Tuesday, September 1, 2015

M 164: UMNO: PENCAPAIAN, KEJAYAAN, CABARAN DAN KRISIS








UMNO ATAU PEKEMBAR

NamaTempoh perkhidmatan
Dato’ Onn bin Jaafar11 Mei 1946 - 26 Ogos 1951
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj26 Ogos 1951 - 24 Januari 1971
Tun Abdul Razak Dato' Hussein24 Januari 1971 - 14 Januari 1976
Tun Hussein Onn14 Januari 1976 - 28 Jun 1981
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad28 Jun 1981 - 30 Oktober 2003
Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi30 Oktober 2003 - 28 Mac 2009
Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak28 Mac 2009 - Kini

SEBELUM MERDEKA



Penubuhan UMNO

Satu perhimpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 Mac hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing.
Dato Onn bin Jaafar daripada Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.
Tiga usul telah diluluskan oleh Kongres seperti berikut:
  • Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu;
  • Membantah pertubuhan Malayan Union; dan
  • Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu sahaja.
Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Za'aba) telah dipilih untuk menyediakan draf piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.
Walaupun ada bantahan yang hebat daripada kaum Melayu, Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 menubuhkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946, Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) berlangsung di Istana Besar Johor Bahru dan Perlembagaan UMNO telah diterima dan diluluskan oleh para peserta. UMNO pun lahirlah secara rasmi. 
Dato Onn mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu, tanpa mengira kaum, dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Disebabkan cadangan itu ditentang, Dato Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 - 26 Ogos 1951. Dato Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951.



1....Dato Sir Onn (YDP UMNO pertama sejak tahun 1946 telah keluar UMNO pada 26 Ogos 1951 dan menubuhkan Independence of Malaya Party (IMP) pada Sep 1951. Gagal lalu menubuhkan Parti Negara pada Feb 1954. Parti ini juga gagal dalam PRU pertama tahun 1955. Dalam PRU ke 2 pada tahun 1959, PN hanya memenangi satu kerusi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu.

2....Bahagian Agama (Islam) UMNO yang diketuai oleh Tuan Hj Ahmad Fuad Hassan tidak bersetuju dengan dasar UMNO yang tidak mempertahankan syariah Islam dalam pentadbiran Negara. Menubuhkan Parti Islam Se Tanah Melayu (PAS) pada 24 Nov 1951.





Parti Perikatan







Setelah menyedari kesusahan yang harus dilalui untuk mendapatkan kebebasan, pemimpin Melayu kemudian membawa masuk masyarakat bukan Melayu untuk berjuang bersama-sama. Ini adalah bertujuan agar semua kaum dapat mengetahui kepentingan kebebasan dan kesusahan yang perlu dilalui untuk mendapatkannya. Dengan kebijaksanaan dan matlamat yang menekankan objektif jarak jauh, arena politik tempatan harus ditubuhkan dengan segera.

Kaum Melayu menyedari bahawa mereka memerlukan sebuah parti politik sebagai jentera untuk mengatasi sengsara mereka dan dengan ini tertubuhlah UMNO pada 11 Mei 1946. Kaum lain juga berpendapat sedemikian. Hasilnya, sebuah parti perikatan gabungan UMNO dan Persatuan Cina Malaysia (MCA) yang diterajui oleh Tunku and Tun Tan Cheng Lock ditubuhkan. Pertubuhan memulakan ujian pertama pada tahun 1952 ketika Pilihanraya Majlis Bandaraya Kuala Lumpur di mana Parti Perikatan ini mencapai kemenangan yang menyakinkan.

Konsep penggabungan ini menghasilkan kejayaan yang menakjubkan dan ini menarik Kongres India Se-Malaysia (MIC) untuk memasuki perikatan ini. Perikatan ini kemudiannya bertanding dalam Pilihanraya Pertama pada 27 Julai 1955 dan memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Perikatan tersebut diberikan keutamaan untuk menubuhkan kerajaan pertama di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri pertama. Beliau kemudian menubuhkan Kabinet Menteri yang dilantik daripada pelbagai kaum di Malaysia. Perikatan ini merupakan percubaan yang berani yang diilhami oleh Tunku, Tun Tan Cheng Lock and Tun Sambanthan.

Pada 30 Oktober 1957, Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC dengan rasminya didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan politik. Pendaftaran secara rasmi Parti Perikatan ini menjadikan parti tersebut sebagai sebuah badan yang sah dan dapat bergerak sebagai sebuah parti pemerintahan schingga membentuk satu asas yang kukuh kepada tampuk pemerintahan negara sehingga sekarang.Mengikut perlembagaan Parti Perikatan yang didaftarkan ini, keahliannya terbuka kepada sebarang parti yang bersifat kebangsaan. Sementara itu, sebuah Majlis Kebangsaan yang mengandungi 16 orang wakil daripada UMNO, 16 orang wakil daripada MCA dan 6 orang wakil daripada MIC bertanggungjawab untuk mengelolakan parti ini.

Parti Perikatan Tanah Melayu telah membentuk aliran sejarah negara ini dan permulaan perjuangannya ialah menuntut, mendapat dan menegakkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Parti Perikatan ini seterusnya mencatatkan sejarah dengan terbentuknya Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.




Fail:Kapalayar.jpg

POST MERDEKA



Zaman Tunku Abdul Rahman
.
Pada 1951, Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Presiden UMNO kedua. Atas persepakatan di antara UMNOMCA dan MIC mengadakan mesyuarat kerajaan British di London, kemerdekaan Tanah Melayu tercapai. Beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO pada 1971 dan digantikan oleh timbalannya, Datuk Abdul Razak Hussein.

  • Kemerdekaan Tanah Melayu
  • UMNO rampas Kerajaan Terengganu, Kerajaan PAS ditumbangkan melalui unidi tak percaya. Ibrahim Fikri Mohamad menggantikan Mohd Daud Abd Samad sebagai MB.
  • Konfrontasi Indonesia
  • Pemecatan Dr Mahathir
  • Pemecatan Musa Hitam
  • Singapura Keluar  dari Persekutuan Malaysia
  • Tragedi 13 Mei

Zaman Tun Razak

Pada tahun 1971, Tun Abdul Razak mengumumkan Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan membantu orang Melayu. Dasar ini menyasarkan pegangan ekonomi orang Melayu sebanyak 30% menjelang 1990 namun gagal.


Barisan Nasional (1974)



  • Krisis Dato Harun. Perlawanan Tinju Heavyweight Dunia antara Muhammad Ali dan Joe Bugner pada 30 Jun 1975 mengalami kerugian, Datuk Harun dituduh dalam ke penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Tun Razak menawarkan jawatan Duta Besar Malaysia ke PBB supaya Datuk Harun meletak jawatan Menteri Besar dan jawatan dalam UMNO. Oleh kerana Datuk Harun enggan meletak jawatan dan menolak tawaran itu, beliau dibicarakan di mahkamah.

Zaman Hussein Onn
.
Pada Januari 1976, Hussein Onn dilantik menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia yang ketiga selepas kematian Tun Abdul Razak. Pada 20 April 1981, beliau melancarkan Skim Amanah Saham Nasional yang merupakan satu dana amanah bumiputera yang bertujuan untuk meningkatkan ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara.
.
  • Lanjutan Kes Dato Harun. Keputusan perbicaraan kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa mendapati Datuk Harun dituduh menerima rasuah (RM250k) dari Hong Kong and Shanghai Bank Corp dan penyalahgunaan wang Bank Rakyat (beliau Pengerusinya) sebanyak RM8 juta. Pada 1 Mac 1977 beliau dijatuhi hukuman berjumlah 8 tahun.


  • Komunis Dalam UMNO?. Setelah Tun Razak meninggal dunia dalam tahun 1976, salah seorang ahli Jemaah Menteri, Tan Sri Ghazali Shafie bercita-cita besar menjadi Timbalan Perdana Menteri. Beliau tidak gembira apabila Hussein Onn melantik Dr Mahathir, Naib Presiden yang termuda menjadi TPM. Ghazali dilantik menjadi Menteri Dalam Negeri. Dengan kuasa yang dimilikinya beliau membongkar kegiatan komunisme di dalam Jabatan Perdana Menteri. Dalam usaha untuk melemahkan gandingan kepemimpinan Hussein Onn dan Dr Mahathir, KDN telah menangkap 2 orang bekas pegawai kanan Tun Razak, seorang pegawai Dr Mahathir dan beberapa orang lagi tokoh sosialis dan wartawan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Mereka dituduh terlibat dalam menyebarkan ideologi komunisme dalam negara. Mereka ialah:

    • Datuk Abdullah bin Ahmad, seorang Timbalan Menteri yang juga bekas Setiausaha Politik Tun Razak;
    • Datuk Abdullah Abd Majid, bekas Setiausaha Akhbar Tun Razak;
    • Encik Mohd Siddique Ghouse, Setiusaha Politik Dr Mahathir;
    • Encik Abdul Samad bin Ismail, Ketua Pengarang Akhbar, New Straits Times.
    • Syed Husin Al Attas dari Parti Rakyat Malaysia (PRM)
    • Kassim Ahmad (dari PRM)

  • Kes MMC
  • Dharurat Kelantan dan Rampasan Kuasa Demokrasi. Krisis dalaman PAS yang tidak berpuas hati dengan Datuk Asri Muda (Presiden PAS) dan Datuk Mohamad Nasir (MB Kelantan). PAS usulkan undi tidak percaya pada Okt 1977. Mohamad Nasir jatuh digantikan oleh Ishak Lutfi. Berlaku rusuhan dan Dharurat diisytiharkan dan Kelantan ditadbir oleh MAGERAN (Pengerusi: Tan Sri Hashim Aman). PRU Negeri Kelantan diadakan pada Mac 1978 dan UMNO menawan Kelantan. Mohamed bin Yaacob dilantik menjadi MB Kelantan (sehingga Kelantan tumbang semula ke tangan PAS dalam PRU 1990).

Zaman Mahathir
.
UMNO telah diharamkan oleh mahkamah pada 4 Februari 1988 selepas berlakunya krisis kepimpinan UMNO pada 1987 yang menyaksikan Tengku Razaleigh Hamzah telah bertanding jawatan Presiden UMNO namun kalah dengan perbezaan undi yang kecil. Dr Mahathir telah mendaftar satu pertubuhan baru dengan nama UMNO Baru pada 13 Februari 1988. Kemudiannya, Tengku Razaleigh telah menubuhkan parti serpihan UMNO, Semangat 46 selain berlakunya Krisis Perlembagaan Malaysia 1988.

Pada 1999, Dr Mahathir Mohamad menyingkir Datuk Seri Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 1998 dan kemudian dari Timbalan Presiden UMNO serta keahlian dalam UMNO. Parti Keadilan Nasional, kini Parti Keadilan Rakyat ditubuhkan selepas gelombang Reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang seterusnya menjadi pesaing sengit UMNO, dalam Pilihanraya Umum 2008 yang lepas.


  • Dawn Raid Special Operation.
  • Krisis MB Pahang dengan Istana Pahang (1981)
  • Pembebasan Tahanan ISA secara besar-besaran.
  • Krisis Perlembagaan
  • Krisis Timbalan Presiden

    • Musa Hitam
      • Kewujudan Team A dan Team B UMNO dalam perhimpunan Agong UMNO
    • Ghaffar Baba
                                                                                                                                 
Pada Jun 1987, satu tindakan guaman sivil telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh 11 orang ahli UMNO (yang asalnya 12 orang tetapi seorang menarik diri, kumpulan ini kemudiannya dikenali sebagai UMNO 11) di mana mereka telah memohon suatu relif termasuk suatu pengisytiharan bahawa pemilihan calon yang menang semasa Perhimpunan Agung UMNO April 1987 sebagai bertentangan dengan perlembagaan parti, tidak sah dan dianggap terbatal, serta tidak mempunyai kesan.
Fakta-fakta yang telah dipersetujui menyatakan 30 cawangan tidak diluluskan dalam empat bahagian dan lain-lain. Satu perkiraan yang mudah menunjukkan bahawa jika perwakilan daripada 30 cawangan yang tidak diluluskan dalam empat bahagian tidak diambil kira dalam Perhimpunan Agung, keputusan pemilihan akan mewujudkan suatu jurang undi yang amat tipis antara pemenang dan calon yang kalah. Pada tahun itu, Dr Mahathir Mohamad menang tipis sebanyak 43 undi ke atas Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li), iaitu 761 berbanding 718 undi untuk jawatan Presiden UMNO.
Selepas beberapa siri perbicaraan yang mengambil masa selama tujuh bulan, kes tersebut telah dibicarakan di hadapan Hakim Harun Hashim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988. Harun telah memutuskan bahawa di bawah undang-undang, beliau tiada pilihan melainkan mengisytiharkan UMNO sebagai pertubuhan yang tidak sah kerana wujudnya beberapa cawangan yang tidak didaftarkan dan dianggap tidak sah di bawah Akta Pertubuhan 1966.
  • Krisis Pembubaran UMNO
    • Penubuhan Parti Melayu Semangat 46 
  • Krisi Kewangan 1997
    • Ringgit Pegging
  • Kes Anwar Ibrahim
    • Penubuhan Parti Keadilan Malaysia.

Zaman Pak Lah

Pada tahun 2003, Tun Dr Mahathir menyerahkan jawatan Presiden UMNO kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi. Pada 2004, UMNO dan Barisan Nasional mencapai kemenangan kerusi tertinggi dalam sejarah pilihan raya di Malaysia dengan mendapat 198 daripada 219 kerusi atau 90.41% kerusi. Namun pada 2008, UMNO dan Barisan Nasional mengalami kemerosotan undi sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat menguasai 4 negeri di Semenanjung Malaysia (KedahPulau PinangPerak, dan Kedah) selain PAS mengekalkan Kelantan.
,
  • Khairy Jamaluddin


Zaman Najib

  • Kes Pembunuhan Altantuya Sharibuu
  • Cerita Peribadi Rosmah
  • Buy French First (Kapal Selam, A400M, Helikopter, Radar, Missiles..... 
  • Kes Tabung Haji
  • Pemecatan MB Terengganu
  • Kes 1MDB
  • Kes RM2.6 billion
  • Pemecatan TPM, seorang Menteri dan seorang MB
  • Perlantikan Zahid sebagai TPM
  • Krisis UMNO Kedah
  • Penubuhan Parti Peribumi Bersatu Malaysia



.







No comments:

Post a Comment