Monday, March 2, 2015

M 122 JANGAN JOLOK JOHOR (3J)

"NIZAR MAIN API"
.
Mutakhir ini, banyak individu yang menggunalan laman blog untuk meraih popularity, cuba menjadi hero marhaen, mendedahkan keaiban orang di sana sini khususnya 'orang politik', merosakkan hubungan kekeluargaan, malah yang lebih dikhuatiri menjatuhkan martabat atau maruah bangsa dan agama sendiri.  Seolah-olah yang menyingkap itu seorang yang maasum dan punya kiramah, suci dari segala dosa dan kesalahan.
Kalau sentuh-sentuh, sindir-sindir tu ok la juga, tapi kalau dan singkap kain, londeh seluar, lepas tu mengangkat diri sendiri, aku la hero, aku buat itu ini, aku tahu semua itu dan ini, membacanya pun naik jijik dan meluat (disgusted).
Inilah 'lahanat'nya kaum yang lupa diri dengan nikmat Allah apabila diberi kemakmuran, kekayaan dan keamanan.  Generasi yang terlalu complacent. Tau nak berontak.  Orang Tunisia, Masir dan Libya jatuhkan pemimpin dia pun nak buat sama, orang Arab buat DEMO, Melayu pun buat demo. Kita lihat saja di Masir.  Baru berapa hari Kerajaan Rakyat ambil alih - kononnya nak ubah diktatorship kepada islamik. Rakyat Masir sudah bangkit membantah Presiden Mohammad Mossi.  Kali ini nak mintak Menteri yang pro-islam (ikhwanul muslimin) letak jawatan. Demo lagi. Tak puas hati demo, lepas tu tak puas hati lagi, demo lagi. Itu ke yang Mat-Mat Demo ni mau??.




Image result for demonstrasi kahirah
dulu demo nak jatuhkan Hosni Mubarak. Berjaya.  Dah dapat kuasa rakyat.  Tapi, demo lagi bantah Mohamad Mossi? Demonstrasi sama dengan Demokrasi sama dengan Diamaudikerasi??

Agaknya mereka teringin sangat merasai apa yang berlaku di Bosnia Herzegovina, Somalia, Afghanistan dan beberapa negara lain yang dah berpuluh tahun asyik bertelingkah sesama bangsa (lain kroni atau klan saja).  Macam kaum Huttu dengan Tutsi di Rwanda. Seronok dan bangga kalau tentera PBB berada dalam negara kita.  Masa itu, jangankan nak menegakkan hukum islam, nak sebut perkataan islam pun tak sempat. Semua dalam keadaan survival. Adakah Melayu juga akan mengalami hal yang sama di zaman cucu cicit kita nanti. Melayu UMNO lawan Melayu PAS lawan Melayu PKR, Melayu Sarawak lawan Iban, Iban lawan Dayak, Iban lawan Melanau, Melayu Sabah lawan Kadazan-Dusun, UMNO Kelantan sembelih PAS Kelantan (dua-dua Melayu).  Jawa pukul Banjar, Banjar belasah Bugis, Bugis tebas Jawa.  Adakah kita seronok perkara ini berlaku nanti. SIAPA YANG UNTUNG?.  Hari ini kita berbalah, berentap atas nama perbezaan pendapat politik, bila segalanya sudah hancur lebur, semua yangmenganggap diri sebagai pejuang sudah tiada, hanya tinggal anak-cucu-cicit yang tak tau apa cerita, tak tau asal usul tetapi terus bermusuhan antara satu sama lain.

Huttu lawan Tutsi inilah hasilnya.

Huttu lawan Tutsi inilah hasilnya.

File:Rwandan Genocide Murambi skulls.jpg
Kalau UMNO lawan PAS lawan PKR pun begini juga akhirnya.  Siapa yang seronok?

Terbaca dalam internet mengenai komen YB Nizar Jamaludin (mantan MB Perak) yang tabah dan tak kenal jemu berusaha untuk dapat balik kerusinya yang terbalik. Nak berpolitik teruskanlah tapi janganlah melalut ke dalam kain sarung orang lain.  Mungkin niat baik, niat jihad. Tapi pandanglah jauh sikit, jangan berjihad untuk kepentingan diri sendiri sahaja. AKhirnya bangsa sendiri yang lebur. Melayu akan jadi Merayau.

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mempersoalkan kewajaran Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar membeli plat kenderaan itu dengan nilai RM520,000.
Dalam laman Twitter milik Nizar, beliau mengatakan jumlah wang yang dibayar untuk nombor plat itu sepatutnya digunakan untuk membantu rakyat melayu Johor atau pun membina 20 rumah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).
Nizar turut memperli Sultan Johor adakah plat kenderaan itu digunakan untuk diletakkan di kereta Proton atau motorsikal.
Di sini dapat dilihat, tindakan Nizar mempersoalkan Sultan Johor membeli plat kenderaan itu seolah-olah cuba dipolitikkan oleh beliau sendiri.
Dengan tiada kaitan langung, Nizar juga mengaitkan nilai bayaran plat kenderaan itu dengan harga sebentuk cincin yang dikatakan dimiliki oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, kenyataan yang dibuat oleh Nizar itu adalah tidak masuk akal dan menunjukkan dirinya cetek ilmu hinggakan sanggup membuat fitnah kepada Sultan Johor.
Malah, Nizar juga dilihat seolah-olah mempersoalkan sistem bidaan yang dibuka oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) seperti tidak telus dan tidak adil.

NEXT.......
.
NUSAJAYA: 16 Jun 2012. Sultan Johor, Sultan Ibrahim, hari ini melahirkan rasa murka terhadap bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang mengkritik tindakan baginda membida nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 menerusi blog Twitter, baru-baru ini. 

Sultan Ibrahim bertitah tindakan Mohammad Nizar itu juga adalah satu penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan negeri Johor dan baginda berharap Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang itu sedar mengenai kesilapannya. "Baru-baru ini ada pemimpin politik yang secara terang-terangan mengkritik tindakan saya membida nombor pendaftaran di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Adakah dia lupa tentang adab Melayu atau sememangnya dia seorang yang jahil dan cetek akalnya? 

"Janganlah cuba berlagak pandai jika tidak berilmu dan janganlah mengeluarkan kenyataan sesuka hati jika tidak tahu perkara yang sebenar. Bukankah berdiam diri itu lebih baik daripada berkata yang tidak baik? Kepada pemimpin seperti ini, nasihat saya, janganlah sibuk mencari kudis di kaki orang lain, sedangkan tokak di kaki sendiri tidak mampu diubati," titah baginda ketika merasmikan pembukaan penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12, di Kota Iskandar, di sini, hari ini. 


 









Sultan Ibrahim bertitah setiap tindakan yang baginda lakukan adalah mengikut cara dan jalan yang betul dan baginda berharap setiap kebajikan yang baginda lakukan tidak perlu diperbesarkan.

Sehubungan itu, baginda turut mengingatkan semua wakil rakyat dan pemimpin masyarakat supaya menjaga adab dan tingkah laku serta berhati-hati apabila membuat sesuatu kenyataan selaras dengan kata pepatah "cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar".

"Saya harap dia (Mohammad Nizar) sedar siapa diri dia dan kesilapan yang sudah dibuat. Jika dia hendak minta maaf, mintalah maaf kepada semua rakyat Johor dan bukannya kepada saya seorang sahaja.  

"Pepatah Melayu sering mengingatkan 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya'," titah baginda sambil mengucapkan terima kasih kepada anggota gabungan badan bukan kerajaan dan seluruh rakyat Johor yang memberi sokongan serta menyembah ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi.

Sementara itu, Sultan Johor bertitah baginda bersyukur kerana seluruh rakyat di negeri ini mengecapi hidup dalam suasana yang aman dan menikmati kesejahteraan yang lebih baik hasil daripada pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan berterusan.

Baginda bertitah, Johor mencapai pelaburan lebih RM2 bilion dalam suku pertama tahun ini manakala Iskandar Malaysia pula merekodkan pelaburan komited terkumpul berjumlah RM87.56 bilion untuk tempoh tahun 2006 sehingga Mac lalu.

"Lebih 30 peratus daripada nilai projek permulaan di seluruh negara yang dilaburkan di negeri ini membolehkan Johor menceburi bidang baru iaitu minyak dan gas yang sekali gus akan menjadi penjana ekonomi utama di selatan negeri ini.

Oleh itu, kerajaan perlu memastikan rakyat dilengkapi dengan kemahiran di semua peringkat termasuk profesional, teknikal dan vokasional untuk membolehkan mereka menjadi tenaga kerja di bidang-bidang baru ini," titah baginda.

Sultan Ibrahim turut mengingatkan semua pihak supaya terus mengekalkan perpaduan memandangkan ada sesetengah pihak yang berusaha untuk menggugat perpaduan rakyat demi kepentingan politik yang sempit.

Sultan Johor bertitah pihak berkenaan sanggup menabur fitnah dan menghasut rakyat untuk membenci raja serta membangkitkan isu sensitif kaum dan agama dengan tujuan untuk menimbulkan kebencian dan menghancurkan keamanan dan kemakmuran negara.

"Ingatlah bahawa perpaduan adalah asas wujudnya negara ini dan kemajuan yang kita peroleh adalah hasil daripada perpaduan yang wujud sejak dulu lagi. Namun begitu, saya percaya rakyat Johor bukanlah masyarakat yang mudah terpedaya dengan tipu helah 'musang yang berbulu ayam' ini," titah baginda. - BERNAMA
.

.

PERHIMPUNAN MEMBERI SOKONGAN MORAL KEPADA SULTAN JOHOR
Rakyat Johor bangkit apabila Sultannya dipertikai dan diusik secara terbuka (dalam laman facebook.  Walaupun belum sampai ke tahap menghina, namun tindakan Nizar mencari publisiti murah melalui facebook mengundang bala kepada dirinya.  Memang sejak terlepas dari kerusi MB Perak, Nizar membuat pelbagai skrip sandiwara untuk menarik perhatian umum.  Bermula dengan memberontak dalam Dewan Negeri Perak kerana mempertikai kuasa Speaker, menubuhkan kerajaan Pasolla di negara Pasir Berdengung di bawah pokok di bandaraya Ipoh, kemudian cuba menjadi hero demonstrasi dalam parlimen dengan membawa lilitan kepala selepas mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen dan akhir sekali menulis dalam facebooknya mempertikai Sultan Johor yang memenangi pembidaan nombor kereta: WWW 1 bernilai RM520,000.  Kononnya Sultan membazirkan duit rakyat.

Ayam sabung PAS Perak yang gila kuasa ini membuat apa sahaja untuk mencari publisiti murah. Inilah tokoh yang diharapkan oleh Parti yang kononnya berteraskan ISLAM dan ULAMAK untuk mendapat sokongan bukan Islam untuk menyokong PAS.

Kalau bukan anak Johor sendiri yang bangkit, siapa lagi.  Kalau bukan Melayu Johor yang mendukung Sultannya siapa lagi?.  Harapkan ahli politik Melayu, semuanya layu.  Kononnya mereka berjuang secara senyap, tak mahu heboh, tak mau cari publisiti.  Kalau menyalak dalam parlimen mengenai isu remeh temeh, dialah heronya.  Tapi membela Sultan Johor, apa dapat?.  Sultan tak bagi gelaran kepada wakil rakyat Johor. Mereka dapat Datuk dari Kerajaan persekutuan, Negeri Melaka dan negeri-negeri lain.  





JOHOR BHARU: 10 Jun 2012. Kira-Kira 30,000 rakyat Johor pelbagai kaum dan agama berhimpun secara aman di pekarangan Istana Pasir Pelangi bagi menyatakan sokongan dan taat setia kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Mereka membawa pelbagai sepanduk dan mula berhimpun sejak 10 pagi tadi di Sangkar Kristal, Taman Pelangi sebelum berarak sejauh satu kilometer ke Istana Pasir Pelangi, yang merupakan kediaman rasmi Sultan Johor pada jam 2 petang. Sultan Johor turut berangkat ke Himpunan Menjunjung Kasih dan Taat Setia Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor itu, yang dianjurkan Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri Johor (Gabung). Suasana di pekarangan istana yang penuh sesak bertukar menjadi emosional apabila baginda tiba-tiba menjadi sebak dan menitiskan air mata ketika menyampaikan ucapan ringkas kepada hadirin.

"Saya tidak akan melupakan hari yang amat bersejarah seperti hari ini," kata baginda sambil mengesatkan air mata dan laungan "Daulat Tuanku" rakyat yang menghadiri perhimpunan itu terus berkumandang.

Sultan Ibrahim yang berterima kasih kepada mereka yang menghadiri perhimpunan itu berkata adalah menjadi amanahnya sebagai Sultan Johor untuk menyayangi rakyat.

"Tidak ada rakyat, tiadalah raja. Raja dan rakyat berpisah tiada," katanya sambil mengingatkan seluruh rakyat negeri Johor, tanpa mengira kaum dan agama, supaya terus bersatu padu.
"Jika bersatu, kita akan kuat," titah baginda yang ditemani isteri, Raja Zarith Sofia dan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris serta kerabat diraja Johor lain.

Perhimpunan itu sebagai reaksi balas terhadap kenyataan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menerusi laman Twitter mengenai bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor. Terdahulu, baginda menerima lafaz ikrar taat setia wakil Gabung Ahmad Tarmizi Yusof serta kunjungan hormat 14 wakil NGO Johor yang menghadiri perhimpunan itu. - BERNAMA

 
 
 
Tuanku Sultan sebak ketika memberikan titah pendek mengucapkan terima kasih kepada rakyat.  



Siapa yang kempen untuk menghimpunkan ribuan rakyat ini? Adakah Tuanku menitahkan wakil-wakil rakyat dan DO-DO supaya mengerah hamba rakyat datang berhimpun? Ini bukan zaman sultan dalam hikayat Melayu lama.  Bila Sultan mengeluarkan titah perintah, apabila gendang dipalu, rakyat berduyun-duyun menuju istana. 
  • Yang buta datang berpimpin, atau yang buta meraba-raba;
  • Yang tempang/capik datang bertongkat, 
  • Yang tuli (pekak) leka bertanya;
  • Yang jarak tolak-tolakan;
  • Yang pendek bertinjau-tinjau;
  • Yang kurap mengekor angin atau yang kurap memikul buluh;
  • Yang pekak membakar meriam;
  • Yang lumpuh menghalau ayam;
  • Yang pekung berjemuran;
Tapi kali ini, orang yang bertanggungajwab mengumpulan rakyat Johor untuk menemui Sultan mereka ialah tidak lain dan tidak bukan; Mohammad Nizar bin Jamaludin.  Beliau volunteer menjadi MB Johor (kerana dihalau dari Perak) untuk memanggil rakyat Johor.

Dia ingat, orang Johor macam (segelintir) orang Perak yang sanggup menderhaka kepada Sultannya demi Nizar dan rakan-rakan biaDAPnya.  Sanggup berbaring ditengah jalan untuk menghalang kereta Raja Muda Perak.  Nizar lupa, PKR sanggup menggunakan gambar Sultan dalam sepanduk untuk berkempen bagi mengambil-alih Kerajaan Johor. Mereka terpaksa menggandingkan gambar Chua J M dengan gambar Sultan untuk menarik sokongan rakyat Johor. 



Ada ke Sultan lain yang nak mintak nombor spesel, ikut prosedur masuk tender JPJ?.  Baginda mengikut peraturan, ikut prosedur Kerajaan (JPJ), bertanding secara telus dengan pembida yang lain. Bukankah wang tersebut masuk dalam hasil Kerajaan, untuk dibelanjakan untuk kepentingan rakyat?  Aku pernah nampak nombor kereta milik seorang bekas Menteri bernombor W?? 1 juga. Tak tau lah dia amsuk bidaan atau terus jumpa Pengarah JPJ WP untuk dapatkan nombor tersebut.



Dari mana punca wang itu sepatutnya bukan hal dia (Nizar) untuk menyebok.  Tetapi setelah didedahkan oleh DYTM Tunku Mahkota bahawa Sultan dan keluarga tidak pernah mengambil elaun mereka sejak bertahun yang lalu. Semuanya terjawab.



Sekarang Nizar dah jadi luncai, menyanyi dan terjun dengan labu-labunya. Dah tercungap-cungap macam Fir'aun di Laut Merah baru kononnya bersedia untuk mengadap dan memohon maaf kepada Sultan Johor.  Salah dengan Sultan Perak dulu entah dah minta maaf ke belum?.
.
"UNTOLD HISTORIES OF JOHORE"



Aku mendapat blog ini dari salah seorang peminat blog aku. Aku belum habis meneliti kandungan blog   www.untoldstoriesofmalaya.blogspot.com ini, walaupun bahasanya sangat bersahaja dan informal, bercampur aduk antara Melayu, Inggeris dan bahasa pasar, ia sangat menarik.  Banyak sangat benda baru yang aku pertama kali baca mengenai Sultan Johor.  Aku harap pemilik blog ini membenarkan aku meng'copy' beberapa bahagian dalam blog beliau.  Andainya, ada orang yang terbaca blog aku dan ingin mendapatkan lebih banyak lagi 'untold stories and histories' berkenaan Sultan Johor, aku ajak sama-sama membuka dan membaca blog beliau ini.



Harapan saya agar pembaca tulisan ini dapat tambahan ilmu berkaitan kelebihan Negeri Johor dan Sultan Johor berbanding dengan negeri-negeri lain.  Sultan Johor amat terkenal dengan 'kebaratan'nya melebihi Sultan lain berhubungan dengan hubungan dengan Kerajaan British serta perkahwinan beberapa Sultan Johor dengan wanita Eropah. Namun sejarah membuktikan bahawa Johor mendahului semua negeri lain di Tanah melayu darihal pentadbiran awam, perlembagaan Negeri, pelaksanaan Undang-undang Islam, serta pembangunan infrastruktur.



Johor, ulangi Johor adalah sebuah negara merdeka mulai tahun 1855 dan antara negara terawal yang membuat hubungan diplomatik dan menghantar dutanya ke Kerajaan Uthmaniyyah (Turki) pada tahun 1886 semasa dalam pemerintahan Maharaja Abu Bakar (mengikut blog itu, nama baratnya Albert Baker). 




Image result for raja ali kelana
Raja Ali Kelana bin Raja Muhammad Yusuf



Raja Ali Kelana merupakan anak Melayu yang pertama dilantik menjadi Duta Johor ke Kerajaan Kesultanan Uthmaniyyah.  Beliau bertugas bersama Ungku Majid dan beberapa orang pegawai diplomatik lain.  Sebagai balasannya, Kerajaan uthmaniyyah juga menghantar beberapa orang pegawainya ke Johor dengan menaiki kapal 'Attaghrul' pada tahun 1894.  Kapal ini berlabuh di hadapan Istana Besar Johor sebelum meneruskan pelayaran dan tenggelam di kawasan pantai Jepun.



Sultan Kerajaan Uthmaniyyah di zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid II telah berkenan memberikan gelaran Sultan kepada Sultan Johor semasa Sultan Abu Bakar melakukan lawatan ke Turki pada tahun 1866.  Sebelum ini pemerintah Johor menggunakan gelaran Temenggung, kemudiannya Maharaja.  Hubungan rapat antara Johor-Turki ini dapat dilihat dari beberapa persamaan berikut:



Image result for bendera uthmaniyah
bendera rasmi Kesultanan Uthmaniyyah, Turki

HH The Sultan of Johor
bendera rasmi Sultan Johor



Kewujudan Majalah Al Ahkam yang diterbitkan dari 1893 hingga 1914 membuktikan Johor telah mempunyai dokumen bertulis Perundangan Syari'ah yang berlandaskan hukum-hukum yang terkandung buku Al Ahkam Al Adiliyyah yang digunakan oleh Kerajaan Uthmaniyyah.  Seperti disebut di atas, Johor telah merdeka pada tahun 1855. British hanya masuk campur tangan dalam sistem pentadbiran Johor pada tahun 1914.  Ini pun setelah berusaha bertahun-tahun, menggunakan taktik kotor memperdayakan Sultan Johor waktu itu.  British memfitnah penasihat Sultan (SUK sekarang) yang amat bijak bestari, iaitu Dato' Seri Amar DiRaja (DSAD) yang menyebabkan Sultan murka dan membuang DSAD ke England sehingga akhir hayatnya.  DSAD merupakan pegawai Kerajaan yang pintar dan enggan menerima nasihat British seperti negeri-negeri Melayu yang lain yang jatuh satu persatu ke tangan British.


Semasa Undang2 shariah ini dijalankan - semua Peguam, persuruhjaya Polis, pegawai dan kakitangannya terdiri daripada Ulamak dan orang Islam SAHAJA.. sebab tu, ramai Melayu yang kerja dgn kerajaan zaman tu di Johor.

Dalam Hikayat Johor, Hakim-hakim dan Kadi-kadi diberi kuasa menghukum pegawai kerajaan yang tidak pergi sembahyang Jumaat, dan menangkap orang islam yang berjudi dan minum arak di Kasino Wong Ah Fook. 




Johor kekal sebagai Negeri Melayu Tidak Bersekutu.  Negeri-negeri lain ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu atau 'Federated Malay States' (Perak, Selangor, Pahang dan N.Sembilan), Negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka dan Singapura) dan Negeri Tidak Bersekutu di bawah naungan Siam (Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis).

Apabila DSAD telah tiada di sisi dan menasihati baginda Sultan, akhirnya baginda termakan pujukan British untuk menerima Pegawai British sebagai Penasihat dalam pentadbiran Negeri Johor mulai 1914.  Sebelum tahun 1914, Johor mengamalkan Undang-undang Syariah.





Hubungan diplomatik Johor-Turki adalah istimewa. Sepanjang pemerintahannya, Sultan Abu Bakar telah membuat lawatan rasmi ke Turki sebanyak 3 kali iaitu tahun 1886, 1979 dan 1893. Hubungan Johor-Uthmaniyyah semakin menjadi erat apabila dalam satu lawatan rasminya ke Turki pada tahun 1893, Khalifah Uthmaniyyah telah menghadiahkan Sultan Abu Bakar  seorang wanita wanita kalangan keluarga Khalifah Turki bernama Khadijah Khanum untuk dikahwini sebagai isteri keempat baginda. Khadijah Khanum kemudiannya ditabalkan sebagai Sultanah Johor bergelar Sultanah Khadijah pada tahun 1894 sehingga baginda Sultan mangkat pada tahun 1895.  Anakanda baginda, Tunku Mahkota Ibrahim juga diberikan hadiah seorang isteri bernama Ruqaiyyah Hanim.  Perkahwinan ini adalah bagi menntukan nasab keturunan Sultan Johor adalah setaraf dengan keturunan Khalifah Uthmaniyyah.



Photobucket
almarhum Sultanah Khadijah

Masjid-masjid di Negeri Johor memulakan seruan doa untuk kesejahteraan Sultan semasa khutbah dan juga majlis-majlis rasmi mulai tahun 1895 dan ini menjadi ikutan semua negeri termasuk Kerajaan Persekutuan.  Amalan ini juga diambil dari amalan Kerajaan Uthmaniyyah, Turki.

Raja Ali Kelana, anak kepada Raja Muhammad Yusuf (Yang Di Pertuan Muda Riau ke 10) yang dipinggirkan oleh Belanda daripada manjadi Yang Di Pertuan Muda Riau telah ebrhijrah ke Johor dan kemudiannya beliau dilantik menjadi  Sheikhul Islam Johor, iaitu satu jawatan tertinggi dalam heirarki keagamaan Johor (lebih tinggi dari Mufti), satu gelaran yang juga diambil dari amalan Kerajaan uthmaniyyah.  Raja Ali Kelana kemudiannya dilantik menjadi Duta Sultan Johor ke Turki pada tahun 1883, 1895, 1899 dan 1913. Beliau dihantar ke Turki untuk mendalami undang-undang Muamalah dan Syariah. Beliau meninggal dunia pada tahun 1927.

Lihat lambang kebesaran di bawah, terdapat persamaan antara lambang kebesaran Kerajaan Uthmaniyyah dengan lambang kebesaran Sultan Johor.


Image result for bendera uthmaniyah
lambang kebesaran Khalifah Uthmaniyyah


lambang kebesaran Sultan Johor



Pada tahun 1926, Sultan Johor telah menghantar Syed Hassan Al Attas dan Syed Abu Bakar Al Attas bersama 4 pegawai lai ke Turki untuk menghadiri Persidangan Khalifah.

Penubuhan dan pelaksanaan sekolah agama Johor yang mantap dan sistematik mengguna pakai sistem Maktab Uthmani di Turki.  Kitab-kitab (buku teks) sekolah agama Johor seperti Mutalaal Badrai (fiqah) adalah diterjemah dari silibus dan kitab yang sama yang diguna pakai di Maktab Uthmani.

Undang-undang Tubuh Negeri Johor disedia kan oleh Rodyk & Davidson, sebuah firma guaman British yang berkerja dengan Sultan Johor. Firma guaman ini menggunakan set undang-undang yang digunakan oleh Kesultanan Lama Riau dan Acheh seperti yang disebut dalam buku Thammarat Al Muhimmah..

Dengan tertubuhnya Undang-undang ini pada tahun 1895.. secara rasmi Agama Islam menjadi agama negeri Johor dan DAN Undang-undang  ini TIDAK BOLEH DIGUBAL, DIUBAH, DIPINDA, DIHAPUSKAN selagi ade bulan dan bintang.


.
"KEDERMAWANAN SULTAN JOHOR"

Bukan niat saya untuk mengampu bodek Sultan saya untuk mendapat pingat atau pangkat Dato'.  Bukan untuk membuat publisiti atau membuat promosi menaikkan nama Sultan saya.  Baginda sudah ada apa yang baginda sekeluarga impikan dan apa juga yang kita impikan tetapi tak mungkin tercapai.

Baginda Sultan Johor sekeluarga sejak zaman almarhum Sultan Abu Bakar memanng terkenal dengan kekayaannya dan kedermawannya.  Sebagai pembuka dan pemoden Negeri Johor, Sultan Abu Bakar memiliki seluruh negeri Johor.  Tanpa kebijaksanaan ayahandanya Temenggung Ibrahim, mungkin Johor akan hanyut ke tangan Stamford Raffles lebih awal dari negeri Melayu yang lain.  Semasa Raja-Raja Melayu yang lain dilambung kemewahan 'zaman purbawara' dengan istananya, gundeknya, kereta kudanya, pakaian baju Melayu yang labuh gelembung, memakai capal, berkeris, bertanjak dan bercapal apabila berjalan-jalan; ketika itu Sultan Johor telah mempunyai pakaian seragam 'ala-tentera ala-Turki ala-barat' yang amat kemas, tampan dan segak.

Sultan Johor telah berulang alik ke United Kingdom dan memiliki harta di London.  Mampu memberikan derma bernilai berjuta ringgit.

Nizar kata, Sultan Johor menghabiskan wang rakyat hanya untuk membeli nombor pendaftaran WWW 1.  Sultan Johor dah kata, orang ini adalah jenis jahil dan cetek akalnya. Lulus ijazah Kejuruteraan, tak cukup jadi ADUN, nak jadi MP tapi masih sibuk menyelak kain dans eluar orang mencari kudis di kaki orang.  Tokak sendiri bernanah meleleh dia tak ambil kira.


Pada 12 Okt 2010, Sultan Ibrahim mendermakan 8 buah Harley Davidson (baru bukan second hand) dan 9 buah Holden Super Cars untuk kegunaan PDRM bernilai RM5.5 juta!


Sultan Ibrahim donates escort vehicles to police



KUALA LUMPUR: The Sultan of Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar has donated 19 vehicles to the Royal Malaysian Police Force worth a total of RM5.5mil.
The vehicles comprising nine Australian made Holden Commodore cars, two Proton Perdanas and eight Harley Davidson 1700cc motorcycles will be used as escort vehicles for the Johor Sultan and members of his royal family.
Sultan Ibrahim presented the donation at a function held at Bukit Aman yesterday, which was attended by Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
He later sprinkled some “tepung tawar” to bless the vehicles.


Power machine: Traffic police from the Johor Contingent riding Harley Davidson motorcycles   during the handover ceremony in Bukit Ama
It is learnt that the Holdens which are used by the Australian police force are worth an estimated RM400,000 each.
The 3.0 direct injection cars can achieve a top speed of 260km per hour and are fitted with standard police radios and sirens.
The motorcycles and cars also carry emblems to show that they are for the use of Johor royalty.
The vehicles would be housed at the Johor police headquarters and the maintenance and repair costs would be borne by the police.

Melalui komunikasi saya dengan DYMM Tuanku Raja Zarith Sofiah dalam facebook, banyak lagi infak yang baginda Sultan keluarkan tetapi tidak diwar-warkan.  Seperti maksud hadis Nabi saw 'tangan kanan memberi tangan kiri tidak mengetahuinya'.  Kalau setiap kali derma nak tayang cheque sebab nak tunjuk kekayaaan atau anak elak cukai, itu dah lain niatnya.

Kedermawanan Sultan Johor memang sudah dimaklumi seluruh dunia sejak zaman nenda-nendanya.  Melalui laman blog 'untoldhistories', aku mendapat beberapa maklumat berikut:

Almarhum Sultan Ibrahim ibni almarhum Sultan Abu Bakar pernah mendermakan 'a  fleet of lorries (state-of-the-arts at that time) to the Fire Department of Australia in Perth.



Sebelum Peperangan Dunia II meletus pada tahun 1940, almarhum Sultan Ibrahim juga telah mendermakan 12-24 buah pesawat terbang untuk kegunaan tentera ANZAC di Malaya.  Nilai perolehan pesawat pada masa itu ialah USD764,000.  Mungkin nilai masa ini melebihi RM1 billion.

Baginda juga pernah memberi sejumlah GBP750,000 kepada Kerajaan British untuk membuat persiapan pertahananan untuk mempertahankan Singapura daro serangan tentera Jepun.




DAULAT TUANKU!

No comments:

Post a Comment