Monday, March 9, 2015

M 137 CHIN PENG: HERO? ATAU PENGKHIANAT?

CHIN PENG
pejuang atau
PENGKHIANAT 
.
Tajuk kali ini ada kaitan dengan tajuk sebelum ini (M 126). Persamaannya ialah berkisar tentang komunis. 

AKU kadangkala tersangat lah CONFUSED dengan cara Kerajaan kita menangani isu SEJARAH NEGARA. Carca murba.

Satu contoh TERBAIK ialah kesah MAT INDERA. Dari dulu dia dianggap sebagai pengkhianat atas dasar menyertai kumpulan Bintang Tiga dan terlibat dalam memerangi pasukan keselamatan Kerajaan. Turut membunuh anggota Polis dan Askar Melayu.

Tapi penyokong mereka kata, mereka berjuang melawan Tentera British. Askar Melayu masuk dalam Kerajaan British maka dikira sebagai musuh mereka.


Saya tidak perlu membuat rujukan daripada pelbagai sumber untuk membuat pendirian bahawa Mat Indera ialah seorang pejuang kemerdekaan, seperti yang disebutkan oleh Mat Sabu. Saya hanya merujuk kepada buku biografi Pengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Di dalam buku ini terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera sendiri. Jangan tak percaya, Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO.
Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini. Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato’ Onn. Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002.
Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato’ Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor. Nah, saya tak pasti adakah selepas ini nama-nama ini pula akan dilabelkan sebagai pengkhianat tetapi merekalah yang bertanggungjawab mengangkat ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.
https://dupahang.wordpress.com/2011/09/05/mat-indera-diktiraf-sebagai-salah-seorang-pejuang-kemerdekaan-dlm-pengukir-nama-johor/


Jadi, bagaimana orang Kerajaan nak membidas Mat Sabu. Bukankah terpantul ke muka sendiri??

Malah dalam internet sekarang banyak sekali blog yang masih mempunyai pegangan ideologi komunisme yang masih tebal. Masih emmuji Chin Peng dan rakan seperjuangannya. Itu blog Orang Melayu. Kalau blog yang ditulis oleh bangsa lain dalam bahasa mereka, mungkin lebih berani dan sensitif lagi.

Aku pernah menonton youtube satu temu ramah dengan seorang tua di sebuah kampung di Perak atau Pahang. Dengan penuh konfiden dan lancar orang tua tu bercerita dan terang-terang menyatakan bahawa bukan Tunku Abd Rahman pejuang kemerdekaan. Untuk dia hero dan pejuang kemerdekaan ialah Chin Peng, Rashid Maidin, Abdullah CD dan lain-lain yang seangkatan dengannya.

Kali ini aku nak menulis dan menampal kesah-kesah yang berkaitan dengan Chin Peng. Apa kata sejarah dan apa kata MEREKA tentang Chin Peng?

Sebelum itu, mari kita hayati dulu catatan dari kalangan yang bersimpati dengan Chin Peng ini.

.
KISAH CHIN PENG YANG MENGHARUKAN
Oleh: Xiaoding

Ketika memperingati ulang tahun ke-66 20 Jun, saya sungguh mengenangi pemimpin yang amat dihormati kita, mendiang  Chin Peng. Budi pekerti luhurnya menggalakkan  saya  buat selama-lamanya, dan mendorong saya  terus- menerus berkhidmat pada rakyat. Setelah pemergiannya, pelbagai tempat telah  mengadakan  majlis  peringatan, komrad-komrad   yang tahu benar dengan mendiang telah  menyingkap sesetengah  kisahnya  yang   mengharukan.  Dengan ini saya mencatatnya sebagai berikut.

Pertama, selepas Komrad Chin Peng meninggal, dalam ucapan takziahnya Jeneral Pisan Wattana- wongkiri menceritakan  bahawa “mendiang pernah tinggal di rumah saya selama 20 tahun, bahkan daftar penduduk mendiang pun berada dalam daftar penduduk keluarga saya”. Fakta ini telah mendedahkan  tembelang orang berniat jahat memfitnah dengan menyebarkan khabar angin, kononnya Chin  Peng telah membeli dua deret bangunan-bangunan kedai, antara  lain satu deret  di  suatu jalan di Bangkok, dan satu deret lagi di suatu jalan Hong Kong. Hakikatnya Chin Peng tiada rumah sendiri, langsung  tidak  mementingkan diri, hatinya tetap ingat  akan rakyat dan rakan-rakan seperjuangan yang sehidup semati, inilah teladan seorang pemimpin ulung.



Kedua, suatu kali, para komrad melawat Chin Peng, ada yang  bertanya dan berprihatin keadaan isterinya Khoon Wah. Chin Peng menjelaskan  bahawa  badan  isterinya tidak  sihat,  tinggal  di  rumah  sanak saudaranya di  Pulau Hainan, China. Lepas   suatu   masa   kemudian,   ada komrad   bertanya lagi, beliau   menjelaskan bahawa Khoon Wah telah meninggal dunia. Komrad bertanya, mengapakah tidak memaklumkan kepada komrad? Chin  Peng   berkata, dia  telah membawa banyak kesusahan kepada pihak organisasi dan komrad-komrad, kalian usah  risau atau memeras otak atas hal dia. Betapa luhurnya sentiment pemimpin ini, beliau  sentiasa  memeras otak  memikirkan  hari  depan  negara,  memprihatinkan   rakan-rakan   seperjuangan, tetapi hal rumah tangganya dipendam dalam hatinya.

Ketiga,  tahun baru 2013, serombongan komrad pergi melawat dan mengucap selamat tahun baru kepada komrad Chin Peng yang uzur, beliau berasa amat gembira. Banyak komrad berturut-turut menghulurkan angpao kepadanya, beliau mengumpulkan wang angpau itu dan menggenapi RM1,000.00 untuk  didermakan kepada Bahagian Juvenil Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 guna untuk dana aktiviti. Inilah  harapan  besarnya kepada generasi anak muda, bak kata dalam Hajat Terakhirnya. Ia mengharapkan “Mudah-mudahan jalan yang saya tempuhi itu akan dilanjutkan dan disempurnakan lagi oleh generasi muda.”

Keempat,  setelah  penandatanganan Persetujuan Damai Hadyai, Chin Peng melawat ke Rejimen Ke-12, mengunjungi para komrad. Ketika beliau sedang sibuk bermesyuarat dengan pimpinan dan Jawatankuasa Parti, seorang komrad wanita mengemukakan hasrat hendak mengadapnya, dan dijelaskannya jika beliau sibuk, tak temu pun tak apa. Namun cepat sekali Chin Peng mengajaknya bertemu. Apabila tahu komrad itu meminta pihak organisasi menyampaikan berita pengorbanan suaminya kepada keluarga pahlawan, Chin Peng segera bersetuju dan menugaskan seorang ahli Jawatankuasa  Parti menyelesaikan urusan itu. Komrad itu mengucapkan terima kasih dengan rasa terharu. “Usah terima kasih, engkau telah memberi pengorbanan besar.” Air mata komrad wanita itu segera berlinang-linang. Lepas itu ia bercerita bahawa dirinya seorang perajurit biasa sahaja, telah begitu dipandang berat oleh Chin Peng yang selaku panglima agung yang ramah, bermesra dengan perajurit dan mudah didekati. Hati dia terharu kerana buat julung kali ia mendekati pemimpin yang dihormati dan dicintainya. Ia sangat selesa dan tidak segan kerana wajah Chin Peng  bersenyum  manis dan begitu ramah.

Pada masa membina kampung, sekumpulan askar Thailand ditempatkan dalam kampung untuk membantu pembinaan, Suatu kali ada askar itu mengangkat ibu jari bercerita memuji Chin Peng, ujarnya “Pemimpin kalian memperlakukan orang secara sangat baik dan mesra. Hidupnya secara sederhana, makanannya bersahaja-sahaja.” Inilah kesan perasaan mendalam dari askar yang sering berdepan dengan atasannya yang keras dan kasar.

Kelima, dalam masa membina kampung, Chin Peng datang ke kampung untuk urusan kerja, kenderaan milik kampung hanya sebuah kereta pikap dan kira-kira 10 buah motorsikal.  Masa  itu  saya  bertugas mengurus perhubungan dan pengangkutan, memikirkan keselamatan Chin Peng, saya mengambil ke putusan dipandu keluar secara khusus membawa Chin Peng, manakala Lujun dan Baoping ikut untuk mengiringi  Chin  Peng  masuk  kampung. Setelah Chin Peng memahami keadaan pengangkutan dan sistem bayaran tambang daripada  pemandu kereta, beliau segera berkata: “Tambang kereta kali ini ditanggung penuh oleh saya, peraturan bayaran tambang tidak boleh diubah kerana diri saya.” Beliau sambil berkata sambil menghulurkan wang tambang. Hati  semua komrad  di  sana  berasa  amat  terharu kerananya.

Kereta tiba di kampung dan berhenti, Chin Peng turun dari kereta dan bersalam-salaman dengan semua komrad yang mengalu-alukannya. Apabila tangannya yang kuat berjabat, apa yang nampak dalam mata adalah imej pemimpin yang dihormati,  resmi rendah hati dan mudah didekati, dan tidak memerlukan layanan istimewa, mesra dan merapati diri dengan semua komrad,  keadaan demikian  membuat saya berlinang air mata, payah hendak meredakan rasa haru.


Kisahnya yang mengharukan itu saya tulis di sini, namun kisah Chin Peng yang mengharukan tidak terbilangkan, saya harap komrad yang tahu keadaannya merakamkan lagi, kisahnya yang mengharukan agar semangat luhurnya kekal abadi.

sumber berita: Buletin Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia Bilangan 32, 20 Jun 2014
http://matamin02.blogspot.com/2014/07/kisah-chin-peng-yang-mengharukan.html


Tapi, tak perlulah kita ambil berat cerita kebaikan CP ini kerana ia dari kalangan komradnya. Lagi pun ia telah berlaku berpuluh tahun perjuangannya dalam PKM telah diabaikan. Takan ia masih mahu berkasar kepada bekas penyokong yang menziarahinya.

Kalaulah, ia berlaku semasa beliau aktif dalam PKM, ada anggota PKM yang menceritakan kesusahan dan berhasrat untuk meninggalkan perjuangan PKM? Bolehkah kita bayangkan apakah nasib yang akan menimpa komrad tersebut?


Perjuangan Chin Peng




Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hwa dilahirkan pada 21 Oktober 1924 di No 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan, Perak. Beliau adalah bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM). Perjuangan revolusi bersenjata yang didokongnya banyak menumpahkan darah.


Tidak sedikit air mata yang mengalir, penderitaan, kesedihan, ketakutan dan trauma yang mendalam dialami rakyat akibat kekejaman komunis ketika zaman Darurat (1948-1960). Penduduk yang tinggal berhampiran kawasan hutan dan di estet getah seluruh negara berdepan dengan ancaman nyawa, harta benda dan tanaman mereka dimusnahkan.-Pastinya perajurit tanah air yang berjuang menentang komunis tidak dapat melupakan kezaliman dan kekejaman komunis. Selagi hayat dikandung badan, maka segala pengalaman itu tetap menjadi kenangan pahit buat mereka.


Di jangka seramai 1,883 anggota keselamatan terkorban dan 2,560 cedera. Ramai perajurit yang cacat anggota kerana bertempur dengan komunis masih hidup hingga kini. Di kalangan orang awam pula, sebanyak 2,473 terbunuh , 1,385 cedera dan 810 ditawan komunis. Kematian pihak gerila komunis adalah 6,710 dan yang ditawan seramai 3,989 orang.


Elok rasanya kita menyingkap sejarah pergerakan komunis di negara kita. Ideologi komunis mula menyerap masuk ke Tanah Melayu pada 1920-an. Melalui Biro Timur Jauh, ejen komunis antarabangsa (Comintern), terutama dari China dan Russia berjaya mempengaruhi kebanyakan pertubuhan buruh, kesatuan sosialis dan kesatuan pengguna yang kebanyakannya dianggotai kaum Cina. Bahan penerbitan komunis seperti surat berita keluaran Rosita dan Delta News Agency, buku dan risalah komunis dari China dan Russia mempengaruhi kebanyakan orang Cina. Buku berjudul Komunisme dan Negeri China karangan Fung Tsz You adalah di antara buku yang dibaca.


Kelas malam yang wujud di Kuala Lumpur turut dijadikan markas penyebaran fahaman komunis. Pada Mei 1926, Kesatuan Sekerja Am Nanyang ditubuhkan di bawah pengaruh Communist International TradeUnion Organisation (Profintern). General Labour TradeUnion’ di Singapura turut dipengaruhi komunis. Kedua-duanya mendalangi beberapa siri mogok sekitar 1920-an. Pada 1928 Parti Komunis Nanyang ditubuhkan dengan sayap utamanya Liga Anti Imperialis Nanyang. Akhirnya, atas arahan Commintern, maka PKM ditubuhkan pada 1930 menggantikan Parti Komunis Nanyang. Sayap pemudanya dikenali sebagai Malayan Communist Youth.


Pada 1935, pemogokan pekerja didalangi komunis berlaku di Singapura dan Kuala Lumpur. Ia menjadi serius pada 1937 apabila buruh estet getah dan bijih turut mogok menyebabkan ekonomi negara terancam. British di Tanah Melayu melaksanakan ‘Punishment Ordinance’ dengan menangkap pemimpin kesatuan buruh yang disyaki sebagai aktivis komunis. Namun, mereka terus berarak dan berdemonstrasi di Kuala Lumpur dan keadaan menjadi serius apabila buruh lombong arang batu di Batu Arang merampas lombong serta mengawal pengurusannya.


Ia akhirnya memaksa majikan bersetuju menerima beberapa tuntutan mereka seperti kenaikan gaji, syarat bekerja yang lebih baik dan kemudahan pekerja yang sewajarnya. Ketika Jepun menawan Tanah Melayu, PKM turut bangkit menentang Jepun menyebabkan British mengiktirafnya sebagai pertubuhan yang sah (1945-1948).


Sentimen anti-Jepun di kalangan orang Cina dan PKM mendorong mereka menubuhkan Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA) untuk menentang Jepun. Selepas tamatnya perang (16 Ogos 1945), MPAJA atau dikenali sebagai Bintang Tiga menguasai negara selama 14 hari dengan melakukan pelbagai kezaliman dan kekejaman.


Apabila British kembali pada awal September 1945 dan mengharamkan MPAJA, maka ahlinya menganggotai Old Comrades Association yang ditubuhkan akhir 1945. Di antara 1946-1947 terdapat hampir 300 pemogokan didalangi komunis. Pada 1947, Chin Peng dilantik menjadi Setiausaha Agung PKM. Beliau tertarik dengan pendekatan revolusi komunis di China pimpinan Mao Zedong.





Pada 1948, PKM mengangkat senjata menentang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu menyebabkan British mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu (1948-1960).

Perjuangannya bersarang di hutan belantara dengan melakukan serangan hendap serta menggunakan kaedah jerangkap samar yang mengorbankan banyak nyawa dan kecacatan. Pada 1955, Chin Peng menolak perjanjian Damai Baling dengan Tungku Abdul Rahman dan meneruskan perjuangan bersenjata dengan berselindung di sebalik nama Pembebasan Nasional Malaya (PNM). 

Pada November 1957 Persidangan International Communist Movement di Moscow mengiktiraf PKM sebagai parti komunis yang mewakili pertubuhan komunis antarabangsa di Tanah Melayu.





Wakil PKM yang hadir dalam persidangan itu ialah Siu Cheong dan Musa Ahmad. Nama seperti Rashid Maidin, Musa Ahmad, Abdullah CD, Abu Samah Mohd Kassim, Shamsiah Fakeh, Ahmad Baki, Ali Majid dan Abdul Rahman membawa kita kepada persoalan mengenai pembabitan orang Melayu dalam perjuangan fahaman kiri ini. 

Untuk mempengaruhi orang Melayu, komunis menerbit dan menyebarkan risalah dalam bahasa Melayu seperti Suara Boeroeh Malaya dan Ingatan. Mereka juga menubuhkan Jawatankuasa Tempatan Komunis dan Liga Anti-Imperialis. Aktivis Parti Komunis Indonesia (PKI) juga digunakan untuk meraih sokongan orang Melayu dan orang Jawa di beberapa negeri.


Rashid Madin
Abdullah CD
Suriani Abdullah
Abu Samah Mohd Kassim
Shamsiah Fakeh
Musa Ahmad

.
Apabila pemberontakan PKI (1926) gagal, ramai tokoh ternamanya seperti Tan Malaka, Hasanoesi, Alimen, Sutan Pateh, Moeso, dan Boedisoejitro melarikan diri ke Singapura dan Pulau Pinang. Wakil PKM iaitu Rashid Maidin pernah hadir dalam persidangan Majlis Agama Tertinggi Malaya (MATA) di Maahad II Ihya As-Syarif, Gunung Semanggol pada Mac 1947. Beliau cuba membangkitkan semangat orang Melayu supaya menentang British melalui kekerasan. tapi beliau gagal. Pada tahun 1950, komunis telah melancarkan perperangan di muar johor yang mana sebuah balai polis yang terpencil di kampung bukit kepong telah menjadi mangsa keganasan kominis. Sekitar 1960-an, masih wujud usaha mempengaruhi orang Melayu melalui penubuhan beberapa sekolah tajaan komunis untuk orang Melayu tetapi gagal.

Sekitar 1970-an, terdapat dua siri pembunuhan dilakukan oleh ejen komunis ke atas pegawai tertinggi Polis Di-Raja Malaysia iaitu Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahman Hashim (1974) dan Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong (1975). Tugu Negara juga turut dibom pada 1975. Komunis meletakkan senjata selepas diadakan Majlis Perjanjian Damai di antara Kerajaan Malaysia dan PKM di Haadyai, Thailand pada 1 Disember 1989.

Kesimpulannya, perjuangan komunis gagal kerana ia tidak mendapat sokongan orang Melayu yang berakidah Islam. Perjuangan komunis bukanlah satu sumbangan kemerdekaan tanah air kerana cita-cita PKM mahu membentuk sebuah Republik Komunis Tanah Melayu adalah satu bentuk penjajahan baru yang tidak dapat diterima sama sekali, khususnya di kalangan orang Melayu beragama Islam. Justeru, wajarkah satu perjuangan songsang diberi pengiktirafan di negara ini?



Biodata Chin Peng wikipedia.org


Chin Peng (Cina: 陳平, lahir 21 Oktober 1924 di Sitiawan, Perak sebagai Ong Boon Hwa (王文華), meninggal 16 September 2013 di Bangkok merupakan seorang ketua Parti Komunis Malaya. Beliau telah dianugerahi Order of the British Empire (OBE) dan dua pingat kerana membantu British melawan pendudukan Jepun di Malaya dalam Perang Dunia Kedua.

Beliau merupakan seorang Cina berketurunan Kantonis yang mendakwa dilahirkan di sebuah kedai kecil dua tingkat menjual basikal, di No. 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan yang terletaknya 50 kilometer dari barat daya bandar Ipoh, Perak. Bagaimanapun, dalam perbicaraan memohon dibenarkan masuk Malaysia, dia gagal mengemukakan sijil kelahirannya. Dia merupakan anak kedua daripada enam beradik yang hidup dalam kemiskinan. Ayahnya datang dari negara China dan kecewa akibat kemelesetan ekonomi 1930.

Buku memoirnya bertajuk "Chin Peng: Sejarah dari sebelahku" ("Chin Peng: My Side of history") diterbitkan diSingapura.

Kisah Hidupnya

Semasa kecil, Chin Peng minat sekali membaca bahan-bahan media cetak dan menyoroti perkembangan di negara China. Ketika itu berlaku pertikaian antara Chiang Kai-shek dan Mao Zedong. Tentera Jepun pula merampas Manchuria dan menguasai pedalaman China. Negara China merupakan tanah kelahiran bapa dan nenek moyangnya di kawasan Kwantung.

Semasa berumur 15 tahun, Chin Peng mempunyai perasaan yang dekat dengan nasionalis berpendidikan barat Chiang Kai Shek yang menguasai kawasan selatan China dan Taiwan. Namun, buku kecil 'On Protacted War' karangan Mao Zedong mengubah pendiriannya kepada aliran komunisme. Tekadnya jelas untuk menentang Jepun yang kemudian menyerang Tanah Melayu pada tahun 1941.

Pada tahun 1940, beliau diterima untuk menyertai Parti Komunis Malaya iaitu satu cabang Parti Komunis China di seberang laut. Dia turut menyertai Force 136, satu pasukan bersenjata yang ditubuhkan oleh perisik British bagi menentang Jepun di Tanah Melayu. Ketika itu umurnya baru sahaja 18 tahun.


Chin Peng memimpin MPAJA atau Malayan People Anti-Japanese Army, sebuah pasukan gerila bagi menentang tentera Jepun. Tentera British (Pasukan Special Air Service dan MI6) yang diterjunkan di hutan Perak, telah memberi pelbagai senjata, kewangan, latihan dan pelbagai peralatan lain bagi memperlengkapkan Force 136 dan MPAJA. Tentera MPAJA pernah menyerang tentera Jepun di Sungai Perak berhampiran dengan tebing Pasir Salak pada tahun 1942.

Selepas Perang Dunia II, beberapa pihak yang berfahaman radikal dalam MPAJA telah bertindak keluar hutan untuk membunuh dan menyeksa mereka yang bersubahat dengan tentera Jepun dan tali barut British. Mereka turut membunuh pemimpin tempatan seperti para Penghulu dan para Imam kampung sebagai taktik memantapkan penguasaan mereka. Selain itu, puak radikal dalam MPAJA turut cuba merampas pentadbiran terutamanya di bahagian selatan Tanah Melayu. Tindakan puak yang didakwa radikal tidak pernah disekat oleh MPAJA. Ini kemungkinannya MPAJA sebenarnya sedang menilai kejayaan tindakan sedemikian. Membiarkan tindakan ahlinya bermaharajalela membunuh dan menyeksa penduduk sekali gus menunjukkan tindakan tersebut mendapat sokongan tersembunyi dari para pemimpin MPAJA.

Tindakan puak radikal dalam MPAJA ini telah menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu yang bangkit untuk menentang pihak komunis di bawah beberapa pemimpin seperti Kiai Salleh Karim dari Batu Pahat, Johor. Akibat daripada tindak balas orang Melayu ini, Parti Komunis Malaya gagal merampas kuasa, malah terpaksa meminta campur tangan Tunku agar mententeramkan orang-orang Melayu yang bangkit ketika itu.

Cubaan MPAJA untuk menguasai pentakbiran ini dari pemerintah sebenar menyebabkan mereka dilabelkan sebagai puak kiri dan kemudiannya diharamkan dan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahlinya ditangkap.

Kembalinya British dengan pentadbiran tenteranya (BMA) dalam tempoh yang singkat menyebabkan pihak Bintang Tiga tidak berjaya mengembangkan pengaruh mereka. Akibat kegagalan Bintang Tiga merampas Tanah Melayu dengan gerakan bersenjata, telah membawa kepada persetujuan pembubaran tentera MPAJA dan perletakan senjata api disamping pembayaran saguhati kepada gerila-gerila terbabit.

Atas jasanya terhadap perjuangan penentangan pendudukan Jepun, Chin Peng dijemput ke London untuk menerima medal 'Order of the British Empire ' kerana sumbangannya yang besar memimpin MPAJA dan Force 136 menentang Jepun. Tapi tekadnya untuk menubuhkan kerajaan komunis di Tanah Melayu dan menyingkirkan British dan akhirnya memerdekakan Malaya semakin membuak-buak selepas itu. Suasana aman dan maju di kota London meningkatkan azamnya untuk berjuang di dalam hutan Tanah Melayu.

 
 

Memimpin Parti Komunis Malaya

Ketika berumur 23 tahun, Chin Peng dilantik sebagai Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya menggantikan Lai Tek yang telah dibunuhnya di Thailand. Lai Tek adalah perisik tiga mata yang telah belot dan melarikan wang Parti Komunis Malaya.

Di bawah pimpinannya, Parti Komunis Malaya semakin agresif dan militan dengan menyerang ladang-ladang, gudang getah, rumah asap dan rumah pengurus milik orang British di Tanah Melayu. Lantaran itu, ahli PKM semakin menyanjung keberanian dan wawasan Chin Peng. Taktik ini membawa padah kepada Parti Komunis Malaya kerana tidak langsung diterima di kalangan orang Melayu.

Parti Komunis Malaya juga tidak mengamalkan atiesme. Walaupun prinsip utama komunisme yang ditulis oleh Karl Marx tidak mempercayai tuhan dan menyatakan bahawa agama itu adalah candu manusia, namun apa yang berlaku di Tanah Melayu pada waktu itu ialah mereka mengamalkan prinsip keagamaan seperti mana yang kita dapat lihat dalam salah seorang tokoh PKM iaitu Rashid Maidin, Abdullah C.D dan Suraini Abdullah. Mereka tetap mendirikan solat lima waktu seperti mana yang dituntut oleh agama Islam walaupun di dalam hutan semasa perjuangan. Mereka juga telah menunaikan ibadah haji. Sememangnya Rashid Maidin adalah seorang yang warak dan berilmu agama yang tinggi, malah beliau juga mengajar cucunya dan beberapa budak-budak kampung membaca Al Quran dan Tajwid.

Ketika darurat, British dengan kerjasama golongan Melayu elit dengan melancarkan perang saraf iaitu propaganda melalui media massa untuk mempengaruhi fikiran orang-orang Melayu supaya mereka yakin bahawa Parti Komunis Malaya itu kejam dan tidak sesuai diikuti. Pengalaman orang-orang Melayu selepas Perang Dunia II dan taktik komunis yang membunuh beratus-ratus rakyat yang tidak berdosa menyebabkan kebanyakannya orang Melayu menolak cara ganas komunis. Perjuangan bangsa Melayu untuk mendapatkan kemerdekaan tanpa pertumpahan darah tidak disenangi komunis yang inginkan kuasa politik jatuh ke tangan mereka dengan cara menggunakan keganasan dan menanam rasa takut kepada rakyat amnya. Perjuangan komunis tidak boleh dianggap sebagai perjuangan untuk kemerdekaan kerana mereka hanya berjuang untuk kepentingan PKM dan bukan untuk kemerdekaan Malaya. Ini terbukti apabila mereka tetap meneruskan taktik ganas mereka walaupun selepas Malaysia mencapai kemerdekaan. Kemerdekaan terbukti boleh dicapai bukan dengan perjuangan pertumpahan darah dengan sia-sia tetapi dengan rundingan damai yang lebih berfaedah dan bermanfaat untuk semua pihak.

 
 
 

Perjanjian Damai

Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan daripada masyarakat, pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan pada tahun 1955. Rundingan Baling diadakan di Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Putera, Baling pada tahun 1955. Tunku Abdul Rahman yang mendapati Chin Peng enggan menerima syarat pembubaran PKM dan enggan menyertai pilihan raya melalui parti lain sebagai syarat pengampunan, bertindak menolak tuntutan PKM agar dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik yang sah.

 


Dengan keengganan Parti Komunis Malaya berdamai, Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka tanpa Parti Komunis Malaya. Parti Komunis Malaya yang lemah diasak semakin jauh ke dalam hutan sehinggakan kadang-kala tersingkir keluar dari Malaysia khususnya di sempadan Malaysia-Thailand.

File:Chin Peng.jpg

Kemerosotan Komunis

Setelah keruntuhan komunis di Rusia dan runtuhnya Tembok Berlin di Jerman Timur tahun 1989, PKM semakin goyah. Satu perjanjian damai antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Thailand dengan Parti Komunis Malaysia telah ditandatangani di Haadyai pada 1989. Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Haadyai.

Selepas 1989, tiada ada lagi perjuangan bersenjata . Ahli PKM diterima sebagai warganegara Malaysia dan boleh kembali ke Malaysia. Walau bagaimanapun, pemimpin utama seperti Chin Peng dan Rashid Maidin memilih untuk menetap di sebuah perkampung khas di Yala, Thailand.
.
  
 
Chin Peng, flanked by C.D. Abdullah and Tan Sri Rahim Noor, during the signing of the Peace Accord in Haadyai in 1989. 
 
.

Kembali ke Malaysia

Cubaannya untuk kembali ke Malaysia menerima sokongan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan dan parti DAP. Chin Peng tidak pernah menyatakan kesal memimpin Parti Komunis Malaya dalam perperangan mereka menentang kerajaan malaysia, malah bangga dengannya sebagaimana yang ditulis olehnya dalam bukunya, ("Setiap generasi membina impiannya. Tetapi anda membayar ke atas impian anda itu. Kami telah membayar harga ke atas impian kami. ... Saya tidak menyesal berjuang ke atas sesuatu yang saya percaya dan masih mempercayainya sebagai suatu perjuangan yang adil."). Ia turut disokong oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim atas dasar perikemanusiaan.

Chin Peng pernah membawa kesnya di mahkamah Pulau Pinang agar dia diterima pulang ke Malaysia. Namun, penerimaan Chin Peng kembali ke Malaysia ditentang hebat oleh ramai sanak saudara mangsa kekejaman Parti Komunis Malaya termasuk anggota PDRM dan ATM yang cedera dan terkorban. 

Walaupun begitu, ia disokong oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini disebabkan Chin Peng merupakan orang yang bertanggungjawab dengan kegagalan Rundingan Baling dengan berkeras menuntut agar Parti Komunis Malaya diterima sebagai sebuah parti politik, walaupun telah ditawarkan pengampunan sebelumnya.

Bagaimanapun terdapat pihak yang mempersoalkan kenapa Musa Ahmad dan Shamsiah Fakeh (bekas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Muda) dapat diterima kembali ke Malaysia, tetapi tidak bagi Chin Peng. Persoalan ini dicetuskan tanpa memikirkan bahawa Chin Peng tidak pernah menyatakan kekesalannya membunuh rakyat Malaysia malah berbangga dan menulis buku bagi membenarkan tindakannya. Tawaran pengampunan yang diberikan semasa perjanjian damai di Hadyai, Thailand pada 1 Disember 2009 yang lalu, adalah dengan syarat pihak PKM membubarkan parti serta ideologi komunis mereka.
Chin Peng meninggal dunia.

Upacara pengkebumian mayat Chin Peng di Bangkok pada 23 Sep 13

Chin Peng telah dilaporkan meninggal dunia pada usia 90, di Bangkok, Thailand pada jam 6.20 pagi 16 September 2013. Sebelum kematiannya, dia tinggal dalam buangan di Thailand dan masih tidak dapat kembali ke Malaysia, ini didakwa sebagai percanggahan kepada satu syarat yang telah dipersetujui dalam Rundingan Damai Haadyai 1989. Pihak kerajaan pula memutuskan bahawa Chin Peng tidak termasuk dalam golongan ini kerana tidak pernah melepaskan perjuangan parti dan ideologi komunisnya sebagaimana yang disyaratkan dalam Rundingan Damai Haadyai tersebut.

http://www.panggilanpertiwi.my/index.php?option=com_kunena&func=view&catid=14&id=30037&Itemid=337



 
 


Raising the Chin Peng spectre for a selfish political end
Sunday, September 22, 2013

Merely to fulfil a selfish political agenda, some quarters are prepared to revive the painful past Chin Peng had inflicted on thousands of Malayans/Malaysians (Graphics by Dayang Norazhar/The Mole)
SURELY many would have noticed the incoherence of the opposition in its eagerness to exploit the death of Chin Peng, born Ong Boon Hua, who gained notoriety for the cruelties inflicted on Malayans and Malaysians through the Communist Party of Malaya, the terror outfit he had led.

Unlike his partners in the DAP, who have been trying to exonerate Chin Peng of his atrocities and portray him as a freedom fighter, and as such, his ashes should be allowed to be brought back to Malaysia, opposition leader and PKR de facto chief Datuk Seri Anwar Ibrahim chose to represent Chin Peng's case differently.

He was widely reported to have said: "Yang sudah, sudahlah (loosely translated as let bygones be bygones). Do we agree with Chin Peng? We don't. Do we agree with communism? We don't. Do we agree with Chin Peng's actions in the past? No, we don't. Do we agree with the peace treaty with Chin Peng and laying down of arms? We agree."

There are two aspects of Anwar's representation; firstly he obviously subscribed to the mainstream views of Chin Peng and the CPM, that their actions and ideology were not acceptable. Secondly, Anwar believed, since there was a peace treaty between the Malaysian government and the CPM, the 1989 Hat Yai Accord, Chin Peng should have been allowed home.

Anwar was cautious when he expressed his views, as he admittedly said that he felt the need to explain it as he did not want some quarters to twist his words and make him look like he supported communism.

However, while Anwar is cautious and made it explicitly clear that what Chin Peng had done in the past was not acceptable, PKR vice-president Tian Chua decided to tweet: "On this day, as Malaysia celebrates 50 years of nationhood, we lost a patriot who had fought for national independence. RIP Uncle Chen Peng."

There are two narratives that would probably help Anwar review his "yang sudah, sudahlah" and Tian Chua recant his declaration of Chin Peng as a patriot. The first is from a retired schoolteacher who now lives in Sungai Siput, who narrated the story of what happened in 1945.

"About 10 Bintang Tiga terrorists came to our house (in Batu Gajah) looking for my elder brother whom they alleged was working for the Japanese.

"He was not at home and they took my sickly dad and also our cattle. I was only 8 then and my mum and sisters were helpless. We sought help from neighbours but they, too, were scared. It was already night when they took my father. The next day, some friends came to us and told us that they saw the communists arresting my brother while he was drinking coffee in one of the stalls in Batu Gajah town.
"They also told my family that the communists had tied my brother to a lorry and dragged him on the road around town. They said his body was mutilated but they did not know whether he was still alive or not.

"A few days later, friends and relatives informed us that they got word that my father and brother were being tortured in a communist camp and that they had tied my father to a tree and dropped hot, molten rubber on his head before slaughtering him later."

The retiree said his mother, sisters and him went looking for his 19-year-old brother and father all over and sought help from everyone they knew, but to no avail.

"What we heard of the Bintang Tiga torture was the last of what we ever heard of them. There were no graves or bodies."

The second story is from the highly-revered Islamic scholar in the Nusantara, Hamka, who narrated about Wasyi bin Harb, who killed Sayiddina Hamzah Abi Talib, the uncle of Prophet Muhammad in the fateful Uhud war.

In the book Lembaga Hikmat, a compilation of short stories, Hamka wrote of how Wasyi, a slave, was promised his freedom if he could kill Hamzah.
It was further narrated that Wasyi, highly skilled with the spear, threw a killer blow at Hamzah. He then proceeded to mutilate Hamzah's face by cutting him up and retrieving his heart.

"Wasyi later repented and embraced Islam and went to meet the Prophet. The Prophet, though welcoming the conversion, however, told Wasyi to never come near him ever again for he did not want to see the face of the person who killed his uncle and be reminded of the cruelties."

The two narratives should help Tian Chua and Anwar, and the likes, to get a grasp of why the Chin Peng issue should not be treated as any other political issue where political points could be gained.

Regardless of what motivates Anwar to fight the cause of wanting the authorities to allow Chin Peng's remains to be brought back to Malaysia, that is his choice. But to promote "yang sudah, sudahlah" to those who had become Chin Peng's and CPM's victims, and suffered the atrocities with their families, is excessively presumptuous on Anwar's part.

The fact that most of these victims and families had chosen to not demand vendetta for the atrocities is a magnanimity becoming of believers of any faith.

As for declaring Chin Peng a patriot; the retired teacher now realises that there is no cure for imbecility.


This article has appeared in the New Straits Times:


Why Chin Peng is no patriot - Columnist - New Straits Timeshttp://www.nst.com.my/opinion/columnist/why-chin-peng-is-no-patriot-1.360914#ixzz2fa8VQAaO

PENGASAS REJIMEN KE 10 TENTERA KEBANGSAAN PEMBEBASAN MALAYA
 

 
  

PAHLAWAN YANG SEMAKIN DILUPA
KERANA
KITA MUDAH LUPA

Setelah lebih 55 tahun mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Malaysia telah melalui pelbagai cabaran yang mengancam kedaulatan negara.  Kemerdekaan yang dicapai secara aman dan diplomasi cuba dikeruhkan dengan darah dan derhaka, Malaysia tetap gagah perkasa.

Hari ini generasi yang lahir semasa negara mencapai kemerdekaan (dan berkhidmat sebagai anggota Kerajaan) telah berada diambang persaraan wajib. Sekiranya umur bersara kekal pada usia 55 tahun, bermakna kesemua mereka telah pun bersara.



Antara peristiwa pahit yang melanda dan mencabar kedaulatan negara sejak kemerdekaan ialah:
  • Peperangan Insurgensi melawan ancaman Parti Komunis Malaya (PKM) yang telah bermula sejak tahun 1948 sehingga berakhir dengan persetujuan Damai Malaysia-PKM-Thailand pada tahun 1989. 
  • Konfrontasi atau Operasi Ganyang Malaysia oleh Kerajaan Republik Indonesia (pimpinan Presiden Sukarno) yang membantah penubuhan negara Malaysia pada tahun 1963 dan berakhir pada tahun 1966.
  • Perpisahan Singapura dari sebahagian dari Malaysia pada tahun 1965.
  • Tragedi Pertumpahan Darah akibat perselisihan antara Kaum pada 13 Mei 1969.
  • Peristiwa Pencerobohan Tentera Sultan Sulu pada bulan Feb 2013.


Bagi anak Malaysia yang lahir selepas tahun 1970 (atau selepas) dan hari ini berusia awal 40an bukan sahaja tidak melalui peristiwa ini bahkan telah terdedah dengan sejarah negara yang telah dimanupulasikan.  Mereka adalah anak sebuah negara membangun dan aman.  Mereka hanya tahu kewujudan Polis hanya untuk menangkap orang salah.  Mereka hanya mengenali anggota tentera atas faktor kesegakan dalam perbarisan semasa perarakan Hari Kemerdekaan.

Malah kalangan pegawai-pegawai Kerajaan yang terlibat dalam meluluskan pembelian peralatan tentera menganggap pembelian alat pertahanan udara seperti pesawat terbang, kapal perang (laut), kereta kebal, peluru berpandu sebagai satu pembaziran kerana 'TAK PERANG LAGI'.  Mereka menganggap semua pertikaian tidak perlu diselesaikan dengan peperangan dan senjata.  Semua boleh diselesaikan dengan kaedah diplomasi.

Malah yang lebih ekstrim lagi menganggap anggota ATM tiada kerja dan menghabiskan duit rakyat sahaja.

AKU AKAN SAMBUNG LAGI NANTI....


Antara peristiwa KEPERWIRAAN yang telah dilupakan ialah:

SEBELUM MERDEKA

Serangan Balai Polis Bukit Kepong, Johor

Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong adalah kejadian serangan pengganas Komunis semasa keadaan darurat di Persekutuan Tanah Melayu selepas Perang Dunia II. Dalam kejadian tersebut, Balai Polis Bukit Kepong, Muar diserang oleh segerombolan 180 orang komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Feb 1950. 
Dalam kejadian tersebut, sekitar 25 orang anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota Polis Marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.
Dalam kejadian ini, 17 orang anggota polis dan hampir 40 orang komunis telah terkorban.
SILA RUJUK TAJUK 70: PERISTIWA BUKIT KEPONG


Peristiwa Berdarah Sungai Semur, Kelantan

Serang Hendap Di Sungai Semur adalah satu pertempuran yang menampilkan keberanian anggota Batalion ke 3 Rejimen Askar Melayu DiRaja (3 Melayu) dalam perjuangan. Peristiwa ini berlaku semasa Darurat sedang memuncak. 

Dalam kejadian Sungai Semur pada 25 Mac 1950 , Platun No. 12 seramai 25 anggota dari Kompeni D, 3 Melayu diserang hendap oleh sekumpulan Pengganas Komunis (PK) dengan kekuatan seramai 250 anggota ketika menyusuri sungai tersebut kira-kira jam 10.30 pagi.
Ekoran serangan tersebut, anggota Platun dengan segera mencari perlindungan sambil memberi tembakan balas. Ketua Platun Leftenan Hassan Mohd. Yassin terkorban. Koperal Jamaludin bin Mohamad mengambil alih pimpinan platun. Beliau mengarahkan tembakan mortar 2 inci ke arah musuh, tetapi tembakan itu tidak terhasil kerana banyak pohon buluh yang menutupi kawasan itu. Selepas melepaskan dua butir bom mortar, anggota seksyen mortar itu terbunuh.

Semasa pertempuran, beberapa pengganas menghampiri anggota platun yang terbunuh dan tercedera kerana mahu mengambil senjata tetapi cubaan mereka dipatahkan. Prebet Abdul Wahab Hamid pula menembak mati 4 orang musuh cuba menghampiri Platun tersebut dari arah belakang. Selepas empat jam, 12 Platon terkepung dan hampir kehabisan peluru.
Apabila diminta menyerah diri, Korperal Jamaluddin menjawab, “Kami bukan pengecut, kami askar, kami tidak akan serah diri”

Tawanan

Mereka kemudiannya ditawan dan dibawa ke kem musuh dan dipaksa menyerahkan peralatan mereka. Mereka juga diberi amaran supaya berhenti menentang PK. Selepas dua jam, pihak musuh membuat keputusan melepaskan mereka. Jamaluddin dan anggotanya dihantar pihak musuh ke arah Pengkalan Pulai sebelum ditinggalkan separuh jalan.
Kumpulan yang keluar terdiri daripada Koperal Jamaluddin, Prebet Salleh Nahu, Prebet Zamzuri Itam Sudin, Prebet Nordin Md. Isa, Prebet Hussin Mamat, Lans Koperal Mohamad Othman, Prebet Ahmad Mat Jam, dan Prebet Mohd. Shariff Manaf. Prebet Osman Yaacob meninggal dunia tidak lama selepas mereka tiba di Pengkalan Pulai pada pukul 9 malam.
Dua orang anggota 12 Platun. Prebet Abdul Wahab dan Prebet Rashid Hassan yang cedera parah terpaksa ditinggalkan di tempat pertempuran bersama mayat 14 anggota tentera yang terkorban. Pada pukul 10 pagi, 27 Mac 1950, barulah 11 Platun dan pasukan Jungle Squad Gua Musang tiba untuk menyelamatkan mereka.

Terkorban

Dalam serang hendap di Sg Semur ini, 17 orang anggota 3 Melayu terkorban dalam pertempuran menentang kira-kira 250 pengganas komunis sementara enam anggota cedera parah sementara dua lagi anggota mengalami cedera ringan.

Meskipun tewas, mereka menunjukkan semangat perjuangan yang tinggi melawan pasukan musuh yang hampir 10 kali ganda kekuatan mereka. Malah mereka berjaya membunuh seramai 29 orang pengganas komunis. Mayat mereka dijumpai terkubur oleh 11 Platun 3 Melayu.

Kpl Jamaluddin dianugerahkan Distinguished Conduct Medal (DCM) dan dinaikkan pangkat kepada Sarjan manakala L/Kpl Mohamad Othman dan Prebet Abdul Wahab dianugerahkan Military Medal (MM).

Jasad mereka yang terkorban disemadikan di Tanah Perkuburan Askar Melayu di Port Dickson walaupun pada awalnya mereka telah dikebumikan di Kg Pulai, Gua Musang. 


Serang Hendap Jelondong

Tragedi yang berlaku merupakan serangan hendap paling ngeri berlaku ketika operasi di hutan Jelondong, Jelebu. Kejadian yang berlaku pada 16 April 1951 di hutan tersebut, jelas mempamerkan sikap kejam, keperongosan dan kebiadapan keterlaluan militan komunis Cina terhadap mayat 7 orang Askar Melayu, selepas mereka semua dibunuh. Mangsa yang terkorban dicincang lumat, sehingga tidak dapat dikenalpasti identiti mereka, hinggakan kesemuanya terpaksa dikebumikan di tempat kejadian. Hanya sekitar 1980an, barulah kubur kesemua mangsa dipindahkan ke makam pahlawan Askar Melayu, Port Dickson.

Menerusi buku "Askar Melayu 50 Tahun", Tan Sri Abdul Samad Idris cuba menggambarkan peristiwa yang berlaku di hutan Jelondong ketika itu;

"...Apabila sampai di sebatang anak sungai, tersepit antara dua bukit, Perajurit Yunus nampak kesan-kesan beras hanyut di dalam air. Ini menunjukkan ada orang bertanak nasi telah membasuh beras di situ. Beliau segera melaporkan perkara itu kepada Leftenan Nayan.

Bagaimanapun Leftenan Nayan mengarahkan 'leading scout' itu mara ke hadapan sedikit. Sebaik saja Perajurit Yunus maju ke hadapan, kira-kira 100 orang pengganas komunis telah melepaskan tembakan. Mereka menggunakan kabain, telah mengepung kedudukan Askar Melayu. Disebabkan musuh terlalu ramai, keadaan menjadi kelam kabut. Leftenan Nayan mengambil keputusan berundur sahaja, tetapi tidak dapat mengumpulkan orang-orangnya secara serentak.

Kira-kira jam 5 petang, Leftenan Nayan berjaya melepaskan diri ke sebelah hilir Kampung Seperi bersama Perajurit Umar yang cedera terkena tembakan pada bahagian punggungnya. Perajurit 5087 Yusuff yang sedang bercuti, terkejut dengan peristiwa yang menimpa rakan platunnya, telah meminta orang-orang kampung di situ memberikan pertolongan. Tuan Haji Shamsuri (ayah kepada Perajurit Yusuff) telah memberikan kain sarung untuk mengusung Perajurit Umar untuk dibawa ke kampung.

Sehingga jam 8.30 malam, 2 orang lagi perajurit berjaya keluar ke kampung menyeberang sawah sampai ke kawasan sekolah di sebelah hulu kampung. Mereka terpaksa bersembunyi di hutan sebelum lari keluar kerana telah diekori oleh komunis. Apabila sampai di kampung, kedudukan mereka selamat (*ini merupakan bukti bahawa penduduk-penduduk di Jelondong tidak pernah bersubahat dengan komunis sebagaimana yang didakwa oleh komunis cina).

Tiga hari kemudian, 2 orang lagi Askar Melayu dapat keluar ke Pekan Titi dalam keadaan cedera. Mereka yang terselamat daripada serangan hendap telah bertempiaran menyelamatkan diri masing-masing. Setelah tiga hari berlalu, barulah diketahui bahawa 10 daripada 17 orang pasukan platun itu telah terselamat, walaupun sebahagian besarnya mengalami kecederaan.

Seminggu kemudian, usaha mencari mereka yang terkorban dimulakan dengan bantuan gerison di Port Dickson. Mayat Askar Melayu seramai 7 orang itu ditemui jauh dari tempat kejadian. Sama ada mereka diheret ke situ oleh komunis, atau ditemui pihak pengganas sewaktu mahu melarikan diri seperti kawan-kawannya yang lain, tidaklah diketahui.

Keadaan mayat yang ditemui itu sangatlah mengerikan. Anggota badannya dipotong pendek atau boleh dikatakan dicincang. Kemaluannya disumbatkan ke dalam mulut; biji mata dicungkil, kulit kepalanya dikoyakkan hingga terdedah tengkorak. Demikianlah kejamnnya komunis dalam kejadian di Hutan Jelondong, Jelebu pada 16 April 1951 itu."

Kekejaman komunis ke atas mangsanya di hutan Jelondong adalah peristiwa pertama seumpamanya berlaku dalam sejarah darurat di negara ini. Justeru Negeri Sembilan ketika itu diwartakan sebagai negeri yang terdedah kepada ancaman komunis paling ganas di zaman darurat. Berikut merupakan senarai mangsa kekejaman serangan hendap komunis di hutan Jelondong:-

1. Koperal 2018 Abdul Hamid (signaller)
2. Perajurit 4576 Ali bin Talib
3. Perajurit 4676 Don bin Dahan
4. Perajurit 4573 Ismail bin Yusuff
5. Perajurit 3711 Mahmud bin Muhammad
6. Perajurit 5487 Abdul Hamid
7. Perajurit 3247 Ahmad bin Kudus

Semoga roh kesemua Askar Melayu yang menjadi mangsa kekejaman komunis, ditempatkan dikalangan orang-orang yang beroleh rahmat Allah swt. Al-Fatihah.







No comments:

Post a Comment