Tuesday, February 3, 2015

M 028 NEGERI 2: KEDAH DARUL AMAN



  KEDAH DARUL AMAN  
.
Dalam TAJUK 027, aku telah menceritakan perihal Negeri Johor Darul Taazim, negeri tempat aku dilahirkan.  Selepas ini aku akan cuba membuat reading tentang SEJARAH negeri-negeri di Malaysia satu persatu.  Untuk lebih adil, aku akan meyusun mengikut ABJAD.  Kebetulan abjad terawal adalah negeri Johor, jadi urutan selanjutnya adalah KEDAH.

Kenangan hidupku berkaitan dengan Negeri Kedah yang paling signifikan ialah apabila aku dihantar ke TUDM Alor Setar pada awal tahun 1981 untuk mengikuti latihan penerbangan setelah aku menamatkan latihan Pegawai Kedet di SPK Port Dickson.  Namun aku tidak lama di sana, hanya lebih kurang dua minggu sahaja kerana aku dipindahkan ke TUDM Kluang untuk mengikuti latihan asas penerbangan helikopter.

Hubungan Negeri Kedah dengan kehidupan keluarga ku yang lain ialah apabila dua orang anakku Muhammad Hafeez dan Nur Fairiz bersekolah di Sek Men Agama Wawasan, Sg Petani selama setahun (2000) sebelum berpindah ke Sek Men Agama Nahdatul Hasanah, Melele, Kubang Pasu(2002/2003). Dalam tempoh 3 tahun itu, aku kerap ke Kedah kerana menghantar atau mengambil anak aku di awal tahun dan akhir tahun persekolahan.  Selalunya aku akan menginap di Hotel Seri Malaysia.

Berkaitan dengan hubungan antara keluarga DiRaja Johor dengan keluarga DiRaja Kedah, aku belum dapat mengesannya sama ada pernah berlaku perkahwinan antara mana-mana kedua keluarga DiRaja berkenaan.


Fakta Negeri Kedah Darulaman

Ibu Negeri: Alor Setar
Bandar DiRaja: Anak Bukit, Alor Setar
Keluasan: 9,426 km persegi
Penduduk: 1,689,600 (2001)
Kepadatan: 179.2/km persegi


LAGU RASMI NEGERI KEDAH

ALLAH SELAMATKAN SULTAN MAHKOTA
(22 Mac 1937)



Allah selamat Sultan Mahkota
Berpanjangan usia di atas Takhta
Memelihara agama Nabi kita
Negeri Kedah serata-rata



Sejarah Awal Kedah

Perkembangan sejarah awal Negeri Kedah Darul Aman dan lain-lain negeri di Semenanjung Tanah Malaysia adalah disebabkan oleh kedudukan ilmu alamnya yang begitu strategik di rantau ini. Dipandang dari sudut prasejarah, sekurang-kurangnya Semenanjung Malaysia disifatkan sebagai jambatan atau landasan yang dilalui oleh manusia di dalam proses migrasi dari utara ke selatan dan seterusnya ke kepulauan Nusantara dan Pasifik.

Apabila perdagangan maritim berkembang dengan pesatnya, Semenanjung ini telah memainkan peranan yang penting sekali kerana kedudukannya di pertengahan antara dua pusat perdagangan yang besar di masa itu iaitu India dan negara-negara Arab di sebelah barat dan Negeri China di sebelah timur. Di kala pelayaran laut hanya bergantung kepada tiupan angin monsun, dan sementara menunggu pertukaran haluan tiupan angin tersebut, Semenanjung Malaysia telah dijadikan bukan sahaja tempat berteduh tetapi juga sebagai tempat untuk membuat pertukaran dagangan mereka.

Selain dari itu, Negeri Kedah mempunyai beberapa keistimewaan yang tersendiri yang secara tidak langsung telah menghasilkan keunikan perkembangan sejarah yang dilaluinya. Gua-gua batu kapur yang merupakan tempat tinggal atau tempat persinggahan masyarakat zaman prasejarah banyak terdapat di daerah-daerah Kubang Pasu, Kota Setar dan baling. Apa yang lebih menarik ialah terdapatnya sebuah gunung yang tersergam indah di persisiran pantai yang dipercayai telah menjadi landmark kepada pelayar-pelayar yang melalui Lautan Hindi di zaman yang silam. Di samping itu, Negeri Kedah juga boleh dihubungi melalui jalan darat dengan negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia tanpa menghadapi kesulitan.

Keseluruhan faktor-faktor yang tersebut di atas dengan sendirinya menunjukkan keagungan sejarah yang telah dilalui oleh Kedah khasnya dan Semenanjung Malaysia amnya

Sejarah Moden Kedah

Sejarah Kedah bermula pada tahun 500 apabila Kerajaan Kedah Tua atau nama lain Cheh-Cha (China) atau Kataha, Kalagam atau Kadaram (India) atau Kalah atau kalah Bar (Arab) bertempat di pelabuhan Sg Mas dan Lembah Bujang.   Sejarah juga menyebut sebagai Kerajaan Langkasuka dan pemerintah pertamanya berketurunan Raja Suran dari India bernama Raja Durbaja. Nama-nama Raja kedah semasa pemerintahan Kerajaan Kedah Hindu.

  • Maharaja Durbaja I (Raja Langkasuka)
  • Mahajadiraja Putra (Raja Kedah)
  • Maharaja Mahadeva I
  • Maharaja Karna DiRaja
  • Maharaja Karma
  • Maharaja Mahadeva II
  • Maharaja Dharmaraja
  • Maharaja Mahajiva (Phrya Ong Mahapudisat)
Pada tahun 1136  Kesultanan Kedah diasaskan oleh Sultan Mudzaffar Shah atau nama asalnya Maharaja Durbaraja II (Raja Hindu yang memeluk Islam) atau nama Siamnya Phra Ong Mahawangsa. Baginda membahagikan Kedah kepada 3 pusat pentadbiran; Kota Palas, Langkawi dan Kota Ulu.

Pada tahun 1619 Kedah diserang oleh Acheh dan pada 1717 berlaku pemberontakan melawan Sultan Muhamad Jiwa. Pemberontak minta bantuan Bugis (Raja Haji).  Sultan lari ke Kangar minta bantuan syarikat Jourdain Sullivan (British) dan Berjaya menamatkan pemberontakan itu.

Pada tahun 1767, Kedah menjalin hubungan dengan Burma untuk mengelak serangan Acheh. Pada tahun 1771, mengadakan perjanjian dengan Francis Light untuk elak dari serangan Siam.  Pada tahun 1735 Kota Setar menjadi pusat pentadbiran Kerajaan Kedah sehingga sekarang.

Senarai Sultan Kedah dari 1136 hingga 1797 adalah seperti berikut:

  • Sultan Mudzaffar Shah (Maharaja Durbaraja II) atau Phra Ong Mahawangsa) (1136 – 1179).
  • Sultan Muadzzam Shah ibni almarhum Sultan Mudzaffar Shah (1179 – 1202)
  • Sri Sultan Muhammad Shah ibni almarhum Sultan Muadzzam Shah (1202 – 1237)
  • Paduka Sri Sultan Muazzil Shah ibni almarhum Sultan Muhammad Shah (1237 – 1280).
  • Sultan Mahmud Shah ibni almarhum Sultan Muazzil Shah (1280 – 1321)
  • Sultan Ibrahim Shah ibni almarhum Sultan Mahmud Shah (1321 – 1373)
  • Sultan Sulaiman Shah ibni almarhum Sultan Ibrahim Shah (1373 – 1423)
  • Sultan Ataullah Muhammad Shah ibni almarhum Sultan Sulaiman Shah (1423 – 1473).
  • Sultan Muhammad Jiwa Zainul Azlan Muadzzam Shah ibni almarhum Sultan  Ataullah Muhammad Shah (1473 – 1506).
  • Paduka Sri Sultan Mahmud Shah II ibni almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainul Azlan Muhammad Shah (1506 – 1547).
  • Sultan Mudzaffar Shah II ibni almarhum Sultan Mahmud Shah (1547 – 1602).
  • Sultan Sulaiman Shah II ibni almarhum Sultan Mudzaffar Shah (1602 – 1626).
  • Sultan Rizaluddin Muhammad Shah ibni almarhum Sultan Sulaiman Shah (1626 – 1652).
  • Sultan Muhiuddin Mansur Shah ibni almarhum Sultan Rizaluddin Muhammad Shah (1652 – 1662).
  • Sultan Dziauddin Mukarram Shah  ibni almarhum Sultan Muhiuddin Mansur Shah (1662 – 1688)
  • Sultan Ata’allah Muhammd Shah ibni almarhum Sultan Dziauddin Mukarram Shah (1688 – 1698).
  • Sultan Abdullah al-Muadzam Shah ibni  almarhum Sultan Ata’allah Muhammad Shah (1698 – 1706).
  • Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah I  ibni almarhum Sultan Abdullah al-Muadzam Shah (1706 -1710).
  • Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin  Muadzam Shah ibni almarhum Sultan Abdullah al-Muadzam Shah (1710 – 1778).
  • Sultan Abdullah Mukarram Shah ibni almarhum Sultan Muhammad Jiwa  Zainal Adilin Muadzam Shah (1778 – 1797).
  • Sultan Ziyauddin Mukarram Shah II ibni  almarhum Sultan Muhammad Jiwa  Zainal Adilin Muadzam Shah (1797 – 1803)     

Pada awal tahun 1786, Siam serang Kedah kerana Kedah tidak hantar bunga mas tetapi Francis Light tidak membantu Kedah kerana tidak mahu menjejaskan hubungan British dengan Siam. Sultan Kedah kemudian menyerang P.Pinang tetapi tewas. Pada 11 Ogos 1786, Sultan Kedah (Sultan Abdullah) menyerahkan Pulau Pinang kepada East India Company. P.Pinang dinamakan Prince of Wales Island.  Pada 1 Mei 1791 Sultan kedah menandatangani Perjanjian Damai Kedah-British.

Sultan Kedah sejak 1803 hingga pendudukan Jepun ialah:

  • Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II  ibni almarhum Sultan Ziyauddin Mukarram Shah (1803 1821)
  • Tunku Anum (memberontak melawan Thailand) (1821 -1839)
  • Tunku Asan (memerintah di Kubang Pasu) (1839 – 1841)
  • Tunku Anum (memerintah di Kubang Pasu) (1841 – 1843)
  • Tunku Setusen (memerintah di Polit) (1839 – 1843)
  • Tunku Muhammad Akip (memerintah di Satun) (1839 – 1843)
  • Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II ibni almarhum Sultan Ziyauddin  Mukarram Shah (1843 – 6 Apr 1843)
  • Sultan Zainal Rashid Muadzam  Shah I ibni almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah (6 Apr 1843 – 13 Mac 1854)
  • Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah ibni almarhum Sultan Zainal Rashid Muadzam Shah (13 Mac 1854- 22 Jun 1879)
  • Sultan Zainal Rashid Muadzam  Shah II ibni almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (22 Jun 1879 – 22 Sep 1881)
  • Tuanku Seri Sultan Abdul Hamid Halim Shah  ibni almarhum Sultan Ahmad  Tajuddin Mukarram Shah (21 Jan 1882 – 13 Mei 1943)
    • Tunku Ibrahim  ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah  (Raja Muda -Pemangku) (1913 – 30 Apr 1934)
    • Tunku Muhammad ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Raja Muda -Pemangku Sultan) (30 Apr 1934 – 7 Mac 1935)
    • Tunku Mahmud  ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Pemangku) (7 Mac 1935 – 5 Nov 1937)
    • Tunku Badli Shah  ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Pemangku) (5 Dis 1937 – 13 Mei 1943)
Pada Jun 1800 Perjanjian Persahabatan dan Perikatan Kedah-British ditandatangani dan Kedah menyerahkan Seberang Perai kepada British dan dinamakan Province Wellesly.

Pada 12 Sep 1821 Siam serang Kedah, Kedah tewas dan diperintah oleh Kerajaan Thailand.  Pada 1826, Perjanjian antara Raja Rasma III (Siam) dengan Henry Burney (EIC), mengiktiraf pendudukan Siam ke atas Kedah. Pada tahun 1843 Kedah mendapat kemerdekaan dari Siam, Perlis berpecah dari Kedah.  Kedah meneruskan hubungan diplomatik dengan Siam.

Senarai Sultan Kedah mulai 1943 hingga sekarang ialah:

  • Sultan Badli Shah ibni  almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah (13 Mei  1943 – 13 Jul 1958) 
  • Sultan Abdul Halim Muadzam Shah ibni almarhum Sultan Badishah (13 Jul 1958 – 21 Sep 1970)
  • Tunku Abdul Malik ibni almarhum Sultan Badlishah (Pemangku) (21 Sep 1970 – 21 Sep 1975)
  • Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah ibni almarhum Sultan Badishah bergelar Almustain Billah Muhibbuddin Tuanku Alhaj Sultan Abdul Halim Almuadzzam Shah Alhaj ibni almarhum Sultan Badlishah (21 Sep 1975- 12 Dis 2011).
  • Jemaah Pemangku Sultan Kedah (13 Jan 2011 -kini)
    • Datuk Seri Tunku Annuar ibni almarhum Sultan Badlishah (Pengerusi);
    • Tan Sri Tunku Sallehuddin ibni almarhum Sultan Badlishah;
    • Datuk Seri Tunku Abdul Hamid Thani ibni almarhum Sultan Badlishah; dan
    • Brigadier Jeneral Tan Sri Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.
  • Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah ibni almarhum Sultan Badishah bergelar Almustain Billah Muhibbuddin Tuanku Alhaj Sultan Abdul Halim Almuadzzam Shah Alhaj ibni almarhum Sultan Badlishah (13 Dis 2016- 12 Sep 2017).
  • Tuanku Sultan Mahmud Salehuddin ibni almarhum Sultan Badishah (12 Sep 2017- kini).

Pada 1909 berlaku perjanjian British dengan Siam dan Siam menyerahkan Kedah sebagai negeri dibawah perlindungan British.  Senarai Penasihat British sejak 1909 ialah:

  • George Maxwell (1909 – 1915).
  • L.E.P. Wolferstan (acting) (1915 – 1916)
  • G.A. Hall (acting) (1916 – 1918)
  • George Maxwell (1918 - 1919)
  • M.S.H. McArthur (1919 – 1923)
  • William Peel (1923 – 1925)
  • John Lisseter Humphreys (1925 – 1926)
  • T.W. Clayton (1926 – 1931)
  • Julian Dudley Hall (1931 – 1941)
Bermula Dis 1941 hingga 20 Ogos 1943 Jepun menduduki Kedah dan Sukigawa Seichi dilantik menjadi Gabenor.  Jepun kemudiannya menyerahkan Kedah kepada Kerajaan Siam sehingga 80 Sep 1945 apabila Jepun menyerah dan Kedah ditadbir di bawah BMA sehingga penubuhan Malayan Union pada Jun 1946 dan kemudiannya penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada Feb 1948 dan akhirnya mencapai kemerdekaan bersama Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dan pembentukan Malaysia pada 16 Sep 1963.

MENTERI BESAR KEDAH

Senarai nama Menteri Besar Kedah sebelum merdeka ialah.
  • Tuan Haji Mohamad Sheriff bin Osman (1948 - 1949).
  • Tunku Ismail bin Tunku Yahya (Pemangku) (1949 - 1951).
  • Tuan Haji Mohamad Sheriff bin Osman (1951 - 1954).
  • Tunku Ismail bin Tunku Yahya (1954 - 25 Mei 1959).
Mulai tahun 1959, Menteri Besar Kedah dilantik dari kalangan pemimpin parti politik yang memenangi Dewan Undangan Negeri Kedah dalam pilihanraya umum. Senarai Menteri Besar Kedah selepas merdeka ialah:
  • Datuk Syed Omar bin Syed Abdullah Shahabuddin (24 Mei 1959 - 7 Dis 1967)
  • Datuk Syed Ahmad  bin Syed Mahmud Shahabuddin  (Tun) (13 Jul 1967 - 13 Jul 1978)
  • Datuk Seri Syed Nahar bin Syed Omar Shahabuddin (13 Jul 1978 - 21 Ogos 1985)
  • Tan Sri Osman bin Aroff (28 Jan 1985 - 16 Jun 1996) 
  • Tan Sri Sanusi bin Junid (16 Jun 1996 - 11 Dis 1999)  
  • Datuk Seri Syed Razak bin Syed Zain Barakhbah (11 Dis 1999 - 17 Jul 2005) 
  • Datuk Mahdzir bin Khaled (Pemangku) (17 Jul 2005 - 22 Dis 2005) 
  • Datuk Seri Mahdzir bin Khaled (23 Dis 2005 - 09 Mac 2008) 
  • Datuk Seri Hj Azizan bin Abd Razak (PAS) (09 Mac 2000 - 6 Mei 2013)
  • Datuk Mukhriz bin Tun Mahathir (UMNO) (06 Mei 2013 - kini)

DAERAH-DAERAH DALAM NEGERI KEDAH

1.   Kota Setar  - pejabat daerah di Alor Setar
2.   Kuala Muda - Sungai Petani
3,   Yan - Yan
4.   Padang Terap - Kuala Nerang
5.   Kubang Pasu - Jitra
6.   Sik - Sik
7.   Baling  - Baling
8.   Kulim - Kulim
9.   Bandar Baharu - Bandar Baharu
10. Langkawi - Kuah Bandaraya Pelancongan
11. Pokok Sena - Pokok Sena
12. Pendang - Pendang

PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Majlis Bandaraya

  • Bandaraya Alor Setar
Datuk Bandar Alor Setar:
  • Dato' Mohd Yusof bin Nayan (30 Okt 2004 - 29 Okt 2006)
  • Dato' Abdul Mukhti bi Abdullah (30 Okt 2006 - 29 Okt 2008)
  • Dato' Hj Khazali bin Hj Din (29 Okt 2008 hingga 28 Okt 2010)
  • Dato' Hj Mat Noh bin Ahmad (29 Okt 2010 - 14 Ogos 2016)
  • Dato' Hj Mohd Zohdi bin Hj Said (30 Ogos 2016 - kini
Majlis Perbandaran
  • Sungai Petani
  • Kulim
  • Langkawi Bandaraya Pelancungan
Majlis Daerah
  • Jitra
  • Baling
  • Sik
  • Bandar Baharu
  • Yan
Pelabuhan Antarabangsa 
  • Pelabuhan Langkawi 
Lapangan Terbang Antarabangsa
  • LTA Langkawi
Landasan Terbang  Domestik
  • LT Sultan Abdul Halim, Kepala Batas
Pelabuhan Domestik
  • Kuala Muda
Destinasi Pelancungan/Rekreasi
  • Pulau Langkawi (seluruh pulau Langkawi dan pulau-pulau sekitarnya)
  • Gunung Jerai
  • Tasik Pedu
  • Pulau Payar
  • Candi Sungai Batu Pahat
  • Pantai Merdeka
  • Gunung Jerai
  • Gunung Tok Bidan
  • Gunung Bokbak
  • Air Terjun Lembah Bujang
  • Air Terjun Bukit Hijau
  • Air Terjun Puncak Janing
  • Taman Rekreasi Bukit Wang
  • Muzium Negeri Kedah
  • Balai Besar 
  • Balai Nobat
  • Balai Seni
  • Masjid Zahir
  • Pekan Rabu
  • Wayang Kulit Seri Asun
  • Muzium Arkeologi Lembah Bujang

Kem Tentera
  • Kem Lapangan Terbang, Sg Petani
  • Kem Kelubi, Jitra
  • Kem Bukit Pinang, Kepala Batas
  • Kem Hobart, Gurun
  • Kem Sungai Layar
  • Kem Bukit Kayu Hitam (Rej Sempadan)
  • Kem Bukit Pinang
  • Kem Tok Jalai
  • Kem Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (dulu Kem Tanah Merah)
  • Kem Gubir
  • Pangkalan TLDM Langkawi
  • Kolej Tentera Udara, Kepala Batas
  • Kem Kulim (Rej AW) 

Institusi Pengajian Tinggi
  • Universiti Utara Malaysia, Sintok
  • Universiti Teknologi MARA (Kampus Kulim)
  • Universiti Antarabangsa AlBukhary (AIU)
  • UniKL (Malaysian Spanish Institute), Sg Petani
  • Asian Institute of Medical, Science and Technology (AIMST), Sg Petani
  • Kolej Universiti Islam Insaniah, Alor Star
  • Kolej Universiti Islam Insaniah, Kampus Sg Petani
  • Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS), Jitra
  • Politeknik Kulim
  • Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman (IPGKD), Alor Star
  • Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim (IPGKSAH), Kulim

Wilayah Pembangunan
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)
  • Lembaga Kemajuan Kedah (KEDA)
  • Indonesia Malaysia Thailand – Growth Traiangle (IMT-GT)
  • Northern Corridor Economic Region (NCER)

DYMM SULTAN KEDAH

DYMM Sultan Mahmud Salehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah 
(11 Sep 2017 - kini)





MANTAN SULTAN

Almu'tasimu Billah Muhibuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Muadzam Shah ibni almarhum Sultan Badlishah
DK DKH DKM DMN DUK DMK DK(Kel) DK(Pah) DK(Sel) DK(Perlis) DKNS DK(Joh) DK(Tggu) DK(Perak) DK(Brunei) DP(Swk) DUNM SPMK SSDK 
DHMS DGMK 





Tuanku Abdul Halim diputerakan di Istana Anak Bukit pada 28 Nov 1927.  Ayahandanya ialah almarhum Sultan Sir Badlishah ibni almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah manakala bondanya ialah almarhumah Tunku Sofiah binti Tunku Mahmud ibni almarhum Sultan Ahmad Tajuddin alMukarram Shah. Mendapat didikan di Sekolah Melayu Titi Gajah, Sultan Abdul Hamid College dan Wadham College, Oxford.
Dilantik menjadi Raja Muda Kedah pada  6 Ogos 1949.  Memangku takhta(ayahandanya gering) dari 9 Mac 1957 hingga 13 Julai 1958  dan diisytiharkan pada 14 Julai 1958 menggantikan ayahandanya yang mangkat.  Baginda ditabalkan pada 20 Feb 1959 dengan gelaran 'Almu'tasimu Billahi Muhibuddin Sultan Haji Abdul Halim alMuadzam Shah ibni almarhum Sultan Badlishah.


Pada tahun 1965 dilantik menjadi Timbalan YDP Agong dan kemudian diisytiharkan sebagai YDP Agong Malaysia ke5 pada  21 Sep 1970 (ditabalkan pada 20 Feb 1971) sehingga 20 Sep 1975.  

Pada 13 Dis 2006 Tuanku Abdul Halim telah sekali lagi dilantik sebagai Timbalan YDP Agong Malaysia untuk kali kedua. Mesyuarat Khas Majlis Raja-raja yang bersidang pada 15 Oktober 2011 telah memilih Tuanku Abdul Halim sebagai Yang DiPertuan Agong XIV mulai 13 Dis 2011.  Baginda juga telah melakar Sejarah Malaysia sebagai Raja Melayu yang pertama dilantik menjadi YDP Agong untuk kali kedua.


Baginda adalah Kolonel YDP Rejimen Askar Melayu DiRaja mulai 23 Sep 1975 dan juga Kolonel YDP Kor Perkhidmatan DiRaja.  Baginda juga adalah Canselor UUM sejak tahun 1984.


Baginda bernikah dengan Sultanah Hajjah Bahyah binti almarhum Tuanku Abdul Rahman DK DKH DMN SMN  DK(Kel) DK(NS) DK(Joh) SPMK (lahir: 24 Ogos 1930 dan mangkat: 26 Ogos 2003) di Istana Seri Menanti pada 9 Mac 1956. Baginda kemudian menikahi  Sultanah Hajjah Haminah binti Haji Hamidun DK DKH (lahir: 15 July 1953). Sultanah Hajjah Haminah adalah Canselor Management and Science University.


Baginda dikurniakan seorang puteri dari Sultanah Bahiyah iaitu Tunku Dato Seri Putri Intan Safinaz  DK DKH DKYR SSDK JP (lahir: 22 Julai 1966).  Pro-Canselor UKM (sejak 2007) dan Pro-Canselor UPNM (sejak 2010).  Baginda berpangkat Brigadier Jeneral sebagai Komandan Rejimen 513 Askar Wataniah.

Sultan Abdul Halim mangkat di Istana Anak Bukit pada 11 September 2017.

Sultan Badlishah (1943 - 1958)

Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882 - 1943)

MENTERI BESAR SEKARANG

.

Dato' Seri Haji Ahmad Bashah bin Hanapiah
.
MANTAN MB KEDAH


YAB Dato' Seri Mukhriz bin Mahathir SPMK DHMS DSDK MLA
(6 Mei 2013 - 3 Feb 2016)
dipilih oleh rakyat

Tan Sri Dato' Seri Diraja Ustaz Azizan bin Abdul Razak
(09 Mac 2000 - 06 Mei 2013)
dipilih oleh rakyat

Dato' Seri Mahadzir bin Khaled
(Pemangku: 17 Jul 2005 - 22 Dis 2005) 
(23 Dis 2005 - 09 Mac 2008) 
dipilih oleh rakyat

Dato Seri Syed Razak Syed Zain Barakhbah
(11 Dis 1999 - 17 Jul 2005)
dipilih oleh rakyat

Tan Sri Dato' Seri Sanusi bin Jonid
 (16 Jun 1996 - 11 Dis 1999)
dipilih oleh rakyat

Tan Sri Osman Arop
(28 Jan 1985 - 16 Jun 1996) 
dipilih oleh rakyat

Tan Sri Syed Nahar bin Syed Sheh Shahabuddin
 (13 Jul 1978 - 21 Ogos 1985)
dipilih oleh rakyat

Syed Ahmad bin Syed Mahmud Shahabudin
(13 Jul 1967 - 13 Jul 1978)
dipilih oleh rakyat

Tan Sri Syed Omar bin Syed Abdullah Shahabudin
(24 Mei 1959 - 7 Dis 1967)
dipilih oleh rakyat

Tunku Ismail bin Tunku Yahya
(Pemangku: 1949 - 1951).
(1954 - 25 Mei 1959)
dilantik oleh Sultan

Tuan Hj Mohd Serif bin Osman
(1948 - 1949) dan (1951 - 1954).
dilantik oleh Sultan


No comments:

Post a Comment