Saturday, March 14, 2015

M 141 PRU 13 PALING MENDEBARKAN BN

.

PILIHANRAYA UMUM KE 13

Paling mendebarkan.  Itulah keadaan yang aku alami sepanjang tempoh dari tarikh penamaan calon pada 20 April 13 hinggalah ke tempoh masa pengiraan undi selepas jam 1700H, 5 Mei 13.

Soalannya utama yang bermain di dalam fikiran setiap rakyat Malaysia ketika itu ialah "ADAKAH MALAYSIA AKAN BERTUKAR PEMERINTAH KALI INI?

Ramai pihak yang amat yakin, perubahan akan berlaku. Asas jawapan ialah melihat kepada sambutan publik kepada ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat di seluruh negara.  Aku rajin juga buka facebook dan blog- bila membaca kandungannya memang majoriti (lebih 50%) transaksi menggambarkan RAKYAT (khususnya gulungan muda) inginkan perubahan. Pandanganku: Aku kurang pasti sama ada kemahuan mereka itu berasaskan mereka benar-benar faham situasi yang memerlukan perubahan atau mereka terpengaruh dengan situasi semasa seperti ceramah dan media baru.  Masing-masing ada alasan tersendiri.

Selaku anggota ATM, aku sudah melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi pada 30 April 2013.  Namaku disenaraikan dalam Kawasan Parlimen BUKIT BINTANG.



Tempoh kempen 15 hari, aku memang tak ambil tahu kerana sebagai anggota ATM terdapat larangan bertulis dari mencampuri urusan kempen Pilihan Raya.

Pada 5 Mei, giliran isteriku mengundi di SK AU KERAMAT bagi Kawasan Parlimen SETIAWANGSA.  Kenapa boleh berbeza? 


Selesailah sudah agenda penting dalam sesebuah negara.  Aku amat berharap agar segala perselisihan pandangan dan ieologi politik akan dihapuskan selepas ini, kembali bersatu meningkatkan pembangunan Islam, mertabat bangsa Melayu dan keutuhan bangsa dan negara.

20 APRIL 2013

HARI PENAMAAN CALUN- KEMPEN BERMULA


Antara tagline yang popular sepanjang tempoh berkempen dalam PRU13 ini ialah:
  • Rakyat didahulukan
  • TUKAR
  • UBAH
  • Ini Kali Lah
Aku rasakan, PRU13 inilah kali pertama kempen dari semua pihak dibuat secara terbuka. Semua orang boleh bercakap apa yang dia suka. Tiada had atau sempadan hasutan, fitnah, hina menghina.  Kalau dulu pertempuran antara parti politik hanya terhad kepada kempen khalayak (dulu dipanggil rapat umum), pemidang (banner) dan sebaran risalah TETAPI kini kempen melalui media baru atau media alternatif seeprti blog, facebook, twitter, instagram dan lain-lain.

Walaupun pihak parti memerintah mempunyai akses dan kelebihan menggunakan media massa (elektronik dan cetak) tetapi trend menunjukkan bahawa hampir semua golongan muda (pengundi baru) tidak gemar menonton tv (kecuali menonton bola) dan membaca akhbar.  Mereka lebih gemar mendapatkan maklumat melalui internet sama ada laptop atau handphone.

Trend juga manunjukkan anak-anak muda suka berhimpun.  Suka mendengar ceramah umum. Seperti biasa, audiens menggemari penceramah yang boleh bercakap berapi-api, pandai buat cerita, pandai kutuk, pandai reka cerita baru dan memperbaharui cerita lama, boleh berjenaka atau menjadikan seseorang sebagai bahan jenaka.

Indikasi awal:


KEMPEN BN DENGAN PENYOKONG TEGAR



 

KONSERT PR DENGAN PENONTON MENGGEGAR

 
 

4 MEI 2013

2359H- SEMUA BENTUK KEMPEN DIHENTIKAN.

5 MEI 2013

0800H- RAKYAT MALAYSIA MUlA KELUAR MENGUNDI.
1700H- SEMUA PUSAT MENGUNDI DITUTUP.
1930H- SATU DEMI SATU KEPUTUSAN DIUMUMKAN.
2030H- KEPIMPINAN PR DAH MULA BERSEDIA UNTUK MEMBUAT PENGUMUMAN PEMBENTUKAN KERAJAAN BARU.

6 MEI 2013

0050H- BN MENDAPAT KERUSI KE 112 - simple majority untuk menubuhkan kerajaan.
1600H- DS NAJIB TUN RAZAK MENGANGKAT SUMPAH SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA UNTUK PENGGAL KEDUA.


DS Najib angkat sumpah di hadapan SPB Yang DPertuan Agong

DS Anwar: Aku tak caya, aku tak terima keputusan ni, SPR menipu.....

YA ALLAH
SELAMATKAN AGAMAKU
SELAMATKAN NEGARAKU

Kita lihat keputusan PRU 13 ini.


NEGERI
BN
PAS
PKR
DAP
DLL
JUMLAH
1
PERLIS
3
0
0
0
0
3
2
KEDAH
10
1
4
0
0
15
3
KELANTAN
5
9
0
0
0
14
4
TERENGGANU
4
4
0
0
0
8
5
P.PINANG
3
0
3
7
0
13
6
PERAK
12
2
3
7
0
24
7
PAHANG 
10
1
2
1
0
14
8
SELANGOR
5
4
9
4
0
22
9
WP KL
2
0
4
5
0
11
10
WP PUTRAJAYA
1
0
0
0
0
1
11
N.SEMBILAN 
5
0
1
2
0
8
12
MELAKA
4
0
1
1
0
6
13
JOHOR
21
0
1
4
0
26
14
WP LABUAN
1
0
0
0
0
1
15
SABAH
22
0
1
2
0
25
16
SARAWAK
25
0
1
5
0
31
JUMLAH
133
21
30
38
222

Antara tokoh utama yang kecundang dalam PRU13:

  
Dato Ghani Othman dan Datuk Seri Ali Rustam

    
Datuk Raja Nongchik, Datuk Saifudin Abdullah dan Datuk Fuad Zarkashi

    
Naib-naib Presiden MCA
Kong Cho Har, Chor Chee Heung dan Donald Lim SC

  
Naib Presiden MIC,S K Devamany dan TS Bernard Dompok (Pres PasukMoogun)


Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS

    
Husam Musa (Naib Pres PAS), Salahuddin Ayub dan Saifudin Nasution


Dato Hj Harun Din Al Hafiz
(Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS)

Ulasan Saya:

Masih mencari idea.  Memberi komen berkaitan politik adalah suatu yang amat sukar kerana sepotong ayat boleh disalah erti oleh pembaca khususnya penyokong fanatik sesuatu pihak.

Secara ringkas

  1. Satu pertandingan yang AMAT SENGIT - sebagai 50:50 bagi kedua-dua pihak BN dan PR.
  2. Berdasarkan trend sambutan publik serta emosi semasa berkempen, PR mempunyai harapan.
  3. Masih berlaku pertindihan calun di kalangan komponen PR semasa penamaan calun.
  4. Berlaku pembelotan/sabotaj dari kalangan tokoh yang tidak terpilih.
  5. Keputusan:
    1. BN gagal mendapat 2/3 tetapi keputusan yang lebih baik dari yang dijangkakan.
      1. Dikalangan komponen PR, DAP yang paling sukses. DAP menawan hampir 100% semua bandar di Malaysia. Menguatkan cengkaman di Pulau Pinang, Selangor dan Perak pada masa yang sama meluaskan pengaruh di Johor, NS, Pahang dan Sarawak dan Sabah.
    2. PAS kehilangan Kedah.
    3. UMNO tawan Kedah dan tambah kerusi di Kelantan.
    4. PAS meningkat dan hampir menawan semula Terengganu dan kedudukan hampir 50:50. Sokongan PAS juga meningkat di Selangor, Pahang dan Johor.
  6. Kepelikan: Anwar Ibrahim bukan Presiden yang sah PKR. Dia juga tidak disukai oleh DAP khususnya Karpal Singh dan juga PAS, tetapi DAP dan PAS beria-ia sangat mencanamgkan beliau sebagai bakal PM jika PR menang?
  7. DAP dan PAS segera menerima keputusan PRU13 dengan menubuhkan segera Kerajaan Negeri PP dan Kelantan (angkat sumpah KM dan MB) sehari selepas keputusan.
  8. Anwar Ibrahim (PKR) membantah keputusan PRU13 dengan mengadakan perhimpunan besar-besaran.

PERHIMPUNAN SUARA RAKYAT YANG BANTAH KEPUTUSAN PRU13
(8 MEI 13)
 
 
 

PERHIMPUNAN MERAYAKAN KEMENANGAN (MENERIMA KEPUTUSAN PRU13)
(9 MEI 13)

 
 
 

Sekadar pandangan sebagai manusia biasa dan rakyat yang mengundi: DAP (P.Pinang) dan PAS (Kelantan) terus mengiktiraf keputusan PRU13 dan menubuhkan Kerajaan Negeri (angkat sumpah) sehari selepas keputusn diumumkan. PKR pula membuat bantahan dan mengadakan perhimpunan besar2an di Kelana Jaya membantah keputusan PRU13 sepertinya mahu minta diadakan semula PRU diseluruh negara. Penyokong beratus ribu. Sehari lepas itu PR Selangor mengadakan perhimpunan kesyukuran merayakan kemenangan PR di Selangor walaupun MB baru belum dipastikan.

Mana satu penyokong/pengundi PR nak ikut ni? Nak batalkan PRU13 dan tarik balik semua angkat sumpah, kempen semula, buang masa dan duit rakyat atau ......terima keputusan/ketentuan Allah dan teruskan kehidupan (usia kita) yang semakin singkat ini.


Suara Rakyat sebenar atau Penyalahgunaan Suara Rakyat? Suara Rakyat untuk menyelamatkan negara dan Islam kah atau hanya untuk menyelamatkan seseorang?


Marilah kita semua sama-sama fikirkan demi masa depan dan ekamanan negara kita yang tercinta ini.


YA ALLAH
SELAMATKAN AGAMAKU
SELAMATKAN NEGARAKU

 PENUBUHAN KERAJAAN NEGERI 

KEDAH DARULAMAN

6 Mei 13
YAB Datuk Mukhriz bin Tun Mahathir menerima watikan perlantikan sebagai Menteri Besar dari Pengerusi Jemaah Pangkuan Sultan Kedah, Tunku Dato Seri Annuar ibni almarhum Sultan Badlishah

PULAU PINANG
6 Mei 2013
YAB Lim Guahn Eng menerima watikah perlantikan sebagai Ketua Menteri dari TYT Yang DiPertua Negeri

KELANTAN DARUL NAIM
6 Mei 2013
YAB Dato' Haji Ahmad bin Yaakub mengangkat sumpah sebagai Menteri Mesar di hadapan DYMM AlSultan Kelantan

PERLIS DARUL SUNNAH
7 Mei 2013
YAB Datuk Hj Azlan bin Man mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar di hadapan DYMM Raja Perlis

MELAKA
7 Mei 2013
YAB Datuk Hj Idris bin Harun mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri di hadapan TYT Yang DiPertua Negeri Melaka

SABAH
7 Mei 2013
YAB Datuk Seri Musa bin Aman mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri di hadapan TYT Yang DiPertua Negeri Sabah

PERAK DARUL REDZUAN
7 Mei 2013
YAB Dato Seri Dr Mohd Zambry bin Abdul Kadir menerima watikah perlantikan sebagai Menteri Besar dari DYTM Raja Muda Perak (Pemangku Sultan Perak)

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
11 Mei 2013
YAB Datuk Seri Mohammad bin Hassan mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar di hadapan DYMM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan

PAHANG DARUL MAKMUR
12 Mei 2013
YAB Datuk Seri DiRaja Haji Adnan bin Yaacob mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar di hadapan DYMM Sultan Pahang

TERENGGANU DARUL IMAN
14 Mei
YAB Datuk Ahmad bin Said mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar di hadapan DYMM Sultan Terengganu

JOHOR DARUL TAAZIM
14 Mei 2013
YAB Dato Mohamed Khaled bin Nordin menerima watikah perlantikan sebagai Menteri Besar dari DYMM Sultan Johor

SELANGOR DARUL EHSAN
14 Mei 2013
YAB Tan Sri Mohd Khalid bin Ibrahim menerima watikah perlantikan sebagai Menteri Besar dari DYMM Sultan Selangor



 JEMAAH MENTERI MALAYSIA 

 (15 MEI 2013) 


Perdana Menteri:
  • YAB Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Razak
Timbalan Perdana Menteri:
  • YAB Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri: 
  • YB Mej Jen Datuk Seri Hj Jamil Khir bin Baharom
  • YB Datuk Seri Abdul Wahid bin Omar 
  • YB Datuk Seri Idris Jala
  • YB Tan Sri Joseph Kurup
  • YB Datuk Seri Dr Shahidan bin Kassim
  • YB Hajjah Nancy binti Shukri
  • YB Datuk Joseph Entulu anak Belaun
  • YB Senator Datuk Paul Low Seng Kuan

Timbalan Menteri:
  • YB Datuk Razali bin Ibrahim
  • YB Senator Waytha Moorthy Ponusamy 
Menteri Pertahanan:
  • YB Datuk Seri Hishamuddin bin Hussein
Timbalan Menteri:
  • YB Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Menteri Kewangan II:
  • YB Datuk Seri Ahmad Husni bin Hj Hanadzlah
Timbalan Menteri:
  • YB Datuk Ahmad bin Maslan
Menteri Pelajaran Dan Pengajian Tinggi:
  • YAB Tan Sri Hj Muhyiddin bin Mohd Yassin (Menteri I)
  • YB Datuk Seri Idris bin Jusoh (Menteri II)
Timbalan Menteri:
  • YB Datuk Mary Yap Kain Ching
  • YB Kamalanathan a/l P.Panchanathan
Menteri Dalam Negeri:
  • Datuk Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi 
Timbalan Menteri:
  • YB Datuk Dr Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Menteri Pengangkutan 
  • YB Datuk Seri Hishamuddin bin Hussein (Pemangku)
Timbalan Menteri:
  • YB Datuk Abdul Aziz bin Kaprawi.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan:
  • YB Datuk Seri Mohd Nazri bin Abdul Aziz
Timbalan Menteri:
  • YB Datuk Joseph Salang anak Gandum
Menteri Luar:
  • YB Datuk Seri Anifah bin Aman
Timbalan Menteri:
  • YB Datuk Hamzah bin Zainuddin
Menteri Kerja Raya:
  • YB Datuk Fadillah bin Yusof
Timbalan Menteri
  • YB Datuk Rosnah binti Abdul Rashid Shirlin
Menteri Kesihatan:
  • YB Datuk Subramaniam a/l Sinniah
Timbalan Menteri:
  • YB Datuk Seri Dr Hilmi bin Yahya
Menteri Belia Dan Sukan:
  • YB Khairy Jamaludin bin Abu Bakar
Timblan Menteri:
  • YB Datuk Saravanan a/l Murugan
Menteri Sumber Manusia:
  • YB Datuk Richard Riot anak Jaem
Timbalan Menteri:
  • YB Datuk Ismail bin Abdul Mutalib
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna:
  • YB Datuk Hj Hassan bin Abd Malek
Timbalan Menteri:
  • YB Datuk Ahmad Bashah bin Abu Hanipah
Menteri Perdagangan Dan Industri:
  • YB Datuk Mustapha bin Mohamed
Timbalan Menteri:
  • YB Haji Hamim bin Samuri
Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani:
  • YB Datuk Ismail Sabri bin Yaakub
Timbalan Menteri:
  • YB Datuk Tajuddin bin Abd Rahman
Menteri Sains Teknologi Dan Innovasi:
  • YB Datuk Ewon bin Ebin
Timbalan Menteri:
  • YB Datuk Dr Abu Bakar bin Mohammad Diah
Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar:
  • YB Datuk Seri Palanivel a/l Govindasamy
Timbalan Menteri:
  • YB Datuk James Dawot anak Mamit
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air:
  • YB Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili 
Timbalan Menteri:
  • YB Datuk Seri Mahadzir bin Khalid
Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah:
  • YB Datuk Seri Shapie bin Haji Apdhal
Timbalan Menteri:
  • YB Datuk Alexander Nanti Linggi anak Temenggong Tun Jugah
Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi:
  • YB Datuk Douglas Uggah anak Embas 
Timbalan Menteri:
  • YB Datuk Hajjah Noriah binti Kasnon
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan:
  • YB Datuk Abd Rahman bin Dahlan
 Timbalan Menteri:
  • YB Datuk Halimah binti Mohammad Saddique
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga:
  • YB Datuk Hajjah Rohani bin Abdul Karim
Timbalan Menteri:
  • YB Datuk Hajjah Azizah binti Muhd Dun
Menteri Komunikasi Multimedia
  • YB Datuk Seri Ahmad Shabery bin Cheek
Timbalan Menteri:
  • YB Datuk Jailani bin Johari
Menteri Wilayah Persekutuan:
  • YB Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor
Timbalan Menteri:
  • YB Datuk Dr Loga Bala Mohan a/l Jagathan



 PILIHANRAYA KECIL SELEPAS PRU 13 


P.044 Permatang Pauh
Peyandang Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara selama 5 tahun pada 10 Feb 15 dan hilang hak kelayakan sebagai Ahli Parlimen

P.091 Rompin
Penyandang Jamaludin Jarjis terbunuh dalam nahas helikopter di Semenyih pada 4 April 15.

.

No comments:

Post a Comment