BUAYA BERPERANG DI BAWAH AIR YANG TENANG
Ringkasan Sejarah Perkembangan Kerjasama Politik Malaysia?
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) @ United Malays National Organisation (UMNO) ditubuhkan pada 11 Mei 1946, Malayan Indian Congress (MIC) ditubuhkan pada 4 Ogos 1946 dan Malayan Chinese Association (MCA) ditubuhkan pada 27 Februari 1949 manakala Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah serpihan UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1951.
Pada tahun 1952, UMNO bergabung dengan MCA untuk menyertai pilihanraya Munisipal Kuala Lumpur. MIC kemudiannya menyertai gabungan ini pada tahun 1954. Seterusnya, Yang DiPertua UMNO, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj mengetuai pembentukan Parti Perikatan (gabungan UMNO-MCA-MIC) yang didaftarkan dengan rasmi pada 30 Oktober 1957. MCA dipimpin oleh Tan Cheng Lock dan MIC dipimpin oleh V.T. Sambanthan.
Gabungan UMNO-MCA-MIC ini kemudiannya menyertai Pilihan Raya Umum (PRU) Persekutuan Tanah Melayu yang pertama tahun 1955 (sebelum merdeka) dengan memenangi 51 dari 52 kerusi yang dipertandingkan. Satu lagi kerusi dimenangi oleh Parti Negara yang dipimpin oleh Dato' Sir Onn bin Jaafar, orang yang menubuhkan UMNO serta mantan Yang DiPertua UMNO yang pertama.
Democratic Action Party (DAP) ditubuhkan pada 11 Oktober 1965, merupakan serpihan pendokong Parti Tindakan Rakyat (PETIR) @ People Action Party (PAP) Singapura yang tinggal di Malaysia apabila Singapura keluar dari Malaysia.
Presiden UMNO ketiga, Tun Razak memulakan usaha penubuhan Barisan Nasional (BN) pada tahun 1972, bermula di peringkat negeri Pulau Pinang dengan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dan Perak dengan People Progressive Party (PPP) seterusnya PAS pada tahun 1974 di Kelantan. BN didaftarkan dengan rasmi pada 1 Jun 1974 dan turut disertai oleh parti-parti dari Sarawak seperti Parti Pesaka Bumiputra Sarawak (PBB), Sarawak United People Party (SUPP), Sarawak National Party (SNAP) dan Sabah seperti United Sabah National Organisation (USNO) dan Sabah Chinese Association (SCA).
Pada bulan Disember 1977, PAS keluar BN kerana krisis dengan UMNO yang mengkhianati kerjasama dalam Kerajaan Kelantan. Dengan tipu helah Kerajaan Pusat (BN), krisis tersebut telah membawa kepada perisytiharan Darurat untuk Negeri Kelantan dari 8 November 1977 hingga 12 Februari 1978 bagi membolehkan Kerajaan Pusat Mengambil alih pentadbiran Kelantan.
Selepas ini keahlian BN kerap dan berubah dan bertambah sehingga menjadi 14 buah parti dari Semenanjung, Sarawak dan Sabah. BN terus memerintah sehingga akhir tempoh PRU 2013.
Komposisi pembangkang juga berubah sejak merdeka. Bermula dengan parti-parti pembangkang berdiri secara individu sepeti Parti Nagara, PAS, DAP, Socialist Front (Gerakan), PPP, PEKEMAS dan lain-lain sehingga terbentuk Kerajaan BN.
Pada 4 Februari 1988, Mahkamah Tinggi telah mengisytiharkan UMNO "sebagai pertubuhan yang tidak sah" kerana melanggar Akta Pertubuhan 1966. Bagaimanapun dengan muslihat Presiden UMNO (yang diharamkan), Dr Mahathir telah menubuhkan UMNO (Baru) dan secara perlahan mengambil tempat UMNO lama dan seluruh ahlinya dan pecahannya untuk melupakan UMNO lama dan menerima UMNO (Baru) ditubuhkan dalam tahun 1988 sebagai UMNO asal yang ditubuhkan pada tahun 1946. Pemimpin serpihan UMNO lama yang tidak menyokong Dr Mahathir, Tengku Tan Sri Razaleigh telah menubuhkan Parti Melayu Semangat 46 (PMS46) pada 3 Jun 1989.
Era gabungan blok pembangkang bermula dalam PRU 1990 apabila PMS46 berkerjasama dengan PAS, BERJASA, HAMIM dan KIMMA untuk membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Manakala DAP, PBS(Sabah) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM )membentuk Gagasan Rakyat (GR). Kedua-dua kumpulan pembangkang ini bertanding dalam PRU 1990 dan 1995. Dalam PRU 1990, PAS berjaya merampas kembali Negeri Kelantan.
Pada 8 Oktober 1996 PMS46 dibubarkan dan kesemua ahlinya kembali menyertai UMNO (Baru) tanpa syarat.
Pada tahun 1998 UMNO sekali lagi mengalami perpecahan apabila Timbalan Presidennya Anwar Ibrahim dipecat dari Jawatan dalam parti serta jawatan Timbalan Perdana Menteri. Anwar Ibrahim menubuhkan Parti Keadilan Nasional (ADIL) ditubuhkan pada 10 Disember 1998. ADIL kemudiannya bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan membentuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 3 Ogos 2003. Bagaimanapun sebahagian ahli PSRM masih kekal tidak menyertai PKR di bawah nama Parti Sosialis Malaysia (PSM). Pembangkang membentuk kerjasama baru dipanggil Barisan Alternatif (BA) mengandungi DAP, ADIL (kemudian PKR), PAS dan PSM. Blok BA bertanding dalam PRU 1999 dan 2004. Dalam PRU 1999, BA melalui PAS berjaya menawan Terengganu bagaimanapun dalam PRU 2004, BN berjaya merampas kembali dari PAS.
Sebagai usaha menghadapi PRU tahun 2008 Barisan Alternatif telah dibubarkan dan digantikan dengan Pakatan Rakyat (PR) mengandungi PKR, PAS dan DAP. PR bertanding dalam PRU 2008 dan 2013. Dalam PRU 2008, PR berjaya mengekalkan kemenangan di Kelantan dan berjaya merampas empat buah lagi negeri dari BN, iaitu Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kedah. Dalam PRU 2013, BN berjaya merampas kembali Perak dan Kedah. Pada tahun 2015 PAS keluar dari pakatan (PR) tersebut.
Dalam PRU 2018, blok pembangkang membentuk gabungan baru dipanggil Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir, mengandungi PKR, DAP, Parti Amanah Nasional (serpihan PAS) dan Parti Peribumi Bersatu Malaysia @ BERSATU (serpihan UMNO). Manakala PAS berkerjasama dengan BERJASA dan IKATAN. membentuk Gagasan Sejahtera (GS). Dalam PRU ke14 1988 inilah penguasaan Barisan Nasional ditamatkan. PH memerintah sehingga 25 Februari 2020 sebelum diabil alih oleh Perikatan Nasional (PN) iaitu gabungan PPBM, BN dan PAS yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. PN memerintah sehingga Parlimen ke 14 pada 10 Oktober 2022.
Dalam PRU ke15 (2022), terdapat beberapa gabungan utama parti yang bertanding; iaitu, di Semanjung antara PH (DAP, PKR & Amanah) dengan PN (PAS, Bersatu & Gerakan), di Sarawak PH menentang Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang terdiri dari PBB, SUPP, PRS dan PDP. Manakala di Sabah PH ditentang oleh Gagasan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri dari PBS, SAPF, STAR, USNO, LDF, PHRS dan PCS serta PN dan BN. Banyak parti-parti kecil lain yang menyertai PRU ini secara individual.
Keputusan PRU menunjukkan PH memenangi 82 kerusi diikuti oleh PN dengan 73 kerusi, BN (30), GPS (22), GRS (6) dan lain-lain (7). Tiada parti atau gabungan parti yang memiliki majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan. Akhirnya PH berjaya memujuk BN, GPS, GRS dan beberapa parti kecil untuk bergabung membentuk Kerajaan yang dinaakan Kerajaan Perpaduan.
Bagaimana Kerajaan (BN) yang diterasi UMNO boleh tumbang?
Sejak tahun 2015, Muhyiddin Yassin (selaku TPM dan Timbalan Presiden UMNO) telah mula mempersoalkan perilaku PM Najib Razak dalam mengendalikan isu 1MDB serta transaksi wang 1MDB dalam akaun peribadi Najib. Najib mengabaikan perkara tersebut dan mengambil tindakan menggugurkan Muhyiddin dari Kabinet (28 Julai 2015) dan seterusnya memecat dari UMNO (26 Februari 2016). Najib menggunakan kuasanya untuk mengawal tindakan SPRM, PDRM dan Jabatan Peguam Negara untuk melindungi dan menyelamatkannya. Ahmad Zahid selaku Menteri Dalam Negeri yang bercita-cita tinggi untuk menjadi PM turut membantu melindungi Najib.
Muhyiddin tiada pilihan lain dan dengan sokongan Tun Dr Mahathir membentuk Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM atau BERSATU) yang didaftarkan pada 14 Januari 2017. Tun Dr Mahathir sebagai Pengerusi manakala Muhyiddin sebagai Presiden.
Di pihak PAS pula, Timbalan Presidennya Mohamad Sabu telah keluar dari PAS dan membentuk Parti Amanah Nasional (Amanah) pada 16 September 2015.
Dalam PRU ke13 pada 9 Mei 2018, Bersatu dan Amanah telah menyertai DAP dan PKR dalam Pakatan Harapan (PH) untuk menumbangkan BN . Usaha mereka telah membawa kejayaan.
Krisis Pakatan Harapan
Dalam PRU ke13 pada 9 Mei 2018, Bersatu dan Amanah telah menyertai DAP dan PKR dalam Pakatan Harapan (PH) untuk menumbangkan BN . Usaha mereka telah membawa kejayaan.
Krisis Pakatan Harapan
Kepelikan besar dalam PH ialah, sebelum PRU 2018, mereka membuat perjanjian tanpa bertulis bersetuju bahawa jika PH menang PRU 14/2018, memilih Tun Dr Mahathir sebagai PM dan akan membebaskan Anwar Ibrahim melalui pengampunan YDP Agong dan menetapkan Tun M akan menyerahkan jawatan PM kepada Anwar selepas 2 tahun. Anwar kemudiannya diberi keampunan mutlak oleh SPB Yang DiPertuan Agong XV pada 16 Mei 2018 dan diberikan laluan menjadi Ahli Parlimen melalui PRK Port Dickson pada 13Oktober 2018.
DAP mendominasi dasar Kerajaan, banyak keputusan Kerajaan condong kepada perjuangan DAP, mengenepikan sensitiviti orang Melayu. Ini menimbulkan kemarahan orang Melayu. Demi perjuangan umat Melayu, UMNO dan PAS bersetuju membentuk Muafakat Nasional untuk sama-sama menjatuhkan PH dalam PRU akan datang. Sikap DAP juga menimbulkan rasa tidak senang PPBM.
Secara politiknya, PPBM merupakan parti yang paling beruntung dalam PH. Walaupun ia parti yang paling junior dalam PH tetapi telah diberi jawatan PM Malaysia dan MB di 3 buah negeri (Johor, Perak dan Kedah) walaupun dalam negeri-negeri tersebut kerusi PPBM adalah yang paling rendah berbanding parti gabungan PH yang lain.
Penyokong tegar Anwar dalam PKR sentiasa mencari jalan untuk Tun M segera menyerahkan kuasa kepada Anwar melalui pelbagai tekanan. Bagaimanapun, di dalam PKR terdapat fraksi Timbalan Prsidennya, Azmin Ali yang menyokong supaya Tun Mahathir kekal sebagai PM hingga tamat tempoh Parlimen. PKR berpecah dua sehingga membawa kejatuhan Kerajaan PH. Tun Mahathir meletak jawatan PM dan membubarkan kabinet pada pada 25 Februari 2020.
Kerajaan PH bubar.
Mesyuarat Majlis Presiden PH pada 24 Februari 2020 tegang. Selepas mesyuarat, Tun Mahathir membuat sidang akhbar dan menyatakan, peralihan kuasa akan berlaku selepas Persidangan APEC pada November 2020 dan tarikh peralihan adalah tertakluk kepada keputusan beliau.
Bagaimanapun pada 25 Februari 2020 Tun M meletak jawatan sebagai PM dan kabinet dibubarkan. PPBM keluar dari PH. Azmin membawa 11 MP PKR keluar dari PKR.
Tun Mahathir telah dilantik menjadi PM Interim oleh YDP Agong sehingga PM baru dilantik dan mengangkat sumpah.
Apa pilihan Ahli Parlimen?
Perletakan jawatan Tun M dan runtuhnya Jemaah Menteri Kerajaan PH mencipta kecelaruan di kalangan rakyat. Semua gamam, gumam, keliru dan celaru serta haru-biru. Satu soalan dipersoalkan, iaitu apa sebenarnya Strategi Tun Mahathir?
PH (PKR/DAP/Amanah) cuba mengekalkan Kerajaan PH dengan menyatakan sokongan penuh kepada Tun M tetapi tidak pasti sama ada bersyarat (siapa penggantinya) atau tidak.
PAS memberikan sokongan padu kepada Tun M sebagai PM diikuti oleh GPS dan WARISAN serta UMNO.
Sebuah pertubuhan bukan politik (berasaskan Melayu dan Islam), Muafakat Nasional yang ahlinya terdiri dari kalangan (bukan semua) ahli UMNO, PAS, MCA, MIC dan lain-lain) membuat kenyataan bersama bahawa mereka menyokong Tun M sebagai PM dengan syarat tiada DAP di dalamnya.
Pada 26 dan 27 Februari, SPB YDP Agong XVI telah memanggil semua 221 Ahli Parlimen (kecuali Tun M) secara individu (bukan atas nama parti) untuk memilih siapa PM pilihan mereka. Bagaimana pun, apa yang dijanjikan oleh Ahli Parlimrn sebelum ini untuk memberikan sokongan kepada Tun M telah berubah. Keputusannya, Tun M tidak mendapat cukup sokongan majoriti mudah dari MP. Majoriti memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai PM yang baru.

Kenapa sokongan Ahli Parlimen kepada Tun Mahathir berubah?
Lihat komponen keahlian Dewan Rakyat:
Pakatan Harapan (PKR, DAP, AMANAH, BERSATU) : 113 kerusi.
Barisan Nasional (UMNO, MCA, MIC, PPP, Gerakan, PBB, SUPP, PBRS, SDP, PBS, LDP dll) : 79 kerusi.
PAS : 18 kerusi
Parti Warisan Sabah : 8
Lain-lain/Bebas : 4
PAS : 18 kerusi
Parti Warisan Sabah : 8
Lain-lain/Bebas : 4
Pertama kerana Tun M telah memberi gambaran bahawa jika beliau dipilih semula, beliau akan menubuhkan Kabinet berbentuk Unity Goverment yang berasaskan kepada kepakaran dan kemampuan. Ahli Kabinet tidak terikat kepada Ahli Parlimen atau pemimpin parti.
Ahli Parlimen PKR dan BERSATU telah berpecah, sebahagian masih menyokong Tun M dan sebahagian telah menukar fikiran menyokong TS Muhyiddin dan DS Anwar.
PAS menarik balik sokongan kepada Tun M kerana menolak kerjasama dengan DAP.
Kepimpinan PH sanggup meneruskan sokongan kepada Tun M dengan syarat tanpa UMNO dan PAS.
Semua komponen BN dari Sarawak telah keluar dari BN dan menubuhkan GPS. GPS menyokong Tun M tetapi jika Tun M gagal mendapat undi majoriti mereka akan menyokong mana-mana peimpin yang dapat sokongan majoriti demi kepentingan Sarawak.
WARISAN menyokong Tun M tetapi seperti juga GPS, jika Tun M kalah, meraka akan memberi sokongan kepada pemimpin yang mendapat majoriti demi kepentingan Sabah.
Apabila sokongan Ahli Parlimen dari PKR, DAP, BERSATU dan BN telah berpecah sokongan dan sebahagiannya menyokong Tun M, sebahagian menyokong Muhyiddin dan sebahagian lagi menyokong Anwar, maka undi majoriti memihak kepada Muhyiddin.
Gabungan parti-parti yang menyertai Kerajaan yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin ini yang terdiri dari PAS, Bersatu, Gerakan dan PBRS ini dinamakan PERIKATAN NASIONAL dan turut disertai oleh BN, GPS, Warisan dan lain-lain.
Muhyiddin Yassin dilantik menjadi PM ke 8
Muhyiddin Yassin dilantik menjadi PM ke 8
KUALA LUMPUR, 29 Februari 2020: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah
Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini berkenan melantik Tan Sri
Muhyiddin bin Mohammad Yassin, sebagai Perdana Menteri kelapan.
Menerusi kenyataan media Istana Negara yang dikeluarkan jam
4.29 petang ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin,
berkata istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah
jawatan Perdana Menteri diadakan esok.
“Hari ini, Istana Negara menerima senarai pencalonan
nama-nama bakal Perdana Menteri daripada ketua-ketua parti politik yang
mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Rakyat yang bebas.
“Proses ini lanjutan titah Yang di-Pertuan Agong, di mana
ketua parti politik dan ahli Dewan Rakyat yang bebas mengemukakan pencalonan nama
ahli Dewan Rakyat sebagai bakal Perdana Menteri.
“Selepas mendapat representasi semua, pada hemat Seri
Paduka, Ahli Dewan Rakyat yang mungkin mendapat kepercayaan majoriti ialah Tan
Sri Mahiaddin (Muhyiddin) Md Yassin yang juga Ahli Parlimen Pagoh,” katanya.
Ahmad Fadil berkata, perlantikan Muhyiddin yang juga
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai Perdana Menteri itu,
dibuat selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/660637/muhyiddin-dilantik-pm-ke-8-angkat-sumpah-esok