Monday, March 9, 2015

M 135 INSAN PELBAGAI WAJAH

ANWAR IBRAHIM
PELBAGAI WAJAH
ANWAR IBRAHIM
PELBAGAI WAJAH

Siapa? Apa? Dimana? Bila? dan Bagaimana?.

Aku kenal nama Anwar Ibrahim ini lebih kurang tahun 1977. Masa itu aku sedang mengikuti pengajian Senibina di UTM Jalan Gurney Kuala Lumpur.

Maknanya, semasa zaman nama Anwar dijulang sebagai 'Pejuang Kemiskinan Melalui Demonstrasi' dalam tahun 1974, aku tak ambil kesah sangat tentang Anwar. Maklumlah, aku baru di Tingkatan 3 dalam tahun 1974, sibuk nak ambil SRP.

Semasa di UTM, aku mengenali tokoh-tokoh pelajar (EXCO MPP) seperti Kamarudin Md Top, Anuar Hj Musa dan Alwi Che Ahmad. Mereka adalah tokoh-tokoh pendebat yang mewakili UTM dan pernah terpilih sebagai pendebat terbaik dalam pertandingan Debat Antara Varsiti di tahun-tahun 1977-1979.

Kamarudin (bekas siswa Kejuruteraan Jentera) tidak diketahui ke mana halatuju kehidupan dan kerjayanya. Tiada berita mengenainya. Tapi Anuar dan Alwi setelah menamatkan pengajian di UTM telah melanjutkan pengajian ke luar Negara dan seterusnya menceburkan diri dalam dunia politik, arus perdana. Kedua-duanya menyertai UMNO (parti pemerintah) dan kedua-duanya berjaya dalam arena politik. Malah Anuar mencapai kerjaya politik sehingga ke jawatan Menteri.


Pengerusi MARA
Anuar bin Hj Musa
(sekarang Tan Sri)
(bekas penuntut RMC)
(bekas siswa Perancang Bandar dan Wilayah, UTM)
(pernah menjadi Ahli Dewan Negeri Kelantan dan Ahli Parlimen antara 1986-2008)
(pernah menjadi Menteri Kabinet antara 1990-1999)
(sekarang (mulai 2014) Pengerusi MARA)

Md Alwi bin Che Ahmad
(sekarang Dato')
(bekas penuntut RMC)
(bekas siswa Ukur Tanah, UTM)
(pernah menjadi Ahli Dewan Negeri Kelantan dan Ahli Parlimen dari 2004 - kini)
(sekarang (mulai 2014) Pengerusi KADA)

Di zaman Anuar Musa dan Alwi Che Ahmad memimpin MPP UTM (1978/79) inilah mereka menjemput Anwar Ibrahim yang pada masa itu menjadi Presiden ABIM untuk memberi ceramah di salah sebuah Dewan Kuliah di UTM.

Itulah kali pertama aku melihat  fizikal dan mendengar suara Anwar Ibrahim.

Memang beliau mempunyai bakat terlahir sebagai pemidato yang petah (walaupun isinya entah apa-apa) yang dapat menarik perhatian pendengar. Gayanya, bahasanya, suaranya, loghatnya, antonasinya, memek mukanya semua menarik perhatian.

Apa yang aku fahami pada masa itu, beliau adalah seorang pemimpin dalam kelas tersendiri. Yang mirip kepada islamisasi. Setakat itu sahaja. Dari gayanya sememangnya beliau anti-establishment, anti-Kerajaan. Kononya Kerajaan BN dan UMNO tidak islamik. Semua orang berpendapat, pemikirannya mirip ke arah politik islam, jadi kalau dia masuk politik, pasti dia akan masuk PAS.

Bila aku memasuki bidang ketenteraan dalam tahun 1980, bayangan Anwar pun ikut hilang.

Sehingga tahun 1982, tiba-tiba politik Malaysia menjadi gempar. Anwar Ibrahim masuk UMNO!. Dr Mahathir Berjaya memujuk Anwar masuk UMNO. Rupanya Dr Mahathir (yang juga pernah berjuang melawan Kerajaan demi membasmi kemiskinan) turut terpesona dengan karektor Anwar.

Kerjaya dan perjalanan politik Anwar dalam UMNO begitu pantas, melompat (lompat kijang) dari satu tangga ke satu tangga. Memijak dan melangkah kepala puluhan tokoh politik kanan yang telah begitu lama berhempas pulas mencari harta dan kuasa dalam UMNO. Dia menggunakan sepenuhnya kepercayaan Dr M untuk melaksanakan cita-citanya.

Anwar juga membawa puluhan tokoh-tokoh muda berdarah ABIM (dan juga geng 1974) ke dalam UMNO dan menyerap masuk di mana-mana sahaja yang boleh diserapkan. Idris Jauzi, Kamarudin Jaafar, Kamarudin Mohd Nor, Ruslan Kasim, Ibrahim Ali dan ramai lagi.

Sehingga tahun 1993, apabila Ghaffar Baba (almarhum) disingkirkan dengan penuh kehinaan, sudah nampak sangat, bahawa Dr Mahathir tidak mempunyai calon lain untuk mengambil tempatnya apabila dia bersara dari politik kelak. Anwar adalah calun nombor SATU, nombor DUA dan nombor TIGA.

Semua tokoh yang sebelum ini disenaraikan sebagai bakal pengganti Dr M telah berjaya disailang. Dengan mudah kerana dia berpaut di bahu Dr M. 

Musa Hitam? Beliau sudah awal-awal lagi menyerah kalah. Tengku Razaleigh? Ku Li sejak kembali dari Semangat 46 masih terkial-kial mencari semula kedudukan dalam UMNO. Ghaffar Baba? (Almarhum) dipermain-mainkan seperti kitab tua. Dollah Badawi? Sebagai anak Pulau Pinang dan rival senegeri dengan Anwar, Abdullah Badawi sudah nampak bahawa dengan adanya Anwar, jalannya ke hadapan (dalam UMNO) semakin kelam dan gelap.

Anwar juga bijak merancang masa depannya dalam UMNO. Cita-citanya untuk menjadi PERDANA MENTERI sudah begitu hampir. Sehampir tebing Sg Golok sebelah Siam dan sebelah Kelantan.

Anwar begitu berkuasa sekali. Dr Mahathir membiarkan Anwar (yang disangkanya memang bijak dan suci hati) kerana Dr Mahathir sudah penat dan menunggu masa sahaja untuk menyerahkan tampok kepimpinan UMNO dan Kerajaan Malaysia kepada Anwar. Dr M terpaku tidak dapat menghalang pergerakan Anwar. Dia tidak ada alasan lagi untuk menyekat perjalanan Anwar yang melebihi tahap kelajuan biasa. Cakap siapa pun Dr M tidak percaya kerana beliau amat yakin, pilihan beliau adalah TEPAT.

Sehinggalah pada bulan September 1998, selepas Negara merayakan Hari Ulang Tahun Kemerdekaan yang ke 41.



SECARA PERIBADI, AKU TAK ADA APA-APA HUTANG ATAU URUSAN PERIBADI YANG MENJADI SEBAB UNTUK AKU TIDAK MENGGEMARI ANWAR. KELAKUAN DAN PERANGAI PERIBADINYA ADALAH URUSAN DIA DENGAN ALLAH. DIA PUN MANUSIA SEPERTI AKU JUGA, TIDAK ALPA DARI MEMBUAT KESALAHAN ATAU KESILAPAN.

NAMUN KEDUDUKANNYA YANG BERKAITAN DENGAN RAKYAT DAN NEGARA YANG MENYEBABKAN AKU ADA HAK UNTUK TIDAK MENGGEMARINYA. AKU SEPERTI RAKYAT BIASA LAIN, MENILAI SETIAP INDIVIDU YANG MENGAKU MENJADI PEMIMPIN  ATAU YANG SEDANG BERUSAHA INGIN MENJADI PEMIMPIN.

AKU SAMA SEPERTI RAKYAT MESIR ADA YANG TIDAK SUKA MYBARAK, TIDAK SUKA ANWAR SADAT ATAU GAMAL ABDUL NASIR. TAPI JUTAAN YANG MASIH MEMUJANYA.

AKU SAMA SEPERTI RAKYAT INDONESIA YANG MENGGEMARI GUS DUR, SOEHARTO, BAMBANG YUDHIYONO DAN JOKOWI. TAPI JUTAAN JUGA YANG TIDAK MENYUKAINYA.

AKU JUGA SEPERTI RAKYAT MALAYSIA LAIN. KAGUM DENGAN DR MAHATHIR, DOLAH BADAWI, NAJIB DAN ANWAR. TAPI AKU JUGA MEMPUNYAI PERASAAN MARAH DAN TIDAK SETUJU DENGAN TINDAKAN MEREKA.

CUMA PADA PANDANGAN AKU, CARA ANWAR MENGURUSKAN PERJUANGAN POLITIKNYA SUDAH MELANGGAR TATASUSILA SAMA ADA TIMUR, BARAT ATAU ISLAM. BIAR RAMAI YANG TIDAK SETUJU, ITU PENDAPAT MEREKA. BANYAK BENDA DAN PERKARA YANG ANWAR LAKUKAN YANG MENYEBABKAN AKU LANGSUNG TIDAK DAPAT MENERIMA DIRINYA SEBAGAI PEMIMPIN:

  • ANWAR DAN PERJUANGAN MELAYU.
  • ANWAR DAN PERJUANGAN ISLAM.
  • ANWAR DAN DASAR LUAR NEGARA.
  • ANWAR DAN DASAR KEWANGAN.
  • ANWAR DAN PERJUANGAN POLITIKNYA

DALAM PEMERHATIAN AKU, KELEBIHAN ANWAR HANYA SATU: IAITU BIJAK BERKATA-KATA. BAGI DIA APA JUGA TAJUK, DIA AKAN BERCAKAP, BERCAKAP, BERCAKAP. KITA AKAN TERPAKU. KITA BOLEH PERCAYA SESUATU YANG HARAM ITU ADALAH HALAL. KITA BOLEH MEMPERTIKAIKAN MUFTI DAN D'AEI YANG MEMPUNYAI PENDIDIKAN TINGGI ISLAM, TAPI KITA SUKAR UNTUK MEMPERTIKAI KATA-KATA ANWAR.

ITULAH ANWAR DARI SUDUT PANDANGANKU.

SUKA ATAU TIDAK SUKA KITA KENA BERTERIMA KASIH KEPADA ALMARHUM DATUK KHALID JAFRI BAKAR SHAH YANG MENCETUS PEMBONGKARAN SEGALA KESAH DI SEBALIK TABIR INSAN YANG BERNAMA ANWAR IBRAHIM INI MELALUI BUKUNYA YANG BERJODOL "50 DALIL KENAPA ANWAR TIDAK BOLEH MENJADI PM". 

TERIMA KASIH JUGA KEPADA UMMI HAFILDA YANG SEHINGGA SEKARANG MASIH TIDAK TAHU PENAT UNTUK MENJELASKAN SEGALA PENIPUAN INSAN ANWAR INI. 

ALMARHUM KHALID WALAUPUN TELAH MENINGGAL DUNIA PADA 25 OGOS 2005, KES MAHAKAMAHNYA MASIH BELUM SELESAI SEHINGGALAH IA DIJATUHI HUKUMAN MEMBAYAR GANTIRUGI KEPADA ANWAR SEBANYAK RM4.5 JUTA PADA TAHUN 2007.


SEMOGA ALLAH MENGAMPUNI DOSA ALMARHUM KHALID JAFRI


Sekarang, mari kita berkenalan dengan Anwar Ibrahim dan meniti riwayat hidupnya sehingga mencapai ke puncak kerjaya dan kesah bagaimana dia membuat penerjunan bebas dari puncak tersebut.
.

Ringkasan Riwayat Hidup Anwar

Zaman Muda Anwar

Beliau dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.[5] Anwar bermaksud 'bercahaya'. Ayahnya Datuk Haji Ibrahim bin Abdul Rahman adalah bekas ahli Parlimen dan Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan Malaysia. Manakala ibunya Che Yan Hussein adalah ahli pidato Pergerakan Wanita UMNO. Semasa kecil, beliau sering dibawa ke majlis-majlis ceramah wanita.Pada tahun 1978, beliau berkahwin dengan Datin Seri Dr Wan Azizah Datuk Ismail seorang penuntut Royal College of Surgeons, Dublin, Ireland yang kemudiannya bertugas di klinik mata di Hospital Universiti, Petaling Jaya. Perkahwinannya dengan Datin Seri Azizah dikurniakan seramai 6 orang cahaya mata:
  • Nurul Izzah (kini merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, KL dan Naib Presiden PKR)
  • Nurul Nuha
  • Muhammad Ehsan
  • Nurul Yana
  • Nurul Iman
  • Nurul Ilham
Semasa kecil, beliau bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Stowell, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kemudian, beliau meneruskan pengajian persekolahan menengahnya di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dari tahun 1960 hingga 1966. Semasa di MCKK, beliau aktif dalam Persatuan Bahasa Melayu dan wakil pemidato sekolahnya. Beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Pengawas MCKK. Semasa di MCKK, Anwar mengenali Sanusi Junid, Kamaruddin Jaafar dan Yahaya Ahmad. Selepas itu pada tahun 1967, beliau melanjutkan pelajaran tinggi di Universiti Malaya dalam Pengajian Melayu (Sastera).




Semenjak dari zaman belia, Datuk Seri Anwar merupakan seorang individu yang popular. Beliau dikenali sebagai salah seorang daripada pengasas badan bukan kerajaan iaitu Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama 3 tahun (1974-1976) kerana demonstrasi jalanan di Universiti Malaya berhubung kemiskinan tragis di Baling, Kedah. Penduduk pedalaman Baling dibiarkan 'reput' kerana dipercayai tempat persembunyian komunis. 

Anwar juga pernah berada di pentas PAS dan mengkritik Tunku Abdul Rahman berhubung Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Pertubuhan, kemiskinan, ekonomi dan lain-lain.

Wira Pejuang Kemiskinan 1974
Imej pejuang rakyat Marhain yang warak

Isteri yang setia awal dan akhir

di Kem Kamunting


Berikut adalah catatan ringkas Anwar semasa zaman belia:
  • 1968 menjadi Presiden Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya dan Presiden Kesatuan Kebangsaan Penuntut Muslim Malaysia.
  • 1969 Anwar berganding dengan Dr Mahathir Mohamad berdiri di pentas PAS menghentam Tunku Abdul Rahman dan menyebarkan surat layang.
  • 1971 menubuhkan Angkatan Belia Islam Malaysia , ABIM dengan rakan-rakan daripada MCKK dahulu. Menjadi Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM).
  • 1973 Penasihat Majlis Belia Bangsa-Bangsa Bersatu.
  • 1979 Menerima Pingat Utama Iqbal 100 Tahun oleh Presiden Zia Ul Haq, Presiden Pakistan.
Anwar pernah dianggap sebagai 'Pemimpin al Kahfi' oleh ahli-ahli PAS dan benar-benar berharap Anwar akan menyertai PAS. Subki Latif dalam bukunya Siapa Ganti Asri menamakan Anwar Ibrahim akan mengambil teraju PAS daripada Datuk Mohd Asri Haji Muda. Calon ini layak kerana idealisme dan prinsip perjuangan yang sama dengan PAS. 

Dalam pilihan raya umum 1978, Anwar dan ABIM pernah membantu Datuk Mohd Asri bin Haji Muda mempertahankan kerajaan PAS di Kelantan. Beberapa pemimpin kanan ABIM menyertai PAS menjelang pilihan raya dan bertanding atas tiket PAS. Antaranya ialah Nakhaei Haji Ahmad, Datuk Fadzil Noor, Abdul Halim Arshad, Haji Abdul Hadi Awang, dan Ustaz Yahya Othman.




Anwar Terjun Dalam Politik

Keengganan Anwar menyertai PAS menyebabkan ada yang menuduh Anwar sebagai kecewa dan mengaku kalah sebelum berperang dengan UMNO. Malahan Datuk Asri sanggup mengundurkan diri dari jawatan Yang diPertua PAS untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim. Tindakan Anwar ini dianggap tidak syar'ie.

Anwar terjun ke dunia politik dan bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh di atas tiket UMNO dalam dalam tahun 1982. Beliau menang dengan majoriti yang besar. Beliau kemudian dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Dalam tahun yang sama Anwar menewaskan Haji Suhaimi Kamarudin, penyandang, untuk menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO.



Anwar kemudiannya dilantik menjadi Menteri penuh iaitu sebagai Menteri Belia, Kebudayaan dan Sukan. Dua tahun kemudian Anwar dilantik ke portfolio Kementerian Pertanian. Pada tahun 1987, beliau telah memenangi jawatan Naib Presiden UMNO dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Pendidikan. Beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan pada 1991. 

Pada 1993 Anwar telah memperolehi pencalonan yang terbanyak untuk kerusi Timbalan Presiden UMNO. Penyandang jawatan pada ketika itu ialah Tun Ghafar Baba telah gagal mendapatkan kuota yang mencukupi bagi mempertahankan kerusi. Oleh yang demikian, Anwar telah memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO tanpa bertanding. 

Susulan dari itu, sebagai memenuhi tradisi BN, Tun Dr. Mahathir telah melantik Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri.



Diantara jawatan-jawatan lain Datuk Seri Anwar ialah, beliau pernah dipilih menjadi Presiden Persidangan Tahunan UNESCO dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dalam mesyuarat bersama Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Di atas sumbangannya terhadap kesefahaman antara kebudayaan beliau telah dianugerahi ijazah Doktor Kehormat oleh Ateneo de Manila University dan anugerah Presiden oleh Georgetown University.



Jawatan dalam kerajaan:

•1982 - 1983 Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

•1983 - 1985 Menteri Belia dan Sukan.

•1985 - 1986 Menteri Pertanian

•1986 - 1990 Menteri Pendidikan

•1990 - 1998 Menteri Kewangan

•1993 – 1998 Timbalan Perdana Menteri



Peristiwa-peristiwa perjalanan politik Anwar dalam UMNO:
  • 29 Mac 1982 menyertai UMNO dan bertanding di kawasan Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang. Penyertaannya berjaya menyekat pengaruh Yusuf Rawa, Mahfuz Omar, dan Mohamad Sabu di Pulau Pinang khususnya. Difahamkan Datuk Ibrahim Ali dan Tengku Razaleigh Hamzah membawa Anwar Ibrahim berjumpa dengan Dr Mahathir Mohamad di Seri Perdana, Kuala Lumpur.
  • Dalam Pilihan raya umum 1982, Anwar mendapat 18,849 undi di kawasan parlimen Permatang Pauh. Haji Zabidi Ali (PAS) hanya 4497 undi dan Tan Ah Huat (DAP) 1825 undi. Sebelum ini termasuk Pilihan Raya Umum 1978, kawasan ini dikatakan sebagai sebuah kubu PAS.
  • 1982 menang dalam pertandingan jawatan Ketua Pemuda UMNO dengan majoriti 10 undi. Beliau menewaskan Datuk Haji Suhaimi Kamarudin dan Hang Tuah Arsad. Anwar dapat 183 undi, Suhaimi Kamarudin 173 undi dan Hang Tuah Arshad 3 undi sahaja.
  • 1984 Perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO. Anwar dapat 226 undi, Suhaimi Kamaruddin dapat 137. Slogannya 'Pemuda Penggerak Zaman'. Majoriti 89 undi.
  • 1986 menewaskan Syed Hamid Jafar Albar. Anwar dapat 303 undi dan Syed Hamid dapat 109 undi.
  • 24 April 1987 menduduki kerusi Naib Presiden UMNO bersama Datuk Abdullah bin Ahmad Badawi dan Datuk Seri Wan Mokhtar Ahmad.
  • 1990 mengekalkan jawatan Naib Presiden UMNO dengan majoriti terbanyak, 1067 undi. Sanusi Junid dapat 953 undi dan Abdullah dapat 750 undi.
  • 1993 Anwar sekali didesak oleh Team Wawasan untuk mencabar Ghafar Baba.
  • 1993 Anwar Ibrahim bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO menentang Ghafar Baba kerana Ghafar hanyalah tokoh sementara yang dilantik oleh Dr Mahathir selepas 'kekosongan' yang ditinggalkan oleh Datuk Musa Hitam. Ghafar Baba bukanlah calon yang sesuai untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia. Golongan muda mahu Anwar bertanding Ghafar sebagai tokoh veteran sahaja. Anwar telah menguasai setiap sendi. Ghafar tidak jadi bertanding kerana tidak bersedia dan kemenangan percuma diberikan kepada Anwar Ibrahim.
  • Dalam Perhimpunan Agung UMNO 1997 tersebar surat layang setebal 30 halaman yang memfitnah Anwar Ibrahim. Kononnya mempunyai skandal dengan isteri orang dan homoseks. Anwar Buat laporan polis pada 15 Ogos 1997.
  • Pada tahun 1993, 95% ahli UMNO menyokong Anwar semasa pencalonan Timbalan Presiden UMNO sebelum berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO pada waktu itu. 137 daripada 145 bahagian telah mencalonkan Anwar manakala Ghafar hanya 7 bahagian sahaja.


No 2 in the Government

Bakal PM yang berbakat

Pakej serba boleh, tegas, garang, ganas dan romantik 

NOSTALGIA ANWAR DAN MAHATHIR
Orang Kepercayaan No. 1 PM (1993-1998)


 






.







Mengira hari untuk berada di puncak KUASA

Mula berbeza pendapat dan pembawaan

Memang bergaya dan berkarisma (dari pandangan kamera dan video) 


Gambar dalam poster-poster calun PKR dalam PRU 2013

Zaman Penggelungsuran Anwar

Penyingkiran Anwar dari UMNO dan Kerajaan Persekutuan berkait rapat dengan krisis kewangan yang dialami oleh Malaysia dan negara-negara rantau Asia yang lain pada 1997. Anwar yang juga Menteri Kewangan dilihat telah gagal mengangani krisis tersebut. Dengan mengamalkan pelan-pelan tindakan yang digariskan oleh Bank Dunia dan IMF, negara telah terjerumus kedalam krisis kewangan yang lebih teruk. Oleh itu, Dr. Mahathir Mohamed telah membawa masuk bekas Menteri Kewangan sebelum ini, iaitu Tun Daim Zainuddin ke dalam barisan kabinet, sebagai Menteri Dengan Tugas-tugas Khas merangkap Penasihat Khas Ekonomi kepada YABPM.

Anwar melihat perlantikan Daim tersebut sebagai kehilangan kepercayaan dari Dr. Mahathir, lalu berusaha untuk terus relevan dalam UMNO. Usaha tersebut, termasuk cuba menjatuhkan Dr. Mahathir dari kerusi Presiden UMNO. 

Anwar bijak, dia menduga Mahathir dengan menggunakan balacinya. Gerakan telah dimulakan oleh Ketua Pemuda UMNO pada ketika itu, iaitu Ahmad Zahid Hamidi, yang dengan lantang membidas Dr. Mahathir yang dikatakan mengamalkan Nepotisma dan Kronisma.

Pada masa yang sama, buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM" oleh Khalid Jafri telah tersebar. Buku tersebut menyebut tentang aktiviti homoseksual Anwar.


"Pada 18 Jun 1998, Anwar menfailkan saman terhadap Khalid Jafri dan isterinya Rozihan A. Ghani (appellate kedua dalam rayuan tersebut).

Pada 20 Januari 2005, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membenarkan saman Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas penulis buku, 50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM iaitu Datuk Khalid Jafri atas dakwaan menulis kata-kata fitnah terhadapnya.Hakim Datuk Mohd. Hishamudin Mohd. Yunus memutuskan demikian setelah membatalkan pembelaan Khalid apabila peguamnya, Shamsul Baharin tidak hadir.isterinya, Rozihan Abdul Ghani yang merupakan penerbit Media Pulau Lagenda, sebagai defendan kedua. Pada 18 Ogos 2005, Anwar diberi ganti rugi RM4.5 juta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas Anwar Ibrahim menang dalam saman fitnahnya terhadap penulis buku tersebut dan isterinya.

Buku '50 Dalil Kenapa Anwar Tak Boleh Jadi PM' dikatakan cuba menjatuhkan Anwar Ibrahim.Buku tersebut diedar secara meluas semasa Perhimpunan agung UMNO 1997]] semasa Anwar hendak merasmikan persidangan pemuda dan wanita UMNO.


Pada 31 Julai 2007, panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar yang bersidang bersama Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Wan Adnan Muhamad membatalkan rayuan Rozihan. Hakim Datuk Mohd. Hishamudin Mohd. Yunus memerintahkan supaya Anwar dibayar RM4 juta akibat fitnah dan RM500,000 lagi disebabkan konspirasi."

Khalid Jafri Bakar Shah (Datuk) telah meninggal dunia pada 29 Ogos 2005 sebelum kes masih dalam perbicaraan.

Anwar Dipecat, Dibicara dan Dipenjara

Pada 1998, Anwar Ibrahim telah dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan kemudian dari Timbalan Presiden UMNO serta keahlian dalam UMNO. Dr. Mahathir yang juga merupakan "mentor" kepada Anwar telah mengambil tindakan yang drastik tersebut setelah beliau mempunyai bukti kukuh untuk mempercayai bahawa Anwar terlibat dalam aktiviti homoseksual. Dr. Mahathir merasakan bahawa aktiviti tersebut boleh dijadikan "bahan ugutan" oleh anasir-anasir luar negara untuk mempengaruhi Malaysia seandainya Anwar dipilih sebagai Perdana Menteri suatu hari nanti.

Anwar dipecat pada 1998 atas dakwaan rasuah dan liwat, dan beberapa bulan selepas itu, ditahan atas tuduhan perbuatan homoseksual. Setelah 3 kali pihak pendakwa memindah tuduhan, barulah Anwar disabitkan kesalahan berdasarkan satu saksi. Saksi tersebut menjadi pertikaian kerana telah beberapa kali menukar pengakuan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim kemudiannya disabitkan kesalahan di atas empat tuduhan rasuah berhubung penyalahgunaan kuasa dengan campur tangan dalam penyiasatan polis terhadap dakwaan salah laku seksual. 



KUALA LUMPUR 30 April - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Mohd. Noor hari ini diperintahkan menjalani hukuman penjara dua bulan setelah Mahkamah Rayuan menolak rayuannya untuk mengetepikan hukuman kerana kesalahan mencederakan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mahkamah itu juga memerintahkan Abdul Rahim membayar denda RM2,000 atau penjara dua bulan seperti yang telah diputuskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 15 Mac tahun lalu.

Abdul Rahim, 57, kemudian dibawa menaiki sebuah Pajero cermin gelap menuju ke Penjara Kajang dengan diiringi anggota-anggota polis dalam dua buah Pajero lain dan dua buah kereta kira-kira pukul 2.52 petang ini.

Hukuman penjara terhadap Abdul Rahim berkuat kuasa mulai hari ini. Hakim Datuk Shaik Daud Ismail yang mengetuai panel tiga hakim Mahkamah Rayuan membuat penghakimannya pagi ini, selepas mendengar hujah rayuan yang dikemukakan oleh peguam-peguam mewakili perayu (Abdul Rahim), K. Kumaraendran dan V. Sithambaram.
Beliau mencapai keputusan itu bersama Hakim-hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Saari Yusoff dan Datuk K.C. Vohrah.

Pihak pendakwa yang menentang rayuan tersebut diwakili oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Salehuddin Saidin dan Dzulkifli Ahmad. Karpal Singh dan S.N. Nair pula hadir selaku peguam-peguam pemerhati mewakili bekas Timbalan Perdana Menteri itu sebagai pengadu kes tersebut. Abdul Rahim membuat rayuan itu kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi di sini mengekalkan hukuman penjara dua bulan yang telah dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Akhtar Tahir.

 

hadiah istimewa dari mantan KPN

Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin dalam keputusannya pada 15 Disember tahun lalu mengetepikan hukuman denda RM2,000 terhadap Abdul Rahim.

Ketika mengumumkan penghakimannya menolak rayuan itu pada sidang pukul 11.30 pagi ini, Hakim Shaik Daud menegaskan bahawa Abdul Rahim melakukan kesalahan itu pada masa dia memegang jawatan tertinggi dalam pasukan polis. Katanya, Abdul Rahim sepatutnya menjadi contoh dalam pasukan polis tetapi sebaliknya dia meletakkan dirinya pada tahap yang paling rendah akibat perbuatan yang telah dilakukannya.

Hakim Shaik Daud berkata, tindakan perayu yang dilakukan terhadap orang tahanan tidak dapat dibayangkan dan ia tidak berperikemanusiaan.

Tambahan pula dalam kes ini, kata beliau, orang tahanan itu diarahkan oleh Abdul Rahim supaya diikat (ditutup) kedua-dua matanya dengan kain dan yang paling teruk tangan digari dari belakang. Hakim Shaik Daud menegaskan, ia suatu perbuatan yang teruk dalam pasukan polis yang berdisiplin.

Menurut beliau, mahkamah telah meneliti dengan terperinci rekod rayuan Abdul Rahim demi keadilan kedua-dua pihak iaitu perayu dan juga mangsa. Dalam menilai hukuman, jelas Hakim Shaik Daud, ia mengambil kira kepentingan mangsa selain tidak mengetepikan kepentingan awam.

"Kami juga menimbangkan hujah-hujah yang dibentangkan oleh peguam-peguam perayu pagi ini,'' jelas beliau.

Bagaimanapun, kata Hakim Shaik Daud, dalam keadaan kes ini, mahkamah tidak dapat menemui sebarang perkara untuk campur tangan berhubung hukuman yang telah diputuskan oleh hakim Mahkamah Sesyen.

"Kami berpendapat bahawa Mahkamah Tinggi tidak seharusnya campur tangan dengan bidang kuasanya hanya kerana Hakim Mahkamah Sesyen tidak menyatakan secara spesifik kenapa dikenakan denda".

"Kami tidak ada alasan untuk membatalkannya (denda),'' jelas Hakim Shaik Daud.

Menurut Hakim Shaik Daud, alasan yang dinyatakan oleh Hakim Mahkamah Sesyen meliputi keseluruhan hukuman berdasarkan fakta dan keadaan kes itu. Namun, ujar beliau, hukuman yang dijatuhi Mahkamah Sesyen itu adalah ringan dan alasannya hanya diketahui oleh hakim mahkamah berkenaan.

Pendakwa raya juga, kata beliau, tidak mengemukakan rayuan balas terhadap hukuman itu.
Selain itu, kata Hakim Shaik Daud, beliau ingin mengambil kesempatan untuk mengingatkan kepada mahkamah-mahkamah yang lebih rendah bahawa ia seharusnya menangani kes-kes melibatkan pegawai polis memukul sesiapa pun dengan serius.

"Tanpa mengira pangkat pegawai polis yang didapati bersalah memukul mana-mana orang awam ataupun seseorang tahanan seperti kes ini,'' tegas beliau.

Hakim Shaik Daud menjelaskan lagi, sebagaimana yang dinyatakan pada awalnya, mahkamah itu tidak mendapati sebarang kesilapan dalam undang-undang atas hukuman yang telah diputuskan oleh Mahkamah Sesyen tersebut.

Pada 15 Mac tahun lalu, Abdul Rahim telah dihukum penjara dua bulan dan denda RM2,000 atau penjara dua bulan selepas mengaku bersalah atas tuduhan pindaan mencederakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu di lokap No. 6, Bukit Aman, kira-kira pukul 10.45 malam, pada 20 September 1998.

Ketika berhujah dalam rayuan itu hari ini, Kumaraendran memohon agar Abdul Rahim tidak dikenakan penjara kerana dia akan kehilangan wang pencen.

Kumaraendran berkata, dengan mengaku bersalah terhadap kesalahan itu, Abdul Rahim akan hilang faedah persaraannya seperti pencen yang secara tidak langsung merupakan denda berjumlah RM5,000 sebulan.

Beliau menambah Abdul Rahim bertanggungjawab sepenuhnya dengan mengaku terhadap kesalahan itu di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja yang ditubuhkan untuk menyiasat insiden itu.

Abdul Rahim meletak jawatan sebagai Ketua Polis Negara pada 8 Januari 1999.
Menurut peguam itu lagi, Hakim Mahkamah Sesyen juga tidak menimbangkan khidmat dan jasa cemerlang Abdul Rahim kepada negara ini. Sebelum itu, Kumaraendran menerangkan sebab-sebab mengapa Abdul Rahim mengaku bersalah atas tuduhan pindaan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Di antara sebabnya, kata peguam itu, Abdul Rahim sungguh menyesal atas perbuatannya dan jika perbicaraan dijalankan ia akan melibatkan anggota polis lain. Katanya, Abdul Rahim juga tidak mahu isu itu berlarutan dan tidak mahu memalukan kerajaan.

Hakim Shaik Daud lalu mencelah dengan mengatakan bahawa bukankah tindakan Abdul Rahim itu telah memalukan negara.

Peguam tersebut menjawab walaupun perkara itu tidak dinafikan namun ia menjimatkan masa perbicaraan kerana terdapat 24 orang saksi.

Ketika berhujah balas, Salehuddin yang mewakili pendakwa memberitahu bahawa pihaknya tidak mengemukakan rayuan balas kerana berpendapat keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi adalah betul dengan mengekalkan hukuman penjara terhadap perayu tersebut.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0501&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm#ixzz3Tu4YfNvF 
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Bagaimanapun pada tahun 2004 Mahkamah Persekutuan  membenarkan rayuan Anwar bagi mengetepikan sabitan kesalahan meliwat berhubung pensabitannya dalam kes, iaitu genap enam tahun beliau dipecat daripada Kabinet.

Keputusan itu bermakna Anwar telah bebas daripada hukuman penjara sembilan tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 2000 atas kesalahan tersebut.

Beliau akhirnya dipenjarakan dibawah tuduhan lain, diatas tuduhan beliau cuba mempengaruhi penyiasatan polis ke dalam tuduhan beliau seorang homoseksual. Isteri beliau menubuhkan Parti Keadilan Rakyat untuk memperjuangkan Anwar dan politiknya.



semasa menjadi pelakun utama dalam sebuah sandiwara

dalam satu adegan filem yang lain

lakunan yang sangat berkesan

menerima layanan istimewa semasa mewakili Malaysia dalam pesta filem di Germany

Dibebaskan dan Kembali Berpolitik

Pada 26 Ogos 2008, Anwar telah berjaya memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh dengan menewaskan calon BN yang juga ADUN Seberang Jaya, Arif Shah Omar Shah bersama-sama calon AKIM Hanafi Mamat seterusnya kembali ke Parlimen sebagai ketua pembangkang Malaysia. Beliau telah menyatakan perlunya liberalisasi, termasuklah satu kehakiman dan media, untuk melawan rasuah endemik yang beliau mendakwa ia menjadi sebab penolakan negara menjadi status sebuah negara yang gagal.

Anwar merupakan satu-satunya warga Malaysia yang pernah tersenarai di dalam 100 orang yang dikatakan paling berpengaruh di dunia oleh majalah Time iaitu pada 2008.

Pada Julai 2008, beliau telah ditahan sekali lagi atas tuduhan dakwaan bahawa beliau telah meliwat pembantu peribadinya iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan. Namun pada tanggal 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat ketetapan bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah atas Kes Liwat 2 yang dihadapi oleh beliau, dan melepaskan beliau sebarang pertuduhan liwat.

Pendakwaraya Persekutuan membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan dan pada 7 Mac 2014, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi dengan memutuskan bahawa Anwar didapati bersalah dan dikenakan hukuman 5 tahun penjara.

Anwar selanjutnya mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan. 

Sepanjang tempoh perbicaraan, Anwar meneruskan agendanya untuk menjatuhkan Kerajaan BN dengan berkempen keseluruh negara dengan menggunakan pelbagai taktik dan teknik dengan sokongan parti-parti politik Pakatan Rakyat dan beberapa buah NGO seperti Majlis Peguam dan sebagainya.


'
Demi aku, Kita Lawannnnnnnnnnnnn...

ANWAR DAN AZIZAH


Dua Bentariwati yang diharap untuk mengabui matanya


semua orang percaya dengan aku, aku boleh tidur lena

kasih sampai mati dan sanggup mati demi kasih

betul Zizah, aku tak buat tu semua

emak bapak senyum tapi dua-dua anak masam

Azizah, dikaulah satu-satunya jantung hatiku




Kalau Anwar tidak tersungkur, Wan Azizah tak akan merasa untuk menjadi Wakil Rakyat atau menjadi Presiden PKR
(orang lain mana boleh harap)


Kena faham betul-betul antara "tidak setuju dengan keputusan mahkakah" dengan "meminta keringanan hukuman atas kesalahan yang dilakukan"


"Jika kami berjuang di jalan yang betul keranamu Ya Allah, maqbulkanlah doa kami dan jika kami berjuang di jalan yang salah, engkau binasakanlah kami"

Relax, relax semua, kita dah hampir sangat nak sampai ke Putrajaya...

Jika ditakdirkan Anwar menjadi PM (Presiden UMNO), sudah pasti Nurul Izzah kini sudah menjadi Menteri penuh merangkap Ketua Wanita UMNO/Naib Presiden UMNO

Zizah, depa semua (yang sokong aku tu) memang tak ada otak.

LIHATLAH, GAYA DAN MEMEK MUKA ANWAR DALAM GAMBAR-GAMBAR DI BAWAH. ANDA MESTI MAMPU MENILAI SAMA ADA DIA BERCAKAP BENAR ATAU TIDAK.


kita lihat anak matanya

kita lihat lubang hidungnya
 
kita lihat jari-jarinya.

kita lihat kedudukan songkoknya

kita lihat kopiahnya

kita lihat penumbuknya






ANWAR DAN PAS






LAGI GAYA ANWAR










ANWAR DAN GUAN ENG





lagi....Anwar Stylito

 







 







































.
SIAPA ANWAR IBRAHIM?
Penjelasan Bertulis oleh YB Zulkifli Noordin

Teman melihat betapa terdesak Anwar akhir-akhir ini bila melihat depan matanya "Bukit Segambut kata pergi, Sg Buloh kata mari"! Talqin buat karier politik Anwar semakin kuat bergema! Paku terakhir keranda kerier politik Anwar sudah mahu dipasak!


Tarikhnya makin dekat. Keputusan Mahkamah yang dijadualkan pada 09 Jan 2012 ini, hanya tinggal 3-4 hari sahaja lagi. Anwar tahu kali ini kalau kena hukum, dia akan meringkok dalam penjara sekurang-kurangnya 10-12 tahun penjara. Dengan umur sudah mencapai 65, campur 10-12 tahun dalam penjara, Anwar tahu kalau tidak mati pun, dia akan reput dalam penjara!

Sudah pasti Anwar kini berada dalam ketakutan yang teramat sangat. Putrajaya yang dimimpikan, Sg. Buloh yang mendatang!


Sebab itu Anwar lancarkan kempen terdesak dia: Bebas 901! Teman menerima maklumat daripada rakan dalaman PKR yang esok Khamis 05 Januari 2012 Anwar akan panggil semua wakil rakyat (MP & ADUN) Pakatan biaDAP, PKR & PAS berhimpun di Hotel DePalma, Ampang untuk memberi penerangan tentang kes dia meliwat Saiful! Seorang pensyarah undang-undang dengar khabarnya akan membentangkan kertas kerja mengenai kedudukan politik Anwar dari segi undang-undang!


Sebab ramai yang sudah mula persoalkan kedudukan Anwar jika disabit kesalahan. Dan mereka nampak jelas Anwar pasti kena kali ini, sebab Anwar langsung tidak membela diri dia. Tambahan apabila ada kenyataan dalam Mahkamah menyatakan bahawa liwat yang berlaku antara Anwar dan Saiful adalah atas dasar suka sama suka!
Masadepan Anwar sebagai bakal Perdana Menteri ketujuh sudah terlalu gelap! Gerhana penuh politik Anwar sudah berlaku! Talqin untuk Anwar sudah mula dibaca! Paku terakhir keranda politik Anwar sudah diketuk!


Sebab itu Anwar mahu rakyat membela dia di mahkamah jalanraya. Sebab itu mahasiswa dan pelajar juge diheret sama untuk membela dia dijalanraya. Saya mahu dibela di Mahkamah Jalanraya, begitu lalakan Anwar! Anwar tahu dia tidak akan menang dalam pilihanraya, maka dia perlu mendapat kuasa melalui politik jalanraya!

Persoalannya, adakah wajar rakyat, pelajar, mahasiswa dan lain-lain diheret dan diperdaya untuk membela Anwar di jalanraya, kononnya di Mahkamah Jalanraya?


JAWAPANNYA TIDAK WAJAR! TIDAK PATUT!


.
 
 
 
 
Ketua Umum Parti
satu jawatan yang tiada dalam perlembagaan parti (PKR) - dilantik oleh diri sendiri tanpa perlu pertandingan (satu jawatan khas anugerah Tuhan) tetapi diiktiraf oleh semua gabungan PR dan diterima sebagai Ketua Pembangkang.

 
Presiden Parti yang terrelapaksa mengosongkan kerusi Parlimen demi insan Anugerah Tuhan

 
 .
.

Kerana apa? Disini teman perturunkan 10 sebab mengapa tidak wajar rakyat membela Anwar dijalanraya! Malah Mahkamah Rakyat wajib memakukan paku terakhir keatas keranda politik Anwar Bin Ibrahim!


1. Mengapa Anwar tidak membela diri dia sendiri dalam Mahkamah. Semasa diberi peluang membela diri, Anwar memilih tidak mahu memberi keterangan bersumpah. Dalam kes tahun 1998, Anwar berani angkat sumpah dalam Mahkamah dan memberi keterangan bersumpah. Memberi butiran apa yang dia dakwa konspirasi. Soalan Hakim dijawab, soalbalas Pendakwaraya dipatahkan!

Tapi kali ini, Anwar langsung tidak angkat sumpah dalam Mahkamah! Anwar langsung tidak memberi keterangan bersumpah! Peluang terbuka luas depan Anwar untuk membela diri dia. Tapi tidak mengambil peluang tersebut!

Tapi teman faham, sebagai peguam teman tahu Anwar tersepit. Berlainan dengan kes 1998 bilamana polis kurang bukti. Setakat sebutir tilam untuk buktikan liwat. Kes liwat Saiful kali ini ada videoklip CCTV Anwar berada di kondominium tersebut, ada catatan saksi nampak Anwar ditempat kejadian, ada kesan airmani dalam dubur Saiful, malah DNA Anwar dikesan dalam dubur Saiful, bukan atas tilam macam kes liwat Azizan!

Dalam keadaan itu, Anwar mengambil jalan selamat dengan langsung tidak angkat sumpah dalam Mahkamah dan memberi keterangan bersumpah. Dengan cara itu, Hakim tidak boleh tanya soalan, Pendakwaraya tidak boleh soal-balas. Anwar selamat daripada disoal-siat, Anwar selamat daripada dilondehkan dalam kandang saksi!

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak membela diri dia dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

2. Mengapa Wan Azizah, Presiden PKR yang juga bini Anwar tidak datang membela Anwar dalam Mahkamah. Sedangkan nama Wan Azizah disenaraikan sebagai saksi pembelaan Anwar? Adakah Wan Azizah tidak yakin dengan "kesucian" Anwar?

Bukankah Wan Azizah yang isytihar Anwar sebagai manusia anugerah tuhan? Bukankah Wan Azizah sanggup berbohong Anwar hendak ditembak mati sebab itu Anwar perlu lari ke Turki tidak lama selepas Saiful membuat lapuran polis mengadu diliwat Anwar? Bukankah Wan Azizah sanggup berbohong jam Omega ada pada dia untuk melindungi kegiatan pelacuran Anwar dengan China-DOLL yang didedahkan oleh Datuk Eskay kawan baik Anwar sendiri?

Mengapa tiba-tiba dalam kes meliwat Saiful, Wan Azizah tidak menggunakan peluang membela Anwar dalam Mahkamah? Mengapa Karpal Singh tidak panggil Wan Azizah sebagai saksi memberi keterangan membela Anwar dalam Mahkamah!

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Wan Azizah, Presiden PKR dan bini Anawr sendiri tidak membela diri Anwar dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

3. Mengapa Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR yang juga anak emas Anwar tidak membela Anwar dalam Mahkamah!

Dalam kes liwat 1998, Azmin Ali sanggup beri keterangan bersumpah dalam Mahkamah. Malah Azmin sanggup dikenakan pertuduhan menipu dan berbohong kerana memberi keterangan palsu dalam Mahkamah dalam kes liwat 1998!

Malahan Azmin buat kenyataan sanggup pecahkan tembok penjara demi membebaskan insan tersayang!

Mengapa Azmin tidak menjadi saksi membela Anwar dalam perbicaraan meliwat Saiful? Kenapa Karpal Singh sebagai peguam Anwar tidak panggil Azmin sebagai saksi untuk membela Anwar? Sedangkan sebagai orang yang rapat dengan Anwar, sebagai orang kanan yang kata pepatah "tidur sebantal baring sekatil" dengan Anwar, sudah tentu Azmin patut tahu pelbagai perkara tentang Anwar termasuk karakter Anwar. Kenapa tidak pergi ke Mahkamah dan yakinkan Mahkamah mengenai karekter & akhlak Anwar!

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau orang kanan Anwar saperti Azmin sendiri tidak membela diri Anwar dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

4. Mengapa Anwar menggunakan khidmat Karpal Singh untuk membela dia dalam kes liwat di Mahkamah ini?

Sedangkan pada 22 Okt 1997, Karpal Singh yang mendedahkan dalam Parlimen dia ada bukti Anwar seorang peliwat! Dalam ucapan di Federal Hotel selepas itu, Karpal Singh menyatakan dia ada bukti dan dokumen Anwar kaki liwat! Ucapan dan pendedahan Karpal itu menyebabkan ada pemimpin PAS memanggil Anwar dengan gelarana "Sheikh Anwar Al-Juburi"!

Bukan itu sahaja, Karpal Singh sebenarnya adalah peguam mangsa liwat kes 1998 Azizan Abu Bakar & pendedah kes itu iaitu Umi Hafilda!

Mengapa tiba-tiba Anwar mengambil Karpal Singh menjadi peguam dia bagi kes liwat Saiful tahun 2008? Mana pergi Raja Aziz Addruse, Haji Sulaiman Abdullah, Pawancheek Marican, Zainur Zakaria dan lain-lain?
Adakah kerana itu ada cadangan di Mahkamah kes liwat Anwar dengan Saiful ialah atas dasar suka sama suka, bukan dipaksa? Kot mane pun, liwat tetap berlaku, walaupun suka sama suka?


Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri mengambil Karpal Singh yang menuduh dia meliwat tahun 1997 untuk menjadi loyer dia bagi kes 2008 mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!


5. Mengapa Anwar tidak membela diri dia dalam mahkamah dengan membuktikan alibi dia, kononnya dia tidak ada ditempat kejadian meliwat Saiful itu? Kenapa saksi alibi tidak dipanggil memberi keterangan?

Kenapa Haji Hasanudin, tuanpunya kondominium yang juga kawan Anwar tidak dipanggil? Kenapa Mokhtar, pengawal peribadi Anwar yang juga adik ipar dia tidak dipanggil? Kenapa Mohd. Sani, pemandu Anwar yang sudah berbelas tahun berkhidmat dengan Anwar tidak dipanggil? Kenapa Wan Azizah isteri Anwar sendiri tidak dipanggil? Sedangkan mereka semua adalah saksi yang disenaraikan sebagai saksi alibi? Mengapa mereka tidak datang memberi keterangan membela Anwar dalam Mahkamah, sedangkan mereka ini semua rapat dengan Anwar?

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau orang-orang yang rapat dengan Anwar sendiri tidak membela diri Anwar dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!


6. Mengapa Anwar dan Karpal Singh tidak panggil Rahimi, pegawai khas Anwar sendiri membela Anwar dalam Mahkamah!

Sedangkan Rahimi yang memperkenalkan Saiful kepada Anwar dan membawa Saiful bekerja sebagai pembantu pejabat Anwar.

Rahimi dikatakan telah membuat Surat Akuan Sumpah kononnya mengaitkan Dato' Sri Najib dengan kes liwat Saiful. Malahan Surat Akuan Sumpah Rahimi itu diperakui oleh YB Wee Choo Keong, Ahli Parlimen PKR Wangsa Maju!

Malang bagi Anwar, apabila Rahimi pegawai khas dia sendiri bertukar haluan dan membuat lapuran polis yang dia disuruh membuat Surat Akuan Sumpah palsu untuk cuba mengaitkan Dato' Sri Najib. Malah YB Wee Choo Keong sendiri mengesahkan perkara itu! Tidak cukup dengan itu, YB Wee Choo Keong memilih keluar daripada PKR, dan kini menjadi Ahli Parlimen Bebas!


Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau pegawai khas Anwar sendiri, bukan sahaja tidak membela Anwar dalam Mahkamah, malah membuat repot polis dipaksa buat Surat Akuan Sumpah Palsu, dan YB Wee Choo Keong yang mengesahkan Surat Akuan Sumpah palsu itu pun sampai keluar parti, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

7. Mengapa Anwar tidak mengambil kesempatan membela diri dia dengan memberikan sampel darah untuk menafikan DNA air mani yang ditemui didalam dubur Saiful.
Kes kali ini berbeza dengan kes liwat Azizan tahun 1998, kerana tahun itu DNA Anwar ditemui atas tilam bertompok yang berusia lebih 6 tahun!

Kali ini DNA airmani Anwar ditemui dalam dubur Saiful yang berusia 2 hari. Saiful diliwat 26 Jun 2008, dan membuat repot polis dan diperiksa doktor pada 28 Jun 2008! Tidak sampai 48 jam! Dan DNA airmani Anwar ini disahkan oleh ramai saksi: pakar forensik, perubatan, doktor dan lain-lain! Tak saperti kes tahun 1998 bila ianya hanya disahkan oleh seorang ahli kimia Lim Kong Boon!

Kalau benar dakwaan pembelaan Anwar bukan airmani dia didalam dubur Saiful, mengapa Anwar tidak berani memberikan sampel darah dia untuk diperiksa sebagai perbandingan DNA! Bukankah kalau ujian darah itu membuktikan DNA airmani dalam dubur Saiful itu bukan DNA Anwar, itu adalah pembelaan yang bukan sahaja hebat, malah boleh membebaskan Anwar serta merta. Silap-silap Kerajaan pun boleh tumbang!

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak menggunakan peluang mengemukakan sampel darah DNA dia untuk membela diri sendiri dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

8. Anwar mendakwa kononnya pertuduhan dia meliwat staf dia Saiful adalah konspirasi Dato' Sri Najib. Konon ceritanya Saiful berjumpa dengan YAB PM!
Malah Anwar sampai nak sapina YAB PM untuk memberi keterangan. Yang peliknya dia sendiri tak mau beri keterangan bersumpah untuk membela diri. Tau-tau dia nak paksa YAB PM beri keterangan untuk pembelaan dia!

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak mahu memberi keterangan bersumpah membela diri dia dalam Mahkamah, sebaliknya memaksa YAB PM pulak memberi keterangan untuk pembelaan dia; mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

9. Kalau alasan Anwar membela diri dengan memanggil YAB sebagai saksi kononnya kerana Saiful berjumpa dengan YAB Dato' Sri Najib, mengapa Anwar tidak mahu memanggil YB Senator Ezam Mohd Nor yang juga ditemui Saiful!

Malahan YB Senator Ezam telah membuat kenyataan terbuka menyatakan Saiful ada datang bertemu dengan dia. Dan Ezam menyatakan dia bersedia dipanggil sebagai saksi untuk pembelaan kes Anwar!

Persoalannya, mengapa Anwar tidak menggunakan peluang itu untuk pembelaannya! Mengapa YB Senator Ezam, antara orang yang paling rapat dengan Anwar langsung tidak dipanggil sebagai saksi?

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak menggunakan peluang memanggil YB Senator Ezam sebagai saksi untuk membela diri dia dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

10. Anwar menyatakan bahawa dia membela diri dengan mahukan Mahkamah Rakyat menentukan kesalahan dia!

Persoalannya, kenapa Anwar tidak serahkan pembelaan dirinya kepada Mahkamah ALLAH!
Iaitu dengan bersumpah laknat! Sebagaimana yang dibuat oleh Saiful sendiri.
Saiful telah bersumpah dengan menyatakan "bahawa saya Saiful telah diliwat oleh Anwar Ibrahim yang memasukkan zakarnya kedalam dubur saya, jika palsu dakwaan saya maka laknat ALLAH atas diri dan keluarga saya"!

Begitu berani Saiful menyerahkan pembelaan dia kepada ALLAH Rabbul Jalil. Dan ramai pengikut taksub Anwar berharap Saiful akan dilaknat. Malah ada yang bawa cerita konon Saiful dah kena sopak, kena angin ahmar, mulut berbuih, lumpuh seluruh badan dan macam-macam lagi.

Tau-tau keluar gambar-gambar Saiful berdahi hitam sedang bertawaf di Masjidil Haram. Muncul gambar Saiful berdoa diatas Jabal Nur di Gua Hira' mengadap Ka'bah! Pengikut taqsub Anwar semuanya terkedu bisu dan terkentut!

Sebaliknya Anwar masih dengan keingkaran dan keengganan dia untuk membela diri dengan bersumpah laknat! Apa yang Anwar takut sangat? Tak percaya kepada ALLAH? Atau takut laknat ALLAH diturunkan?

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak berani membela diri dia dihadapan Mahkamah ALLAH dengan bersumpah laknat saperti Saiful, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

Inilah sepuluh perkara yang perlu direnungkan oleh umat Islam dan rakyat Malaysia semua dan seluruh dunia! Sebelum mike semua membuat kesilapan untuk membela Anwar di Mahkamah jalanraya, tanya diri mike dulu, mengapa Anwar tidak menggunakan peluang sebaik-baiknya untuk membela diri dia sendiri dalam Mahkamah? Mengapa Anwar tidak mahu menyerahkan pembelaan dia kehadapan Mahkamah ALLAH?

Malah teman cabar pengikut taqsub Anwarinas, sila adakan solat hajat perdana secara besar-besaran. Panggil lah Tok Guru Nik Aziz atau Haji Hadi Awang menjadi imam. Mintalah doa hajat kepada ALLAH, tunjukkan, dan buktikan siapakah pembohong sebenarnya, Anwar atau Saiful! Kalau Saiful bohong, berdoalah kepada ALLAH supaya turunkan laknat kepada Saiful serta merta!

Tetapi kalau Anwar berbohong, dan memang dia telah meliwat Saiful, mohonlah doa dan hajat kepada ALLAH supaya melaknat Anwar, dan menurunkan bala kepada para pengikut Anwarinas yang masih taqsub dengan Anwar! Berani yop? Teman cabar mike semua yop!
Pokok pangkalnya, kalau Anwar, bini dan kawan-kawan dia sendiri tidak membela Anwar dalam Mahkamah, mengapa mike semua rela dan redho diperlembu dan dikaldaikan untuk membela Anwar Ibrahim di Mahkamah jalanan!


Terkedu ChinaDOLL nampak belalai,
digenggam geram ditiop kuyop,
Kalimah ALLAH dah pun dema gadai,
Mahkamah ALLAH dema takutlah yop;

Dalam kondo belalai belayar,
depan belakang lubang digali,
Anwar bernafsu nak ke Putrajaya,
tapi Sg Buloh makin menghampiri;

Bebas 901 rekaan Anwar
Mahkamah jalanan menjadi medan
Umat dah tahu rakyat dah sedar
09 Januari Anwar wajib ditalqinkan!

disalin dari:zul4kulim.blogspot.com

.




 

.

SIAPA ANWAR?

Pendedahan ini bukanlah dengan niat untuk mengaibkan sesiapa, segala aksi yang 'XXX' telah di 'censored'.  Pengajaran dari video ini ialah jangan terlalu emosi apabila memilih pemimpin negara.  Tersalah pilih, kita (rakyat) yang akan kena tanggung akibatnya.  Sama ada ingin percaya ia video original atau rekaan, sama ada kita percaya ia memang scandal atau konspirasi, ia adalah satu yang benar.  Hanya SIAPA sahaja yang perlu ditentukan.  ATAU sebenarnya mereka semua dah TAHU, tetapi saja BUAT-BUAT TAK TAHU.

Kes ini juga memberi pengajaran bahawa sebaik-baik sahabat boleh jadi seketat-ketat musuh.

Lagi satu, jangan kita mudah terpesona dengan 'karisma'.  Tapi, itulah MANUSIA, sanggup berbuat apa sahaja kerana KUASA dan HARTA.  

Lagi satu, orang tamak selalu rugi.

Dan, taat setia isteri kepada suami ada batasnya- buka membabi buta. 

Dan, apa-apa pun 'berani kerana benar' dan 'takut kerana salah'.

ooooohh, ada lagi.................................. bila orang guna (putar belit) agama untuk cover up kelemahan diri, BALA dan BALAK akan menimpa diri. Tapi, itulah MANUSIA, sanggup berbuat apa sahaja kerana KUASA dan HARTA. Lupa BANGSA lupa AGAMA.




.
Coretan Datuk Zulkifli Nordin

Kata mantan Presiden Amerika, George Washington, "you can fool some of the people some of the time, but you can't fool all the people all the time - mike boleh kelentong sesetengah orang pada sesetengah masa, tapi mike tidak boleh nak kelentong semua orang pada setiap masa!".


Apabila Anwar bergegas ke Qatar untuk bertemu dengan pimpinan Hamas, termasuk Khalid Misy'al yang pada masa itu berada di Doha membuktikan betapa desperadonya Anwar untuk memulihkan imej "pak syeikh pejuang Islamnya" yang telah pecah kelentongnya setelah Wall Street Journal menyiarkan kenyataan Anwar "bersedia menyokong sebarang usaha untuk melindungi keselamatan rejim zionis Israel". 

Dan tindakan Anwar menyiarkan gambar bersama Khalid Misy'al hanya mengesahkan satu perkara, politik dualam dan putarbelit yang sudah menjadi darah dagingnya. Konon dengan gambar itu terjawablah segala persoalan yang dia "masih bersama dengan pejuang Palestin". 

Anwar ingat rakyat Malaysia dan umat Islam bodoh macam para parasit kalkatus rakus yang dicocok hidung yang bersepah sekelilingnya! Dia ingat hanya dengan bergambar tertutup segala sandiwara politik dia.

Macam gambar dia "terlantar nazak" setelah perhimpunan haram 09 Julai 2011 lepas. Dalam ramai-ramai orang, dia seorang je yang terlantar nazak dengan segala tiub dihidung. Mat Sabu yang konon cerita mengadu dilanggar polis pun tak nazak macam Anwar! Tau-tau terbongkar rahsia bagaimana Anwar sebelum dan selepas itu rupenya sihat walafiat!

Macam gambar Anwar sakit belakang tak boleh berjalan sehingga terpaksa berkerusi roda dan lengkap dengan pakej pendekap tengkok untuk menggambarkan betapa nazak dan seriusnya penyakit Anwar, sehingga teman loyer dia masa tu pun boleh tertipu! Tau-tau keluar videoklip Anwar sihat walafiat siap boleh bergurau sakan dengan anak bini dalam penjara!

Berapa lama nak hidup dengan kelentong, bohong, dan putar belit ni yop? Sesekali boleh lah orang tertipu, lama-lama nanti orang tau jugak.

Itulah yang terjadi dengan Anwar. Ramai orang terpukau dan terkedu bila dia dibebaskan oleh Mahkamah. Sehingga ada yang beranggapan dia tidak berdosa, malah ada yang ingatkan dia dianiaya dan dizalimi kerana konspirasi.

Tetapi jangan sesekali ingat ALLAH lupa! ALLAH tidak lupa! Doa orang yang dizalimi sangat dimakbulkan ALLAH. Berapa banyak airmata Saiful menitis menadah tangan memohon petunjuk dan kebenaran daripada ALLAH. Daripada masjid surau, sehingga dihadapan Ka'bah.

Kita ingatkan bila Anwar dibebaskan dia akan bertambah hebat. Rakyat akan menyokong! Rupanya yang sebaliknya berlaku.

Apabila Datuk Hasan Ali yang mengkritik Anwar sebagai politikus kotor dan jijik yang dia tidak akan redho bersekongkol dipecat, ramai yang ingat perjuangan Datuk Hasan Ali akan mati! Rupanya tidak. Pidato dan himpunan beliau makin menarik ramai pengikut. Sehingga ada kepimpinan PAS akar umbi sanggup mengatur program bersama Hasan Ali, malah berceramah sepentas dengan beliau tanpa rasa takut. Kehadiran lebih 15,000 semasa pidato terbaru di Batu Gajah sudah pasti menggusarkan ramai para parasit!


Rupanya ALLAH ada perancangan lain untuk Datuk Hasan Ali! Kini beliau muncul sebagai ikon memperjuangkan institusi Islam-Melayu & Raja-Raja, satu perjuangan yang dikongsi ramai orang, dan kini umat Islam, bangsa Melayu dan rakyat Malaysia menanti-nanti pelancaran 3rd Force @ JATI - Jaringan Kuasa Ketiga!!

Begitu juga doa Saiful. Ramai yang ingatkan selepas Anwar dibebaskan Mahkamah, Saiful akan mati! Saiful akan dihina! Rupanya sebaliknya berlaku. Anwar Ibrahim tidak berhenti-henti menghina diri dia sendiri! Seolah-olah dia sudah tidak boleh mengawal dirinya.

Sebaik sahaja bebas, Anwar membuat kenyataan bahawa "pembebasan saya adalah kerana kerajaan takut dan tunduk kepada pengaruh asing". Masya ALLAH, keluar dari mulut dia sendiri mengakui ujudnya pengaruh asing yang selama ini hanya disyaki rakyat. Melihat kepada tindak tanduk Anwar yang sering merujuk kepada Amerika dan rakan-rakan Yahudinya, ramai mengesyaki Anwar cuba menggunakan tekanan asing terhadap Mahkamah dan Kerajaan Malaysia untuk membebaskan dia.

Kita hanya syak, tapi tiada bukti kukoh! Tiba-tiba Anwar sendiri mengaku "pengaruh asing" punca dia dibebaskan! Sehingga menyebabkan loyer utama Anwar @ Karpal Singh melenting mempertikaikan kenyataan Anwar, kerana bagi Karpal, Anwar bebas kerana kehebatan "a-Singh", bukan pengaruh "asing"!!!


Tak berapa lama selepas itu, Anwar membuat kenyataan dalam wawancara bersama BBC bahawa "undang-undang liwat dan anti-homoseks" di Malaysia sudah lapuk! Malah dia akan meminda undang-undang lapuk ini. Sekaligus membongkar sikap Anwar yang menyokong seks bebas sebagaimana yang diperjuangkan oleh rakan sekutunya Bar Council yang melancarkan Festival Seks Bebas LBGT - Lesbian, Bisexual, Gay & Transgender!

Kenyataan Anwar disokong oleh banyak kumpulan pejuang seks bebas seluruh dunia! Nama Anwar dijulang dikalangan kaum pengamal seks bebas! Tetapi ia menyebabkan ramai penyokong tegarnya khusus didalam PAS mula mempersoalkan kewibawaan dan integriti Anwar!

Malah ada yang mula mahu melihat semula videoklip Eskay untuk meyakinkan diri! Teman sendiri dihubungi ramai rakan ulama, ustad, agamawan, kepimpinan dan ahli PAS & PKR yang meminta melihat sendiri videoklip itu. Dan kesemua mereka yang melihatnya buat pertama kali mengakui memang Jantan-X dalam videoklip itu adalah 100% Anwar!

Mereka mula mencari jalan menjauhkan diri daripada Anwar! Sehingga ada yang mula membuat kenyataan tidak mahu lagi terlibat dengan politik, atau menyertai pilihanraya bersama pembangkang dalam PRU 13 nanti!

Dan tiba-tiba, tanpa sesiapa menduga, Anwar membuat kenyataan dalam wawancara bersama Wall Street Journal bahawa dia "menyokong sebarang usaha untuk melindungi keselamatan rejim Israel!".

Kenyataan yang teman rasa dibuat sebagai "political lifeline" beliau, untuk memuaskan hati rakan sekutu Yahudinya. Apatah lagi PRU 13 sudah semakin dekat. Sokongan asing, terutama daripada rakan para Yahudi ini sangat penting buat Anwar. Lagipun kenyataan itu disiarkan oleh media pro Yahudi. Apa salahnya! Siapa nak tau!

Tetapi Anwar salah langkah! Dunia hari ini sudah berubah. Maklumat boleh diperolehi dihujung jari, "just one click away".


Tau-tau kenyataan pro-zionis Anwar terbongkar. Menyebabkan ramai rakan beliau dikalangan gerakan Islam, samada di Indonesia, Turki dan negara 'Arab terkejut. Mereka mula meragui Anwar dengan gambaran "Pak syeikh pejuang Islam! Pimpinan Palestin daripada Fatah dan Hamas mengkritik keras kenyataan itu. Pimpinan haraki Islamiyyah di Indonesia mengutuk keras pendirian Anwar itu.

Perdana Menteri Ghozzah, Ismail Haniyeh melahirkan kekecewaan semasa pertemuan dengan Ustadz Nasaruddin Mat Isa baru-baru ini. Katanya kenyataan saperti itu tidak sepatutnya datang dari seorang yang mengaku pejuang Islam. Azzam Tamimi, pejuang tegar umat Falastin mengkritik kenyataan tersebut sebagai tidak mencerminkan watak dan akhlak seorang pemimpin Islam.

Duta Besar Falastin di Kuala Lumpur turut mempertikai kenyataan Anwar tersebut, sambil melahirkan rasa kehairanan bagaimana Anwar yang menonjolkan imej pejuang Islam boleh membuat kenyataan yang disifatkan sebagai "khianat" terhadap perjuangan rakyat Falastin dan umat Islam!


Terbaru, Datuk Seri Nik Aziz dan Datuk Seri Hadi Awang, penyokong tegar Anwar, juga mengeluarkan kenyataan tegas mengkritik Anwar. Datuk Seri Hadi menegaskan bahawa orang yang menyokong rejim zionis Israel adalah pengkhianat Islam! Datuk Seri Nik Aziz mendesak Anwar menarik balik kenyataan pro-zionis itu.

Kenapa tiba-tiba Datuk Seri Nik Aziz dan Datuk Seri Hadi Awang membuat kenyataan mempertikaikan Anwar dalam isu Israel ini teman tidak tahu! Adakah ini mainan politik untuk mendapat semula sokongan orang Melayu konon dengan menyokong Falastin teman tidak pasti!

Cuma teman bersangka baik dengan kenyataan pimpinan PAS ini! Mungkin sudah tiba masa ALLAH membuka hijab yang menutup mata hati mereka selama ini! Kalau ALLAH hendak memberi hidayah, kalau ALLAH nak mengubah hati kepada kebenaran, dengan sekelip mata ALLAH boleh buat. Kun fayakuun..jadilah..maka jadilah ia.


Apapun teman berharap isu pro-zionis oleh Anwar ini menjadi pembuka hijab kepada pekong politik dualam dan hipokrit mainan Anwar yang telah memecahbelahkan umat Islam bangsa Melayu! Semoga ia menjadi titik permulaan kesatuan umat Islam bangsa Melayu di Malaysia ini. Semoga ia menjadi titik permulaan kegemilangan perjuangan institusi Islam-Melayu & Raja-Raja dalam negara ini!

Apapun, Anwar kini sudah tersepit. Sebenarnya kalau dia ikhlas, kalau benar dakwaan Anwar dia telah disalah lapur oleh WSJ, mudah sahaja menyelesaikannya. Dia hanya perlu mengarahkan peguam dia menyaman WSJ, dan menuntut WSJ menarik balik kenyataan itu, dan menuntut ganturgi puluhan, malah ratusan juta terhadap WSJ!

Tetapi pelik, Anwar langsung tidak berbuat sedemikian. Langkah yang cukup mudah, dan boleh menyelesaikan masalahnya. Macam dengan memberikan sampel darah untuk ujian DNA, selesai masalah! Macam angkat sumpah la'nat, selesai masalah!

Tetapi Anwar tidak memilih sedemikian. Dia memilih jalan bersusah payah pergi ke Qatar, membelanjakan puluhan ribu ringgit untuk tambang, hotel dan lain-lain, hanya untuk bergambar dan berjumpa dengan Khalid Misy'al. Yang peliknya, dia tidak mahu pulak terus ke Ghozzah, berjumpa dan bergambar dengan Ismail Haniyeh, Perdana Menteri Ghozzah!


Apapun, tembelang dan kelentong Anwar makin terbongkar. Sebab itu teman siarkan videoklip diatas. Videoklip ini adalah petikan lapuran siasatan oleh sebuah media televisyen Britain, Channel 4 News yang menyiasat skandal bapak Yahudi, Paul Wolfowitz dan girlfriendnya Shaha Riza dan Anwar yang mengegarkan Bank Dunia! Sehingga menyebabkan Paul Wolfowitz dipecat daripada jawatan Presiden Bank Dunia!

Lapuran oleh media Barat ini jelas membuktikan rangkaian hubungan Anwar dengan Yahudi, termasuk Wolfowitz. Seluruh dunia tahu Wolfowitz, bekas Duta Besar Amerika ke Indonesia dizaman kejatuhan Suharto dan kehancuran Indonesia, adalah akitek peperangan dan penaklukan terhadap Iraq dan Afghanistan! Ditangan Wolfowitz, mengalir darah umat Islam yang dizalimi dan dianiaya.

Dan tangan Wolfowitz lah yang banyak membantu Anwar selepas dipecat Tun Mahathir. Termasuk melantik dia sebagai pensyarah di John Hopkins University, Pengerusi International Foundation For The Future (IFFF) dan lain-lain (sila lihat entri teman bertajuk "AL-Yahud" bertarikh 29.01.2012).

Kini terbukti betapa hubungan Anwar dengan rangkaian zionis Yahudi makin terbongkar! Bukannya datang daripada sumber ketiga, tetapi datang daripada mulut Anwar sendiri.

Hanya ALLAH sahaja yang tahu! Tetapi yang jelas, walaupun Anwar berjaya kelentong sesetengah parasit pada sesetangah masa, tetapi Anwar tidak boleh kelentong seluruh dunia pada setiap masa!

Teman yakin ALLAH tidak akan benarkan pembohongan dan putarbelit ini terus berlaku! ALLAH tidak akan benarkan umat Islam bangsa Melayu terus terpedaya!

Ya ALLAH, selamatkan umat Islam, bangsa Melayu dan tanah air kami daripada sebarang kedurjanaan dan pengkhianatan oleh mereka yang durjana dan khianat!


Pada Anwar, teman nasihatkan bertaubatlah! Hentikanlah segala lakonan dan sandiwara! Kubor sudah kata mari, rumah sudah kata pergi! Bermuhasabahlah! Masa masih belum terliwat untuk bertaubat! Pintu barzakh semakin dekat. Takutlah kepada ALLAH!

Dan teman cabar Anwar letaklah jawatan! Janganlah umat Islam bangsa Melayu terus diaibkan dengan kehadiran pemimpin macam mike! Serahkanlah kepimpinan pembangkang kepada Datuk Seri Hadi Awang, ataupun Datuk Seri Nik Aziz! Mereka lebih layak memimpin pembangkang daripada mike! Mike sudah hilang segala kredibiliti, moral dan kewibawaan untuk terus menjadi pemimpin negara umat Islam Malaysia ini!


ANWAR, YOU ARE JUST NOT  FIT TO LEAD US!!! PLEASE STOP!!! PERIOD!!!


Zulkifli Bin Noordin, Selasa, 21 Rabi'ul Awal 1433 bersamaan 14 Februari 2012

.
KITA SEMUA BERBUAT DOSA, BESAR DAN KECIL
(SEPANJANG MASA)
HANYA ORANG YANG HIPOKRIT DAN TAKBUR SAHAJA 
YANG MERASA DIRINYA TIADA DOSA
MARILAH KITA SAMA-SAMA BERTAUBAT - SEMOGA ALLAH BELUM MENARIK SIFAT 'AR-RAHIM'NYA KE ATAS DIRI KITA

.


Jika seseorang ditangkap atau 'terkantoi' membohong, akibatnya terpalitlah malu yang amat sangat kepada si penipu. Apatah lagi jika penipuan itu dibuat dalam skala besar -besaran dan melibatkan ramai orang BAHKAN melibatkan satu negara. Kalau tidak lari ke luar negara, mahu tak keluar rumah dalam seminggu dua. 

Namun, di Malaysia ini, ada satu perkara yang pelik apabila si pembohong yang berbohong pada skala epik ini, masih di sanjung sebagai tokoh besar, disokong malah ada yang ingin si penipu ini memimpin Negara.

source: www.ikrarpemuda.wordpress.com


Beliau sudah kehabisan modal politik dan ketandusan ide untuk menipu rakyat.

Semua kepalsuan dan janji-janji manisnya telah telah terbukti satu pembohongan belaka.

Bermula dengan episod 16 September 2008 di mana Ketua Pembangkang itu dengan bongkaknya menjanjikan rakyat satu kerajaan persekutuan baru pada hari menyambut penubuhan Malaysia, sehinggalah ke hari ini, kesemua yang keluar dari mulut Anwar adalah semata-mata pembohongan.

Kini dia membuat satu lagi pembohongan untuk memansuhkan pinjaman pendidikan PTPTN. Maka sekumpulan mahasiswa atau bekas mahasiswa yang jumlahnya hanya sekitar 50 orang diupah Anwar untuk membuat kecoh di Dataran Merdeka.

Mereka yang diupah pembangkang kononnya untuk memperjuangkan nasib golongan mahasiswa sebenarnya boleh dikatakan pembuat kacau profesional yang dibayar wang untuk menimbulkan huru hara.

Apa tidaknya, mereka adalah kumpulan orang yang sama pada setiap perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan yang membabitkan pihak pembangkang. Baik pada perhimpunan Bersih, mahupun demonstrasi anti-ISA, ataupun perarakan tuntutan hak air Selangor hinggalah gerakan membebaskan Anwar, mereka adalah wajah-wajah yang sama.

Kesimpulannya golongan mahasiswa secara keseluruhannya tidak menyokong agenda politik kotor kumpulan ini yang cuba menonjolkan imej sebagai jurucakap puluhan ribu warga institusi pendidikan tinggi.


Kedua, ide pemansuhan PTPTN datangnya dari Anwar tetapi kelibat beliau sendiri tidak kelihatan untuk bersama-sama kumpulan tersebut di Dataran Merdeka.

Anwar menggunakan anak-anak muda untuk berjuang untuknya sehingga mereka sanggup berkhemah dan tidur atas jalanan sementara Ketua Pembangkang itu enak tidur di atas hamparan baldu di rumahnya yang berharga jutaan ringgit.

Inilah sikap hipokrit Anwar yang perlu dilihat oleh rakyat jika mahu faham siapa individu ini sebenarnya.



Politik yang diamal oleh Anwar adalah politik yang percaya semua orang boleh dikorbankan demi mencapai cita-cita peribadinya untuk menjadi Perdana Menteri.

Pihak pertama yang menjadi mangsa politiknya rakus sudah tentu isteri, anak-anak dan keluarganya.



Dari 1998 hingga kini keluarga Anwar dipaksa mengharungi pengalaman getir dan pahit disebabkan mahu mengejar impiannya ke Putrajaya. Kalau keluarganya sendiri boleh dijadikan taruhan politik, apatah lagi ‘budak-budak U’ yang penuh dengan idealisme dan semangat yang berkobar-kobar di dalam dada?



Sudah tentu perkara ini amat mudah sekali bagi Anwar. Taktiknya ialah dengan melontarkan satu isu yang dekat di hati mahasiswa iaitu kos pengajian mereka di universiti dan kolej. Anwar melihat isu ini adalah modal terbaiknya untuk memporak-perandakan masa depan mahasiswa dengan menyuruh mereka berdemonstrasi dan berdepan dengan risiko tindakan undang-undang ke atas mereka.



Apabila pihak berkuasa mengambil tindakan, maka Anwar akan mendakwa kerajaan zalim dan menindas pelajar-pelajar tersebut dengan harapan untuk meraih undi rakyat. Tidak cukup dengan berkhemah untuk mendesak pemansuhan PTPTN, kumpulan mahasiswa ini juga mengaitkan tindakan mereka itu dengan perhimpunan Bersih 3.0 yang mahu diadakan pada 28 April 2012.



Tidakkah dengan jelas, samada isu PTPTN atau Bersih, kumpulan pelajar ini telah diperkudakan sewenangnya oleh pihak pembangkang? Di manakah pemimpin pembangkang ketika pelajar-pelajar tersebut diambil tindakan oleh pihak berkuasa, yang mana ada di tahan pihak polis.  Batang hidung mereka pun tidak nampak sama sekali di Dataran Merdeka apatah lagi mahu memberi sokongan!



Golongan mahasiswa yang bakal mewarisi kepimpinan negara pada satu hari kelak, perlu sedar mereka telah dipengaruhi untuk bermain percaturan politik pihak pembangkang. Mereka hanya berfungsi sebagai bidak-bidak yang boleh dikorbankan pada bila-bila masa sama atau ‘dispensable’ seperti juga dalam permainan catur.



sumber: din.huluselangor.net


Siapa yang BODOH sebenarnya. Si PENIPU atau yang DITIPU?
.

.

Lagi Maklumat dari YB Datuk Zulkifli Nordin.

Teman tertarik dengan cabaran-cabaran yang dibuat oleh beberapa tokoh yang punya hubungan rapat dengan Anwar Ibrahim dahulu. Pendedahan oleh rakan karib Anwar iaitu Datuk Nallakarupan bahawa Anwar adalah seorang pengamal seks bebas "biseksual" sangat menggemparkan. Ini diikuti dengan pendedahan demi pendedahan oleh Umi Hafilda, Datuk Eskay Shazryl Abdullah, Anuar Shaari, Senator Ezam Mohd. Nor, dan ramai lagi tentang kegiatan seksual luar tabie Anwar sangatlah membimbangkan.  

Apa yang menarik perhatian teman ialah pendedahan mereka diikuti dengan cabaran supaya Anwar menyaman mereka jika ianya tidak betul. Malah ada yang mencabar supaya Anwar membuat sumpah mubahalah, mahupun sumpah la'nat untuk menafikan pendedahan mereka.

Isu ini penting kerana Anwar mahu menjadi Perdana Menteri. Dia nak jadi pemimpin negara. Kalau Anwar setakat nak jadi Presiden Kelab LBGT teman tak peduli pun. Kalau Anwar setakat nak jadi Pengerusi Badan Kebajikan Mak Nyah Sedunia teman tak kisah. Tetapi Anwar nak jadi PM! Dia nak memimpin umat Islam, rakyat Malaysia dan negara ini! Jadi soal moral, akhlak, integriti dan kewibawaan Anwar sangat penting. Kalau calon menantu pun kita sangat berkira akhlaknya, inikan pulak calon Perdana Menteri yang diwar-warkan oleh pakatan pembangkang. 

Bercakap soal saman menyaman dan kredibiliti Anwar ini dalam isu seksual ini, teman rasa orang yang pertama Anwar patut saman ialah Karpal Singh. Ini kerana Karpal lah orang yang mendedahkan perlakuan seks luar tabi'e Anwar. Jangan lupa pada 22 Oktober 1997, Karpal lah yang mendedahkan Anwar sebagai peliwat didalam Parlimen. Dan Karpal lah yang mendesak Kerajaan supaya membuuat siasatan tuduhan liwat terhadap Anwar. 


Karpal pada masa itu adalah peguam yang telah berjumpa dengan mangsa liwat Anwar iaitu pemandunya sendiri Azizan Abu Bakar dan juga Umi Hafilda Ali. Bukan sahaja dalam Parlimen, malah Karpal mengulangi dakwaan dia punya bukti Anwar peliwat didalam ceramah. Kata YB Wee Choo Keong, beliau mendengar sendiri ucapan Karpal Singh mendakwa Anwar peliwat di Federal Hotel.  


Malahan kata YB Wee Choo Keong, disebabkan pendedahan Karpal itu lah PAS mengadakan ceramah di Taman Melewar. Beliau yang hadir diatas pentas dalam ceramah itu mendengar sendiri bagaimana pemimpin PAS mengisytihar dan melabel Anwar dengan gelaran Al-Juburi (tapi hari ni mereka pulak yang mengangkat Al-Juburi ni sebagai pemimpin agong mereka). 



Bukan itu sahaja, Karpal tetap konsisten mempertikaikan kredibiliti Anwar. Ini terbukti apabila pembohongan 16 Sept terbongkar, Karpal adalah satu-satunya pemimpin pembangkang yang menegaskan Anwar tidak layak menjadi pemimpin dan Karpal mendesak Anwar supaya bertaubat dan mengundur diri daripada politik. 



Tetapi yang peliknya sampai hari ni Anwar tidak pernah menyaman Karpal. Sedangkan pendedahan Karpal lah yang menyebabkan Kerajaan mengambil tindakan, menyebabkan pihak polis membuat siasatan, menyebabkan pihak pendakwaraya mendakwa Anwar, dan membawa kepada Tun Dr. Mahathir memecat Anwar. Pendekkata, pendedahan Karpal lah yang menyebabkan Anwar tersungkur.  



Jadi adalah sangat tidak logik bagi Anwar jika dia langsung tidak mengambil tindakan terhadap Karpal. Amat tidak masuk aqal bagi Anwar tidak mengheret Karpal ke Mahkamah. Amat menghairankan Anwar tidak menyaman Karpal. 



DAN yang paling tidak masuk akal, bukan sahaja Anwar tidak mengheret Karpal ke Mahkamah, malahan Anwar melantik Karpal menjadi peguamnya di Mahkamah dalam kes yang sama jenisnya iaitu meliwat stafnya sendiri! 



Pada teman, sebelum nak menyaman Datuk Nallakarupan, sebelum nak menyaman Datuk Eskay Shazryl, sebelum nak menyaman Umi Hafilda, teman cabar Anwar supaya menyaman Karpal Singh!  So Anwar, the ball is in your hand! Now let us see whether you have the balls to sue Karpal Singh that leads to your disgraced and downfall. 



Zulkifli Bin Noordin. Isnin, 03 Jamadil Awal 1433 bersamaan 26 Mac 2012


.
M
enyingkap kembali keperitan dilaluinya semasa ditahan Umno BN di penjara Sungai Buloh, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ada beberapa polis memohon maaf dan menginsafi kekejaman yang dilakukan anggota pasukan itu ke atasnya.

“(Selepas) dipukul setengah mati, komandan kem jumpa saya pagi esoknya (dan) saya tengok dia menangis…Dia tunduk, pegang lutut saya dan mohon maaf.

“Saya tanya sebab apa, awak pukul (saya)? Dia jawab tidak (bukan dia yang pukul). Dia kata, semalam beliau dan isteri solat hajat minta saya selamat.


“(Kemudian) dia kata, ‘kalau saya ada wang (dan) boleh jaga keluarga, saya akan berhenti (menjadi polis).

Saya tak boleh tahan dengan kerja macam ini’,” cerita Anwar kepada 50,000 hadirin pada Ceramah Kebangkitan Rakyat di Dungun, Jumaat lalu, mengenang kebaikan beberapa anggota polis terhadapnya ketika ditahan pada 1998.

Ekoran kejadian tersebut, Ketua Umum KEADILAN itu mengingatkan bahawa bukan semua polis menurutnya, ‘jahat’ seperti mantan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Rahim Noor.

Ini terbukti apabila seorang anggota polis turut datang dan menyapu ubat pada lukanya, selepas polis peringkat atasan melarang doktor memberi rawatan.

“Seorang korporal polis ada bawa ‘Tiger Balm’ (ubat sapu), dia datang dan sapu (pada luka). Itu sahaja rawatan untuk beberapa hari,” kata Anwar.

Pada 29 September 1998, Anwar ke mahkamah dengan mata lebam. Imej itu menjadi simbol kezaliman Umno BN dan penentangan rakyat ketika era reformasi.

Rahim Noor kemudian didapati bersalah memukul Anwar. Pada 15 Mac 2000, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara dua bulan dan denda RM2,000 terhadapnya.

Bagaimanapun, sehingga hari ini, tidak ada siasatan bebas mengenai penglibatan Umno BN dalam serangan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu pada malam 20 September 1998 oleh Rahim Noor, KPN ketika itu.

“Selepas 14 tahun, serangan mengerikan itu masih menjadi trauma seluruh negara,” kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.

Beliau merupakan peguam Anwar untuk kes perbicaraan insiden mata lebam yang sepatutnya berlangsung 16 Oktober lalu tetapi dibatal setelah Tan Sri Musa Hassan menarik balik saman fitnah terhadap Anwar berhubung pemalsuan keterangan laporan perubatan oleh beliau dan Ketua Pasukan Pendakwa Raya, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Surendran berkata, ketika ditangkap, Anwar diikat tangan, ditutup mata, ditampar dan ditumbuk berulangkali sehingga jatuh ke lantai.

“Dalam keadaan separuh sedar, darah keluar dari mulut dan hidung, Anwar dinafikan hak mendapat rawatan. Malah dipaksa menandatangani perintah tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri).

“Pegawai tertinggi polis ada di tempat kejadian. Namun tidak seorang pun yang mengambil tindakan membuat laporan,” ujarnya.

Pada malam tersebut, Anwar ditangkap secara salah oleh pasukan khas polis yang menerima arahan kerajaan Umno BN diketuai Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad ketika itu.

Tangkapan dan serangan itu sebahagian dari perancangan Umno BN mensabitkan Anwar dengan salah laku seks dan pertuduhan rasuah, selepas beliau dipecat pada 2 September 1998.

Namun kes berkenaan mendapat liputan meluas antarabangsa dan desakan berterusan mengheret Rahim ke penjara serta dipecat dari jawatannya sebagai ketua nombor satu dalam PDRM.

Lebih teruk, kata Surendran, Anwar hanya diberi rawatan selepas empat hari serangan dan dalam keadaan itu, beliau dipaksa memberi keterangan.

Ulasan: Itu polis tahun 1998. Kalau tanya abang polis itu sekarang ini, dia akan kata, 'kalau aku tau siapalah si Anwar ini, kalau aku tau dia akan menyusahkan ramai kawan-kawan aku, malah ada yang cedera parah, MENYESAL saya tak belasah dia sampai mampus masa tu"


.
.
.

.
.


INSAN YANG PALING BERCITA-CITA TINGGI DALAM SEJARAH MODEN MALAYSIA


Apa yang sudah jadi dengan depa semua ni?

Apa yang mereka sudah dapat?
Apa lagi yang depa mau???

Komen aku sebagai individu yang pernah menjadi SUBORDINATE kepada kesemua mereka ini ialah:

Aku mohon jutaan maaf.

Ketika aku dan semua anak-anak muda memasuki ATM, kita semua (pegawai muda), diajar supaya menyimpan rahsia tentera dengan seketat-ketatnya".

Kita juga diajar secara kekerasan (di"ragging" dengan teruk) dengan tujuan apabila di'torture' oleh pihak musuh kita boleh bertahan menyimpan rahsia TENTERA.

Sehingga kini, ikrar itu masih dibaca di depan aku oleh anak-anak buahku semasa aku melaksanakan 'CO Parade' setiap bulan.

Adakah TAHTA, WANITA atau HARTA telah berjaya membeli KEMULIAAN, INTEGRITI dan LOYALTY. 

Aku AKUR tentang kebebasan mereka untuk memilih ideologi/fahaman politik untuk diikuti. Teruskan.

Mungkin mereka tidak perlu 'loyal' kepada Perdana Menteri atau kepada Menteri Pertahanan atau kepada Parti Memerintah. TETAPI bagaimana dengan ketaatan kepada Yang Di Pertuan Agong? dan sumpah SETIA?.

Mereka dapat pangkat dan pelbagai gelaran (Tan Sri, Dato' dan sebagainya) kerana mereka berkhidmat dengan ATM.

Kalau sudah kehilangan rasa taat dan hormat kepada organisasi yang membawa mereka ke tahap yang pernah mereka rasai, berasa malulah menggunakan TITLE (GELARAN PANGKAT), mengaku bekas Panglima itu Panglima ini (yang tahu banyak rahsia) sebagai asas untuk memecah rahsia.

Andainya PANGKAT dan gelaran itu diperolehi kerana kemampuan mereka melindungi kemungkaran dan salah guna kuasa semasa berkhidmat dalam ATM, maka boleh disimpulkan betapa hinanya pangkat dan gelaran mereka. 

.
 
 
 
 

laksamana 
 
 
 

Jika begini contoh dan tauladan yang ditunjukkan, janganlah merasa hina kalau nanti bekas Perajurit/Laskar dan Leftenan anda akan kencing di atas KUBUR anda.

Tidak sesekali aku MENGHINA mana-mana individu di atas atas nama PERIBADI. Tetapi atas kedudukan mereka sebagai MANTAN JENERAL yang suatu ketika amat aku sanjung.  RIBUAN pegawai ATM menyimpan cita-cita untuk mencapai kedudukan itu.


SATU KESAH UNTUK RENUNGAN

AKU PERNAH TERBACA SATU BUKU BERKAITAN SATU KESAH DI ZAMAN PERKEMBANGAN ISLAM. SAMA ADA DI ZAMAN NABI MUHAMMAD (SAW) ATAU SELEPAS BAGINDA.

DIKESAHKAN DUA ORANG UTUSAN KHALIFAH ISLAM DIHANTAR UNTUK MENDAKWAH RAJA NEGARA KAFIR SUPAYA MEMELUK ISLAM ATAU TAAT DI BAWAH KERAJAAN ISLAM.

RAKA KAFIR ITU MEMANGGIL UTUSAN PERTAMA DAN MEMUJUK DIA DENGAN MEMBERI HARTA DAN PANGKAT SUPAYA MEMBELOT.  UTUSAN 1 ENGGAN BELOT ATAU MENERIMA TAWARAN.  LALU DIA DIBUNUH.

UTUSAN KEDUA DIPANGGIL. DIA DIBERI TAWARAN YANG SAMA. DENGAN FIKIRAN TIDAK MAHU MENERIMA NASIB SEPERTI RAKANNYA TADI , UTUSAN 2 PUN MENERIMA TAWARAN RAJA KAFIR.

MAKA, RAJA KAFIR MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK MEMANCUNG LEHER UTUSAN 2 ITU.

BILA DITANYA KENAPA RAJA MEMBUNUH DIA (UTUSAN 2)? BAGINDA MENJAWAB:

"UTUSAN 2 INI LEBIH BAHAYA DARI UTUSAN 1 TADI. KALAU DENGAN TAWARAN HARTA DAN PANGKAT DIA BELOT KEPADA KITA, TIDAK MUSTAHIL NANTI, JIKA ADA PIHAK LAIN MENAWARKAN HARTA DAN PANGKAT YANG LEBIH BAIK, DIA AKAN BELOT DARI KITA JUGA"


.

.

APAKAH SIDEK BABA JUGA MENIPU DAN MEREKA CERITA?
ADAKAH SIDEK BABA JUGA TELAH DIBELI OLEH BN? UMNO?
ADAKAH ORANG SEPERTI SIDEK BABA JUGA BERSANDIWARA?



PENDEDAHAN WARTAWAN TENTANG ANWAR IBRAHIM


SEJAK menjadi wartawan profesional (sepenuh masa) lebih 24 tahun lalu, saya terlalu banyak bergelumang dengan politik. Saya dikelilingi oleh orang politik yang berbagai warna dan corak.
Maka itu kami sudah tidak hairan dengan permainan sepak-terajang, auta, silap mata dan sandiwara politik.
Namun, sepanjang kerjaya itu jugalah Anwar Ibrahim dilihat sebagai pemain yang cukup hebat. Permainan beliau cukup dengan muslihat yang licik. Permainannya sukar dikesan. Namun para wartawan cukup arif dengan pergerakan beliau.

Semasa "pemerintahan" beliau selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia dahulu, rata-rata kalangan wartawan seusia dan sezaman dengan saya ketika itu cukup "tidak begitu gemar dengan beliau".
Setiap kali duduk di meja minum, tiada perkara lain yang digossipkan, kecuali mengenai si Anwar ini. Pendek kata, semasa beliau dalam Kabinet lagi, kami para wartawan sudah mula menggossipnya. Ada sahaja yang tidak kena dengan gelagat si Anwar ini, baik dari segi perwatakannya, sikapnya, cara menovering-nya, penguasaannya terhadap "bos-bos" media kami, mengenai lingkungan sahabat-sahabat kroninya dan pelbagai lagilah.

Beliau dilihat cukup rakus dan kemudian kelihatan gelojoh. Cara hidupnya berubah sekelip mata daripada corak ABIM kepada korporat. Kroni-kroninya juga turut berubah.

Setiap kali minum teh tarik di atas meja (pada masa itu), ada sahaja kami mengata mengenai beliau. Ia termasuklah mengenai cara beliau berucap. Berbunga-bunga dan berfalsafah sehinggalah kami tidak faham apa yang mahu diucapkan.

Selepas beliau dipecat, maka terserlah lagi sikap beliau yang sebenar. Warna-warna sebenar kulit Anwar sudah terjelma. Terus-terang kami katakan itulah sebenarnya Anwar Bin Ibrahim. Beliau lebih licik lagi.
Beliau suka berdrama. Beliau suka berteater. Beliau suka bersyair. Beliau suka berpuisi. Sehingga dalam hal-hal realiti pun beliau suka bersandiwara.
Oleh itu tidak hairanlah, beliau pernah menuduh kerajaan meracunnya dengan racun arsenik. Sepanjang tempoh perbicaraannya dulu, dia memakai pendakap leher dengan imej mata lebam untuk menunjukkan simpati kepada rakyat. Drama sakit pinggangnya cukup mendebarkan dan macam-macam lagi.
Drama beliau cukup hebat. Disingkatkan cerita yang panjang, kini isu pencerobohan di Lahad Datu juga mahu didramakan.

http://pahang-ku.blogspot.com/2013/03/pendedahan-wartawan-tentang-anwar.html


TERKINI 7 FEB 2014

Anwar dipenjara 5 tahun


PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan pihak pendakwaan kes liwat II untuk mengenepikan pembebasan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Mahkamah Tinggi dua tahun lalu atas kesalahan meliwat.


Ketua Pembangkang itu dijatuhi hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan enam tahun lepas di sebuah kondominium di Damansara.


Dengan keputusan ini,  mengikut undang-undang tubuh negeri Selangor, Anwar hilang kelayakan untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang dijadualkan berlangsung 23 Mac nanti.

Keputusan tersebut dibacakan Hakim Balia Yusof dan menegaskan ia adalah keputusan sebulat suara panel hakim. Balia Yusof yang mengetuai panel berkenaan memberitahu panel integriti bahawa bahan bukti telah dikompromi. Sebelum itu, mahkamah diberitahu profil DNA pihak ketiga ditemui di bahagian dubur Saiful.

Peguam Anwar, Ramkarpal Singh pula berhujah pihak pendakwa gagal menjelaskan sumber DNA berkenaan semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi.

Anwar didakwa meliwat Saiful pada 26 Jun 2008 di unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, lapor Astro Awani.

http://novandri.blogspot.com/2014/03/terkini-kecenderungan-homoseksual-anwar.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+novandri+%28MINDA+INTELEK+MELAYU%29


KEPUTUSAN MAHKAMAH DAN KOMEN PRESIDEN MAJLIS PEGUAM MALAYSIA

Akhirnya, kecederungan homoseksual Anwar Ibrahim terjawab dengan keputusan terbaru Mahkamah Persekutuan :

Mahkamah Persekutuan menolak permohonan semakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memadam satu perenggan dalam penghakiman bertulis Mahkamah Persekutuan terdahulu dalam kes liwat melibatkan bekas pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar yang diputuskan sembilan tahun lalu yang menyatakan beliau mempunyai kecenderungan homoseksual.

Sebelum ini, satu isu besar yang telah didedahkan oleh bekas peguam kes liwat Anwar Ibrahim yang perlu difahami oleh rakyat Malaysia.

Ianya adalah satu kenyataan akhbar Christopher Leong, Presiden Bar Council. Di antara kenyataan beliau :



.
The Malaysian Bar is deeply troubled by the conviction and sentence to five years’ imprisonment of Dato’ Seri Anwar Ibrahim by the Court of Appeal, for what was essentially consensual sex between two adults.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim was convicted and sentenced under section 377B, read with section 377A, of the Penal Code.

Section 377A of the Penal Code criminalises sodomy and oral sex (fellatio). Section 377B provides that whosoever voluntarily commits the acts described in section 377A shall be punished with imprisonment for a term which may extend to twenty years, and shall also be liable to whipping. These provisions make no distinction between heterosexual and homosexual consensual sexual acts, and are thus applicable to both.

A law is only good and just if it is consistently and equally applied and enforced. It is extraordinary that Dato’ Seri Anwar Ibrahim has been prosecuted and convicted twice, in a country that has rarely seen a prosecution and/or conviction for an offence of consensual sexual acts between adults under section 377A, read with section 377B, of the Penal Code. more

'Essentially consensual sex between two adults' diterjemahkan bermaksud 'secara asasnya seks atas kerelaan antara dua orang dewasa'.

Kata mudah, Presiden Bar Council itu mengaku Anwar Ibrahim terlibat dalam aktiviti liwat?

Kita berasa hairan kerana Wan Azizah dan Anwar Ibrahim tidak pula menafikan kenyataan Bar Council dan tidak menyaman Bar Council seperti yang sering dilakukan oleh Anwar?

Kemanakah hilangnya suara kepimpinan Pakatan pembangkang dan pencacai-pencacainya yang tidak menafikan kenyataan Presiden Bar Council itu?

Mereka setuju?


TERCAPAINYA HASRAT DAN PERJUANGAN MENDIANG KARPAL SINGH SEJAK TAHUN 1997

Pada 22 Okt 1997, Karpal Singh yang mendedahkan dalam Parlimen dia ada bukti Anwar seorang peliwat. Dalam ucapan di Federal Hotel selepas itu, Karpal Singh menyatakan dia ada bukti dan dokumen Anwar kaki liwat. Ucapan dan pendedahan Karpal itu menyebabkan ada pemimpin PAS memanggil Anwar dengan gelarana "Sheikh Anwar Al-Juburi"!

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Keputusan itu disampaikan pada jam 2.05 petang tadi. Mahkamah Persekutuan mendapati  Anwar bersalah atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan tujuh tahun lalu.

Keputusan itu disampaikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, yang mengetuai panel lima hakim Mahkamah Persekutuan, selepas membacakan keputusan selama hampir 2 jam itu. Dengan keputusan ini, Anwar gagal mengenepikan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan ke atasnya.

Peguam Anwar, Gopal Sri Ram telah meminta masa sehingga jam 1 untuk proses mitigasi.

Keputusan itu disampaikan selepas perbicaraan selama lapan hari, menjangkaui jadual asal perbicaraan selama dua hari.


Pada 9 Jan 2012, Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan itu atas alasan mahkamah tidak pasti secara 100 peratus tentang sampel yang diambil daripada mangsa bagi ujian DNA. Mahkamah memutuskan bahawa sampel itu mungkin telah diganggu atau tercemar sebelum ia sampai ke Jabatan Kimia untuk analisis.

.


 

 

Walau bagaimanapun, pada 7 Mac tahun lepas, Mahkamah Rayuan mendapati Anwar, 67, bersalah terhadap pertuduhan meliwat Mohd Saiful, 27, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Mahkamah juga mendapati Anwar gagal membuktikan dakwaannya bahawa wujud konspirasi politik dalam pertuduhan terhadapnya.

Dengan keputusan ini, Anwar, 67, boleh hilang kelayakan sebagai Anggota Parlimen (MP) Permatang Pauh mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa seorang anggota Parlimen akan hilang kelayakan jika dia dihukum penjara lebih daripada satu tahun, atau didenda lebih daripada RM2,000.



Anwar diwakili sepasukan 15 orang peguam yang diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram, yang juga bekas hakim Mahkamah Persekutuan.

Empat belas peguam yang lain ialah Ramkarpal Singh Deo, Gobind Singh Deo, Sangeet Kaur Deo, N.Surendran, R. Sivarasa, J.Leela, Latheefa Koya, Lim Khim Choon, Eric Paulsen, Michelle Yesudas, Shahid Adli Kamaruddin, Zaleha Al-Hayat, Jeremy Vinesh Anthony dan Mohamed Aliff Bolkin.

Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan itu. Beliau dibantu Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.

Ini merupakan kes liwat kedua terhadap Anwar.   

Ketua Hakim Negara yang mengetuai panel Hakim Mahkamah Persekutuan hanya mengesahkan kesalahan yang dipertuduhkan. Kalau Anwar tidak menyertai Pakatan Rakyat, proses hukuman telah dilaksanakan telah selesai sebaik sahaja dia dipecat dalam tahun 1998 kerana bukti-bukti sahih yang ada dalam simpanan mendiang Karpal Singh lazimnya amat sukar untuk dipertikaikan oleh Hakim yang paling adil di Malaysia.



Menurut Hansard Parlimen bertarikh 6 Oktober 1997, Karpal pernah bertanya soalan ringkas, soalan No 29 : Sejauh manakah perkembangan siasatan polis berkenaan dengan satu laporan yang dibuat oleh salah seorang pegawai Anwar di atas tuduhan salah laku yang dilemparkan kepadanya.

Hansard Parlimen bertarikh 22 Oktober 1997, Karpal mencabar Anwar tampil membuat penjelasan untuk membersihkan namanya berkaitan dengan surat salah lakunya :
Baru-baru ini,  Yang Amat Berhormat, Timbalan Perdana Menteri pun ada beberapa tuduhan yang dibuat oleh dua orang, seorang adalah pemandu kereta (Azizan Abu Bakar) Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, kalau saya tidak silap, dan seorang lagi adik kepada political secretary beliau (Ummi Hafilda Ali). Kedua-dua mereka telah berjumpa saya dalam bulan Ogos (1997), berjumpa kerana nyawa mereka dalam membahaya.

Mereka jumpa saya menyatakan apa yang terjadi dan apa yang telah dilafazkan oleh kedua-dua mereka ini merupakan isi kandungan dalam dua surat yang dihantar kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri.

Tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh kedua-dua ini adalah serius terhadap maruah seorang pemimpin dalam negara ini, ‘bad warning’,  kerana Yang Amat Berhormat,  Timbalan Perdana Menteri adalah bakal Perdana Menteri bagi negara ini. Oleh itu, tidak ada pilihan lain kecuali satu pilihan iaitu membersihkan namanya.

Jika itu, bukan surat layang, biasanya perkara-perkara seperti ini,  berlaku dalam surat layang. Tetapi dalam hal ini, kedua-dua surat ini ditandatangani oleh orang-orang tertentu, orang-orang yang telah diberkas oleh polis. (Ummi Hafilda dan Azizan Abu Bakar)

Jika tidak ada apa-apa asas, dan yang ditulis dalam surat itu tidak ada benar dalam pertuduhan ini, terdapat peruntukan dalam undang-undang khasnya Kanun Keseksaan Seksyen 500-Defamation.

Jika seorang membuat fitnah yang serius, itu menjadi kesalahan, seseorang itu boleh didakwa dalam mahkamah, disabitkan dan dipenjarakan.

Kenapa Yang Amat Berhormat, Timbalan Perdana Menteri memilih cara itu. Beliau membuat satu laporan polis, apa yang telah dibuat baru-baru ini adalah satu laporan polis daripada pejabat Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Kenapa Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sendiri tidak membuat laporan polis.
Hansard Parlimen bertarikh 18 Disember 1997 pula, merekodkan nada Karpal lebih keras dengan mendedahkan isu kandungan pengakuan bersumpah Azizan Abu Bakar yang mengaku diliwat serta mendesak Azizan dipanggil di parlimen membuktikan kata-katanya benar.

Ini adalah satu perkara yang telah saya bangkitkan dalam dewan yang mulia ini pada 22 Oktober tahun ini. Ini mengenai dua surat yang ditulis kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Satunya adalah ini, Tuan Speaker, jika saya boleh baca, ‘Pengakuan Bersumpah oleh seorang, Azizan Bin Abu Bakar.’ Pada 22 Oktober, Bolehkan Peguam Negara mengambil tindakan terhadap perkara ini. Pertama, mendakwa orang yang menulis surat ini jika surat ini tidak benar. Bolehkan Timbalan Perdana Menteri membiarkan dakwaan serius seperti dalam surat bersumpah berlaku ?

Butir-butir surat sumpah ini dan saya  merayu kepada Timbalan Perdana Menteri untuk mengambil tindakan. Apa yang beliau (Anwar) jawab adalah perkara ini  dalam tangan Peguam Negara.

Tuan Speaker, hari ini adalah hari terakhir persidangan dewan ini. Sampai sekarang tidak ada apa-apa penjelasan daripada Peguam Negara. Tohmahan yang dibuat ke atas Timbalan Perdana Menteri adalah serius, saya baca bukan semua bahagian, tetapi apa yang penting di sini:

‘Pengakuan Bersumpah Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasih. Saya Azizan bin Abu Bakar dengan ini membuat pengakuan bersumpah bahawa saya telah menjadi mangsa hubungan sejenis yakni homoseksual dengan Anwar bin Ibrahim yang kini memangku jawatan Timbalan Perdana Menteri, perbuatan terkutuk ini telah dilakukan untuk beberapa kali sekitar tahun 1992 tanpa kerelaan saya. Ianya kerap berlaku di hotel-hotel mewah seperti PJ Hilton, Hyatt Saujana dan Holiday Villa tanpa pengetahuan umum dan isterinya. Buat makluman, saya merupakan bekas pemandu peribadi kepada isterinya Datin Seri Wan Azizah…

Apa yang saya bangkitkan hari ini, sampai hari ini tidak ada keputusan daripada Peguam Negara. Kenapa?

Buktikan saya boleh panggil orang ini, Azizan Abu Bakar ke dewan ini….

anwarFINALFA

An open letter to Anwar Ibrahim
February 11, 2015
Not so much a Hero but a failed Martyr
By Iskandar M

Dear Anwar,
For how long can one hope to ride on the glory of days gone by?

For how long did you hope that the voice of the rakyat would be sufficient to pressure the judiciary into releasing you?

Justice does not work that way.

The courts have given you sufficient opportunities to lead evidence, make statements and raise other issues.

You should stop protesting your innocence, since in reality your silence projects an admission of guilt.

This was not, as you claim, a ‘foul charge’. Neither was it a ‘complete fabrication”. Nor a “political conspiracy’ designed to end your political career. You ended your career all by yourself.
Let’s face it. The rakyat has long known the sham that is Anwar.

The record shows that your defence had requested a postponement of your case more than 70 times.
When the Prosecution’s appeal against your acquittal came up before the Court of Appeal, the appeal was postponed more than five times because of several applications which you filed.

Despite this, today, you still have the cheek to accuse the judges of not having given any ‘proper consideration to the case’.

Despite your claim to the contrary, the release of a full written statement by the Prime Minister’s Office (PMO) within minutes of the Court’s decision is nothing unusual and does not allude to any type of conspiracy against you. Any diligent journalist, anticipating that a decision of this magnitude may go either way, would be prepared with alternative ways to report it. Surely, the PMO is capable of doing the same.

Please do not moralize about integrity. You, Anwar Ibrahim, are no paragon of virtue.

The truth is this, Anwar Ibrahim. You failed to defend yourself because:
  • You refused to take the stand to testify. If you did, you could have by your testimony raised a reasonable doubt in the prosecution’s case. The prosecution would never have been able to bulldoze its case through and you would have been acquitted. Your silence can only be taken as an admission of guilt.
  • Instead of taking the stand you chose to give your statement from the dock, which is worthless testimony because it is neither admissible in evidence nor can be tested by cross-examination.
  • You hardly adduced any evidence to displace the prosecution’s evidence that suggested that you did in fact commit the act of sodomy. In particular, you failed to challenge Saiful’s testimony to show that he was lying. Also, crucially, your claim that the DNA evidence against you was unreliable and inadmissible fell far short of the mark.
  • In a feeble attempt to find strength in numbers, you amassed a team of 15 legal experts. Yet, despite their qualifications and undoubted experience, they failed to focus on the charge, the evidence led by the prosecution or the soundness of the earlier decisions. Instead they went merrily around the mulberry bush, suggesting that even they may not have been privy to the whole truth.
  • Their initial argument was that you could not possibly have sodomised Saiful because you were never alone with him. It was claimed that there were 13 witnesses who could corroborate that fact. Unfortunately, that argument fell apart when it was revealed that there were CCTV recordings of movements in and out of the condominium which would have contradicted this. Their clear change of strategy in midstream speaks for itself.
  • In short, your team was incapacitated by you yourself. Your conviction has nothing to do with conspiracies or re-determined judgments. You only have yourself to blame. Instead of focusing on the case at hand, you sought to capitalise on political issues and cried all kinds of bizarre conspiracies both inside and outside the courtroom via intense media campaigns.
Anwar Ibrahim, the painful truth is this. Your promises were all empty and hollow.
Today, the real losers are your family members. They have suffered because of you, and will forever pay the price.
You sought “hero” status for yourself. You, unfortunately, are nothing more than a failed martyr.

Your story, Anwar Ibrahim, is a dream gone awry because it has never been about the rakyat or Malaysia or your family. It has always been, and will forever be, about you.
I trust you will reflect on the above and finally come to terms with it.

Iskandar Mohamad is an FMT reader
.http://www.freemalaysiatoday.com/category/highlight/2015/02/11/an-open-letter-to-anwar-ibrahim-3/





dari....RAKYAT POST



PUBLISHED: Feb 25, 2015 06:00pm

‘Conspiracy? What conspiracy?’

There’s even a duty roster to hold candles in front of the Sungai Buloh prison where Datuk Seri Anwar Ibrahim is serving his five-year sentence for sodomy. The letter writer says PKR is making this the core agenda of the party and asks whether this is the best the PKR leaders can do for the rakyat.

I AM not a legal expert. I am a simple man on the street, but just like everyone else, I too have something to say with regards to Datuk Seri Anwar Ibrahim’s case and where PKR is headed to.

It is time that PKR leaders, members and us supporters woke up from our dream. The party is headless, directionless and confusing. The communications strategy has been poor, stale and people are not buying it.

We are recycling the conspiracy theories that Umno and Prime Minister Datuk Seri Najib Razak plotted against Anwar and Pakatan Rakyat.

There’s even a duty roster to hold candles in front of the Sungai Buloh prison! And we are making this the core agenda of PKR!

Seriously, is this the best that party vice-president Nurul Izzah Anwar, PKR secretary-general Rafizi Ramli and PKR Youth chief Nik Nazmi Nik Ahmad can do?

Sure, former Anwar aide Mohd Saiful Bukhari Azlan was pictured with Khairil Annas, Najib’s officer when he was Deputy Prime Minister. But that doesn’t mean anything.

If there was a conspiracy, why write it with the Deputy PM and not the then PM? If there was a conspiracy, do you think that the conspirators will happily take a photo and upload it on Instagram or Facebook for all to see, hammer and shout at?

There are photos of Anwar having tea with Najib. Do they mean something?

The brother of PKR strongman and former secretary-general Datuk Saifuddin Nasution is Shahlan Ismail. He was Najib’s political secretary a few years ago and now he is the strategic director. Does that mean anything?

There have been several friendly tweets exchanged between BN’s Khairy Jamaluddin and PKR deputy president Mohamed Azmin Ali. Does that mean anything?

Recently, there were articles about a meeting between senior PAS leaders and PKR leaders with Umno’s strongman Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Does that mean anything?

This was even more dangerous. A meeting between “sworn enemies” with no pictures and without public knowledge has a higher degree of conspiracy than Saiful’s publicly flashed pictures, guys.

People know. People understand. If Umno wants to conspire or plot against Anwar or Pakatan Rakyat, there are so many other ways instead of a Sodomy 2 “script”.

If it was a conspiracy, how did the conspirators obtain the semen samples?

We are talking about semen and not saliva that you can take from cups that you drank water from, not skin or hair from towels which you just used to wipe dry.

If it was a conspiracy, how did the script stay intact? We are talking about the Attorney-General’s Chambers, the police, the Chemistry Department, the judiciary and a lot more people.

We are talking about thousands who were involved in this case, whether directly or indirectly, from constables to the Inspector-General of Police, from secretaries and law clerks to public prosecutors and lawyers, from lab assistants to the chief chemist, from nurses to medical doctors and hospital directors.

The people are just not buying it.

The crowd in Sungai Buloh went from about 300 on the first day to fewer than 100, including journalists now. And has anyone seen Politweet’s analysis? Only 37% do not support or do not accept the verdict.

Wake up my friends. Where are you, my deputy president? Please don’t stay silent any more.

We need a new leader for PKR. Fight for us, the rakyat, not just for one man! Bring the rakyat agenda back in PKR and Pakatan Rakyat!

SARVIN CHANDRAN
Kuala Lumpur
Read more: http://www.therakyatpost.com/letters-from-the-rakyat/2015/02/25/conspiracy-what-conspiracy/#ixzz3SuZ03kab





SAYA dan SEMUA ORANG (ATAU TIDAK SEMUA) TIDAK SUKA ANWAR MENERIMA HUKUMAN INI. TIDAK SUKA ANWAR MENERIMA AIB INI. TIDAK SUKA KELUARGA ANWAR MENERIMA DUGAAN INI. TIDAK SUKA ANWAR KENA ITU DAN KENA INI.

TAPI

SAYA dan SEMUA ORANG (ATAU TIDAK SEMUA) TIDAK SUKA ANWAR BUAT KERJA GILA, MENGHINA ORANG LAIN, MEMBURUKKAN NAMA MALAYSIA DI LUAR NEGARA, MEMUTAR BELIT FAKTA DAN MEMESONGKAN FIKIRAN RAKYAT, MENGGUNAKAN AGAMA UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI DAN PELBAGAI TINDAKANNYA YANG DIANGGAP SEPERTI TIDAK SIUMAN. JUGA KETURUNAN ANWAR MENERUSKAN KERJA GILA

Saya pun pernah jadi demonstrator jalanan dan pentasan melawan Kerajaan
Saya pun pernah masuk, keluar dan masuk UMNO
Saya pun pernah melawan PM
Saya pun berjuang untuk rakyat Malaysia
Sepanjang tempoh 22 tahun menjadi PM, saya telah membuat beribu-ribu keputusan berkaitan dasar negara, ekonomi negara, strategi dan operasi BN/UMNO, melantik beratus-ratus orang menjadi Menteri, Timbalan Menteri dan jawatan utama Kerajaan,
Dalam membuat ribuan keputusan penting itu, saya banyak kali membuat kesilapan.
TAPI, kesilapan yang paling besar ke atas bangsa Melayu dan negara Malaysia yang saya sendiri tidak dapat memaafkan diri saya saya sendiri ialah membawa Anwar masuk UMNO dan mempercayai dia sehingga dia mencapai tahap jawatan TPM.

No comments:

Post a Comment