Saturday, March 14, 2015

M 153 HISHAMUDDIN BIN HUSSEIN BIN ONN BIN JAAFAR BIN MUHAMMAD

.
HISHAMMUDDIN
 NEXT PM?
.
Aku melaksanakan tugas "Kolonel Bertugas" dari 29 Dis 2014 hingga 5 Jan 2015. Kebetulan semasa bertugas minggu tersebut Operasi Murni (Operasi Bantuan Mangsa Banjir peringkat ATM) baru tiga hari dilancarkan.

Sepanjang minggu itu, aktivitiku amat padat kerana banyak pergerakan VIP menggunakan terminal udara TUDM sama ada PU Subang atau PU Kuala Lumpur.

Selain dari YABPM dan YABTPM, selaku Menteri Pertahanan (MENHAN) Dato Sri Hishammuddin bin Hussein (YB Hisham) adalah antara Menteri yang paling aktif bergerak di merata tempat untuk meninjau mangsa banjir. Walaupun tugas menguruskan mangsa banjir bukan tugas utama MENHAN tetapi penglibatan besar-besaran warga ATM di semua tempat yang dilanda banjir adalah MUNGKIN sebab utama YB MENHAN tidak mengenal penat atau letih menemui warga ATM di merata tempat sambil meninjau keadaan dan menemui rakyat di kawasan yang dilanda banjir. 

Keadaan inilah yang menyebabkan aku teruja untuk menulis satu tajuk khas mengenai YB Hisham. Ini bukan isu MEMBODEK atau MENGAMPU atau CARI MAKAN tetapi sesuatu yang lahir dari dalam hatiku.

Semasa mengikuti satu tugas rasmi di UK lebih kurang tahun 2007, aku pernah dihampiri oleh seorang ahli korporat yang mempunyai hubungan baik dengan salah seorang keluarga rapat almarhum Tun Hussein Onn dan Tun Mahadzir. Masa itu aku masih berpangkat Lt Kol. Katanya:

"Kolonel, kalau lepas ini (after PRU 2008) Datuk Hisham dilantik jadi Menteri Pertahanan, nak tak kalau saya recommed Kolonel jadi MA dia?"

Melalui maklumat yang aku perolehi, tentang tugas dan tanggungjawab seorang MA, awal-awal aku angkat tangan, menolak tawaran tersebut. Alasannya, aku sendiri yang tahu kekurangan yang ada pada diriku. Pada pendapatku, hanya orang yang mempunyai karakter tertentu sahaja yang layak atau mampu memegang tugas tersebut.



.

Hishammuddin Hussein the next Prime Minister 

– Premraj Victor

Published: 21 October 2013

The top posts in the Malaysian government (Prime Minister, Deputy Prime Minister, Finance/ Defence/ Home Ministers), are actually based on the Umno election. I believe that in Umno, it is always about tradition, jinx and history repeating itself, in the way it has and will be in the near future. Those who go against it, tragedy will befall them.

Tun Dr Mahathir Mohamad (1975) and Tun Abdullah Badawi (1996) in their times emerged third in the Umno vice-presidential elections. However, they made it to the top although were once touted as the least likely candidates. Datuk Seri Anwar Ibrahim who came top in the VP race went against party tradition by challeging an incumbent deputy president, and the unexpected twist of fate took place.
In the words of a news portal, if Tan Sri Muhyiddin Yassin does not stand in the next election, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi will stand a chance to become the deputy prime minister. Well, I beg to differ.


Muhyiddin is 66 years old. If he does become the PM, he will be the oldest elected PM - which shows he is quite old.


Tun Abdul Razak appointed Tun Hussein Onn upon the untimely passing of Tun Dr Ismail. According to Lee Kuan Yew's memoirs, Tun Dr Ismail would have made a very good prime minister. Tun Hussein Onn is the brother-in-law of Tun Abdul Razak.


Should Muhyiddin not stand for the next election, he will have to relinquish his deputy prime minister’s post. History may repeat itself when Datuk Seri Najib Razak appoints his cousin (Datuk Seri Hishammuddin Hussein) as the new deputy prime minister. What more if he should appoint Hishammuddin, Najib will then have a longer time to be the premier.


Of the three vice-presidents, only Hishammuddin has the advantage over them in various aspects, namely, (1) most ministerial experience - Youth and Sports (1999-2004); Education (2004-2009); Home (2009-2013), Defence (since May 2013), Acting Transport (May 2013- June 2014), augmented by being the deputy minister for International Trade and Industry (1995-1999); (2) aristocrasy: both his grandfather and father; (3) and most importantly, for the office of DPM and later PM, Hishamuddin has a definite advantage over the other two vice-presidents - being able to speak not only good English but having a polished command of the language. (Remember Tun Ghafar Baba was said to have a disadvantage due to his command of English as well as age that cost him the top post). (4) Age wise, he is very young as compared to the other vice-presidents, but he may be teased for being a post-Merdeka baby.


Much has been said about Hishammuddin being third in the recent Umno vice-presidential election. However, based on Umno's history, I bet Hishammuddin will be the next PM.


At the next Umno election, in five years' time (no more three years as it will be delayed because of the next general election), one of the current vice-presidents may have to vacate to make way for Khairy Jamaluddin. The reason being is that always the outgoing Umno Youth leader never failed to get a VP post.


So either Ahmad Zahid or Datuk Seri Shafie Apdal will be given a Menteri Besar post to make them slowly fade way from federal politics.


Of course, the above will hold some truth, only if Pakatan Rakyat does not make any inroads in the next and following elections. - October 21, 2013.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/hishammuddin-hussein-the-next-prime-minister-premraj-victor#sthash.fKGTbObw.dpuf

 
 
 
 
 
 
 
 
 

Melalui pemerhatianku, YB DS Hisham yang amat prihatin dan mempunyai perawakan yang lemah lembut (bersopan), sentiasa manis muka (murah senyuman), menghormati semua orang, tidak pernah meninggikan suara, amat mesra dengan sesiapa sahaja serta sifat pengasih. 


Sepanjang beberapa kali mengiringi beliau semasa bertugas di Terminal Udara, semasa aku memberi tabik hormat, beliau akan membalas TABIK HORMAT dengan bersungguh. Tidak seperti sebahagian pegawai kanan yang membalas tabik hormat secara sambil lewa atau pandang tak pandang sahaja.

Aku yakin, walaupun YB DS Hisham dilahirkan dalam keluarga bangsawan, almarhum Tun Hussein telah memberikan didikan budi pekerti Melayu yang cukup kepada anak-anaknya.

Sepanjang pemerhatianku semasa OPS MURNI, perawakan YB DS Hisham, sama ada apabila bertemu seorang yang berpangkat Jeneral atau Perajurit biasa atau dengan pelatih PLKN atau dengan orang kampung, kemesraan yang ditunjukkan amat luar biasa. Aku amat yakin, beliau tidak berlakun untuk mengambil hati orang bagi meraih populariti. Aku yakin, itu sifat beliau yang asli dalam diri beliau.


Sikap yang sama juga pernah ditunjukkan semasa mengendalikan tragedi Kehilangan pesawat MH370 awal tahun 2014. Ketika itu beliau menyandang tugas Pemangku Menteri Pengangkutan. Beliau begitu tenang menjawab segala soalan wartawan, termasuk soalan-soalan bodoh dari wartawan luar negara yang sentiasa cuba memerangkap beliau.

Beliau juga tenang menghadapi suasana hingar-bingar untuk menemui ahli keluarga mangsa yang sebahagiannya seperti kehilangan akal.

Itulah DS Hisham yang dapat aku kenal melalui pemerhatian.

 
 
  

Beberapa tahun lalu, semasa aku bertugas (tugas yang sama) dan ketika itu YB DS HIsham menyandang jawatan Menteri di KDN, beberapa kali beliau menyertai penerbangan YABPM/YABTPM di PU Subang. Beliau akan datang awal untuk menunggu ketibaan PM/TPM, jadi aku berpeluang berbual singkat dengan beliau berkaitan politik semasa dan keadaan negara. Beliau memang ramah.  NAMUN sejak jadi MENHAN, peluang untuk bercakap dengan beliau amat TIPIS kerana setiap kali pemergian atau ketibaan beliau, ramai bapak-bapak General yang merapati beliau.


Kalau kebetulan tiada pegawai yang lebih kanan, semasa berjalan mengiringi beliau menaiki pesawat mengucapkan selamat jalan dan mendoakan keselamatan. Manakala semasa menyambut turun dari pesawat, ada juga aku menyapa beliau, bertanya khabar atau berkaitan keadaan tempat yang dilawati.


Pada petang 31 Dis 2014, aku menyambut ketibaan beliau dari lawatan ke Lenggong, Perak. Kebetulan hari itu, aku adalah pegawai yang paling kanan yang ada di situ. Sebelum memasuki kenderaan untuk meninggalkan Pergerakan Udara PU KL beliau mengucapkan Selamat Tahun baru dan memeluk setiap yang ada di situ.

Itu YB DS Hisham yang aku kenali.



 
Di PUKL pada 3 Jan 2015

Riwayat Hidup

Dato' Sri Hishammuddin bin Tun Hussein bin Dato' Sir Onn bin Dato' Jaafar bin Muhammad dilahirkan pada 5 Ogos 1961.

Pendidikan Awal

Hishammuddin mendapat pendidikan awal di Sekolah St. John's, Kuala Lumpur dan Kolej Melayu Kuala Kangsar  dan Sekolah Antarabangsa Alice Smith, Kuala Lumpur. Kemudian, beliau melanjutkan pengajian tinggi ke University of Wales, Aberystwyth, United Kingdom dan dianugerahkan Ijazah Undang-Undang (LL.B Hons) pada tahun 1984. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana dan memperolehi LL.M (London) dalam bidang Undang-Undang Komersil dan Korporat pada 1988 di London School of Economics, United Kingdom.

Sebelum beliau memulakan kerjaya politik beliau, Hishammuddin merupakan bekas seorang peguam dengan firma besar Malaysia yang kemudian dikenali sebagai Skrine & Co (kini dikenali sebagai Skrine) dan kemudian, sebuah firma yang kemudiannya dikenali sebagai Lee Hishammuddin (kini dikenali sebagai Lee Hishammuddin Allen & Gledhill).

Keluarga dan Salasilah

Dalam tubuh Hishammuddin telah sedia mengalir darah keturunan pemimpin, pentadbir dan ahli politik.

Datuk Seri Hishammuddin adalah anak sulung kepada almarhum Tun Dato' Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ketiga dan cucu kepada almarhum Dato' Onn bin Jaafar, Menteri Besar Johor keenam yang juga merupakan Pengasas UMNO dan juga Presiden UMNO yang pertama. Hishammuddin juga adalah cicit kepada almarhum Dato Hj Jaafar bin Muhammad, Menteri Besar Johor yang pertama.

almarhum Tun Hussein bin Dato' Sir Onn
(ayahanda Hishammuddin)
almarhum Dato' Sir Onn bin Dato' Jaafar
(nenda Hishammuddin)
almarhum Dato' Jaafar bin Muhammad
(moyang Hishammuddin)

Hishammuddin juga adalah anak saudara kepada Perdana Menteri Malaysia kedua, almarhum Tun Abdul Razak bin Hussein kerana ibu Hishammuddin, almarhumah Tun Hajjah Suhaila binti Mohammed Noah adalah kakak kepada Tun Hajjah Rahah binti Mohammad Noah, isteri almarhum Tun Razak. Oleh itu, Hishammuddin adalah sepupu kepada Perdana Menteri Malaysia ke lima, Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abd Razak.

almarhumah Tun Hajjah Suhaila



Isteri Hishammuddin adalah Yang Mulia Tengku Datin Seri Marsilla binti Tengku Abdullah, adalah cucunda kepada almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Muadzam Shah, Pahang. Oleh itu Tunku Datin Seri Marsilla adalah anakanda saudara kepada Sultan Haji Ahmad Shah, Sultan Pahang sekarang.






Perkahwinan Hishammuddin dan Tengku Datin Seri Marsilla telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nasha Alyssa, Faris Hussien, Kyra Arianna dan Fahd Hussein. Anak perempuan beliau telah mengahwini Anas Zawawi Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa, seorang anak ahli perniagaan terkenal di Malaysia

Kerjaya Politik

Hishammuddin merupakan ahli UMNO Cawangan Sri Lambak, Sembrong, Johor. Beliau kini juga memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Sembrong.

Kerjaya beliau sebagai wakil rakyat bermula apabila beliau bertanding di kerusi Parlimen Tenggara pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 9 tahun 1995.  Dalam PRU ke 10 tahun 1999, beliau telah berjaya mengekalkan kerusi parlimen tersebut.  Selepas persempadanan semula kawasan pilihanraya yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), beliau telah bertukar ke kawasan baru, iaitu Parlimen Sembrong pada pilihan raya ke-11 tahun 2004. Beliau mengekalkan kerusi Sembrong dalam PRU ke 12 (2008) dan PRU ke 13 (2013).

Jawatan Dalam Politik
  • Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ledang.
  • Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenggara.
  • Ketua Pemuda UMNO Johor.
  • Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
  • Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
  • Ketua UMNO Bahagian Tenggara.
  • Ketua UMNO Bahagian Sembrong.
  • Naib Presiden UMNO.
Sejak menjadi Ahli Parlimen, Hishammuddin telah berkhidmat di pelbagai Kementerian. Sebaik sahaja memenangi pilihanraya Parlimen pada tahun 1995, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Beliau kemudian dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Utama pada tahun 1997. Semasa rombakan Kabinet pada tahun 1999 beliau telah dilantik menjadi Menteri penuh iaitu Menteri Belia dan Sukan dan sehingga kini (Januari 2015) beliau telah memegang jawatan Menteri di beberapa buah utama.

Jawatan Dalam Kerajaan
  •  Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Luar Negara dan Industri (11 Mei 1995 – 18 Ogos 1997).
  • Timbalan Menteri di Kementerian Perusahaan Utama, Malaysia (18 Ogos 1997 – 5 Dis 1999).
  • Menteri Belia dan Sukan (14 Dis 1999 – 3 Mac 2004).
  • Menteri Pelajaran (30 Mac 2004  - 8 April 2009).
  • Menteri Dalam Negeri (10  April 2009 - Mei 2013)
  • Menteri Pertahanan (16 Mei 2013 - kini)
  • Pemangku Menteri Pengngkutan (16 Mei 2013 - 25 Jun 2014)

Jawatan Peringkat Antarabangsa
  • Executive Board Member of  UNESCO (2008 - 2009)
  • Deputy President of SEAMEO Council (March 2007 - March 2008)
  • President of SEAMEO Council (March 2008 - March 2009).







 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  
 
 
  

Dalam politik seramai mana penyokong, maka lebih ramai yang menjadi lawan. Dalam lawan susah nak ada kawan. Tapi dalam kawan memang ramai yang menjadi lawan (musuh). 

Dalam politik masa kini, berlaku pertandingan untuk merebut jawatan tinggi parti politik sehingga jawatan tertinggi sebagai Presiden parti. Dalam UMNO, pertandingan merebut jawatan dari Presiden hingga ke peringkat Ketua Cawangan UMNO adalah perkara rutin setiap dua atau tiga tahun.

Semua ingin menang. Untuk menang mesti mendapat undi yang lebih. Untuk mendapat undi lebih mesti calun lebih popular dari lawan. Di sinilah biasanya hilang semangat setiakawan dalam parti, hilang rasa hormat, hilang jati diri, jatuh integriti dan moraliti hanya kerana jawatan parti. Sebahagian calun menggunakan apa saja untuk mendapat sokongan ahli parti. Pada masa yang sama untuk menjatuhkan lawan walaupun dia tahu lawannya jauh lebih baik darinya dari segi kelayakan, prestasi dan kewibawaan.

Itu dalam parti.

Sebagai ahli politik, mereka juga perlu bertenaga untuk menyertai pilihanraya umum (PRU) setiap 5 tahun. Sama ada untuk menjadi wakil rakyat DUN atau Parlimen. 

Kali ini ahli politik terpaksa pula berentap dengan penyokong parti lawan. Sekali semua pihak yang bertanding akan menggunakan apa teknik dan taktik untuk menang. Parti lawan akan mencari dan mendedahkan apa jua kelemahan calun. Hina menghina, aib mengaib demi untuk kemenangan.

Pastinya DS Hisham juga melalui perkara yang sama. Sejak menyertai PRU ke 9 pada tahun 1995, beliau pasti sudah masak dengan taktik dan teknik kawan daln lawan.

Malah dalam melaksanakan tugas pun beliau banyak kali diperlekehkan dan dihina oleh pihak lawan. Beliau dikatakan lembik, pondan, orang amaran, lemah dan berbagai lagi........

Aku tak mahu menyalin apa yang ditulis orang dalam blog-blog politik yang kemudian disambung ikut dengan pelbagai komen yang sungguh mengaibkan. 

Itulah politik. Sendiri memfitnah sendiri jawab. Lagi ramai yang baca lagi banyak saham dia dapat.


Apa pun, inilah nama negara demokrasi untuk rakyat yang tak faham demokrasi. Negara bebas bagi orang yang tidak tahu menggunakan kebebasan. Negara Tanah Melayu yang telah hilang keMelayuan.

Kalau kail panjang sejengkal, jangankan lautan hendak diduga. 

Biarpun ramai yang membaca tidak bersetuju dan marah kerana tulisan aku ini seperti mahu membodek, mengampu, mendukung Hishammuddin. 

Aku tulis bukan kerana aku bertugas di Kementerian Pertahanan dan Hisham adalah Menteri Pertahanan. Aku tulis pendapat aku berdasarkan apa yang aku kenal dan aku ketahui. Aku tidak merendahkan yang lain, tidak menghina yang lain, tidak memfitnah yang lain.


AKU SETUJU DENGAN JANGKAAN PREMRAJ VICTOR. DENGAN IZIN ALLAH, HISHAMMUDDIN ADALAH PM MALAYSIA SELEPAS MUKHYIDDIN YASSIN. JIKA DITAQDIRKAN MUKHYIDDIN TIDAK MENJADI PM, HISHAM ADALAH PENGGANTI NAJIB

Premraj mempunyai alasan sendiri untuk menulis, aku sebagai rakyat Malaysia juga ada alasan sendiri untuk menyatakan pendapat kenapa DS Hisham adalah bakal PM Malaysia selepas era Najib/Mukhyiddin?

  • Banyak orang tak suka dengan pendapat aku ini kerana seolah-olah aku menentang arus kemahuan rakyat yang mahukan supaya Kerajaan BN diubah, ditukar dan ditumbangkan. BN akan tewas dalam PRU 14. Kalau kita susuri sejarah PRU, usaha untuk menumbangkan BN telah bermula sejak zaman Kerajaan Perikatan lagi. Puncaknya adalah PRU 3 (1969) apabila Kerajaan Perikatan (UMNO/MCA/MIC) kehilangan majoriti 2/3 buat kali pertamanya. Selepas krisis UMNO 1987, Tengku Razaleigh menubuhkan Parti Melayu Semangat 46. Dalam PRU 8 (1990) dan PRU 9 (1995), Angkatan Perpaduan Ummah (APU) kemudiannya Gagasan Rakyat yang merupakan kerjasama PMS46 (pecahan UMNO), DAP, PAS, PBS dan beberapa parti kecil menentang BN. Namun gagal dan PMS46 dibubarkan dalam tahun 1996 dan sebahagian besar ahlinya menyertai UMNO semula. Lanjutan dari pemecatan Anwar Ibrahim dalam tahun 1998, beliau menubuhkan Parti Keadilan (ADIL) dan berpadu tenaga dengan PAS dan DAP membentuk Barisan Alternatif (BA) untuk menentang BN dalam PRU 10 (1999) dan PRU 11 (2004) dan PRU 12 (2008). Kumpulan yang sama menggunakan nama gabungan 'Pakatan Rakyat' berjaya menafikan majoriti 2/3 Kerajaan BN.... namun melihat kepada perbezaan prinsip dan ideologi antara PKR, DAp dan PAS peluang untuk mereka memerintah adalah tidak meyakinkan.. BN mungkin bukan pemerintah terbaik, namun PR nampaknya jauh lebih teruk. Jadi, peluang untuk BN terus memerintah adalah cerah, dan peluang DS Hisyam untuk menerajui UMNO juga cerah.
  • Dari kalangan tiga Naib Presiden (NP) UMNO, hanya DS Hisham yang paling layak. Mungkin DS Hisham bukan yang terbaik, tapi beliau adalah lebih baik dari dua lagi NP lagi. Mungkin muka baru dari kalangan Ahli MKT masih jauh di belakang untuk memulakan persaingan. Manakala dari kalangan tokoh-tokoh Pemuda UMNO, seperti YB Mukhriz dan YB Khairy (KJ) masih mempunyai masa lagi dan ada jalan untuk mereka. Mukhriz perlu membuktikan keupayaan sebagai MB Kedah untuk meningkatkan kuasa UMNO di Kedah dalam PRU 14 sebelum ditarik ke pusat 
  • Ada orang kata kes DS Hisham menghunus keris dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 tidak disenangi oleh rakan BN lain telah lapok. Sikap dan tindakan Mahathir (selepas Tragedi 1969) dan Najib (semasa menjadi Ketua pemuda) juga ada yang menyebabkan rakan BN lain tidak senang. Ini kerana tindakan dibuat atas keadaan dan kedudukan serta cabaran semasa. Apabila menjadi PM, mereka boleh melaksanakan tugas dan diterima dengan baik.
  • Ada orang juga mengungkit kehidupan zaman muda DS Hisham dan juga asal-usul beliau dari kalangan bangswan tidak akan dapat memahami kehendak rakyat Marhaen. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra adalah putera Sultan Kedah, almarhum Tun Razak juga anak Orang Besar Pahang, Hussein Onn adalah anak bekas MB Johor. Datuk Onn juga pernah dipelihara oleh Sultan Johor dalam istana Johor. Najib juga amat mentah semasa kali pertama dipilih menjadi Wakil Rakyat Pekan menggantikan ayahnya. Apa yang DS Hussein buat mendekati rakyat, mesra rakyat adalah bukti yang nyata membunuh persepsi bahawa Hisham tidak berjiwa rakyat.
.
Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri
Description: Hishammuddin dilantik Menteri dengan Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri
HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
12 April 2017 2:31 PM
283
KUALA LUMPUR 12 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilantik sebagai Menteri dengan Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri berkuatkuasa pada hari ini.
Najib berkata, pelantikan itu akan membolehkan Hishammuddin menjalankan tugas selain daripada tanggungjawab beliau sebagai Menteri Pertahanan.
“Hishammuddin juga kekal sebagai Menteri Pertahanan, “ katanya dalam satu kenyataan hari ini. - UTUSAN ONLINE

.

No comments:

Post a Comment