Tuesday, March 3, 2015

M 129 PEWARIS TAKHTA RAJA MELAYU

Image result for assalamualaikum jawi
Pewaris Takhta
Negeri-Negeri Melayu
Malaysia
.
Dalam negara Malaysia terdapat 13 buah Negeri dan satu Wilayah Persekutuan. Dari 14 buah Negeri/Wilayah tersebut terdapat 9 buah Negeri Beraja yang mempunyai Ketua Negeri bergelar Sultan, Raja atau Yang DiPertuan Besar.  Perlembagaan Malaysia memperuntukan kuasa-kuasa khusus untuk Kerajaan Negeri melalui Dewan Undangan Negeri yang berfungsi seperti Parlimen di dalam Kerajaan Persekutuan.

Saya sudah banyak menulis dalam tajuk-tajuk sebelum ini berkaitan dengan Kerajaan dan Ketua Negeri. Secara ringkasnya diulang sekali lagi, bahawa gelaran Ketua Negeri di Negeri-Negeri Melayu adalah seperti berikut:

  • Negeri-Negeri Johor, Kedah, Kelantan, Pahang, Perak dan Selangor mempunyai Ketua Negeri bergelar Sultan.
  • Ketua Negeri Perlis bergelar Raja Perlis.
  • Ketua Negeri Sembilan bergelar Yang DiPertuan Besar.
  • Bagi Negeri-Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak- Ketua Negerinya adalah Yang DiPertua Negeri yang dilantik oleh SPB Yang DiPertuan Agong mengikut tempoh-tempoh yang tertentu.
Kali ini saya ingi menulis berkaitan Pewaris Takhta di Negeri-Negeri Melayu yang mempunyai Kerajaan Beraja. Mengikut Perlembagaan kesemua Negeri Melayu Beraja, Raja yang memerintah adalah dipilih secara KETRUNAN dan memerintah negeri seumur hidup. Bagaimanapun cara pemilihan Raja yang mengganti apabila Raja yang memerintah mangkat adalah tertakluk kepada Undang-undang Tubuh Negeri berkenaan.

Perlembagaan Negeri juga membolehkan Raja yang sedang memerintah diturunkan dari takhta (digantikan dengan Raja yang baru) apabila berlaku keadaan seperti Raja yang memerintah mengalami kecacatan fizikal atau mental, menghidapi penyakit secara berpanjangan, hilang keupayaan atau tidak berupaya lagi untuk memerintah Negeri dengan efektif. Seseorang Raja juga boleh secara sukarela mengundurkan diri atau mengosongkan takhta atas apa jua alasan baginda.

Dalam sistem Monarki di Malaysia, seseorang Raja yang sedang memerintah lazimnya akan menamakan seseorang warisnya sebagai pewaris takhta. Kuasa-kuasa 'advisory' pengganti Raja ini lazimnya diletakkan di bawah bidangkuasa Majlis DiRaja (nama dan had kuasanya berbeza di setiap Negeri) setelah diperkenankan oleh Raja. Kecuali di Negeri Sembilan di mana kuasa penuh perlantikan dipegang oleh Udang Luak Yang Empat. Di beberapa negeri, kuasa penuh perlantikan adalah atas hak dan budi bicara Sultan tanpa perlu berunding dengan Majlis. Contoh:
  • Johor: Jemaah Majlis DiRaja Johor.
  • Kedah: Majlis Mesyuarat Mengangkat Raja.
  • Kelantan: Majlis Perajaan Negeri Kelantan
  • Negeri Sembilan: Datuk Undang Luak Yang Empat
  • Pahang: Jemaah Pangkuan DiRaja Pahang
  • Perak: Dewan Negara Perak
  • Perlis: Majlis Mengangkat Raja
  • Selangor: Dewan DiRaja Selangor
Kaedah perlantikan pewaris takhta ini berbeza di setiap negeri.  Hanya satu saja persamaan, iaitu semua Negeri hanya membenarkan mestilah seorang LELAKI sahaja menjadi Pewaris Raja.  Pewaris Raja tidak semestinya anak atau putera kepada Raja yang memerintah. Raja atau 'Kuasa Majlis' boleh melantik waris terdekat seperti anak lelaki, saudara (abang/adik) lelaki, bapa saudara dan sebagainya Bakal Raja atau Pemangku Raja.

Dalam sejarah Malaysia pernah berlaku, apabila almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dilantik menjadi SPB Yang DiPertuan Agong III (1960-1965), baginda telah melantik MENANTU baginda, Tunku Sulaiman ibni Tunku Aris Bendahara Abu Bakar (suami kepada Puan Sharifah Salwa) menjadi Pemangku Raja Perlis. Ini kerana putera sulong baginda (Syed Sirajuddin) sedang menuntut di United Kingdom.

Pewaris atau Bakal Raja biasanya dipanggil dengan gelaran 'salutation' Duli Yang Teramat Mulia (DYTM).  Manakala nama gelaran jawatannya juga berbeza antara negeri, aiiatu:
  • Johor menggunakan gelaran 'Tunku Mahkota' Johor (Johor juga satu-satunya Negeri yang mempunyai jawatan Tunku Mahkota dan Raja Muda)
  • Kelantan dan Pahang menggunakan gelaran 'Tengku Mahkota'
  • Kedah, Perak, Perlis dan Selangor menggunakan gelaran 'Raja Muda'.
  • Terengganu menggunakan gelaran 'Yang DiPertuan Muda'
  • Manakala tiada panggilan/gelaran yang khusus di Negeri Sembilan kerana pemilihan pengganti Raja (YDP Besar) hanya dipilih dan diumumkan oleh Undang Luak Empat setelah YDP Besar mangkat di kalangan empat putera pewaris.
Sekarang, marilah kita berkenalan dengan pewaris-pewaris takhta Negeri-negeri Melayu Beraja di Malaysia.

Pewaris Takhta
JOHOR DARUL TAAZIM

Perlantikan senarai pewaris takhta Negeri Johor Darul Taazim adalah kuasa mutlak DYMM Sultan Johor.  Sejarah Kesultanan Johor moden (bermula almarhum Sultan Abu Bakar) menunjukkan bahawa semua pengganti Sultan adalah terdiri dari putera sulung Sultan. Pada 10 Ogos 1961, Tunku Mahkota (Tunku Mahmud Iskandar) telah dilucutkan jawatan dan digantikan dengan adindanya Tunku Abdul Rahman.  Pada 1 Dis 1966 Tunku Mahmud Iskandar telah dilantik menjadi Raja Muda Johor- satu jawatan baru yang diwujudkan di bawah Tunku Mahkota dari segi kekananan pewaris takhta.  


Bagaimanapun pada 29 April 1981, Tunku Mahmud Iskandar telah dilantik semula menjadi Tunku Mahkota Johor beberapa hari sebelum dilantik menjadi Sultan pada 11 Mei 1981. Manakala Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi Tunku Aris Bendahara Johor.  Jawatan Raja Muda dikosongkan sehingga diisi oleh Tunku Ismail Ibrahim pada 8 April 2006.

Senarai kekananan pewaris takhta Johor adalah seperti berikut:


Tunku Mahkota Johor
DYTM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibrahim Abdul Majid Idris Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim dengan membawa gelaran rasmi DYTM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim DKI DKII SPMJ SMIJ SMJ PIS.




Tunku Ismail diputerakan pada 30 Jun 1984 di Johor Bahru. Bondanya ialah DYMM Raja Zarith Sofiah binti almarhum Sultan Idris al Mutawakil Alallahi Shah Afifullah.  Mendapat pendidikan di Hale School, Wembley Downs, Western Australia; dan mengikuti latihan Pegawai Kedet di Indian Military Academy, Dehra Dun.

Ditauliahkan sebagai Lt Muda pada 10 Dis 2004 dan di Rejimen ke 61 Kavalri dan diberi penghormatan mengetuai barisan tentera berkuda yang mendahului perbarisan Hari Republik India pada tahun 2007. Kini adalah Komandan Askar Timbalan Setia negeri (JMF) dan pegawai kehormat Rejimen Gerak Khas Malaysia.

Baginda dilantik menjadi Raja Muda oleh almarhum nendanya pada 8 April 2006 dan dilantik menjadi Tunku Mahkota Johor pada 29 Januari 2010.

Baginda berkahwin dengan Che Puan Khalida binti Bustamam pada 24 Okt 2014 dan dikurniakan seorang puteri pada 25 Jun 2016.

Baginda adalah Pro-Chanselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Dari segi urutan kekananan jawatan pewaris takhta Negeri Johor adalah seperti berikut:
  • Tunku Mahkota
  • Raja Muda
  • Tunku Aris Bendahara
  • Tunku Temenggong
  • Tunku Laksamana
  • Tunku Panglima
  • Tunku Putera 
Bagaimanapun kedudukan urutan Pewaris Takhta dari segi nama adalah seperti berikut:
  • Tunku Ismail Ibrahim ibni Sultan Ibrahim (Tunku Mahkota)
  • Tunku Idris Iskandar ibni Sultan Ibrahim (Tunku Temenggong)
  • Tunku Abdul Rahman Hasanal Jeffri ibni Sultan Ibrahim (Tunku Panglima)
  • Tunku Abu Bakar Iman ibni Sultan Ibrahim (Tunku Putera)
  • Tunku Abdul Majid Idris ibni almarhum Sultan Iskandar Alhaj (Tunku Bendahara).
  • Tunku Abu Bakar ibni almarhum Tunku Bendahara Abdul Rahman Alhaj.


Raja Muda Johor
masih dikosongkan sejak 29 Jan 2010.

Tunku Aris Bendahara Johor
YAM Mejar Tunku Abdul Majid Idris Ismail Ibrahim ibni almarhum Sultan Iskandar Alhaj DK SPMJ (diputerakan pada 20 Julai 1970). Dilantik menjadi Tunku Bendahara Johor pada .... Berkahwin dengan Tunku Teh Mazni binti Tunku Yusuf pada 13 Jan 2005.


Tunku Abdul Majid Idris ibni almarhum Sultan Iskandar

Tunku Temenggong Johor
YAM Mejar Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman ibni Sultan Ibrahim DK SPMJ PIS. Diputerakan pada 25 Disember 1987.  Mendapat latihan di Pusat Latihan Darat dan ditauliahkan sebagai Lt Muda pada tahun 2006. Menjalani latihan penerbangan di viation Integrated Training School, Ipoh dan ditugaskan sebagi juruterbang di Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD). Dilantik menjadi Tunku Temenggung Johor pada 26 Februari 2010.





Tunku Laksamana Johor
(KOSONG sejak 5 Dis 15) 

YAM Inspektor Tunku Abdul Jalil Iskandar ibni Sultan Ibrahim  DK DPMJ PIS.  Diputerakan pada 5 Julai 1990. Dilantik menjadi Tunku Laksamana Johor pada 22 November 2012. Tunku Abdu Jalil telah mangkat pada 5 Disember 2015 jam 7.11 petang setelah menderita sakit kanser sejak lebih setahun yang lalu. Jenazah almarhum dikebumikan di Makam Diraja Mahmoodiah, Johor Bahru.





Tunku Panglima Johor
YAM Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri ibni Sultan Ibrahim DK DPMJ PIS.  Diputerakan pada 5 Februari 1993. Dilantik menjadi Tunku Panglima Johor pada 22 November 2012.





Tunku Putera Johor
YAM Mejar Tunku Abu Bakar Iman ibni Sultan Ibrahim DK.  Diputerakan pada 30 Mei 2001. Dilantik menjadi Tunku Putera Johor pada 22 November 2012.







pewaris yang lain


.
Tunku Abu Bakar ibni almarhum Tunku Bendahara Abdul Rahman
(Almarhum Tunku Bendahara Abdul Rahman Alhaj adalah adinda kepada almarhum Sultan Iskandar Alhaj)



Pewaris Takhta
KEDAH DARUL AMAN


DYMM Sultan Kedah sekarang tidak mempunyai putera untuk mewarisi tahta Kerajaan Kedah Darulaman. Jawatan Raja Muda dikosongkan sehingga tahun 1981. Apabila baginda dilantik menjadi Sultan pada tahun 1958, baginda telah melantik adindanya Tunku Abdul Malik sebagai Raja Bendahara pada tahun 1959 sebelum dilantik menjadi Raja Muda pada tahun 1981. Raja Muda (Tunku Abdul Malik) mangkat pada tahun 1959 dan jawatan tersebut masih kosong sehingga sekarang. Dengan kemangkatan Tunku Abdul Malik, pewaris tahta pertama jatuh kepada Raja Bendahara iaitu Tunku Anuar (adinda kedua DYMM Sultan). Pada tahun 2014, Tunku Anuar pula mangkat dan pewaris utama tahta jatuh pula kepada Tunku Temenggong Kedah iaitu Tunku Tan Sri Mahmud Sallehuddin ibni almarhum Sultan Badlishah.



Raja Muda Kedah


Penyandang jawatan Raja Muda Kedah, DYTM Tunku Dato' Seri Haji Abdul Malik ibni almarhum Sultan Badlishah  DMK DK DKH SPMK DK(Selangor) DK(Terengganu) SPCM SPMJ DA PSB telah mangkat pada 29 November 2015.



Almarhum Tunku Dato' Seri Haji Abdul Malik diputerakan pada 24 September 1929. Almarhum mendapat pendidikan di Wadham College, UK dan dilantik menjadi Tunku Bendahara Kedah pada tahun 23 Februari 1959 dan seterusnya dilantik menjadi Raja Muda Kedah pada 28 November 1981.

Pada 21 September 1970, almarhum telah dilantik menjadi Pemangku Sultan Kedah semasa kekandanya Sultan Abdul Halim dilantik menjadi SPB Yang DiPertuan Agong V sehingga 20  September 1975. Bagaimanapun apabila Tuanku Sultan Abdul Halim dilantik menjadi Yang DiPertuan Agong untuk kali kedua pada 11 Dis 2013, Almarhum Tunku Abdul Malik tidak dilantik menjadi Pemangku Sultan kerana baginda telah uzur.


Baginda berkahwin pada 16 Julai 1956 dengan Tengku Raudzah binti Sultan Hisamuddin Alam Shah (kemudian bergelar Raja Puan Muda Kedah). Raja Puan Muda Kedah ini telah mangkat pada 21 Sep 2015 dan disemadikan di Makam DiRaja Langgar, Kedah.


Pada jam 0100 pagi, 29 November 2015, Tunku Abdul Malik telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Jenazah baginda dimakamkan di Makam DiRaja Langgar.


Almarhumah Tunku Raudzah



Pada 15 Dis 2016, DYTM Brigadier Jeneral Dato' Seri DiRaja Tunku Tan Sri Mahmud Sallehuddin ibni almarhum Sultan Badlishah DK PMN SHMS SSDK BCK, Tengku Temenggong Kedah telah diisytiharkan sebagai Raja Muda Kedah.  

Baginda diputerakan pada 30 April 1942 (bondanya Sultanah Asma) dan dilantik menjadi Tunku Paduka Maharaja Temenggong Anggota Desa pada 28 November 1981.  Berkahwin dengan YM Tengku Dato Seri Maliha binti Tengku Ariff pada 5 November 1965.




Pada 4 Jun 2014, baginda telah dilantik menjadi Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah bagi menggantikan kekandanya Tunku Tan Sri Anuar (Tunku Bendahara Kedah) yang mangkat pada 21 Mei 2014. Almarhum Tunku Anuar telah dilantik menjadi Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah pada 12 Dis 2011 apabila Sultan Kedah dilantik menjadi SPB Yang DiPertuan Agong ke 14.

Dua lagi ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah ialah:

  • DYTM Dato Seri DiRaja Tunku Tan Sri Abdul Hamid Thani ibni almarhum Sultan Badlishah- Tunku Laksamana Kedah.
  • DYTM Dato Seri DiRaja Tunku Tan Sri Intan Safinaz ibni Tuanku Haji Abdul Halim Muadzam Shah.


Tunku Bendahara Kedah:
(masih kosong)

Penyandang gelaran Tunku Bendahara Kedah sebelum ini, DYTM Dato Seri Utama Tan Sri Tunku Haji Annuar ibni almarhum Sultan Badlishah telah mangkat pada 21 Mei 2014.



Almarhum Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar ibni almarhum Sultan Badlishah DKH SPMK.  Diputerakan pada 30 Jun 1939 oleh bondanya Sultanah Asma. Dilantik menjadi Tunku Temenggong pada 21 Januari 1979 dan kemudiannya dilantik menjadi Tunku Bendahara pada 28 November 1981.  Baginda berkahwin dengan YAB Dato Seri Nur Suzana binti Abdullah (Toh Puan Bendahara). 

Pada 11 Disember 2011, apabila DYMM Sultan Haji Abdul Halim dilantik menjadi SPB Yang DiPertuan Agong XIV, YAM Tunku Annuar telah dilantik menjadi Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah sehingga baginda mangkat pada 21 Mei 2014.


Tunku Paduka Maharaja Temenggong Kedah
(masih kosong)

Jawatan pewaris ini kosong apabila penyandangnya DYTM Brigadier Jeneral Dato' Seri DiRaja Tunku Tan Sri Mahmud Sallehuddin ibni almarhum Sultan Badlishah DK PMN SHMS SSDK BCK dilantik menjadi Raja Muda Kedah pada 15 Dis 16 .  




Tunku Laksamana Kedah


YAM Tunku Dato' Seri DiRaja Abdul Hamid Thani ibni almarhum Sultan Badlishah DK SHMS SSDK DSDK.

Baginda diputerakan pada 18 June 1951.  Dilantik menjadi Tunku Laksamana Kedah pada 28 November 1981.


.
.
Pewaris Takhta
KELANTAN DARUL NAIM


Tengku Mahkota Kelantan
DYTM Laksamana Pertama Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra DK SPMK PhD


 

DYTM Tengku Muhammad Fa-iz Petra diputerakan di Kota Bharu pada 20 Jun 1974. Beliau mendapat didikan di Maktab Sultan Ismail, Alice Smith School KL.  Mendapat ijazah dari Oakham School, University College London dan mendapat ijazah kedoktoran (PhD) dari Inst of Classical Studies, Univ of London.

Baginda dilantik menjadi Tengku Bendahara pada 30 Mac 1989 dan kemudiannya dilantik menjadi Tengku Mahkota Kelantan mulai 18 Oktober 2010.

Susunan kekananan Pewaris Takhta Kelantan seterusnya ialah:

Tengku Bendahara Kelantan 
Masih kosong

Tengku Temenggong Kelantan 
Masih kosong
Nota: jawatan ini dikosongkan oleh YAM Mejar Tengku Muhammad Fakhry ibni Sultan Ismail Petra DK SPMK yang dilantik pada 30 Mac 1989 tetapi telah dilucutkan oleh Majlis Perajaan Kelantan pada 30 September 2010.



Pewaris Takhta
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS


Sistem Perajaan Negeri Sembilan adalah paling unik di kalangan negeri-negeri di Malaysia. Raja yang memerintah tidak mempunyai kuasa untuk menentukan penggantinya. Baginda hanya boleh melantik putera atau kerabatnya untukmengisi jawatan pewaris Raja.

Negeri Sembilan adalah Negeri beraja di Malaysia yang tidak mempunyai gelaran Raja Muda atau Putera Mahkota. Ini bukan bermakna tiada pewaris takhta Negeri.  Keadaan ini disebabkan Negeri Sembilan mengamalkan Adat Pepatih.  Pewaris takhta Negeri Sembilan terdiri daripada Putera Yang Empat iaitu empat orang Putera Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang dipilih sebagai pewaris tahta.  Apabila berlaku kemangkatan Yang di-Pertuan Besar, barulah Undang Yang Empat akan bermesyuarat untuk memilih Yang di-Pertuan Besar yang baru dikalangan Putera Yang Empat sebelum jenazah dimakamkan. 

Keunikan sistem ini menyebabkan anak sulung Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (yang baru mangkat) tidak semestinya menggantikan ayahandanya  seperti yang berlaku di negeri-negeri beraja lain di Malaysia (kecuali Perak yang mana bakal Sultannya adalah Raja Muda mengikut sistem giliran).  


Gelaran-gelaran Putera Yang Empat mengikut kekanan adalah seperti berikut:
  • Tunku Besar Seri Menanti (asalnya digelar Tunku Besar).
  • Tunku Laksamana
  • Tunku Muda Serting (asalnya digelar Tunku Muda)
  • Tunku Panglima Besar

Pemilihan pengganti Yang di-Pertuan Besar dikalangan Putera Yang Empat bermula semenjak pemerintahan Yamtuan Raden (1831 - 1861). Dalam istiadat-istiadat yang berlangsung di Istana, Putera Yang Empat mengikut peraturannya duduk seiring dengan Yang di-Pertuan Besar dan Tunku Ampuan Besar dalam istiadat-istiadat penting seperti Pertabalan Yang di-Pertuan Besar, Istiadat Undang mengadap dan Istiadat Penghulu Mengadap. Dalam sejarah Negeri Sembilan penyandang jawatan Tunku Besar, Tunku Laxamana dan Tunku Muda Serting pernah dipilih menjadi Yang DiPertuan Besar.

Buat masa ini Putera-Putera Yang Empat adalah seperti berikut:

Tunku Besar Seri Menanti

YAM Lt Kol Tunku Ali Ridhauddin ibni Tuanku Muhriz DKYR.  Baginda diputerakan pada 26 April 1977 dan mendapat didikan di Marlborough College, Cambridge sehingga mendapat ijazah Bachelor of Arts dan seterusnya mendapat ijazah Masters in Public Administration dari Kennedy School of Government, Harvard University, USA.

Baginda adalah Pro-Canselor USIM.

Tunku Ali dilantik menjadi Tunku Besar Seri Menanti pada 23 Februari 2009.




Tunku Laksamana


YAM Tunku Dato' Seri Utama Naquiyuddin ibni Almarhum Tuanku Ja'afar DK DKYR SPTJ SPNS SPMS SPMP PPT PJK.  Beliau diputerakan pada 8 Mac 1947. Mendapat didikan di Junior King's School, Canterbury, Kent; dan menerima ijazah BSc Econ dari University of Wales, Aberystwyth.

Dilantik menjadi Pemangku YDP Besar Negeri Sembilan dari 16 April 1994 hingga 24 April 1999 semasa ayahandanya menjawat jawatan Yang DiPertuan Agong.


Beliau berkahwin dengan YAM Tunku Nurul Hayati binti Tunku Bahador SPTJ.  Beliau adalah salah seorang Pro-Chanselor Universiti Kebangsaan Malaysia.




Tunku Muda Serting

YAM Tunku Tan Sri Imran ibni Almarhum Tuanku Ja'afar DTNS DKYR PMN SPNS AMN PJK. Baginda diputerakan pada 21 Mac 1948 dan mendapat didikan di Nottingham University dan menerima ijazah perundangan (LLB).

Baginda berkahwin dengan YM Che Engku Puan Sri Mahirah binti Abdullah @ Moira Rodrigo.




Tunku Panglima Besar

YAM Tunku Dato' Seri Nadzaruddin ibni Almarhum Tuannku Ja'afar DKYR SPTJ.  Baginda diputerakan pada 26 Oktober 1959.  Mendapat didikan di Cheltenham College, Gloucester, University College, London dan Middlesex Unic dengan mendapat ijazah BSc.

Baginda berkahwin dengan YM Datin Seri Mimi Wahida binti Tunku Abdullah Wahman. 


Pewaris Takhta
PAHANG DARUL MAKMUR
.
Tengku Mahkota Pahang
DYTM Brigadier Jeneral Tengku Abdullah ibni Sultan Haji Ahmad Shah al Mustain Billah DKP DK1, SSAP SIMP DK(Terengganu) DK(Johor) SPMJ.

 

DYTM Tengku Abdullah diputerakan pada 30 Julai 1959. Menjalani latihan Pegawai Kedet di RMA Sandhurst, UK dan mendapat Diploma dari Queen Elizabeth College, Oxford.

Baginda dilantik menjadi pada 1 Julai 1975. Baginda dilantik menjadi Pemangku Sultan Pahang dari 28 April 1979 hingga 27 April 1984 semasa ayahandanya menjadi YDP Agong.

Baginda berkahwin dengan YAM Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti almarhum Sultan Mahmud Iskandar DK SPMJ DK(Pahang).

Baginda adalah Chanselor Universiti Malaysia Pahang dan juga Chanselor Universiti Kuala Lumpur.

Urutan kekananan pewaris takhta Negeri Pahang adalah:


Tengku Muda Pahang

YAM Tengku Dato Sri Abdul Rahman alHaj ibni Sultan Haji Ahmad Shah alMustain Billah DKP DK SSAP SIMP.  Diputerakan pada 30 Ogos 1960. Mendapat ijazah Sarjana (MBA) dari Harrow College Middlesex, UK.

Berkahwin dengan Y.Bhg Cik Julita Aishah binti Abdul Latif.



Tengku Arif Bendahara

YAM Tengku Dato' Sri Abdullah ibni almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin al Muadzam Shah DK SSAP SIMP SSMT SPMT DJMK PAT (diputerakan pada 30 Mac 1940). Mendapat latihan di Military Academy Portsea, Australia.  Berkahwin dengan YABhg Dato Habibah binti Muhammad Yusof (Cik Puan Bendahara).




Tengku Arif Temenggong

YAM Tengku Abdul Fahd Muadzam ibni Sultan Haji Ahmad Shah al Mustain Billah DK. Diputerakan oleh bondanya Sultanah Hajjah Kalsom pada 10 Feb 1994 dan dilantik menjadi Tengku Ariff Temenggung pada 2 Okt 2002.






Pewaris Takhta
PERAK DARUL RIDZUAN


Pemilihan dan perlantikan Raja Pemerintah bagi Negeri Perak dibuat oleh Dewan Negara Perak. Sistem yang diamalkan ialah menerusi kenaikan pangkat Bakal Sultan dan tidak mengikut sistem turun menurun dari Raja Pemerintah kepada puteranya. Sistem yang unik ini adalah melalui ikut giliran pemerintahan. Buat masa ini Negeri Perak mempunyai tiga Keluarga diRaja yang memerintah secara giliran. Keluarga yang dimaksudkan ialah dari Keluarga Iskandar, Yusuf dan Abdullah. Kebiasaannya sekiranya seorang Sultan pemerintah mangkat, bakal pemerintah menggantinya adalah daripada keluarga yang berikutnya, dan keluarga Sultan yang mangkat terpaksa menunggu akan giliran mereka untuk memerintah Negeri mengikut susunan yang telah ditetapkan oleh Dewan Negara. Oleh itu apabila seseorang Sultan itu mangkat, seluruh keluarga baginda terpaksa mengosongkan Istana didalam masa 100 hari, dan Istana tersebut akan didiami pula oleh keluarga Sultan yang baru.

Mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, seseorang yang layak dilantik menjadi Raja Pemerintah hendaklah mempunyai zuriat yang diakui telah diperanakkan dengan jalan yang halal daripada tubuh dan darah daging Sultan yang kelapan belas. Ianya hendaklah seorang anak lelaki, cucu lelaki, cicit lelaki dan sebagainya dari sebelah pihak benih turun temurun sehingga yang akhir sekali. Undang-Undang Tubuh tidak sesekali membenarkan dan adalah diharamkan memilih dan melantik seseorang Raja Pemerintah selain daripada zuriat seumpama itu daripada Sultan kelapan belas selagi ada hidupnya seorang zuriat seumpama itu daripada Sultan tersebut dengan syarat Raja Pemerintah itu tiada mempunyai suatu cacat yang besar dan berat yang kerananya ia tidal akan diluluskan oleh Hukum Syarak menjadi seorang Raja Pemerintah.

Sekiranya pada mana-mana masa tiada lagi zuriat daripada benih Sultan yang kelapan belas, maka wajiblah dipilih dan dilantik sebagai seorang Raja Pemetintah dari antara zuriat-zuriat daripada benih Sultan yang Pertama.

Jikalau sekiranya tiada seorang yang layak dilantik menjadi Raja Pemerintah, maka pilihan dari lantikan Raja Pemerintah hendaklah diserahkan kepada timbangan, hukuman dan keputusan Dewan Negara.

Satelah Raja Pemerintah dimashyurkan, dua orang Bakal Sultan hendaklah dilantik oleh Raja Pemerintah dengan nasihat Dewan Negara. Dua gelaran yang dipegang oleh Bakal Sultan itu ialah Raja Muda dan Raja diHilir. Gelaran Raja Bendahara telah dihidupkan semula kepada gelaran biasa iaitu Y.A.Bhg. Orang Kaya-Kaya Bendahara Seri Maharaja dan tidak dengan gelaran Y.A.M. Tuanku Raja Bendahara, Wakilus-Sultan Wazirul-Kabir.

Perlantikan Bakal Sultan adalah berasaskan syarat-syarat sebagaimana yang diwajibkan bagi seorang Raja Pemerintah. Sebelum dilaksanakan haknya atau menjalankan tanggung-jawabnya, Bakal Sultan dikehendaki mengangkat dan menandatangani sumpah yang ditetapkan oleh Dewan Negara. Sumpah itu mengandungi perkataan-perkataan yang mengikut perasaan orang yang dilantik. Kemudian barulah gelaran itu dianugerahkan mengikut adat Melayu.

Walau bagaimanapun sebelum seseorang itu dilantik menjadi Bakal Sultan, seseorang itu pada kebiasaannya hendaklah terlebih dahulu memegang jawatan Raja-Raja Bergelar. Gelaran yang diberi kepada Raja-Raja Bergelar adalah seperti berikut,

1. Raja Kecil Bongsu.
2. Raja Kecil Tengah
3. Raja Kecil Sulong
4. Raja Kecil Besar
5. Raja Di Hilir
6. Raja Muda
7. Sultan dan Yang DiPertuan.


Pada kebiasaannya Raja Muda akan dilantik menjadi Raja Pemerintah satelah mangkatnya Raja Pemerintah (Sultan) dan Raja Di Hilir akan mengambil tempat ayng dikosongkan oleh Raja Muda dan tempat Raja Di Hilir pula diganti oleh Raja Kecil Besar dan seterusnya sehingga kejawatan Raja Kecil Bongsu menjadi kosong. Pada lazimnya Raja Pemerintah yang baru akan mengurniakan gelaran Raja Kecil Bongsu kepada putera sulong Baginda.

Walau bagaimana pun, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak menyatakan bahawa di dalam pemilihan Bakal Sultan, pertimbangan pertama hendaklah diberikan kepada calon yang paling dekat mengikut tertib susunan kedudukan Bakal Sultan dan kemudian barulah kepada tiap-tiap orang Raja-Raja Bergelar dengan tidak mengikut tertib kedudukannya sebelum menimbangkan seseorang daripada peringkat atas peringkat am daripada mereka yang harus dipilih menjadi Raja Pemerintah.




Raja Muda Perak
DYAM Laksamana Pertama Raja Dato' Seri Ja'afar bin Raja Muda Musa  
DK SPCM JSM



Jawatan Raja Muda kosong apabila penyandangnya DYTM Raja Dato' Seri Dr Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah DK SPSA SPCM SPTS  DK(Selangor) SPMP (Perlis) diisytiharkan menjadi Sultan Perak ke 35 pada 29 Mei 2014.



Pada 20 Jun 2014, Raja Di Hilir Perak, DYAM Laksamana Pertama Raja Dato' Seri Ja'afar bin Raja Muda Musa  DK SPCM JSM telah diisytiharkan sebagai Raja Muda Perak. 

Raja Jaafar diputerakan pada 26 September 1941 dan mendapat pendidikan di Anderson School, Ipoh; Universiti Malaya dan mendapat ijazah BA pada tahun 1965.  Melanjutkan pengajian ke University of Cornell, USA dan mendapat ijazah Sarjana (MPA) pada tahun 1975.

Baginda dilantik menjadi Raja Kechil Tengah (1984), Raja Kechil Sulong (1998) dan dilantik menjadi Raja Di Hilir Perak pada 10 Mac 1998.


Berkahwin dengan YAM Raja Dato Seri Nur Mahani binti Raja Haji Shahar Shah SPCM PCM dan dikurniakan dua orang putera/puteri:

  • YAM Raja Shah Azman bin Raja Jaafar
  • YAM Raja Nor Azwina binti Raja Jaafar.







Raja Di Hilir Perak

YAM Raja Dato Seri Iskandar Zulkarnain ibni almarhum Sultan Idris al Mutawakil Allahi Shah Afifullah DK SPCM SSDK.  Baginda diputerakan pada xxxx.  Dilantik menjadi Raja Kechil Bongsu (1984), Raja Kechil Tengah (1987), Raja Kechil Sulong (1998) dan Raja Kechil Besar pada 18 Mac 2010.  Pada 20 Jun 2014, Raja Iskandar Zulkarnain telah dilantik menjadi Raja Di Hilir Perak.

Baginda berkahwin dengan Tunku Dato Seri Hajjah Soraya binti Tunku Abdul Aziz DK SSDK dan dikurniakan 3 putera dan dua puteri:
  • Raja Nabil Imran
  • Raja Idris Shah
  • Raja Saifuddin
  • Raja Sarina Intan Bahiyah
  • Raja Safiah Azizah







Raja Kecil Besar Perak


Jawatan Raja Kecil Besar Perak di kosongkan kali pertama pada 25 Nov 2006 apabila penyandangnya DYAM Raja Yussuf Izzuddin Iskandar ibni almarhum Sultan Idris Shah Afifullah dilucutkan dari jawatan. Adindanya, Raja Iskandar Zulkarnain telah dilantik mengisi kekosongan pada 18 Mac 2010. Pada 20 Jun 2014, jawatan ini menjadi kosong sekali lagi apabila Raja Iskandar Zulkarnain telah dilantik menjadi Raja Di Hilir Perak.


Pada 20 Jun 2014, DYAM Raja Azlan Mudzaffar Shah ibni Sultan Nazrin Muizzudin Shah telah diisytiharkan menjadi Raja Kecil Besar Perak. Raja Azlan Mudzaffar diputerakan pada 14 Mac 2007.


DYAM Raja Azlan Muzaffar Shah


Raja Kecil Sulong Perak
'masih kosong'


Penyandang sebelum ini iaitu YAM Raja Dato' Seri Ashman Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah mangkat pada 30 Mac 2012.



Almarhum Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah diputerakan pada 28 Dis 1958 dan dilantik menjadi Raja Kechil Sulong Perak pada 16 Mac 2010.

Almarhum mempunyai ijazah dalam bidang Ekonomi dari University of Nottingham, UK dan Sarjana Undang-undang dari Cambridge University.

Almarhum bernikah dengan Dato Seri Noraini Jane binti kamarul Ariffin pada 26 Sep 1991 dan dikurniakan seorang putera dan dua orang puteri.


Raja Kecil Tengah Perak

YM Raja Dato Ahmad Nazim Azlan Shah ibni almarhum Raja Dato Seri Ashman Shah (diputerakan pada tahun 1994).  Dilantik menjadi Raja Kechil Tengah pada 18 Mac 2010.



Raja Ahmad Nadzim Azlan Shah



Raja Kecil Bongsu Perak
(masih kosong )


x


Pewaris Takhta
PERLIS DARUL SUNNAH


Raja Muda Perlis
DYTM Brigadier Jeneral Dato Seri DiRaja Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail DK SPMP   


DYTM Syed Faizuddin Putra diputerakan pada 30 Disember 1967. Memiliki ijazah Ekonomi dari La Trobe University, Victoria, Australia.  

Dilantik menjadi Raja Muda Perlis pada 1 Ogos 2000. Dilantik menjadi Pemangku Raja Perlis dari 13 Disember 2001 hingga 12 Disember 2006 semasa ayahandanya Tuanku Syed Sirajuddin menaiki takhta Yang DiPertuan Agong.

Berkahwin dengan YM Datin Seri Lailatul Akashah binti Dato Haji Khalil Akashah SPMP (bergelar Raja Puan Muda Perlis).

Urutan pewaris takhta Negeri Perlis seterusnya ialah:

Tengku Sharif Bendahara

YAM Dato Seri DiRaja Syed Badaruddin ibni almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail SSPJ SPMP.  Diputerakan pada 1 Januari 1945. Menerima ijazah Sarjana Kewangan dari Cambridge University, UK.  



Tengku Sharif Temenggong

YAM Dato Seri DiRaja Syed Amir Zainal Abidin ibni almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail SSPJ SPMP 

Tengku Sharif Laksamana

YAM Dato Seri DiRaja Syed Razlan ini almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail SSPJ SPMP (diputerakan pada 21 Ianuari 1951). Memiliki Diploma dari  Kolej Pertanian Malaysia, ijazah (BSc) dari Louisiana State Univ dan ijazah Sarjana (MSc) dari North California State Univ. Berkahwin dengan YM Dato Paduka Sharifah Hishmah binti Dato Syed Hassan Shahabuddin (Tengku Puan Laksamana). 



Tengku Sharif Panglima

YAM Dato Seri DiRaja Syed Zainal Anwar ibni almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail SSPJ SPMP SSIS (diputerakan pada 20 Februari 1952).  Memiliki ijazah perakaunan dari Macquarie University, NSW Australia dan CACPA, Australia. Berkahwin dengan YAM Tengku Putri Datuk Paduka Toh Puan Seri DiRaja Nur Zihan binti almarhum Tuanku Salahuddin Abdul Aziz Shah.






Pewaris Takhta
SELANGOR DARUL EHSAN


Raja Muda Selangor
DYTM Tengku Dato' Seri Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah DK SPMS



Tunku Dato' Seri Amir Shah diputerakan pada 12 Dis 1990 oleh bondanya Puan Nurlisa binti Abdullah. Baginda mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Victoria Kuala Lumpur. Baginda dilantik menjadi Raja Muda Selangor pada 3 Mei 2002 ketika berusia 12 tahun.

Tunku Bendahara
(masih kosong)

Jawatan ini masih kosong sejak penyandangnya almarhum YAM Tengku Dato Azman Shah ibni almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah DK SPMS SJMK mangkat. Beliau diputerakan pada 1 Jan 1931, dilantik menjadi Tengku Bendahara pada 13 Mei 1959 dan mangkat pada 23 Mac 2014.   

Tengku Aris Temenggung

YAM Tengku Muhammad Yusuf Shah  ibni almarhum Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah DK SPMS yang dilantik pada tahun 1937.




Tengku Laksamana Selangor

 YAM Tengku Sulaiman Shah Alhaj ibni almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah DK SJMK SPMJ SPMS PIS.  Diputerakan pada 17 Jun 1950.  Dilantik menjadi Tengku Panglima Besar (1970) dan kemudiannya Tengku Panglima Raja pada 2 Mei 1977. Berkahwin dengan Tunku  Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah binti almarhum Sultan Iskandar Alhaj.



Jawatan ini kosong sejak penyandangnya, almarhum YAM Tengku Badli Shah ibni almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah mangkat pada 1 Jun 1988.

Tengku Besar Putra

YAM Tengku Ismail Shah ibni almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah DK SPMS (diputerakan pada 12 Ogos 1937). Berkahwin dengan YBhg Puan Hajjah Zaharah binti Abdul Rashid.

Tengku Panglima DiRaja

Jawatan ini kosong sejak penyandangnya, YAM Tengku Sulaiman Shah ibni almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dilantik menjadi Tengku Laksamana Selangor pada 1 Jul 2016.

Tengku Panglima Besar

YAM Brigadier Jeneral (K)Tengku Dato Seri Abdul Samad  ibni almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah DK SPMS. Diputerakan pada 27 September 1953. Dilantik menjadi Tengku Panglima Besar pada tahun 1981. 


Tengku Andika Seri Amar DiRaja
(kosong)

Tengku Orang Kaya Menteri
YM Tengku Rashad bin Tengku Badli Shah (25 Jun 1946).

Tengku Seri Paduka Shahbandar
(kosong)

Tengku Indira Setia
YAM Tengku Dato Seri Ahmad Shah ibni almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah DK SPMS SSSA SPTJ SSMT PSD DSMT DPMS. Diputerakan pada 16 Mei 1955. Berkahwin dengan YAM Tunku Irinah binti almarhum Tuanku Jaafar alHaj.


 


Tengku Indira Pahlawan DiRaja
YAM Tengku Dato Putra Sifizzan alHaj bin Tengku Azman Shah alHaj (diputerakan pada 22 Julai 1951). Dilantik menyandang gelaran Tengku Indira Pahlawan pada tahun xxxx.



Pewaris Takhta
TERENGGANU DARUL IMAN

Yang DiPertuan Muda Terengganu
YTM Tengku Muhammad Ismail ibni Sultan Mizan Zainal Abidin DKR DKT SSMZ


DYTM Tengku Muhammad Ismail diputerakan pada 1 Mac 1998 oleh bondanya Tuanku Permaisuri Nur Zahirah.  Dilantik menjadi Yang DiPertuan Muda Terengganu pada 12 Januari 2006 dan dimasyhurkan pada 12 Dis 2006.

Urutan kekananan pewaris takhta Negeri Terengganu seterusnya ialah:

Tengku Seri Bendahara
YAM Tengku Dato' Mustafa Kamil ibni almarhum Sultan Mahmud al Muktafi Billah Shah DK SSMT SIMP.  Diputerakan pada 1 April 1968 oleh bondanya YTM Dato' Seri Sharifah Nong Fatimah binti Syed Abdul Rahman al Sagoff. Berkahwin dengan Datin Jasmine binti Abdullah.



Tengku Seri Panglima
YAM Leftenan Kolonel Tengku Dato' Seri Badrul Zaman ibni almarhum Sultan Mahmud al Muktafi Billah Shah DK SSMT.  Diputerakan pada 10 November 1974 oleh bondanya YTM Dato' Seri Sharifah Nong Fatimah binti Syed Abdul Rahman al Sagoff.  Berkahwin dengan YAB Tok Puan Sri Wan Hibatul Hidayah binti Wan Ismail.



Tengku Seri Temenggong Raja
YAM Brigadier Jeneral Tengku Dato' Badrul Hisham Baharuddin ibni almarhum Sultan Mahmud al Muktafi Billah Shah.  Diputerakan pada 10 Disember 1976 oleh bondanya Puan Khadijah.  Memiliki ijazah dalam bidang Sajian dan Pelancongan dari University of Monfort.  Berkahwin dengan Y.Bhg To' Puan Nor Intan Zurina binti Muhammad.



Tengku Sri Raja
kosong

Tengku Seri Paduka Raja
YAM Tengku Dato' Seri Ibrahim Shah ibni almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah DK SSMT (25 Jan 1939).  Berkahwin dengan YBhg Tok Puan Rosita binti Abdullah @ Lau Yam Hong.



Tengku Seri Laksamana Raja
YAM Tengku Dato' Abdullah Sulaiman ibni almarhum Tuaku Ismail Nasiruddin Shah DK SPMT. Berkahwin dengan YBhg Tok Puan Hajjah Rahimah binti Awang.

No comments:

Post a Comment