Tuesday, February 3, 2015

044 PIHAK BERKUASA TEMPATAN


  PIHAK BERKUASA TEMPATAN  

Ini pun satu ‘maklumat sejarah’ dan ‘general knowledge’ yang tak ramai orang ambil tahu, sebab tak ada kepentingan. Iaitu berkaitan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Dalam sistem perundangan Malaysia, PBT merupakan kerajaan ketiga dalam sistem pentadbiran Negara, selepas Kerajaan Persekutuan (Pusat) dan Kerajaan Negeri. PBT  merupakan pelaksana dasar di peringkat akar umbi yang secara langsung menyampaikan perkhidmatan kepada warga penduduk tempatan.
PBT merupakan sebuah pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan oleh Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) sebagai satu badan yang bertanggung jawab untuk mengurus dan mentadbir sesuatu kawasan berasaskan kepentingan tempatan.
Berdasarkan Seksyen 13, Akta tersebut, PBT ditafsirkan sebagai “mana-mana Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah, mengikut mana-mana berkenaan, dan berhubungan dengan Wilayah Persekutuan ertinya Datuk
Bandar Kuala Lumpur yang dilantik di bawah Seksyen 4 Akta
Ibu Kota Persekutuan 1960 (Akta 190).
                                                
Komposisi dalam sesebuah PBT meliputi:
  • Yang Dipertua atau Datuk Bandar; dan
  • tidak kurang daripada lapan (8) dan tidak lebih daripada dua puluh empat (24) orang Anggota Majlis lagi, yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri.
PBT pada umumnya diberikan kuasa oleh undang-undang untuk memastikan kawasan pentadbirannya berada dalam keadaan selamat dan merancang sesuatu pembangunan dalam keadaan sempurna sesuai dengan kondisi masyarakat setempat.

Pada asasnya, sistem pentadbiran Kerajaan Tempatan  dijalankan berasaskan
dua prinsip iaitu:
  • di luar bidang kuasa (ultra-vires);
  • keupayaan yang kompeten (general competence).
Oleh itu, PBT diberi tanggung jawab untuk menentukan kehidupan masyarakat tempatan berada pada tahap optimum.

Dalam melaksanakan tugas dan peranannya, PBT  perlu melaksanakan fungsi-fungsi yang ditetapkan termasuklah fungsifungsi budi bicara yang telah diberi oleh undang-undang.

Sebagai Kerajaan Ketiga yang berhubung secara  langsung dengan masyarakat setempat, PBT mempunyai peranan yang luas yang digariskan dalam undang-undang yang pelbagai dan sebagai contoh Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang menggariskan peranan Pihak Berkuasa Tempatan meliputi:
  • penyediaan kemudahan infrastruktur yang dapat menjamin keselesaan kehidupan masyarakat setempat
  • pewujudan pusat-pusat perdagangan seperti pasar, gerai-gerai dsb.
  • pengawalan ke atas kesihatan awam, kacau ganggu, keselamatan dsb.
  • pelaksanaan tanggung jawab sosial yang meliputi pembangunan tempat-tempat awam, kolam renang dsb.
Dalam menjamin peranan yang diberikan kepada PBT dapat dijalankan dengan sempurna, PBT telah diberikan kuasa untuk melaksanakan tindakan-tindakan wajar melalui beberapa undang-undang berikut:
  • Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
  • Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).
  • Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).
  • Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Akta 154).
  • Akta Makanan 1983 (Akta 281).
  • Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan undang-undang lain yang berkaitan.
ref:mbsa.gov.my

Berikut adalah nama-nama bandar di Malaysia yang telah diiktiraf sebagai bandar raya setelah memenuhi kriteria yang termaktub:
  • George Town (1 Januari 1957) - diiktiraf oleh Kerajaan British sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan (status dipertikai)
  • Kuala Lumpur (1 Februari 1972)
  • Ipoh (27 Mei  1988)
  • Kuching Utara (1 Ogos 1988)
  • Kuching Selatan (1 Ogos 1988)
  • Johor Bahru (1 Januari 1994) dikenali sebagai Bandaraya Gerbang Selatan
  • Kota Kinabalu (2 Februari 2000)
  • Shah Alam (10 Oktober 2000)
  • Melaka (15 April 2003) - dikenali sebagai Melaka Bandaraya Bersejarah.
  • Alor Setar (21 Disember 2003)
  • Miri (20 Mei 2005) - dikenali sebagai Bandaraya Peranginan.
  • Petaling Jaya (20 Jun 2006) - dikenali sebagai Bandaraya Satelit.
  • Kuala Terengganu (1 Jan 2008) dikenali sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Pantai.
SENARAI BERKUASA TEMPATAN MENGIKUT NEGERI

JOHOR DARUL TAAZIM

Bandaraya
  • Majlis Bandaraya Johor Bahru
Majlis Perbandaran
  • Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (meliputi pekan Gelang Patah, Tampoi, Seelong)
  • Majlis Perbandaran Muar (meliputi Bandar Maharani dan pekan-pekan Parit Jawa, Parit Bakar, Sg Balang, Kesang, Serom)
  • Majlis Perbandaran Batu Pahat (meliputi Bandar Penggaram dan pekan-pekan Senggarang, Seri Gading, Semerah)
  • Majlis Perbandaran Kluang (meliputi bandar Kluang dan pekan Rengam, Mengkibul, Paloh dan Kahang).
  • Majlis Perbandaran Kulai (meliputi bandar Kulaijaya dan pekan-pekan Sedenak, Senai, Bukit Besar dan Bukit Batu)
jj

Majlis Daerah
  • Majlis Daerah Segamat (bandar Segamat, Jementah, Batu Anam, Gemas, Air Panas)
  • Majlis Daerah Labis (meliputi pekan-pekan Labis, Bekok, Chaah)
  • Majlis Daerah Kota Tinggi (meliputi Kota Tinggi, Pengerang, Teluk Ramunia, Mawai)
  • Majlis Daerah Mersing (meliputi Mersing, Endau, Jemaluang)
  • Majlis Daerah Pontian (meliputi Pontian Kecil, Pontian Besar, Benut, Permas, Kukup, Sanglang)
  • Majlis Daerah Tangkak (meliputi Tangkak, Sagil, Lenga)
  • Majlis Daerah Yong Peng (meliputi Yong Peng, Air Hitam, Parit Raja, Parit Yaani, Seri Medan, Parit Sulong)
  • Majlis Daerah Simpang Renggam (meliputi Macap, Layang-layang, Rengam, Paloh)
  • Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang (PBT Khas)
  • Pihak Berkuasa Tempatan Bandar Penawar (PBT Khas)
MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU

Bandaraya Johor Bahru

Johor Bahru (JB) ialah nama ibu negeri Johor dan juga nama daerah metropolitan yang terletaknya di selatan  Semenanjong. Sebagai bandar raya, ia berupa yang kedua terbesar dalam Malaysia, iaitu selepas KL. Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) merangkumi kawasan seluas 220 km persegi merupakan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang diberi kuasa di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) untuk memberikan perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran kepada penduduk bandar raya Johor bahru.

Sejarah Majlis Bandaraya Johor Bahru bermula pada 1910 apabila Lembaga Bandaran ditubuhkan, seterusnya dinaikkan ke taraf Majlis Bandaran pada tahun 1952, Majlis Perbandaran pada 1 April 1977, diikuti dengan Majlis Bandaraya 1 Januari 1994 setelah Johor Bahru dianugerah taraf bandaraya pada tarikh tersebut.

Dengan jumlah penduduk sebanyak 500,000 di kawasan bandar raya dan lebih kurang 1.5 juta di daerah metropolitan, Johor Bahru merupakan satu pusat perindustrian, perdagangan dan pelancongan yang utama. Pelancongan adalah penyumbang yang besar dalam ekonomi Johor Bahru yang mana 60% daripada pelancong-pelancong yang melawati Malaysia setiap tahun bermasuk melalui negara Singapura. Walaubagaimanapun, perkembangan perindustrian di Johor Bahru yang begitu pesat telah menjadikannya sebagai salah satu pusat perindustrian yang terbesar di negara.

Tanjung Puteri, adalah nama asal Johor Bahru, diasaskan pada tahun 1855 oleh Temenggong Daeng Ibrahim, bapa kepada Sultan Abu Bakar, seorang Sultan yang amat dikenangi. Pada permulaannya, ia merupakan sebuah kampung nelayan Melayu. Sultan Abu Bakar menamakannya sebagai "Johor Bahru" sewaktu baginda mengisytiharkannya sebagai ibu kota kerajaan pada tahun 1866, susulan daripada peralihan pusat kerajaannya dari  Teluk Belanga di Singapura. Sebahagian besar daripada kemakmuran Johor pada hari ini berula dari kejayaan Sultan Abu Bakar memujukkan pengusaha-pengusaha British dan China untuk melabur dalam bidang pertanian di Johor. Sultan Abu Bakar menunjukkan kecenderungan yang tergiat dalam perancangan bandar dan daerah. Kejayaan Sultan Abu Bakar turut dibantu oleh pegawai-pegawai kanan Melayu yang berbijak, cekap dan berwibawa seperti Dato Seri Amar DiRaja, Dato Bentara Luar, Dato Bentara Dalam dan Dato Penggawa Barat.

MELAKA

Bandaraya
  • Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
  • Majlis Perbandaran
Majlis Perbandaran
  • Majlis Perbandaran Alor Gajah
  • Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya
  • Majlis Perbandaran Jasin

MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH

Sejarah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah lahir bersama sejarahMelaka. Walaupun Melaka telah melalui zaman jatuh bangunnya, Perbandaran Melaka terus wujud. Pada 1824, Perbandaran Melaka dinamakan sebagai "The Town and The Fort of Malacca", ditadbir oleh "Comittee of Assessors" di bawah Kerajaan Inggeris. Pada 1848, East India Act XIX, telah menekankan supaya diwujudkan "Jawatankuasa Municipal" bagi menggantikan " The Committee of Assessors". Akta ini memperuntukkan lima orang Ahli Majlis yang diketuai oleh seorang "Resident Counsillor" dan dikenali sebagai Pesuruhjaya Perbandaran.

Akta East India XXVII 1856 telah memberi kuasa kepada Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Perbandaran menjadi pemegang amanah dan boleh mendakwa dan didakwa. Pada 1.1.1887 Ordinan Perbandaran Negeri-negeri Selat telah meluluskan sempadan Perbandaran seluas 1.4 batu persegi dan diperluaskan kepada 4.2 batu persegi pada tahun 1930 di bawah Akta 133 Tahun 1913.

Pada 1 Jan 1977 melalui kuasa Akta 171(1976) kawasan Perbandaran Kota Melaka telah dicantumkan dengan Majlis Perbandaran Melaka dengan kawasan bidang tadbir seluas 114.7 batu persegi (303 km persegi).  Pada tarikh 15 Apr 2003, MPMBB telah dinaiktaraf kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

 

Melaka Bandaraya Bersejarah

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Majlis Bandaraya
  •  Tiada
Majlis Perbandaran
  • Majlis Perbandaran Seremban
  • Majlis Perbandaran Port Dickson
  • Majlis Perbandaran Nilai   
Majlis Daerah
  • Majlis Daerah Rembau
  • Majlis Daerah Tampin
  • Majlis Daerah Kuala Pilah
  • Majlis Daerah Jelebu
  • Majlis Daerah Jempol

SELANGOR DARUL EHSAN

Majlis Bandaraya
  • Majlis Bandaraya Shah Alam
  • Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Majlis Perbandaran
  • Majlis Perbandaran Klang
  • Majlis Perbandaran Ampang Jaya
  • Majlis Perbandaran Subang Jaya
  • Majlis Perbandaran Selayang
  • Majlis Perbandaran Kajang
  • Majlis Perbandaran Sepang
Majlis Daerah
  • Hulu Langat
  • Sabak Bernam
  • hulu Selangor
  • Kuala Langat
MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

Bandar raya Shah Alam merupakan ibu negeri Selangor. Ia terletak kira-kira 25 km di barat KL. Shah Alam pada suatu ketika dahulu adalah sebuah ladang kelapa sawit dan dikenali sebagai Sungai Renggam. Di dalam peta Malaysia sebelum mencapai kemerdekaan, Shah Alam dirujuk dengan nama Batu Tiga. Shah Alam dibuka pada tahun 1963 untuk dijadikan pusat pentadbiran Selangor setelah KL dijadikan Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974. Pada 7 Disember 1978, atas perkenan DYMM Sultan Selangor, Shah Alam diistiharkan sebagai ibu negeri Selangor. Nama Shah Alam sendiri adalah pilihan dan perkenan Baginda.

Keluasan Shah Alam pada ketika itu adalah 41.69 km persegi. Pada 1 Januari 1997, Shah Alam diperluaskan kepada 290.3 km persegi (Pelan Warta 197). Ibu negeri Selangor, negeri termaju di Malaysia ini mendapat kenaikan taraf bandaraya pada 10 Oktober 2000.


Bandaraya Shah Alam
Bandaraya Petaling Jaya

PERAK DARUL RIDZUAN

Majlis Bandaraya
  •  Majlis Bandaraya Ipoh
Majlis Perbandaran
  • Majlis Perbandaran Taiping.
  • Majlis Perbandaran Manjong
  • Majlis Perbandaran Telok Intan
  • Majlis Perbandaran Kuala Kangsar
Majlis Daerah
  • Majlis Daerah Gerik
  • Majlis Daerah Selama
  • Majlis Daerah Kerian
  • Majlis Daerah Kinta Barat
  • Majlis Daerah Kinta Selatan
  • Majlis Daerah Lenggong
  • Majlis Daerah Pengkalan Hulu
  • Majlis Daerah Perak Tengah
  • Majlis Daerah Tapah
  • Majlis Daerah Tanjung Malim

MAJLIS BANDARAYA IPOH

Ipoh ialah sebuah bandar raya yang terletak dalam daerah Kinta, dan merupakan ibu negeri dan pusat pentadbiran buat Perak Darul Redzuan. Bandar raya yang terletak kira-kira 200km ke utara KL merupakan bandar raya keempat terbesar di Malaysia selepas KL, George Town dan Johor Bahru. 

Pada 1 Jan 1980 Majlis Bandaran Ipoh dinaik taraf kepada Majlis Perbandaran dan pada
12 Mei 1988 Ipoh diisytiharkan sebagai bandar raya.  Pada tahun 1991, penduduk MBI (Majlis Bandaraya Ipoh) seramai 382,633 orang dengan Keluasan 134.7 km persegi. MBI adalah nadi penggerak pembangunan di Ipoh.

Terdapat 8 kawasan di bawah pentadbiran MBI iaitu pekan Chemor, Simpang Pulai, Lahat, Jelapang, Tanjung Rambutan,  Kg Kepayang, Tambun dan Manjoi.

Bandaraya Ipoh


PULAU PINANG

Majlis Perbandaran
  • Majlis Perbandaran Pulau Pinang (Georgetown, Balik Pulau).
  • Majlis Perbandaran Seberang Perai (meliputi Butterworth, Bukit Mertajam, Nibong Tebal, Sg Bakap, Kepala Batas, Jejawi, Permatang Pauh)
George Town telah diberikan status bandaraya pada 1 Januari 1957 oleh Queen Elizabeth II (sebelum kemerdekaan). Walau bagaimanapun, dalam proses penstrukturan semula pada 1976, Majlis Bandaraya George Town telah digabungkan dengan Majlis Daerah Pulau Pinang menjadi Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Oleh itu, walaupun status bandar raya tidak ditarik balik secara rasmi (melalui pindaan undang-undang), kedua-dua kerajaan persekutuan dan negeri beranggapan bahawa George Town bukanlah sebuah bandaraya. Ini dibantah keras oleh penduduknya.

KEDAH DARULAMAN

Majlis Bandaraya
  • Majlis Bandaraya Alor Star
Majlis Perbandaran
  • Majlis Perbandaran Sungai Petani
  • Majlis Perbandaran Kulim
  • Majlis Perbandaran Langkawi
Majlis Daerah
  • Majlis Daerah Baling
  • Majlis Daerah Sik 
  • Majlis Daerah Kubang Pasu
  • Majlis Daerah Yan
  • Majlis Daerah Pendang
  • Majlis Daerah Pokok Sena
  • Majlis Daerah Bandar Baharu
  • Majlis Daerah Padang Terap
  • PBT Khas - Kawasan HiTech Kulim

MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR

Alor Setar merupakan ibu negeri Kedah. Tempat kelahiran Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra  yang merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Alor Setar adalah cantuman dari kata ‘Alor’ dan ’Star’. Star adalah nama sejenis pohon, buahnya apabila masak berwarna kuning kemerahan, rasanya masam-masam manis dan saiznya besar sedikit daripada buah rumbia yang termasuk dalam kumpulan pohon kundang dengan nama saintifiknya ‘Bouea macrophylla’.

Ejaan nama Alor Setar telah ditukar kepada Alor Star sempena Perisytiharan Bandar Raya Alor Star pada 21 Disember 2003.  Tetapi kemudiannya ditukar semula kepada Alor Setar.

Bandaraya Alor Setar

KELANTAN DARUL NAIM

Majlis Perbandaran
  • Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam
Majlis Daerah
  • Majlis Daerah Bachok
  • Majlis Daerah Gua Musang
  • MajlisDaerah Jeli
  • Majlis Daerah Ketereh
  • Majlis Daerah Kuala Kerai Utara
  • Majlis Daerah Kuala kerai Selatan
  • Majlis Daerah Pasir Mas
  • Majlis Daerah Machang
  • Majlis Daerah Pasir Putih
  • Majlis Daerah Tanah Merah
  • Majlis Daerah Tumpat

TERENGGANU DARUL IMAN

Majlis Bandaraya
  •  Majlis Bandaraya Kuala Terengganu
Majlis Perbandaran

  • Majlis Perbandaran Kemaman
Majlis Daerah

  • Majlis Daerah Besut
  • Majlis Daerah Hulu Terengganu
  • Majlis Daerah Marang
  • Majlis Daerah Dungun
MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU

Kuala Terengganu ialah ibu negeri dan juga Bandar Diraja negeri Terengganu. Kuala Terengganu telah diiktiraf sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air dan menjadi Bandar raya pada 1 Januari  2008. Bandar raya ini mempunyai jumlah penduduk melebihi 400,000. Namanya bererti muara Sg Terengganu. Kuala Terengganu merupakan antara bandar pelancongan popular dan hotelnya mencatatkan kadar penginapan yang tinggi sepanjang tahun.

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu merupakan sebuah pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab mentadbir seluruh Kuala Terengganu dan sekitarnya. Bandar Kuala Terengganu dikatakan bermula sebagai pusat perniagaan dan pengumpulan hasil semenjak zaman berzaman. Penduduk di sepanjang Sg Terengganu membawa hasil pertanian dan hutan melalui jalan sungai, manakala para nelayan menukarkan hasil tangkapan mereka. Kawasan perniagaan utama di Kuala Terengganu terletak di Jalan Kampung Cina, Jalan Banggol dan Tanjong.

Bandaraya Kuala Terengganu

PAHANG DARUL MAKMUR

Majlis Perbandaran
  • Majlis Perbandaran Kuantan
  • Majlis Perbandaran Temerloh
  • Majlis Perbandaran Bentong
Majlis Daerah
  • Majlis Daerah Lipis
  • Majlis Daerah Rompin
  • Majlis Daerah Maran
  • Majlis Daerah Raub
  • Majlis Daerah Jerantut
  • Majlis Daerah Bera
  • Majlis Daerah Cameron Highlands
  • Majlis Daerah Kuala Lipis

PERLIS DARULSUNNAH

Majlis Perbandaran

  • Majlis Perbandaran Kangar

SABAH

Majlis Bandaraya

  • Majlis Bandaraya Kota Kinabalu
Majlis Perbandaran

  • Majlis Perbandaran Sandakan
  • Majlis Perbandaran Tawau
  • Lembaga Bandaran Kudat
Majlis Daerah

  • Majlis Daerah Beaufort
  • Majlis Daerah Beluran
  • Majlis Daerah Keningau
  • Majlis Daerah Kinabatangan
  • Majlis Daerah Kota Belud
  • Majlis Daerah Kota Marudu
  • Majlis Daerah Kota Penyu
  • Majlis Daerah Kunak
  • Majlis Daerah Lahad Datu
  • Majlis Daerah Nabawan
  • Majlis Daerah Papar
  • Majlis Daerah Penampang
  • Majlis Daerah Ranau
  • Majlis Daerah Semporna
  • Majlis Daerah Sipitang
  • Majlis Daerah Tambunan
  • Majlis Daerah Tenom
  • Majlis Daerah Tuaran
MAJLIS BANDARAYA KOTA KINABALU

Bandaraya Kota kinabalu

Kota Kinabalu (KK) ialah ibu negeri Sabah. Terletak di Residensi Pantai Barat Sabah, ia merupakan pusat perdagangan dan industri yang utama di negeri Sabah. Kota Kinabalu mencapai taraf bandaraya pada 2 Feb 2000. 

Semasa pemerintahan British, Sabah (dikenali sebagai "British North Borneo" pada waktu itu), pusat pemerintahannya Pulau Gaya. Satu peristiwa kebakaran telah melanda Pulau Gaya dan pihak British terpaksa mengalihkan pusat pemerintahan ke sebuah perkampungan nelayan di persisiran Pantai Barat Sabah. Pusat pemerintahan yang baru itu dinamakan "Api-api" sempena memperingati kejadian kebakaran di Pulau Gaya.
Api-api kemudiannya bertukar nama kepada "Jesselton" (diambil sempena nama Timbalan Pengurus Syarikat Berpiagam Borneo Utara British) dan seterusnya kepada "Kota Kinabalu" apabila Sabah mencapai  kemerdekaan dan menyertai Malaysia. 


SARAWAK

Majlis Bandaraya

  • Dewan Bandaraya Kuching Utara
  • Majlis Bandaraya Kuching Selatan
  • Majlis Bandaraya Miri
Majlis Perbandaran

  • Majlis Perbandaran Sibu
  • Majlis Perbandaran Bintulu
  • Majlis Perbandaran Padawan
Majlis Daerah

  • Majlis Daerah Bau
  • Majlis Daerah Betong
  • Majlis Daerah Dalat dan Mukah
  • Majlis Daerah Kanowit
  • Majlis Daerah Kapit
  • Majlis Daerah Lawas
  • Majlis Daerah Luar Bandar Sibu
  • Majlis Daerah Lubok Antu
  • Majlis Daerah Maradong dan Julau
  • Majlis Daerah Lundu
  • Majlis Daerah Marudi
  • Majlis Daerah Matu dan Daro
  • Majlis Daerah Samarahan
  • Majlis Daerah Saratok
  • Majlis Daerah Sarikei
  • Majlis Daerah Serian
  • Majlis Daerah Simunjan
  • Majlis Daerah Sri Aman
  • Majlis Daerah Limbang
  • Majlis Daerah Subis

MAJLIS BANDARAYA MIRI


Miri yang terletak di Bahagian Keempat,Sarawak  merupakan bandar pertama bukan ibu negeri yang mendapat taraf banda raya. Miri mendapat taraf ini pada 20 Mei 2005 yang membawa gelaran "Bandaraya Peranginan". Miri merupakan bandar kedua terbesar di Sarawak, dengan jumlah penduduk kira-kira 300,000 orang. Kemajuan bandar ini adalah kerana kayanya daerah ini dengan sumber asli, terutamanya petroleum.


MAJLIS BANDARAYA KUCHING SELATAN

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA


Bandar Kuching adalah ibu negeri Sarawak. Penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum seperti Cins, Melayu, Bidayuh, Iban, Melanau, Orang Ulu dan lain-lain. Terdapat banyak tempat pelancongan yang menarik, dan ramai pelancong dari seluruh dunia yang melawat Kuching pada setiap tahun. Secara amnya, Kuching merupakan bandar keempat terbesar di Malaysia. Jumlah penduduk bandaraya Kuching setakat tahun 2009 dianggarkan sekitar 794,517 orang.

Kuching telah diisytiharkan sebagai bandaraya pada 1 Ogos 1988. Namun keluasan bandaraya Kuching amat besar. Ia dibahagikan kepada dua kawasan iaitu Kuching Utara yang ditadbir oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) manakala Kuching Selatan yang ditadbir oleh Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS). Kuching adalah satu-satunya bandaraya di Malaysia yang memiliki dua Datuk Bandar yang mentadbir kedua-dua kawasan ini.
Bandaraya Kuching Utara
Bandaraya Kuching Selatan

No comments:

Post a Comment