Tuesday, February 3, 2015

M 027 NEGERI 1: JOHOR DARUL TAAZIM


.


JOHOR DARUL TAAZIM


Johor is my state. The state where I was born. When I was in primary school, we were indoctrinated by our teacher to be proud with our state and our Sultan. After so many years leaving my state, that feeling (prideness) still stick deep in my heart. However, many things about Johor were washed out from my knowledge. Therefore, it is fair to have special page for Johor, in order to update me about Johor. A lot of changes.

I was born when Johor just got a new Sultan (Sultan Ismail), he died in 1981 (at that time I was in Kluang, attending flying training). Sultan Mahmud Iskandar, the new Sultan was well known with his special and unpredicted characters. He died in 2010, after 28 years in reign.
Now (2010) Johor just had a new Sultan. Sultan Ibrahim Ismail succeeded his father on 21 Jan 2010. His birth date (22 November) is same with mine.
Since I was small, what I knew, Johor has 8 districts (Johor Bahru, Muar, Batu Pahat, Pontian, Segamat, Kluang, Mersing and Kota Tinggi). But, after 2008 Johor government established another two districts, namely Ledang and Kulai Jaya.

Let we see something about Johor, its history, geography and government.

Fakta Negeri  Johor:

  • Ibu Negeri: Johor Bahru (dahulu dikenali sebagai Tanjung Puteri)
  • Pusat Pentadbiran:  Kota Iskandar 
  • Bandar DiRaja: Bandar Maharani Muar (mulai 12 Feb 2012)
  • Ketua Negeri:  Sultan
  • Ketua Kerajaan:  Menteri Besar
  • Lagu Negeri:  Allah Peliharakan Sultan
  • Keluasan:  18,985 km persegi (negeri kelima terbesar dalam Malaysia)
  • Penduduk:  3,459,378 (anggaran 2010)- (Melayu: 51%, China: 35.4%, India: 6.9% dan lain-lain:6.6%)
  • Kepadatan:  140/km2
.
.
Semasa merasmikan 'Kota Iskandar' pada 16 April 2009, almarhum Baginda Sultan Iskandar dengan penuh rendah hati menyatakan bahawa kota ini sepatutnya tidak dinamakan dengan nama baginda TETAPI dinamakan 'Kota Abdul Rahman Andak' sebagai mengenang jasa allahyarham yang bergelar Dato' Seri Amar Di Raja (Setiausaha Kerajaan) dalam zaman Sultan Abu Bakar dan Sultan Ibrahim dan individu yang tegas mempertahankan pentadbiran Negeri Johor (Merdeka) dari campurtangan Inggeris.

LATAR BELAKANG

Nama Rasmi bagi negeri Johor (English=Johore) ialah Negeri "Johor Darul Taazim". Pusat Pentadbiran atau ibu negeri Johor ialah Johor Bahru (dahulu dikenali sebagai Tanjung Puteri). Ketua Negeri bergelar Sultan manakalan Ketua Kerajaan dan juga penasihat Sultan adalah Menteri Besar. Lagu rasmi negeri Johor ialah "Allah Peliharakan Sultan".

Keluasan tanah negeri Johor ialah 18,985 km persegi (negeri kelima terbesar dalam Malaysia) manakala jumlah penduduknya ialah 2.96 juta (anggaran 2003) iaitu kedua dalam Malaysia (pecahan:Melayu: 51%, China: 35.4%, India: 6.9% dan lain-lain:6.6%). Kepadatan penduduk ialah140/km2. Persempadanan Johor ialah Selat Melaka di sebelah Barat, Laut China Selatan di sebelah Timur, Selat Teberau dan Republik Singapura di sebelah Selatan. Manakala di sebelah utara bersempadan dengan 3 buah negeri, iaitu Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang.

SEJARAH RINGKAS

Sejarah Johor bermula pada tahun 800 Masehi, sebagai salah satu penempatan perdagangan yang penting di Semenanjung emas (Tanah Melayu). Di awal tahun 1300 Johor menjadi negeri di bawah lindungan Empayar Majapahit (Indonesia). Di antara 1400 hingga 1511, Johor menjadi sebahagian dari jajahan Kerajaan Kesultanan Melaka.

Pada 1511, apabila Melaka ditawan oleh Portugis, Sultan Mahmud Shah telah melarikan diri ke Muar, Pahang dan kemudian ke Bentan. Diantara tahun 1511 hingga 1526 Sultan Mahmud Shah mengumpulkan semula semua askarnya dan menyerang Melaka beberapa kali dan membuat sekatan perdagangan. Manakala angkatan perang Portugis yang diketuai oleh Pedro Mascarenhaas juga dihantar untuk menyerang Bentan. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri merentasi Selat Melaka ke Kampar, Sumatra dan mangkat di sana pada tahun 1528. Baginda digantikan oleh puteranya Raja Ali yang bergelar Sultan Alauddin Riayat Shah II sebagai Raja Tanah Ujung dan Bentan yang kemudiannya dikenali sebagai JOHOR. Pusat pentadbirannya di Pekan Tua. Kesultanan Johor ini juga dikenali sebagai "Kesultanan Johor-Riau-Lingga". Seorang lagi putera Sultan Mahmud yang bernama Raja Muzaffar kemuadiannya dirajakan di Perak dan bergelar Sultan Muzaffar Shah, Sultan Perak yang pertama.

Pada tahun 1533 Johormenyerang Melaka tapi gagal dan pada tahun 1535 Portugis pula menyerang Pekan Tua. Sultan Johor membuka pusat pentadbiran baru di Sayong Pinang. Pada 1540, Johor meluaskan jajahannya ke Aru, Bengkalis, Kampar, Jambi, Siak dan Rokan di Sumatra. Pada 1551, Johor bergabung dengan Perak, Pahang dan Jawa menyerang Melaka tetapi masih gagal. Johor seterusnya menawan Acheh pada tahun 1554. Peperangan antara Johor dan Portugis di Melaka berterusan sehingga tahun 1564.

Mulai 1608, Johor berkerjasama dengan Belanda yang berpengkalan di Bengkahulu (Bencoolen) bagi menyerang Melaka secara berterusan sehingga berjaya menewaskan Portugis pada tahun 1641. Pada tahun 1613, Acheh yang dipimpin oleh Raja Iskandar Muda Mahkota Alam pula menyerang Johor. Ibu kota Kerajaan Johor dipindahkan pula ke Batu Sawar. Pada 1623, Batu Sawar pula dimusnahkan oleh Acheh, lalu ibu kota Johor dipindahlan pula ke Riau.

Pada tahun 1699, Sultan Mahmud Shah II mangkat (dibunuh oleh Laksamana Bentan semasa dijulang untuk ke masjid- digelar Sultan Mahmud Mangkat Dijulang). Oleh kerana baginda masih bujang dan tiada pewaris, maka Bendahara Tun Abdul Jalil telah dirajakan dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Shah. Pusat pentadbiran berpindah ke Johor Lama. Pada tahun 1802 berlaku perpecahan di kalangan pembesar-pembesar Johor, Sultan di Lingga (dikuasai pengaruh Bugis), Temenggung di Singapura/Tanah Besar dan Bendahara di Pahang. Pada 6 Feb 1819 satu perjanjian (treaty)di antara Stamford Raffles dengan Tengku Abd Rahman.Empayar Kesultanan Johor dibahagikan kepada dua bahagian.Kerajaan Riau di sebelah selatan diperintah oleh Sultan Abdul Rahman manakala Kerajaan Johor di sebelah utara diperintah oleh Sultan Hussein (abang Sultan Abdul Rahman).

Pada tahun 1670, Jambi dengan bantuan Belanda pula menyerang Johor, Sultan melarikan diri ke Pahang. Pada 1673, tentera Johor yang diketuai Laksamana Tun Abdul Jamil telah mengalahkan tentera Jambi. 1718 - Raja Siak (Raja Kechil) menyerang dan menawan Johor) bergelar Sultan Abdul Jalil Riayat Shah. 1722 Raja Sulaiman (putera Sultan Abdul Jalil Riayat Shah) denganbantuan Bugis berjaya menewaskan Raja Kechil) dan menawan semula Kerajaan Johor. 

Sultan Abdul Rahman (Lingga)
Pada Jun 1823 Sultan Hussein ditabal menjadi Sultan Johor. Pada 2 Ogos 1824 satu lagi Perjanjian antara Inggeris/Sultan/Temenggung dieprsetujui. Singapura diserah kepada East India Company (EIC). Pada bulan Mac 1825 Temenggung Ibrahim menggantikan Temenggung Abd Rahman sebagai Temenggung Kerajaan Johor. Pada tahun 1855, satu perjanjian antara Inggeris, Sultan Hussein dan Temenggung telah dipersetujui di mana, Temenggung Ibrahim diberi kuasa memerintah Johor kecuali wilayah Kesang dibawah Sultan Ali (anak Sultan Hussein). Sultan Hussein diberi pencen seumur hidup. Temenggung Tun Ibrahim membuka pusat pentadbiran baru di Tanjung Putri (kemudian ditukar nama menjadi Johor Bahru). Muar juga kemudiannya diserahkan kepada Temenggung Ibrahim pada tahun 1877.

 
Temenggung Tun Daeng Ibrahim

Pada tahun 1862, Temenggung Abu Bakar menggantikan ayahnya (Temenggung Ibrahim) bergelar Datuk Temenggung Abu Bakar Seri Maharaja Johor. Pada tahun 1885 Perjanjian Persahabatan Inggeris-Johor ditandatangani dengan Inggeris iktiraf Kerajaan Johor sebagai negeri merdeka (Negeri Melayu Tak Bersekutu). Maharaja Abu Bakar bergelar Sultan dan menerima Penasihat Inggeris. Namun Sultan Johor hanya secara rasmi mengiktiraf Penasihat Inggeris pada tahun 1914.

Maharaja Tun Abu Bakar (Sultan Abu Bakar)

Pada tahun 1895 Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor diisytiharkan. Kekuatan dan kestabilan Johor atas sebab ketokohan Sultan Johor serta kebijaksanaan para pembesarnya seperti Dato’ Bentara (Setiausaha Kerajaan), Dato’ Seri Amar Diraja, Datuk Bentara Luar, Datuk Bentara Dalam dan Datuk Penggawa Barat yang tidak menerima nasihat Inggeris bulat-bulat. Oleh sebab itu, Kesultanan Johor lebih stabil dan Johor lebih maju berbanding dengan Negeri-negeri Melayu yang lain pada masa itu.

Sultan Ibrahim Al Masyhur

Pada tahun 1896, Sultan Ibrahim menjadi Sultan Johor dan pada 1914 Sultan Ibrahim terpaksa menerima seorang Residen Inggeris, Douglas Graham Campbell. Johor merupakan Negeri di Semenanjung Tanah Melayu yangterakhir menerima Residen Inggeris. Perang Dunia Kedua meletus pada tahun 1939. Tentera British yang bertanggungjawab dalam aspek pertahanan Johor telah dikalahkan dengan mudah oleh tentera Jepun. Diantara Feb 1941 hingga 20 Ogos 1943 Jepun menduduki Johor. Setelah Jepun menyerah kalah pada tahun 1945, Johor seperti juga negeri-negeri lain ditadbir oleh British Military Administration. 

Pada 1946 Pesuruhjaya Tinggi British, Henry Gurney telah melancarkan gagasan Malayan Union namun ditentang hebat oleh Nasionalisma Melayu yang diketuai oleh Dato' Onn Jaafar dari UMNO menyebabkan Malayan Union dibatalkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu pada 1948. 

Pada 31 Ogos 1957 Johor menyertai 11 buah negeri-negeri dalam Semenanjung Tanah Melayu mencapai kemerdekaan sebagai sebuah negara Persekutuan Tanah Melayu. Seterusnya pada 16 Sep 1963 Johor adalah salah satu daripada 14 buah negeri yang menyertai pembentukan Malaysia.

RINGKASAN SEJARAH KESULTANAN JOHOR

KESULTANAN JOHOR DARI KETURUNAN SULTAN MELAKA

Nota: Sejarah Kesultanan Johor terbahagi kepada tiga iaitu keturunan Sultan Mahmud Shah (Melaka), keturunan Bendahara Tun Abdul Jalil dan keturunan Temenggung Daeng Ibrahim.
Apabila Melaka jatuh ditangan Portugis pada tahun 1511, Sultan Melaka pada masa itu, Sultan Mahmud Shah telah melarikan diri ke Muar, Johor dan dirajakan oleh penduduk Muar sebagai Sultan Johor (memerintah di jajahan Muar sahaja). Selanjutnya keturunan baginda memerintah Johor:
  1. Sultan Mahmud Shah ibni almarhum Sultan Alauddin Riayat Shah (1511 - 1528)
  2. Sultan Alauddin Riayat Shah ibni almarhum Sultan Mahmud Shah (1528 - 1564)
  3. Sultan Muzaffar Shah II ibni almarhum Sultan Alauddin Riayat Shah (1564 - 1570)
  4. Sultan Abdul Jalil Shah I ibni Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah (1570 - 1571)
  5. Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah ibni almarhum Raja Ahmad(1571 -1597)
  6. Sultan Alauddin Riayat Shah III Zillullahi fil Alam ibni almarhum Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah (1597 - 1615).
  7. Sultan Abdullah Muayat Hammat Shah ibni almarhum Sultan Muzaffar Shah II (1615 - 1623)
  8. Sultan Abdul Jalil Shah III ibni almarhum Sultan Alauddin Riayat Shah III (1623 - 1677)
  9. Sultan Ibrahim Shah ibni almarhum Yam Tuan Muda Raja Bajau (22 Nov 1677 - 16 Feb 1685)
  10. Sultan Mahmud Shah II ibni almarhum Sultan Ibrahim Shah (Marhum Mangkat Di Julang) (16 Feb 1685 - 3 Sep 1699).

KESULTANAN JOHOR DARI KETURUNAN BENDAHARA ABDUL JALIL PADUKA RAJA 

Menurut cerita (hikayat), Sultan Mahmud mangkat dibunuh oleh Laksamana Bentan kerana Sultan telah membunuh isterinya yang bernama Dang Anum atas sebab yang kecil. Pembunuhan itu berlaku semasa Laksamana Bentan sedang melaksanakan tugas negara, menghapuskan lanun. Dang Anum yang sedang hamil pada masa itu telah mengidam buah nangka. Semasa tukang kebun Sultan lalu di depan rumahnya membawa sebiji nangka, Dang Anum meminta seulas. Apabila Sultan mengetahuinya, baginda telah memerintahkan pertanda membelah perut Dang Anum untuk melihat bayi yang dikandung itu.

Sekembalinya dari bertugas, Laksamana amat sedih dan berduka atas kematian isterinya yang tersayang dan menyimpan dendam kepada Sultan. Semasa baginda diusung (julang) untuk ke masjid bersolat Jumaat, Laksamana telah menikam Sultan. Sebelum mangkat, baginda sempat membaling keris ke arah Laksamana dan terkena kaki beliau. Racun keris itu turut menyebabkan Laksamana menemui kematian.



Konon ceritanya, sebelum mangkat, baginda sempat menyumpah tujuh keturunan Laksamana Bentan akan muntah darah jika memasuki daerah Johor Lama (Kota Tinggi).

Sultan Mahmud masih bujang, tiada waris yang menggantikannya. Lalu Bendahara Tun Sulong bin Tun Abdul Majid) mengiisytiharkan dirinya sebagai Sultan Johor. Keturunan Bendahara menggantikan keturunan Sultan Mahmud:
  1. Sultan Abdul Jalil Riayat Shah (3 Sep 1699 - 1721)
  2. Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah (Raja Kechil) (1718 - 1722) - Raja Kechil mengaku diri keturunan Sultan Mahmud dari Siak, Sumatera. Baginda menyerang Johor dan merampas takhta Johor. Bagaimana pun dikalahkan semula oleh anak Sultan Johor pada tahun 1722)
  3. Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah ibni almarhum Sultan Abdul Jalil Riayat Shah (1721 - 20 Ogos 1760)
  4. Sultan Abdul Jalil Muadzam Shah ibni almarhum Sultan Sulaiman Shah (20 Ogos 1760 - 29 Jan 1761)
  5. Sultan Ahmad ibni almarhum Sultan Abdul Jalil Muadzam Shah (1761)
  6. Sultan Mahmud Shah Alam ibni almarhum Sultan Abdul Jalil Muadzam Shah (1761 - 12 Dis 1811)
  7. Sultan Abdul Rahman Muadzam Shah ibni almarhum Sultan Mahmud Shah (12 Dis 1811 - 6 Feb 1819)
  8. Sultan Husain Muadzam Shah ibni almarhum Sultan Mahmud Shah (diberi pencen seumur hidup oleh Kerajaan Inggeris- menyerahkan Negeri Johor kepada pentadbiran Temenggong Ibrahim) (6 Feb 1819 - 5 Sep 1835).
  9. Sultan Ali Iskandar Shah ibni almarhum Sultan Husain Muadzam Shah (tidak diiktiraf sebagai Sultan- baginda memerintah di wilayah Muar-Kesang sahaja sehingga 20 Jun 1877)
  
Sultan Hussein Shah dan Sultan Ali Iskandar (Kesang)

KESULTANAN JOHOR DARI KETURUNAN TEMENGGUNG DAENG ABDUL RAHMAN
  1. Datuk Temenggong Seri Maharaja Tun Daeng Ibrahim bin Tun Temenggung Abdul Rahman (5 Sep 1835 - 31 Jan 1862)
  2. Tun Abu Bakar Seri Maharaja bin Temenggung TunIbrahim (1 Feb 1862 - 1868), Tuanku Maharaja Abu Bakar (1868 - 1886) Sultan Sir Abu Bakar Al Khalil Ibrahim Shah ibni almarhum Temenggung Tun Ibrahim (13 Feb 1886 - 4 Jun 1895)
  3. Sultan Sir Ibrahim ibni almarhum Sultan Abu Bakar Al Khalil Ibrahim Shah (4 Jun 1895 - 8 Mei 1959)
  4. Sultan Sir Ismail ibni almarhum Sultan Ibrahim Al Masyhur (8 Mei 1959 -10 Mei 1981)
  5. Sultan Mahmud Iskandar ibni almarhum Sultan Ismail alKhalidi (10 Mei 1981 - 26 Apr 1984)
  6. Tunku Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar Alhaj (Pemangku Sultan: 26 Apr 1984 - 25 Apr 1989)- Sultan Iskandar dilantik menjadi SPB Yang DiPertuan Agong ke 8)
  7. Al Mutawakil Alallah Sultan Iskandar Alhaj ibnialmarhum Sultan Ismail (26 Apr 1989 - 21 Jan 2010)
  8. Sultan Ibrahim ibni almarhum Sultan Iskandar (21 Jan 2010 - kini)



 
Sultan Ibrahim Ismail menandatangani surat perisytiharan sebagai Sultan Johor
pada 21 Jan 2010

Memangku jawatan Sultan semasa Sultan gering


SULTAN-SULTAN JOHOR KETURUNAN TEMENGGUNG DAING IBRAHIM


Almarhum Sultan Abu Bakar

Almarhum Sultan Ibrahim Al Masyhur


Almarhum Sultan Ismail al Khalidi

Almarhum Sultan Iskandar


Sultan Ibrahim Ismail ibni almarhum Sultan Iskandar Sultan Johor Darul Taazim

SENARAI PENASIHAT KERAJAAN JOHOR DI ZAMAN PENJAJAH

RESIDEN BRITISH
  1. Douglas Graham Campbell- 1885 - 1914 (tidak diiktiraf oleh Sultan Johor)
  2. F G Weld (pemangku - 1914 - 1916)
  3. Douglas G Campbell (1916 - 1917)
  4. F J Hallifax (pemangku - 1917 - 1918)
  5. J F Owens (1918 -1921)
  6. Hayes Marriot (1921 - 1926)
  7. Charles Walter Hamilton Cochrane (1926 - 1928)
  8. George Ernest Shaw (1928 - 1931)
  9. Richard O. Winstedt (1931 - 1935)
  10. Walter Evelyn Pepys (1935 - 1940)
  11. W.D. Barron (1940 - 1941)
Pendudukan Jepun (1942 - 1945)

GABENOR JENERAL JEPUN
  1. Kenji Dohihara (1943 - 1943)
  2. Sheishiro Itagaki (1945 - 1945)

Governor General/British High Commissioner (1946 - 1957)

British Military Administration (1945 - 1946)

PESURUHJAYA TINGGI BRITISH
  1. Sir Gerard Edward James Gent (1 April 1946 - 1 Feb 1948)
  2. Henry Lowell Goldworthy Gurney (1 Okt 1948 - 6 Okt 1951)
  3. Sir Gerald Walter Robert Templer (Jan 1952 - 1954)
  4. Sir Donald Charles McGullivary (31 Mei 1954 - 30 Ogos 1957)
SENARAI MENTERI BESAR JOHOR

Menteri Besar adalah pengganti jawatan Bendahara dalam sistem pemerintahan yang lama. Jawatan MB Johor diwujudkan semasa pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar. Jawatan MB yang dilantik oleh Sultan berakhir pada tahun 1959 setelah Perlembagaan Negara dipinda bagi membolehkan MB dilantik dari kalangan Wakil Rakyat (ADUN) dari parti politik yang memenangi pilihanraya umum. Berikut adalah senarai MB Johor:Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan:
  1. YB Dato' Haji Jaafar bin Mohamad (1886 - Jul 1919)
  2. YB Dato' Haji Mohamad bin Mahbob (1920 - 1922)
  3. YB Dato' Abdullah bin Dato' Jaafar (Sep 1922 - 1923)
  4. YB Dato' Mustapha bin Dato' Jaafar (16 Sep 1928 - 23 Nov 1931)
  5. YB Dato' Abdul Hamid bin Yusuf (23 Nov 1931 - 28 Dis 1934)
  6. YB Dato' Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Majid (Apr 1935 - 1 Jun 1947)
  7. YB Dato' Sir Onn bin Dato' Jaafar (1 Jun 1947 - 18 Mei 1950)
  8. YB Dato' Syed Abdul Kadir bin Syed Mohamed (20 Feb 1952 - 5 Jun 1955)
  9. YB Dato' Wan Idris bin Ibrahim (1 Okt 1955 - 16 Jun 1959)
Menteri Besar yang dipilih oleh rakyat:
  1. YB Tan Sri Dato' Hj Hassan bin Mohd Yunus PSM SPMJ PIS (27 Jun 1959 - 31 Jan 1967) 
  2. YB Tan Sri Hj Osman bin Mohammad Saat PSM DCSM (01 Feb 1967 - 28 Apr 1982)
  3. YB Dato' Hj Abdul Ajib bin Ahmad DPMJ (29 Apr 1982 - 12 Ogos 1986) 
  4. YB Tan Sri Hj Mukhyiddin bin Hj Mohd Yassin PSM SPSA SUNS SPMJ PNBS SPDK SMJ PIS AMN (13 Ogos 1986 - 2 Mei 1995) 
  5. YB Dato' Abdul Ghani bin Othman DK1 DK2 SPMJ SMJ PIS (3 Mei 1995 - kini)
Datuk Mohamed Khaled bin Nordin
(15 Mei 2013 - kini)



LAGU RASMI NEGERI JOHOR
.
.
LAGU BANGSA JOHOR (1897)

Allah peliharakan Sultan
'Nugrahkan dia segala kehormatan
Sihat dan ria, kekal dan makmur
Luaskan kuasa, menaungkan kami
Rakyat dipimpini berzaman lagi
Dengan Merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan


Lirik asal (English) oleh Hubert Allen Courtney. 1897
Lirik Melayu oleh Tuan Hj Mohammad Said bin Hj Sulaiman, 1914
Muzik oleh Mackertich Galistan Abdullah, 1897


Pentadbiran Negeri Johor

Sultan Negeri Johor merupakan Ketua Perlembagaan Negeri. Dibawah perlembagaan negeri, kuasa perundangan dipunyai oleh Dewan Undangan Negeri yang terdiri daripada 56 ahli. Dewan ini melantikkan salah sepuluh orang daripada ahli Dewan untuk membentuk Majlis Mesyuarat Kerajaan (executive Councillor) atau EXCO, yang diketuai oleh seorang Menteri Besar, memegang kuasa eksekutif dan merupakan badan yang membuat dasar kerajaan negeri.


Setiausaha Kerajaan Negeri (SUKN) merupakan ketua pentadbiran kerajaan negeri. Pejabat SUKN merupakan teras kepada Pentadbiran Kerajaan Negeri yang menyempurnakan sokongan pentadbiran kepada implementasi dasar-dasar yang diputuskan oleh EXCO dan Dewan Undangan Negeri.

Johor merupakan sebuah negeri yang mempunyai Perkhidmatan Awamnya yang tersendiri (Johore Civil Service) seperti negeri-negeri Kelantan, Kedah, Perlis dan Terengganu . Selain dari SUKN Jawatan-jawatan utama dalam perkhidmatan awam Negeri ialah Pegawai Tanah dan Galian Negeri dan Pegawai Kewangan NegeriPenasihat Undang-undang Negeri merupakan pegawai awam yang dilantik oleh Kerajaan Pusat.


SETIA USAHA KERAJAAN NEGERI JOHOR
  1. YB Dato' Abdul Rahman bin Andak (Dato’ Seri Amar DiRaja) SPMJ (1893)
  2. YB Dato' Mohamed bin Mahbob SPMJ (1907 - Nov 1914)
  3. YB Dato Hj Ismail bin Bachok DPMJ (1 Jan 1928 - Dis 1929)
  4. YB Dato' Hj Mohd Salleh bin Ali DPMJ (20 Dis 1929 - 31 Jan 1948) 
  5. YB Dato' Ibrahim bin Abd Rahman DPMJ (1 Feb 1948 - 31 Dis 1952) 
  6. YB Dato' Mohd Seth bin Mohd Said DPMJ (1 Jan 1953 - 1 Mei 1956) 
  7. YB Dato' Abd Rahman bin Musa DPMJ PIS (1 Ogos 56 - 22 Jun 62) 
  8. YB Dato' Abd Rahman bin Jaafar DPMJ PIS (23 Jun 62 - 31 Dis 66)
  9. YB Dato' Abdullh bin Mohamed DPMJ PIS (1 Jan 67 - 5 Mac 70)
  10. YB Dato' Ibrahim bin Abd Majid SPMJ PIS PLP (6 Mac 70 - 12 Feb 73)
  11. YB Dato' Mohd Eusof bin Abd Rahman DPMJ PIS PLP (13 Dis 73 - 5 Ogos 74)
  12. YB Dato' Abd Rahman bin Ahmad SPMJ PLP PIS AMN (6 Ogos 74 - 3 Jan 76) 
  13. YB Dato' Mohd Yusof bin Abd Rahim SPMJ SSIJ DPMJ PLP PIS BSI (5 Jan 76 - 31 Dis 79) 
  14. YB Dato' Hj Suleiman bin Hj Mohd Noor SPMJ DPMJ DSIJ PIS BSI AMN (1 Jan 80 - 16 Feb 85)
  15. YB Dato' Abd Rahim bin Ramli SPMJ SSIJ DPMJ PIS BSI (17 Feb 85 - 31 Mac 93)
  16. YB Dato' Hj Ishak bin Mohd Yusof SPMJ DPMJ PIS BSI (1 Apr 93 - 13 Sep 96)
  17. YB Dato' Dr Hj Shahir bin Nasir SPMJ PJN DPMJ PIS KMN (14 Sep 96 - 19 Feb 2001)
  18. YB Dato' Hj. Ayub bin Mion DPMJ, PIS, BSI, PLP (5 Jun 01 - 2 Sep 03)
  19. YB Dato' Hj Mohd Razali bin Hj Mahussin DPMJ PIS BSI ( 3 Sep 03 - 9 Feb 06)
  20. YB Datin Paduka Hajjah Norsiah bt Haron DPMJ PIS (10 Feb 06 - 19 Feb 06)
  21. YB Dato' Hj Abd Latif bin Yusof DPMJ PIS (20 Feb 06 - 13 Mac 2011)
  22. YB Tuan Hj Obet bin Tawil (14 Mac 2011 - sekarang)
DAERAH PENTADBIRAN

Johor dibahagikan kepada 10 buah daerah pentadbiran dan terdapat 3 buah daerah kecil, iaitu:

Johor Bahru. Keluasan 1817.8 km per dengan jumlah penduduknya 1,449,900. Pejabat daerah di Johor Bahru. Pegawai Daerahnya Tuan Hj Yahya bin Salleh. Bandar dan pekan utama dalam daerah ini ialah: Bandar dan pekan utama dalam daerah ini ialah Johor Bahru, Stulang, Gelang Patah, Sekudai, Ulu Tiram, Plentong, Ulu Choh, Kangkar Pulai, Masai, Nusajaya, Bandar Baru UDA, Permas Jaya, Stulang, Tanjung Langsat, Lok Heng dan Lima Kedai.

Muar. Keluasan 2346.12km/p dan jumlah penduduknya 408,400. Pejabat daerah di Muar (Bandar Maharani). Pegawai Daerahnya Tuan Hj Mislan bin Karmani. Bandar dan pekan utama dalam daerah ini ialah: Parit Bunga, Bakri, Parit Jawa, Parit Bakar, Bukit Pasir, Bandar Dato Onn, Panchor, Bukit Kepong, Pekan Baru, Parit Raja, Parit Unas, Pagoh, Bukit Mor, Sungai Abong dan Bukit Treh.

Batu Pahat. Keluasan 1878 km/p dan jumlah penduduk 419,400. Pejabat daerah di Batu Pahat (Bandar Penggaram). Pegawai Daerah: Tuan Hj Norizan bin Kulob. Bandar dan pekan utama dalam daerah ini ialah: Bandar Penggaram, Rengit, Senggarang, Parit Raja, Yong Peng, Parit Yaani, Tongkang Pecah, Seri Gading, Semerah, Peserai, Parit Sulong, Seri Medan, Ayer Hitam dan Kangkar Baru.

Kluang. Keluasan 2871.8km/p dan jumlah penduduknya 324,800. Pejabat daerah di Kluang. Pegawai Daerah: Tuan Hj Abd Razak bin Mohd Salleh. Bandar dan pekan utama dalam daerah ini ialah:Kluang, Simpang Rengam, Renggam, Machap, Layang-layang, Sg Sayong, Mengkibul, Kahang, Paloh dan Kampong Tengah.

Segamat. Keluasan 2851.26 km/p dan jumlah penduduknya 217,400. Pejabat daerah di Segamat. Pegawai Daerah: Tuan Hj Burhan bin Amin. Bandar dan pekan utama dalam daerah ini ialah: Segamat, Labis, Jementah, Buloh Kasap, Chaah, Bekok, Batu Anam, Jagoh, Pekan Air Panas, Gemas Baharu, Sungai Karas, Pekan Jabi dan Genuang.

Mersing. Keluasannya 2836.6 dan jumlah penduduknya 87,000. Pejabat daerah di Mersing. Pegawai Daerah: Dato' Hj Abd Razak bin Hassan. Bandar dan pekan utama dalam daerah ini ialah:Mersing, Endau, Jemaluang dan Air Papan.

Pontian. Keluasannya 919.5 km/p dan jumlah penduduknya 128,000 dan pejabat daerah di Pontian Kechil. Pegawai Daerah: Tuan Hj Mohamed bin Hj Karim. Bandar dan pekan utama dalam daerah ini ialah: Pontian Kecil, Kukup, Benut, Pontian Besar, Kayu Ara Pasung, Ayer Baloi, Pekan Nanas, Permas Kechil, Tanjung Kupang dan Tanjung Pelepas.

Kota Tinggi. Keluasannya 3488.7 km/p dan jumlah penduduknya 249,600 dan pejabat daerah di Kota Tinggi. Pegawai Daerah: Tuan Hj Ismail bin Karim. Bandar dan pekan utama dalam daerah ini ialah: Kota Tinggi, Pengerang, Sg Rengit, Kuala Sedili, Mawai, Bandar Penawar, Tg Pengelih, Bandar Easter, Mawai, Bandar Tenggara, Tg Surat, Punggai dan Telok Mahkota.
Ledang. Keluasannya 970,624 dan jumlah penduduknya seramai 58,501. Pejabat daerah di Tangkak (daerah baru mulai 2008- pecahan dari daerah Muar). Pegawai Daerahnya Tuan Hj Asmail bin Abd Kadir. Bandar dan pekan utama dalam daerah ini ialah: Tangkak, Tanjung Agas, Kesang, Sungai Mati, Serom, Sagil, Bukit Gambir, Grisek, Kundang Ulu, Bukit Kangkar dan Lenga.

Kulai Jaya. Keluasannya 753.45km/p dan jumlah penduduknya seramai 192,000. Pejabat daerah di bandar Kulai (daerah baru mulai 2008 - pecahan dari daerah Johor Bahru). Pegawai Daerah:Tuan Hj Elias bin Hasran. Bandar dan pekan utama dalam daerah ini ialah: Kulai, Ayer Bemban, Bukit Batu, Kangkar Pulai, Kelapa Sawit, Saleng, Sedenak, Seelong, Senai, Sengkang dan Sungai Sayong.

Daerah Kecil.  Dalam beberapa daerah utama terdapat kawasan yang dinaiktaraf menjadi Daerah Kecil yang ditadbirkan oleh Penolong Pegawai Daerah (ADO) khusus untui kawasan tersebut.  Di Johor terdapat 3 buah daerah kecil berikut:

Daerah Kecil Rengit di dalam daerah Batu Pahat.
Daerah Kecil Labis di dalam daerah Segamat.
Daerah Kecil Pengerang di dalam daerah Kota Tinggi.

PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Pentadbiran pihak berkuasa tempatan dilaksanakan mengikut Akta Kerajaan Tempatan. Taraf pihak berkuasa tempatan juga diwujudkan mengikut peruntukan dalam Akta berkenaan. Sehingga kini, Negeri Johor mempunyai 15 Pihak Berkuasa Tempatan yang terdiri dari sebuah Majlis Bandaraya, 5 buah Majlis Perbandaran, 8 buah Majlis Daerah dan dua buah Pihak Berkuasa Tempatan khas.

Majlis Bandaraya

Majlis Bandaraya Johor Bahru bermula pada 1910 apabila Lembaga Bandaran ditubuhkan, seterusnya dinaikkan ke taraf Majlis Bandaran pada tahun 1952, Majlis Perbandaran pada 1 April 1977, diikuti dengan Majlis Bandaraya 1 Januari 1994 setelah Johor Bahru dianugerah taraf bandaraya pada tarikh tersebut.

SENARAI DATUK BANDAR JOHOR BAHRU
  • Y.Bhg Dato' Hj Hashim bin Yahya (01 Jan 1994 - 31 Dis 2000)
  • Y.Bhg Dato' Hj Johari bin Suratman (01 Jan 2000 - 31 Dis 2003)
  • Y.Bhg Dato' Hj Abdul Wahid bin Hj Dahlan (01 Jan 2003 - 31 Dis 2006)
  • Y.Bhg Dato' Hj Abdul Latif bin Yusof (01 Jan 2006 -30 Sep 2006)
  • Y.Bhg Dato' Hj Mohd Naim bin Hj Nasir (1 Okt 2006 - 02 Ogos 2009)
  • Y.Bhg Tuan Hj Mohd Jaffar bin Awang (03 Ogos 2009 - 30 Jun 2011)
  • Y.Bhg Tuan Hj Burhan bin Amin (01 Jul 2011 - 2013)
  • Y.Bhg Dato' Hj Ismail bin Karim (2013 - 2014)
  • Y.Bhg Dato' Hj Abdul Rahman bin Mohamed Dewam (2014 - 2015)
  • Y.Bhg Tuan Hj A. Rahim bin Haji Nin (2015 - kini)


Majlis Perbandaran

Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT)
Majlis Perbandaran Muar (MPM)
Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP)
Majlis Perbandaran Kluang (MPK)
Majlis Perbandaran Kulai (MPKu)
Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG)

Majlis Daerah

Majlis Daerah Segamat (MDS)
Majlis Daerah Labis (MDL)
Majlis Daerah Tangkak (MDT)
Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR)
Majlis Daerah Yong Peng (MDYP)
Majlis Daerah Pontian (MDP)
Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT)
Majlis Daerah Mersing (MDM)
Pihak Berkuasa Tempatan Bandar Penawar

PRASARANA

Pelabuhan AntarabangsaNegeri Johor mempunyai tiga pelabuhan bertaraf antara bangsa:

Pelabuhan Tanjung Pelepas - terletaknya di Tanjung Pelepas, Pontian, ia adalah pusat muatan pindah kapal yang terbesar di Malaysia.

Pelabuhan Johor (Pasir Gudang): - terletaknya di Pasir Gudang, ia merupakan salah satu pelabuhan komoditi yang utama di Malaysia.

Pelabuhan Tanjung Langsat- terletaknya lapan kilometer dari Pelabuhan Johor, ia merupakan pelabuhan yang terbaru di Johor untuk mengendalikan gas cecair (LPG) dan bahan-bahan kimia yang merbahaya.

Lapangan Terbang

Lapangan Antarabangsa Sultan Ismail - 130 kmdaripada Bandaraya Johor Bahru, memberi perkhidmatan kepada sistem penerbangan nasionaldan wilayah. Dibina pada 6 Jun 1974, lapangan terbang ini telah diperbesarkan berkali-kali dan kini mempunyai kapasiti sebanyak lima juta penumpang setahun. 

Landasan Terbang Tentera

Kluang (Pasukan Udara TD)
Tanjung Labuh
Mersing (Kem Iskandar)
Ulu Tiram (PULADA)

Destinasi Pelancungan/Rekreasi

Negeri Johor mempunyai banyak tarikan pelancongan, terutamanya:

Johor BahruBandar Diraja, Danga Bay, Pantai Lido.Tambak Johor (Causeway) dibina tahun 1924).

Kota Tinggi. Air Terjun Kota Tinggi (setinggi 34 meter), Pantai Desaru, Pantai Telok Mahkota, Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang (dan peninggalan sejarah Johor Lama).

PontianKukup- sebuah kampung perikanan dengan restoran makanan laut yang dibina diatas laut; Tanjung Piai- merupakan hujung yang paling selatan di benua Asia.

Batu Pahat. Minyak Beku- Peninggalan sejarah ‘Perigi Patu Pahat’, Taman Tema Air Tasik Merdeka.

Mersing. Kepulauan di Laut China Selatan - terdiri daripada pulau-pulau yang mempunyai terumbu karang dan pantai yang indah; seperti Pulau Pemanggil, Pulau Aur, Pulau Tinggi, Pulau Sibu dan lain-lain.

Negeri Johor juga mempunyai lima Taman Negara dengan jumlah keluasan yang melebihi 700 km persegi serta banyak lipur yang lebih kecil untuk menarik kedatangan pelancong:

Taman Negara Endau Rompin
Taman Negara Gunung Ledang
Taman Negara Tanjung Piai
Taman Negara Pulau Kukup
Taman Negara Kepulauan Mersing
Hutan Lipur Gunung Pulai
Hutan Lipur Gunung Arong
Hutan Lipur Gunung Lambak
Hutan Lipur Gunung Belumut
Hutan Lipur Gunung Panti
Pulau-pulau untuk pelancungan :Pulau Tinggi

Pulau Pemanggil
Pulau Rawa
Pulau Sibu
Pulau Tengah
Pulau Aur
Pulau Besar
Pulau Lima

Hutan simpan bakau yang luas:

Hutan Simpan Paya Bakau Sedili Besar
Hutan Simpan Paya Bakau Sedili Kechil
Hutan Simpan Paya Bakau Sungai Lebam

Kem Tentera

Kem PULADA Ulu Tiram
Kem Teberau, Johor Bahru
Kem Majidee, Johor Bahru (telah ditutup pada tahun 2012)
Kem Iskandar, Mersing
Kem Mahkota, Kluang
Kem Nyassa, Ulu Tiram
Kem Quetta, Kluang
Kem Gemas
Kem Batu 3, Jalan Mersing, Kluang
Kem Bukit Banang, Batu Pahat
Kem Jonid, Muar (Askar Wataniah)
KD Sultan Ismail, Tanjung Pengelih
KD Sri Madini (PSSTLDM)
TUDM Bukit Lunchu

Institusi Pengajian Tinggi

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai (IPTA)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Parit Raja (IPTA)
Universiti Teknologi MARA (Kampus Segamat) (IPTA)
Universiti Teknologi MARA (Kampus Johor Bahru) (IPTA)
Universiti Kuala Lumpur - Malaysian Institute of Industrial Technology (UNIKL-MITECH), Masai (IPTS)
Newcastle University of Medicine Malaysia (NUMed), Taman Pelangi
Kolej Universiti Sains Kesihatan Masterskills, Pasir Gudang
Politeknik JohorBahru
Politeknik Mersing
Institut Pendidikan Guru Tun Hussein Onn, Batu Pahat
Institut Pendidikan Guru Temenggong Ibrahim, Johor Bahru

Wilayah dan Projek Pembangunan

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)
Lembaga Pembangunan Johor Barat
Singapore Johor Riau Growth Triangle (SIJORI-GT)
Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI)


Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Johor
  • Darjah Kerabat I (D.K.I.) (Instituted 31 July, 1886)
  • Darjah Kerabat II (D.K.II) (Instituted 31 July, 1886)
  • Seri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J.) (Instituted 31 July, 1886)
  • Dato' Paduka Mahkota Johor (D.P.M.J.) (Instituted 31 July, 1886)
  • Setia Mahkota Johor (S.M.J.) (Instituted 31 July, 1886)
  • Seri Setia Ismail Johor (S.S.I.J.) (Instituted 28 October, 1974)
  • Dato' Setia Ismail Johor (D.S.I.J.) (Instituted 28 October, 1974)
  • Pingat Besi Kerana Keberanian dan Jasa Pangkat Pertama (P.B.I.) (Instituted 17 September, 1958)
  • Pingat Besi Kerana Keberanian dan Jasa Pangkat Kedua (P.B.II) (Instituted 17 September, 1958)
  • Pingat Kerana Lama Dan Baik Dalam Pekerjaan (P.L.P.) (Instituted 17 September, 1922)
  • Pingat Kerana Jasa Dan Lama Dalam Pekerjaan (P.J.P.) (Instituted 17 September, 1923)
  • Pingat Ibrahim Sultan Johor (Emas) (P.I.S.I) (Instituted 17 September, 1928)
  • Pingat Ibrahim Sultan Johor (Perak) (P.I.S.II) (Instituted 17 September, 1928)
  • Pingat Ibrahim Sultan Johor (Gangsa) (P.I.S.III) (Instituted 17 September, 1928)
  • Bintang Sultan Ismail (Emas) (B.S.I.I) (Instituted 28 October, 1977)
  • Bintang Sultan Ismail (Perak) (B.S.I.II) (Instituted 28 October, 1977)
  • Jaksa Pendamai (J.P.) (Instituted - Unknown)

MANTAN MENTERI BESAR JOHOR


Dato Hj Abdul Ghani bin Othman
(1995 - 15 Mei 2013)

Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin
(1986 - 1995)

Dato' Hj Abdul Ajib bin Ahmad
(1982 - 1986)

Tan Sri Osman bin Mohd Saat
(1967 - 1982)

Tan Sri Hj Hassan bin Mohd Yunus
(1959 - 1967)

[MB+Johor+9.jpg]
Dato' Hj Wan Idris bin Ibrahim
(1955 - 1959)

[MB+Johor+8.jpg]
Dato' Syed Abdul Kadir bin Syed Muhammad
(1952 - 1955)

[MB+Johor+7.jpg]
Dato' Sir Onn bin Dato' Jaafar
(1947 - 1952)

[MB+Johor+6.jpg]
Dato' Ungku Abdul Aziz bin Abd Majid
(1935 - 1947)

[MB+Johor+5.jpg]
Dato Abdul Hamid bin Yusof
(1931 - 1934)
[MB+Johor+4.jpg]
Dato' Mustapha bin Dato' Jaafar
(1928 - 1931)

[MB+Johor+3.jpg]
Dato Abdullah bin Dato' Jaafar
(1922 - 1923)

Dato' Mohammad bin Mahbob
(1920 - 1922)

[MB+Johor+1.jpg]
Dato Jaafar bin Mohammad
MENTERI BESAR JOHOR PERTAMA
(1886-1919)

EVOLUSI BENDERA NEGERI JOHOR

Johore Flag to 1855
? - 1855

[Johore 1855-1865]
1855 - 1865

Johor flag 1865-1871
1865 - 1871 

[Johore (Malaysia)]
1871 - kini


.
.

No comments:

Post a Comment