun, pada tahun 1991. Parti itu berjaya memerintah selepas memenangi pilihanraya negeri 1967. USNO kekal berkuasa sehingga 1975 di bawah kepimpinan Tun Mustapha, dan sehingga 1976 di bawah Mohamed Said Bin Keruak. Sebelum pembentukan Malaysia pada 16 September, 1963, USNO memainkan peranan penting dalam kerjasama dengan UPKO (United Pasokmomogun Kadazandusun Organisation), yang dipimpin oleh Tun Fuad Stephens, dan dalam Persekutuan Tanah Melayu, dalam mendapat kemerdekaan daripada Great Britain. Pada tahun 1975, Setiausaha Agung USNO Harris Salleh meninggalkan parti tersebut dan bergabung dengan UPKO untuk membentuk sebuah parti baru yang dinamakan Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA). Parti BERJAYA  berjaya mengalahkan USNO pada pilihanraya negeri 1976 untuk membentuk kerajaan sehingga 1985.  Pada tahun 1990, USNO bergabung dengan BERJAYA untuk membawa UMNO melebarkan sayap ke Sabah. Tun Mustapha menjadi pengerusi pertama UMNO Sabah setelah Usno dibubarkan untuk bergabung dengan UMNO pada tahun 1991
  • Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) - 
  • Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA) - 
  • Parti Buruh Malaya (MLP) - 
  • Parti Melayu Semangat 46 (PMS46) - PMS46 merupakan sebuah parti politik serpihan UMNO. PMS46 ditubuhkan pada tahun 1988 selepas kekalahan Tengku Razaleigh Hamzah menentang Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad untuk jawatan Presiden UMNO dengan majoriti 43 undi. Selepas itu Tengku Razaleigh mendakwa UMNO dan memenangi kes ini, menyebabkan pendaftaran UMNO dilucutkan.
    Selepas ini, Tengku Razaleigh menubuhkan Parti Semangat 46 bersama dengan Dato' Seri Utama Rais Yatim. Maksud "Semangat 46" ialah, meneruskan semangat penubuhan UMNO yang ada pada tahun 1946. Manakala Datuk Seri Dr Mahathir menubuhkan UMNO Baru ketika itu, untuk menggantikan UMNO yang diharamkan sebelum itu. Tengku Razaleigh mendakwa bahawa parti Semangat 46 ini ialah parti UMNO yang sebenar dan asal, manakala UMNO Baru yang ditubuhkan oleh Dr Mahathir itu merupakan satu tiruan sahaja.
    Parti Melayu Semangat 46 bekerjasama dengan PAS, BERJASA, HAMIM, dan KIMMA untuk menubuhkan Angkatan Perpaduan Ummah demi bertanding dalam Pilihanraya Umum Malaysia 1990 dan Pilihanraya Umum Malaysia 1995. Namun setakat itu mereka cuma mampu memenangi kuasa pemerintahan negeri Kelantan di bawah pimpinan PAS di sana, pada tahun 1990. Pada masa yang sama, S46 juga bekerjasama dengan DAP, PBS, dan PRM untuk menubuhkan Gagasan Rakyat demi bertanding dalam Pilihanraya Umum 1990.
    Selepas Semangat 46 dibubarkan pada bulan Mei 1996, Tengku Razaleigh Hamzah dan Dato' Seri Utama Rais Yatim menyertai UMNO Baru. 
  • Barisan Rakyat Sabah Bersekutu (BERSEKUTU) -
  • Pertubuhan Kebangsaan Pasok Nunukragang Bersatu (PASOK) - 
  • Parti Demokratik Malaysia (MDP) - Parti Demokratik Malaysia (Malaysian Democratic Party) ( MDP) merupakan sebuah parti politik di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1998 oleh Wee Choo Keong selepas beliau disingkirkan oleh DAP dan kini pendaftaranya ditarik balik pada tahun 2010 oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).  Parti MDP ini pernah bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 dan Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 tetapi gagal memenangi mana-mana kerusi, sama ada di peringkat Parlimen ataupun di peringkat Dewan Undangan Negeri. Pengasasnya yang juga Setiausaha Agung MDP, Wee Choo Keong telah dipecat oleh Majlis Tertinggi MDP, juga pernah bertanding tetapi kalah di kerusi Bukit Bintang atas tiket MDP pada kedua-dua Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 dan Pilihan Raya Umum Malaysia 2004. Namun akhirnya beliau berjaya bertanding dan memenangi kerusi Wangsa Maju di dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 tetapi bukan di atas tiket MDP sebaliknya di atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR).
  • Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) - 
  • Parti Pekerja-Pekerja Malaysia (PPM) - 
  • Parti Sosial Demokratik (SDP) - 
  • Angkatan Keadilan Rakyat - 
  • Barisan Rakyat Jati Sarawak - 
  • Ikatan Masyarakat Islam Malaysia (IKATAN) - 
  • Konvensyen Solidariti Malaysia - 
  • Parti Bumiputera - 
  • Parti Demokratik Bersatu - 
  • Parti Demokratik India Malaysia - 
  • Parti Demokratik Sabah - 
  • Parti Keadilan Masyarakat Malaysia (PEKEMAS) - 
  • Parti Machinda - 
  • Kesatuan Insaf Tanah Air (KITA)
  • Parti Mahasiswa Negara - 
  • Parti Marhaen Malaysia (Parti Marhaen) ditubuhkan pada 1968 oleh Ahmad Boestamam dan lain-lain aktivis sosial termasuk Ishak Haji Muhammad yang meninggalkan Barisan Sosialis yang semakin lemah dan kucar-kacir. Menggunakan falsafah perjuangan Marhaen, istilah pergerakan politik yang popular di Indonesia bermaksud golongan petani dan kelas pekerja berpegang kepada ideologi sosialis yang bertujuan menghapuskan kesan pengaruh penjajah dan berjuang ke arah masyarakat yang bersifat nasionalisme atau kebangsaan serta keadilan sosial. Namun Parti Marhaen tidak mahu dikaitkan dengan Indonesia. Parti Marhaen cuba untuk menghidupkan kembali kejayaan lepas Barisan Sosialis di dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1974. tetapi gagal dan terus menjadi parti terkubur.
  • Parti Negara Sarawak (PANAS). PANAS  atau National Party of Sarawak merupakan salah satu bekas parti politik berperingkat negeri yang ditubuhkan pada 9 April 1960 di Sarawak, Malaysia untuk menghadapi pilihan raya majlis tempatan dan daerah yang telah dimulakan pada tahun 1959. PANAS mendukung tujuan melindungi, memelihara dan memajukan kepentingan politik, pendidikan, keagamaan, ekonomi, sosial dan kebudayaan rakyat seluruh negeri Sarawak, khasnya kaum bumiputera.  Pada 28 Mac 1968, parti ini bergabung dengan Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA) untuk membentuk Parti Bumiputera yang kemudian bercantum dengan Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) untuk menubuhkan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) pada 30 April 1973. PANAS merupakan parti politik kedua di Sarawak dan diasaskan oleh Datuk Bandar Abang Haji Mustapha, kira-kira 10 bulan selepas penubuhan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang merupakan parti politik pertama didaftarkan di Sarawak. Pada peringkat permulaannya, PANAS tidak mendapat sokongan yang menggalakkan daripada penduduk tempatan sendiri tetapi selepas dua tahun, parti ini mula diterima apabila sebanyak 62,795 ahli menganggotainya kerana menentang penjajahan Malaya. Ketika itu, PANAS sudah menubuhkan 65 cawangan di seluruh negeri dan dianggotai kira-kira 20,000 orang Melayu, 20,000 orang suku kaum Iban, dan 10,000 orang suku kaum Bidayuh, termasuk beratus-ratus orang lain daripada kaum Cina. Setelah pendaftaran PANAS diluluskan secara rasmi pada 9 April 1960, Datu Bandar Abang Haji Mustapha dilantik sebagai Pengerusi dan Abang Othman, adiknya yang meletakkan jawatan sebagai Timbalan Penguasa Polis, dilantik sebagai Setiausaha Agung.

  • Parti Perhimpunan Kebangsaan - 
  • Parti Pesaka Anak Sarawak (PAPAS)PAPAS  atau Sarawak Native's Heritage Party atau juga dikenali juga sebagai PESAKA, merupakan salah satu bekas parti politik berperingkat negeri yang ditubuhkan pada bulan Julai 1962 di Sarawak, Malaysia. Parti ini merupakan parti politik kedua kaum Iban selepas Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) didaftarkan pada Mac 1961. Bersama-sama empat orang pemimpin daripada kaum Iban di Sibu, Tun Jugah yang meninggalkan Parti Negara Sarawak (PANAS) mengasaskan PESAKA untuk menentang SNAP yang mendapat sokongan yang kuat daripada kaum Iban Sibu. Menjelang Ogos 1962, parti baru PESAKA telah tumbuh di Sibu untuk orang Iban dari Batang Rajang. Penaja-penajanya telah enggan menyertai Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), yang mengikut mereka adalah untuk orang Iban dari Saribas. Antara penaja PESAKA adalah Penghulu Masam Anak Radin, Pengarah Banyang, Penghulu Chundi Anak Resa dan Penghulu Umpau. Temenggong Jugah, Temenggong Oyong Lawai Jau dan Jonathan Bangau pula menyertainya kemudian. Sementara Jugah dan Oyong Lawai Jau adalah pada mulanya ahli Parti Negara Sarawak (PANAS), Bangau pula ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP). Penghulu-penghulu dari bahagian lains seperti Penghulu Tawi Sli dari Bahagian Kedua dan Penghulu Abok Anak Jalin dari Bintulu juga menyertai PESAKA. Jadi PESAKA sebenarnya juga merupakan "Parti Penghulu". Namun, orang yang sebenarnya melahirkan akal untuk menubuhkan PESAKA adalah Thomas Kana, seorang pembantu perubatan yang merupakan pembalut luka di Kuala Belait, Brunei. Beliau dilantik Setiausaha Agung PESAKA yang pertama. Kebetulan Stephen Kalong Kingkan, salah seorang pengasas dan Setiausaha Agung pertama SNAP, bukan sahaja adalah rakan sejawatannya di Kuala Belait tapi juga seterunya. Semenjak di Kuala Belait, Ningkan dan Kana tidak suka dan selalu menyindir antara satu sama lain. Apabila kedua-duanya pulang ke Sarawak, Ningkan menubuhkan SNAP manakala Kana menubuhkan PESAKA dan pemusuhan mereka berterusan menyemai benih dan bibit perpecahan di kalangan orang Iban-iban Sarawak, asasnya antara Iban Batang Rajang dan Iban Saribas. Mereka enggan berganjak dan masing-masing mahu menjadi ketua di dalam sesuatu parti atau kerajaan. Secara tak langsung perpecahan dan permusuhan antara dua pemimpin ini telah mempengaruhi perpaduan masyarakat Dayak sehingga hari ini. Pada 30 April 1973, PESAKA bergabung dengan Parti Bumiputera yang merupakan gabungan Parti Negara Sarawak (PANAS) dan Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA), untuk menubuhkan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB).
  • Parti Reformasi Insan Malaysia - 
  • Parti Tindakan Sabah Bersatu (USAP)- Parti Tindakan Sabah Bersatu atau United Sabah Action Party (USAP) adalah sebuah parti politik Sabah yang ditubuhkan oleh Kalakau Untol pada 1970an dan dibubarkan pada 1974 selepas beliau menyertai Parti Keadilan Masyarakat Malaysia (PEKEMAS).
  • Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu - 
  • Pertubuhan Pasok Momogun Bersatu - 
  • Parti Perhimpunan Sabah Bersatu  (PUSAKA) atau United Sabah Assembly Party adalah sebuah parti politik Sabah yang ditubuhkan oleh Kalakau Untol pada 1977 dan dibubarkan pada 1978 selepas beliau menyertai Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA).

Parti Politik Pra-Kemerdekaan            
  • Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). PKMM juga dikenali Parti Nasionalis Melayu (PNM)- (Malay Nationalist Party) telah ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh, Negeri Perak. Parti ini merupakan parti politik Melayu yang pertama ditubuhkan selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Matlamat utama penubuhan PKMM ialah untuk menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris. PKMM juga berusaha mengatasi masalah orang Melayu di segi pelajaran, sosial dan ekonomi serta kebebasan mencetak dan bersuara. Pada 30 November 1945, PKMM telah mengeluarkan lapan resolusi yang dianggap oleh pihak kerajaan British sebagai diinspirasikan oleh rancangan 'Sembilan Perkara' Parti Komunis Malaya. PKMM pada mulanya tidak condong kepada komunisme. Tetapi apabila Mokhtaruddin Lasso dilantik sebagai presidennya yang pertama pada bulan Oktober 1946, parti ini dipengaruhi oleh komunis.
  • Gerakan Angkatan Muda (GERAM)
  • Parti Kemerdekaan Malaya (IMP).  Independence of Malaya Party, IMP) atau juga dipanggil Parti Malaya Merdeka (PMM) ialah sebuah parti politik di Malaya British yang memperjuangkan kemerdekaan Semenanjung Tanah Melayu. Parti ini ditubuhkan oleh Dato' Onn Jaafar setelah beliau menyatakan hasrat membuka keahlian UMNO kepada kaum lain. Hal ini menyebabkan tentangan daripada ahli UMNO dan beliau terpaksa keluar UMNO dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya pada 1951. Beliau bagaimanapun membubarkan parti ini pada 1953 selepas tidak berapa mendapat sambutan dan menubuhkan Parti Negara.
  • Parti Komunis Malaya (PKM). PKM atau Malayan Communist Party atau ialah sebuah pertubuhan yang diasaskan pada tahun 1930. Pertubuhan ini menentang penjajahan British yang ketika itu itu sedang memerintah Tanah Melayu. Ketika kedatangan Jepun, PKM membentuk Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA) untuk berperang dengan mereka.
    Jepun mula menakluki Tanah Melayu pada 8 Disember 1941 sehingga 16 Ogos 1945. Kezaliman sewaktu memerintah adalah pahit. Jepun berjaya menakluki Tanah Melayu telah mendapat sokongan daripada anak negeri yang terperangkap dengan janji-janji kemerdekaan yang telah dijanjikan. Jepun juga turut menghampakan harapan mereka yang terperangkap dengan janji-janji Jepun untuk memberikan kemerdekaan dengan Propaganda Jepun iaitu "Asia untuk Orang Asia" dan "Semangat Asia". Kekerasan berlaku. Mereka yang disyaki menentang Jepun akan dibunuh. Akibat kezaliman Jepun itu, semangat cinta akan tanah air Malaysia telah dipupuk.
    Pada Zaman Pendudukan Jepun, rakyat hidup dalam sengsaraan. Kezaliman dan kekejaman yang dilakukan oleh Kempetai amat ditakutkan. Kempetai merupakan unit polis yang menangkap sesiapa yang disyaki menentang Jepun. Banyak masalah sosial juga ditimbulkan. Ekonomi merosot, ramai yang mati kebuluran, hasil pertanian dirampas, bilangan pengangguran semakin meningkat, ubat-ubatan tidak cukup menyebabkan ramai yang mati kerana penyakit. Orang Cina yang menghantar bantuan kepada negara China apabila Perang Jepun dengan ChinaPerang_China-Jepun_Kedua ditangkap dan dibunuh dengan penuh kezaliman. Memaksa rakyat membina Keretapi Maut di negara Thai. Dasar penJepunan diperkenalkan, sekolah-sekolah diganti dengan sekolah Jepun, bahasa Nippon-go digunakan, Kimigayo iaitu lagu kebangsaan Jepun dinyanyikan, tulisan Jepun ditulis. Perbuatan tersebut menyebabkan kelahiran MPAJA iaitu Tentera Anti Jepun Tanah Melayu, Force 136, Gerila Kinabalu dan lain-lain gerakan yang menentang Jepun. Akhirnya, Jepun menyerah kalah tanpa syarat setelah Hiroshima dan Nagasaki dibomkan. Walaupun Jepun telah menyerah kalah kepada tentera Berikat, tetapi banyak kesan-kesan positif malah negetif diwujudkan. Antaranya, Zaman Pendudukan Jepun itu telah membangkitkan semangat patriotik di kalangan rakyat tetapi masalah perpaduan telah diwujudkan serta masyarakat menjadi kucar-kacir. Ramai yang mati akibat kelaparan dan dijangkiti penyakit.
    MPAJA merupakan salah satu cawangan Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan pada 20 April 1930. Yang pada awalnya bekerjasama dengan pihak British untuk menentang pendudukan Jepun berdasarkan perjanjian yang dibuat pada 8 Disember 1940, mengambil peluang untuk membalas dendam terhadap sesiapa yang dianggap bersubahat dengan Jepun.
    Menerusi MPAJA, bantuan senjata, latihan, kewangan, bekalan lojistik dan perubatan telah diperolehi dari British. Dalam tempoh 3 tahun kekuatan tentera MPAJA dianggarkan sebanyak 7,000 anggota dan tidak hairanlah apabila darurat berlaku pihak British dan anggota pasukan keselamatan terpaksa berhadapan dengan kesukaran menghapuskan sekumpulan tentera yang telah dilatih untuk berperang. Manakala dari segi penglibatan negara luar pula, Parti Kuomintang dari China memainkan peranan yang penting untuk menyebarkan perfahaman komunis ke Tanah Melayu. Cawangan Kuomintang di Tanah Melayu diharamkan oleh British. Walau bagaimanapun, golongan komunis di Tanah Melayu menubuhkan Parti Komunis Nanyang tetapi diharamkan pada tahun 1930 kemudian menubuhkan pula Parti Komunis Malaya (PKM).
    Tujuan penubuhan PKM adalah untuk menubuhkan sebuah negara Republik Komunis Malaya di Tanah Melayu. Semasa pemerintahan Jepun PKM menubuhkan MPAJA untuk menentang Jepun. MPAJA mendapat sokongan daripada orang Cina.
    Selepas Jepun menyerah kalah, Parti Komunis Malaya telah mengambil kesempatan untuk berkuasa menerusi gerila-gerila MPAJA dan melalui beberapa pertubuhan seperti Min Yuen, MRL dan sebagainya. Mereka menguasai tanah melayu selama 14 hari.Beberapa siri keganasan dan rusuhan serta pergaduhan antara kaum telah berlaku di Tanah Melayu, terutamanya di bahagian selatan Tanah Melayu. Akibatnya, orang-orang Melayu mulai bertindak-balas terhadap kekejaman anggota komunis Bintang Tiga, seperti pasukan yang diketuai oleh Panglima Salleh Selempang Merah. Kembalinya British dengan pentadbiran tenteranya (BMA) dalam tempoh yang singkat menyebabkan komunis Bintang Tiga tidak berjaya mengembangkan pengaruh mereka. Akibat kegagalan komunis Bintang Tiga merampas Tanah Melayu dengan gerakan bersenjata, telah membawa kepada persetujuan pembubaran tentera MPAJA dan perletakan senjata api disamping pembayaran saguhati kepada gerila-gerila terbabit.
    Parti Komunis Malaya telah menguasai Parti Kebangsaan Melayu Malaya yang ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 melalui tokoh-tokoh jawatankuasanya yang terdiri daripada Mokhtaruddin Lasso (Presiden), Arshad Ashaari (bendahari), Rashid Maidin, Abdullah C.D. Parti Kebangsaan Melayu Malaya lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949. [perlu rujukan]
    Terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 merupakan kekalahan kepada Parti Komunis Malaya kerana golongan ini telah diketepikan oleh British. Parti Komunis Malaya telah menukar strategi dan mula mencetuskan kegagasan melalui mogok dan rusuhan. Pihak British bertindak balas dengan mengharamkan pemimpin politik daripada mengetuai kesatuan pekerja, dengan itu melemahkan kedudukan komunis Bintang Tiga.
    Pihak komunis Bintang Tiga kemudiannya mulai mengangkat senjata dan beberapa siri serangan dan serangan telah berlaku. Bagaimana pun, insiden pada 16 Jun 1948 iaitu pembunuhan tiga orang pengurus estet berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak telah membawa kepada pengistiharan darurat oleh Sir Edward Gent. Apabila keadaan bertambah teruk, pada 12 Julai 1948, darurat diistiharkan ke seluruh negara. Parti Komunis Malaya telah diharamkan pada 23 Julai 1948. Seluruh angkatan bersenjata telah digerakkan termasuk Senoi Praaq bagi menentang komunis.
    Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan dari masyarakat, pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan pada tahun 1955. Rundingan Baling ini yang diadakan pada 28-29 Disember 1955 tidak membawa apa-apa keputusan drastik. Ini disebabkan kerajaan menawarkan pengampunan dengan syarat Parti Komunis Malaya dibubarkan, tetapi Chin Peng pula meminta Parti Komunis Malaya dibenarkan untuk bergerak sebagai sebuah parti politik. Pihak kerajaan yang telahpun mencapai kemajuan dalam membasmikan Parti Komunis Malaya, dan menimbangkan kekejaman Parti Komunis Malaya terhadap rakyat sebelumnya, menolak usul membenarkan Parti Komunis Malaya dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik. Tunku kemudiannya menegaskan kepada rakyat bahawa Parti Komunis Malaya bertindak menentang kerajaan sah yang telah dipilih rakyat dan merdeka daripada penjajahan British.
    Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 ketika darurat masih lagi berkuatkuasa. Pada 31 Julai 1960, darurat ditamatkan setelah ancaman komunis semakin berkurangan dan pengunduran mereka ke sempadan Tanah Melayu dan Thailand. Penempatan baru komunis di sempadan telah membolehkan mereka mengumpul dan memulihkan kekuatannya. 
    Selepas sekian lama dan atas kesedaran pucuk pimpinan Parti Komunis Malaya, maka pada 2 Disember 1989, Perjanjian Damai (Perjanjian Haadyai) telah ditandatangani di antara Parti Komunis Malaya dengan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand. Perjanjian bersejarah itu telah menamatkan perjuangan bersenjata Parti Komunis Malaya selama 41 tahun dan mengembalikan taat setianya kepada Yang di-Pertuan Agong dan patuh kepada Perlembagaan dan undang-undang negara.
  • Parti Radikal Malaya.  Parti Radikal Malaya atau Radical Party (Malaya) adalah sebuah parti radikal pelbagai kaum dan bukan berlandas perkauman yang ditubuhkan pada 1951 sebelum Tanah Melayu (Malaya) merdeka. Pemimpin Parti Radikal yang berpengkalan di Pulau Pinang ialah Dr Lim Chong Eu. Beliau kemudiannya membubarkan Parti Radikal pada 1952 untuk menyertai menyertai MCA. Dalam Pilihan Raya Majlis Bandaran George Town (Penang), pilihan raya yang diadakan buat kali pertama di Tanah Melayu pada 1 Disember 1951, dari tiga parti yang bertanding iaitu Parti Radikal Malaya, Parti Buruh Malaya (MLP) dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Parti Radikal telah berjaya memenangi enam daripada sembilan kerusi untuk menguasai Majlis Bandaran George Town.
  • Pemuda Radikal Melayu (PERAM). Pemuda Radikal Melayu ditubuhkan pada Januari 1948 oleh M. Mustaza. Pemuda Radikal Melayu ini berhaluan Sosialis. Namun Pemuda Radikal Melayu ini telah diharamkan oleh kerajaan pada tahun 1948. 
  • Persatuan Melayu Perak. Persatuan Melayu Perak yang ditubuhkan pada 18 sep 1937 merupakan salah satu daripada pertubuhan sosial yang pernah bergerak di Daerah Kinta. Penubuhannya adalah hasil dari keputusan satu perjumpaan yang telah diadakan di Dewan Bandaran Ipoh. Seramai 104 orang telah menghadiri perjumpaan tersebut, kebanyakannya terdiri daripada kakitangan kerajaan yang berpendidikan Inggeris. Persatuan Melayu Perak ditubuhkan dengan tujuan untuk menggalakkan kerjasama antara ahli, meninggikan taraf pelajaran dan ekonomi, memberi peluang kepada ahli-ahli melahirkan taat setia kepada Great Britain, kerajaan dan raja serta bekerjasama dengan pihak Inggeris demi memajukan kepentingan orang Melayu. Jawatankuasa persatuan ini terdiri daripada seorang pengerusi, timbalan pengerusi, dua orang setiausaha dan 17 orang wakil dari tiap-tiap daerah. Hampir semua ahli jawatankuasa yang dilantik mempunyai pelajaran Inggeris dan bekerja dengan kerajaan. Diantara mereka ialah Wan Mohd Nor bin Wan Nasir (pengerusi), Encik Ali (setiausaha) dan Encik Laidin (setiausaha penerangan). Keahlian Persatuan ini tidak dibuka kepada golongan atasan kerana persatuan ini tidak mahu menyentuh kehormatan dan kemuliaan mereka. Ini telah menimbulkan kecurigaan Inggeris, sehingga pihak pendaftar telah meminta Yang Dipertua Persatuan memberi penjelasan. Berikutan dengan ini, keahlian Persatuan Melayu Perak telah dibuka kepada semua golongan. Dalam bulan Oktober 1938, Jawatankuasa baru telah disusun semula. Percubaan Persatuan Melayu Perak untuk menyusun langkah-langkah kearah meninggikan ekonomi dan pelajaran orang Melayu itu dapat diertikan sebagai satu kesedaran awal terhadap kemunduran orang-orang Melayu. Persatuan ini bolehlah dianggap sebagai satu asas kearah perjuangan politik tetapi ianya tidak dapat bergerak kerana tercetusnya Perang Dunia Kedua.
  • Angkatan Pemuda Insaf (API). API merupakan sebuah parti politik yang ditubuhkan pada 17 Feb 1946 di Ipoh, Perak oleh Ahmad Boestamam, Abdul Rahman Rahim dan Bakar Thareek. API adalah sebuah badan politik kiri dan sosialis Melayu yang pada asalnya merupakan sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Melaya (PKMM). Parti ini mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan Gabungan Pemuda Demokratik Sedunia dan Pertubuhan Lembaga Pemuda Bangsa Asia di Indonesia yang banyak mempengaruhi API dalam setiap sudut perjuangannya. Parti ini diharamkan oleh kerajaan British pada 17 Jul 1947 dalam Warta Kerajaan Malaya Union. Tindakan mengharamkan pertubuhan yang berhaluan kiri itu adalah mengikut Ordinan Persatuan, 1947 (Societies Ordinance, 1947). Tindakan mengharamkan API didakwa disebabkan kekacauan yang dilancarkan oleh AMCJA-PUTERA serta kegiatan-kegiatan golongan kiri yang dipelopori oleh API. Kerajaan British juga mendakwa asas-asas perjuangan API yang membahayakan melalui buku Testament Politik API yang ditulis oleh Ahmad Boestamam. API merupakan pertubuhan politik yang pertama diharamkan oleh British.
  • Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA).  PUTERA (juga dipanggil Pusat Tindakan Rakyat pada sesetengah masa) ialah sebuah parti campuran sayap kiri di Tanah Melayu yang ditubuhkan pada 22 Februari 1947 dan diketuai oleh Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) daripada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) atau Parti Nasionalis Melayu (MNP). Bersama Majlis Bertindak Bersama Se-Malaya (AMCJA) yang dianggotai parti bukan Melayu, Putera-AMCJA menolak gagasan Persekutuan Tanah Melayu sebaliknya mencadangkan Perlembagaan Rakyat yang meletakkan konsep rakyat sebagai asas kepada Tanah Melayu merdeka. Akhirnya pada 18 Jun 1948, PUTERA (dan beberapa parti lain) telah diharamkan apabila darurat diisytiharkan oleh pihak berkuasa British dengan persetujuan Yang Dipertua UMNO, Dato' Onn Jaafar.
  • Angkatan Wanita Sedar (AWAS). AWAS ialah sebuah organisasi yang ditubuhkan oleh Jabatan Wanita, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada Februari 1946. AWAS ini bergerak sendirian seperti juga Angkatan Pemuda Insaf (API). Badan wanita ini dipimpin oleh Shamsiah Fakeh. Angkatan Wanita Sedar ini berhaluan Sosialis. Di antara tokoh yang mengasaskan AWAS ialah: Aishah Ghani, Sakinah Junid, and Samsiah Fakeh. Pada 22 Februari 1947, AWAS menyertai Pusat Tindakan Rakyat (PUTERA), sebuah parti campuran yang terdiri daripada enam parti politik sayap kiri yang diketuai oleh Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) daripada Parti Nasionalis Melayu (MNP). Angkatan Wanita Sedar ini kemudian diharamkan oleh kerajaan pada tahun 1948.
  • Barisan Tani SeMalaya (BATAS). 
.

No comments:

Post a Comment