Monday, February 2, 2015

M 019 BOLA SEPAK MALAYSIA


BOLA SEPAK MALAYSIA

Aku bukanlah seorang penggemar sukan yang tegar, jauh sekali ahli sukan. Aku tulis pasal bola sepak ni sebab, inilah sukan yang jadi perhatian semua lapisan masyarakat tempatan dan antarabangsa. Jadi tak dapat tidak, aku kena ambik tau jugak la pasal bola sepak di Malaysia ni.

Masa aku sekolah rendah dulu, aku pun main bola sepak juga untk mewakili 'school team'. Tapi sekolah aku tak pernah menang semasa perlawanan antara sekolah bagi kawasan Senggarang. Baru perlawanan pusingan awal dah kecundang. Aku main posisi ‘fullback’. I did not blame the players and also the ball. We were not ‘kaki bangku’. But you know laaaa..., sekolah pendalaman (at that time 1966-71) consider as remote area), kalau tengok keadaan padang sekolah kita pun tak padang bola, padang ragut lembu pun lagi cantik. Tanah gambut, rumput macam-macam rupa, campur dengan lalang. Tunggul kayu hutan pun tak ilang lagi, bonggol dan lopak air sana-sini. Silap-silap nak sepak bola tersepak tunggul atau bonggol tanah yang terbang. Depan tiang gol macam lopak kubang kerbau.

Kasut bola pun kami tak kenal. Latih main bola ‘kaki ayam’ atau kasut sekolah, tapi bila lawan bola, kena pakai kasut, sekolah bagi ‘pinjam’. Kasut turun temurun dari murid2 tahun lepas. Tu pun midfielder saja yang dapat.Yang lain pakai kasut Fung Keong. Bayangkan. Bila main kat sekolah lawan (dipekan), padang cantik, rata, keras…., jadi macam lembu lawan lari kat padang lumba kuda. Bersepah, haru-biru kene kerjakan pasukan lawan.

Masa sekolah menengah, aku tak berapa minat main bola. Sesekali masa pendidikan jasmani atau main petang-petang masa hari sukan. Aku ‘tobat’ main bola bila salah satu jari tangan ku patah kerana menahan bola (salah teknik laaaa) masa jadi ‘goalkeeper’ sambilan. Lepas tu, aku cuma aktif sukan olahraga (lempar cakera) dan 3 tahun berturut-turut dapat pingat emas masa sukan tahunan sekolah). Bila masuk MSSD kat Stadium Batu Pahat, hancussssss….. bukan nak kata aku ni lemah, tapi masa saringan, tenguk saiz budak Cina dari High School, SMK Jalan Kolam Air, SMI…dah kecut. Budak sarapan lempeng lawan budak bandar sarapan roti dan keju.


TAPI...ada hikmahnya, walaupun kalah setiap tahun. Di Stadium Batu Pahat itu lah aku bertemu jodoh dengan isteriku sekarang.... Huhuhu.

Pada tahun 1972, semasa pasukan bolasepak Malaysia berjaya mewakili Asia Timur ke Sukan Olimpik Munich, aku masih dalam Tingkatan 1. Aku masih ingat, Syed Ahmad bin Syed Bakar, hero pasukan Malaysia yang menjaringkan 5 gol (kalau tak silap) dengan mengalahkan gergasi bolasepak Asia masa itu, Korea Selatan dan Jepun semasa perlawanan kelayakan peringkat Zon Asia Timur.



Walaupun aku bukan kaki bola, aku boleh hafal nama semua pemain Malaysia masa itu, antaranya:
  • Chow Chee Keong (penjaga gol)
  • Wong Kam Fook (penjaga gol)
  • Wong Hee Kok (penjaga gol)
  • Lim Fung Kee (penjaga gol) 
  • Soh Chin Aun (sekarang Datuk)
  • Wong Chun Wah
  • M.Chandran (sekarang Datuk)
  • Dell Akbar Khan (sekarang Datuk)
  • Othman Abdullah
  • Wan Zawawi Wan Yusof
  • Shaharudin Abdullah
  • Namat Abdullah (sekarang Datuk)
  • Santokh Singh(sekarang Datuk)
  • Bahwandi Heralal
  • Mahadi Yusof
  • Ali Bakar (allahyarham)
  • Mohamad Bakar
  • Zulkifli Norbit
  • Baharin Khamis
  • Abdullah Ali
  • Salleh Ibrahim dan lain-lainnya. 
Datuk M.Chandran
(Kapten Malaysia 1970-74)


Syed Ahmad Syed Bakar
(Hero Bolasepak Malaysia 1972)

Walaupun tewas di pusingan awal Olimpik, menang dengan USA (3-0), kalah dengan tuan rumah Jerman barat (0-3) dan tewas dengan Morocco (0-6)Dalam perlawanan kelayakan Olimpik 1972 di Seoul, Malaysia berjaya membenam cabaran tuan rumah, Korea Selatan 1-0, mengetepikan Jepun 3-0. Semua gol ialah hasil jaringan Syed Ahmad, seorang legenda bola sepak negara. Welldone!

zaman kegemilangan bolasepak Malaysia (tahun 1970an)

Dalam Sukan Asia di Tehran (1974) Malaysia tewas di tangan Israel 3-8 tapi kemudian menewaskan Filipina dengan 11-0, satu rekod yang sukar diatasi hingga kini. Bagaimanapun, Malaysia tewas 0-1 di tangan Iran pada peringkat separuh akhir, sebelum menumpaskan Korea Utara 3-2 dalam penentuan pingat gangsa. 

Aku baca satu blog yang ditulis oleh Baharin Khamis (salah seorang bekas pemain Olimpik 1972), bahawa elaun harian pemain bola sepak negara era 1970-an hanyalah RM50 sehari, tetapi mereka tetap MEGAH dan PERKASA. Aku tak tau la pemain Malaysia sekarang, berapa mereka dapat sehari. Tapi bila dah kaya, main pulak entah apa-apa, takut cedera, nanti tak dapat jadi pemain Semi-Pro. Ye la, sekarang main bola adalah pekerjaan, bukan permainan lagi.


 
 'Skipper' Soh Chin Aun (Kapten Malaysia 1974-79)




Tahun 1980 (masa tu aku ada di SPK Sebatang Kara Port Dickson) sekali lagi Malaysia berjaya masuk ke Olimpik di Moscow. Malangnya pasukan kita tidak kesampaian untuk mempamirkan bakat mereka di arena Olimpik lantaran isu pemulauan pasukan Israel. Malaysia merupakan salah satu gergasi bolasepak Asia.  Bintang bolasepak yang mewarnai dunia bolasepak Malaysia masa itu ialah:
  • Arumugam
  • Shukor Salleh
  • Mokhtar Dahari
  • Hassan Sani
  • James Wong
  • Salleh Ibrahim
  • Davendran
  • Abdullah Ali
  • Kanaraju
  • K. Rajagopal
  • Isa Bakar
  • Khalid Ali
  • (Soh Chin Aun dan Santokh juga masih bermain).

 
Super Mokh- seorang lagi legenda bolasepak Malaysia
Hassan Sani

  
Datuk Santokh Singh dan Datuk Soh Chin Aun
  
Pasukan ini yang bergelar Harimau Malaya disegani pada tahun 1950-an hingga ke 1980-an tetapi jatuh merudum pada 1990-an dan awal 2000-an. Walaupun, ia nampak bangkit sedikit setelah memenangi pingat emas di Sukan Asia Tenggara (SEA) di Vientiane, Laos pada bulan Disember 2009 TAPI personally, aku masih belum ada penuh kepercayaan.... selagi belum disahkan dalam 2 atau 3 perlawanan utama selepas ini. Kalau tidak, akan jadi macam pasukan Badminton kita, lepas menang All-England, terus lenyap. Kat bawah ni, aku coretkan sedikit sejarah Pasukan Bola Sepak Negara, yang aku perolehi dari Wikipedia.

SEJARAH
 Pasukan Kebangsaan

Sebelum terbentuknya Malaysia, pasukan bola sepak Malaysia dikenali sebagai pasukan bola sepak Malaya. Pasukan ini amat digeruni dan antara pasukan terkuat di Asia pada awal 1950-an sehingga 1960-an bersama-sama dengan pasukan bola sepak kebangsaan Korea Selatan. Pencapaian terbaik Malaya ialah berjaya memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1962 di Jakarta setelah menewaskan Vietnam Selatan 4-1. Pasukan ini memasyhurkan nama-nama pemain seperti:
  • Abdul Ghani Minhat yang digelar "Raja Bola" (allahyarham Tan Sri), 
  • Arthur Koh, 
  • G.Govindaraju, 
  • Robert Choe, 
  • Dali Omar, 
  • Edwin Dutton dan 
  • Stanley Gabriel.

 
Allahyarham Tan Sri Ghani Minhat (Raja Bola)

Tan Sri Datuk Abdul Ghani Minhat PSM DSSA DIMP AMN PJK dilahirkan pada tahun 23 December 1935 dan meninggal dunia pada 28 September 2012. Beliau mewakili Selangor pada tahun 1950s sehingga 1960s. Beliau bermain sebagai Penyerang dan Pemain Sayap, beliau juga pernah dihantar oleh FAM ke Eintracht Frankfurt, Germany dan beberapa negara lain untuk menjalani latihan. Beliau masih lagi memegang rekod Malaysia dengan jaringan 106 goal dalam 15 perlawanan serta 11 goal dalam kemenangan 15-1 ke atas Filipina.


Mulai 16 Sep 1963 (selepas pembentukan Malaysia) pasukan Malaya dikenali sebagai pasukan bola sepak Malaysia. Kegemilangan pasukan Malaysia berterusan dengan para pemain ternama seperti adik beradik, Namat dan Shahrudin Abdullah, Wong Fook Chuan, Wong Chun Wah, Zulkifli Norbit, M.Chandran yang berjaya ke Olimpik 1972 di Munich. Dua tahun kemudian, Malaysia mengulangi pencapaian pada 1962 apabila sekali lagi memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Teheran. Kejayaan pasukan Malaysia berterusan apabila layak berturut-turut ke Piala Asia pada tahun 1976 dan 1980.  

Senarai pemain Malaysia di awal tahun 70an ialah:
  • Chow Chee Keong (penjaga gol)
  • Wong Kam Fook (penjaga gol)
  • Wong Hee Kok (penjaga gol)
  • Lim Fung Kee (penjaga gol)
  • Soh Chin Aun (sekarang Datuk)
  • Wong Chun Wah
  • M.Chandran (sekarang Datuk)- Kapten
  • Dell Akbar Khan (sekarang Datuk)
  • Othman Abdullah
  • Looi Loon Teik
  • Wan Zawawi Wan Yusof
  • Shaharudin Abdullah
  • Namat Abdullah (sekarang Datuk)
  • Bahwandi Heralal
  • Mahadi Yusof
  • Ali Bakar (allahyarham)
  • Zulkifli Norbit
  • Syed Ahmad Syed Bakar
  • Baharin Khamis
  • Rahim Abdullah

    

dari kiri: Namat Abdullah,Shaharudin Abdullah dan Isa Bakar

  
dari kiri: Osman Abdullah, Wan Zawawi Yusof dan dan Soh Chin Aun

 
Supermokh (Kapten Malaysia 1979-1986)

Pada zaman ini pasukan bola sepak memperlihatkan peningkatan satu generasi pemain legenda, satu gabungan kental yang diketuai oleh penyerang serba boleh Mokhtar Dahari, pasangan pertahanan kebal; Santokh Singh dan Soh Chin Aun serta penjaga gawang goal yang tangkas, R.Arumugam atau 'spiderman'.

Pemain-pemain Kebangsaan di akhir tahun 70an dan awal 80an ialah:
  • Lim Fung Kee (penjaga gol)
  • R.Arumugam (penjaga gol)
  • Yip Chee Keong (penjaga gol)
  • Ong Yu Tiang (penjaga gol)
  • Hamid Ramli (penjaga gol)
  • Santokh Singh(sekarang Datuk)
  • Soh Chin Aun (Datuk)- Kapten
  • Bakri Ibni
  • Hassan Sani
  • Isa Bakar
  • James Wong
  • Khalid Ali
  • Khor Sok Ling
  • Marzuki Ismaun
  • Mokhtar Dahari (Kapten)
  • Redhuan Abdullah
  • Shukur Salleh
  • Yahya Jusoh
  • Abdullah Ali
  • Tukiman Bahari
  • Zulkifli Hamzah
  • JamalAbdul Nasir (sekarang Datuk)
  • Wan Anizan Daud
  • Ramli Junit
  • K. Rajagopal
  • Nik Fauzi Hassan
  • Wan Jamak Hassan
  • K.Marimuthu
  • Norizan Bakar
  • K.Kanagaraja
  • Irfan Bakti Sali
  • Kamarudin Ahmad
  • Kamarudin Mohd Noor
  • Yassin Mohd Noor

R. Arumugam (legenda spiderman Malaysia)  

Buat kali keduanya, Malaysia layak ke Sukan Olimpik di Moscow (1980), malangnya kerajaan Malaysia memboikot Sukan Olimpik 1980 kerana membantah pencerobohan USSR ke Afghanistan. Ini menyebabkan pasukan bola sepak Malaysia tidak dapat beraksi pada kejohanan tersebut. Kali ini, pasukan kebangsaan masih terus menghasilkan pemain berkualiti seperti "pemain pertama menjadi pemain pertahanan "overlapping" di dunia, Serbegeth Singh.  Antara pemain utama lain negara masa ini ialah:

Senarai Pemain Kebangsaan antara 1980n - pertengahan 1990an.
  • Rashid Hassan (gol)
  • Lim Teong Kim (gol)
  • Salleh Mohd Noor (gol)
  • Omar Salim (gol)
  • K. Vithialingam
  • Khan Hun Meng
  • K. Rajagopal
  • Dollah Salleh
  • Shukur salleh (Kapten)
  • Azizool Abu Hanipah
  • Serbegeth Singh (Shebby)
  • Zainal Abidin Hassan Ali
  • Subadron Aziz
  • S. Balachandran
  • Tang Siew Sing
  • Wong Hung Nung
  • Ibrahim Hj Din
  • Lahad Daduk Sulik
  • Nasir Yusof
  • Abd Karim Pin
  • Faridzul Kassim
  • Mohideen Hussein
  • Ismail Ibrahim
  • Hussin Jaafar
  • Solehan Mohd Som
  • Annuar Abu Bakar
  • Hassan Miskam
  • Khalid Shahdan
  • Mubin Mokhtar
  • Suharmin Yusof
  • Zami Ismail
  • Zubir Ibrahim
  • P. Dharma linggam
  • Wan Anizan Daud 
  • Zahid Jamil
  • Malek Rahman
  • V.Murugan
  • K. Sanbagamaran
  • A. Jayakanthan 
  • Asrof Hanafiah
  • Shahrin Majid
  • Razif Ismail
  • Chow Siew Lai
  • Mat Zan Mat Aris
  • See Kim Peng
  • Saidin Osman
  • Abdul Muin Rahim
  • Azlan Johar
  • K. Gunalan
  • Ahmad Yusof (Kapten)
  • Zaidi Mokhtar
     
    Zainal Abidin Hassan Ali dan Serbegeth Singh
      
    James Wong dan Hassan Sani

    Dollah Salleh

    Zaman kegemilangan pasukan Malaysia mulai runtuh pada 1994 apabilaberlakunya rasuah terbesar yang melanda bola sepak Malaysia. Ramai tonggak utama pasukan Malaysia yang terlibat di dalam skandal rasuah seperti Matlan Marjan dan Azizol Abu Hanipah yang sekaligus menghancurkan bola sepak Malaysia. Walaupun Malaysia masih mampu melahirkan pemain berprofil tinggi seperti Azman Adnan dan Khairul Azman Mohamed namun mereka gagal memulihkan imej pasukan bola sepak negara.

    Pemain Kebangsaan pertengahan tahun 1990an hingga awal 2000
    1. Khairul Azman Mohammad
    2. K.Sanbagamaran
    3. Syahril Arshad
    4. Yap Wai Loon 
    5. Ahmad Fairuz Yunos
    6. B. Rajnikanh
    7. Lee Kin Hong
    8. K. Ravichandran
    9. Rusdi Suparman
    10. Zami Mohd Noor
    11. Matlan Marjan
    12. Azman Adnan
    13. Radhi Md Din
    14. Manja Man
    15. Azmil Azali
    16. A. Ambalagan
    17. Naina Mohd Ismail
    18. Aziz Azizan
    19. Azmi Mahmud
    20. Subri Sulong
    21. Mohd Nizam Adzha Yusof (Kapten)
    22. P. Ravindran
    23. Zaidi Napiah
    24. Nazzab Hizzan
    25. Mohd Zain Md Asri
    26. Husron Che Busu

    Azman Adnan

    Pada dekad 2000-an ada juga nampak kelibat pemain berpotensi, seperti Khalid jamlus dan Akmal Rizal Ramli serta Indra Putra Mahayuddin, namun mereka tak konsisten, sehingga kini masih gagal mencipta nama untuk menambat hati rakyat Malaysia. Pasukan Malaysia tetap terumbang-ambing dan kadangkala tenmggelam punca sehingga tewas memalukan kepada pasukan hingusan di peringkat Sukan SEA.

    Tanya saya kenapa sukar sangat bolasepak Malaysia nak pulih? Jawapan dari orang yang tak minat bola seperti saya ialah:

    Pemain Malaysia dah manja dengan simbahan wang ringgit akibat dari wujudnya Liga Semi Pro. Semangat kenegerian dan kekelaban meningkat. Tiada priority untuk pasukan kebangsaan. Kelab dan negeri adalah periuk nasi mereka. Faktor kepimpinan.... istana dan politik. 

    Bila prestasi menurun, sokongan pun menurun, penuntun pun menurun, pendapatan (kutipan tiket) pun ikut menurun. Hasilnya pasukan negeri dan kelab tak cukup dana untuk membangunkan pasukan. Dengan kekurangan minat dan dana, bola sepak kebangsaan Malaysia dalam dekad pertama 2000 masih terlalu jauh daripada zaman kegemilangan bola sepak pada 1970-an dan 1980-an.

    Sinar Baru

    Tahun 2009. Adalah nampak sedikit perubahan di penghujung tahun ni. Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia di bawah 23 tahun memberikan sinar harapan apabila menamatkan penantian 20 tahun apabila memungut Pingat Emas kepada Malaysia apabila mengalahkan Vietnam 1-0 walaupun menjadi pasukan bukan pilihan pada temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-25 di Vientiane, Laos. Tapi kemenangan ini pun masih belum membuktikan bahawa Malaysia telah bangkit. Tiada jaringan gol oleh pemain Malaysia. Gol tunggal dijaringkan sendiri oleh pemain Vietnam, akibat kesilapan pihak lawan. 


    Pada Sukan SEA 2000 Vientiane, Laos, skuad kebangsaandi bawah 23 tahun tidak diberikan harapan untuk memenangi sebarang pingat. Namun skuad bimbingan K Rajagopal ini telah berjaya membawa kembali kegemilangan Malaysia di arena Sukan Sea apabila memenangi pingat Emas di temasya tersebut. Dalam perlawanan akhir menentang Vietnam, Malaysia, yang turun sebagai "underdog", berjaya menumpaskan Vietnam dengan jaringan 1-0.

    Pasukan Senior Malaysia (2008)

     
     Pasukan Bawah 23 (Emas Sukan SEA 2009)

    Skuad Johan Piala AFF Suzuki 2010

    29 Disember 2010 menjadi sejarah kepada rakyat Malaysia dan pasukan bolasepak Malaysia (Harimau Malaya) apabila menjadi juara Piala AFF Suzuki 2010 setelah 14 tahun lamanya. Malaysia menjadi juara buat pertama kalinya sejak kejohanan ini bermula. Malaysia dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan indonesia dengan agrerat 4 – 2. Perlawanan akhir pertama berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 Disember 2010. Dengan sokongan padu yang diberikan oleh 80 000 penyokong Malaysia di SNBJ dan 20 juta didepan kaca tv, Malaysia berjaya menewaskan Indonesia dengan jaringan 3 – 0. Pada perlawanan ini Malaysia menunjukkan kualiti permainan yang baik dan menghiburkan.


    Pada perlawanan akhir ke-2 yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Malaysia tewas tipis dengan jaringan 2 – 1. Namun keadaan ini tidak menjejaskan pasukan Malaysia membawa pulang piala terbaik dirantau Asia Tenggara.

    Tahniah Harimau Malaya. Inilah hadiah terbaik kepada rakyat Malaysia untuk tahun 2010.






    Pemain Kebangsaan 2010
    1. Khairul Fahmi Che Mat
    2. Mohd Sharbinee Allawee
    3. Mahalli Jasuli
    4. Mohd Razman Roslan
    5. Mohd Sabree Mat Abu
    6. Mohd Muslim Ahmad
    7. Mohd Fahdli Shas
    8. Khairul Helmi Johari
    9. Asraruddin Putra Omar
    10. Mohd Faizal Mohammad
    11. Safiq Rahim
    12. Mohd Amri Yayah
    13. K. Gurusamy
    14. Amar Rohidan
    15. Khyril Muhaymeen
    16. Mohd Amirul Hadi Zainal
    17. K. Kunalan
    18. Mohd Ashari Shamsudin
    19. Safee Sali
    20. Norshahrul Idlan Talaha
    21. Izzaq Faris Ramlan
    22. Faizal Abu Bakar

    Pemain Kebangsaan 2011
    1. Mohd Sharbinee Allawee Ramli; 
    2. Khairul Fahmi Che Mat; 
    3. Mohd Farizal Marlias; 
    4. Mohd Sabre Mat Abu; 
    5. Mohd Asraruddin Putra Omar; 
    6. Mohd Rizal Fahmi Abd Roshid; 
    7. Shahrizal Mohd Saad; 
    8. Mohamad Aidil Zafwan Abd Razak; 
    9. Safiq Rahim; 
    10. Norshahrul Idlan Talaha; 
    11. Mohamad Azmi Muslim; 
    12. Amar Rohidan; 
    13. Ahmad Fakri Saarani;  
    14. Chanturu Suppiah; 
    15. Gurusamy Govandar Kandasamy; 
    16. Kunalan Subramaniam; 
    17. Azidan Sarudin; 
    18. Mahalli Jazuli; 
    19. Izzaq Faris Ramlan; 
    20. Mohd Amirul Hadi Zainal; 
    21. Baddrol Bakhtiar; 
    22. Mohamad Muslim Ahmad; 
    23. Mohamad Ashari Samsudin; 
    24. Mohd Fadhli Mohd Shas.



    21 November 2001, pasukan (Team) Harimau Malaya sekali lagi mengaum, mengamuk dan menggegarkan Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta dalam pertandingan akhir Bola Sepak Sukan SEA Jakarta/Palembang, apabila mengalahkan tuan rumah Indonesia dengan jaringan tendangan penalti yang tragik 4-3 setelah seri 1-1 (jaringan Asrarudin Putra) dalam permainan 90 minit dan masa tambahan 30 minit.

    Kemenangan ini bukan sahaja berjaya menggondol 'Ibu' Pingat Emas Sukan SEA untuk kali kedua berturut-turut, bahkan melebur dan meluluhkan lebih 200 juta rakyat Indonesia yang meletakkan harapan besar kepada pasukan mereka.

    Hero Harimau Malaya ialah penjaga gawang gol, Khairul Fahmi Che Mat yang berjaya menggagalkan 2 tendangan penalti Indonesia.  TAHNIAH!

    Senarai penuh nama pemain utama Malaysia dalam Sukan SEA XXVI (U23) ialah:
    • Penjaga Gol:
      • Khairul Fahmi  Che Mat
      • Mohd Izham Tarmizi
    • Pertahanan:
      • Mahali Jazuli
      • Mohd Muslim Ahmad
      • Mohd Fadhli Shas
      • Mohd Amer Saidin
      • Fandi Othman
      • Asraruddin Putra
      • Zubir Azmi
    • Tengah:
      • Baddrol Bakhtiar (Kapten)
      • Wan Zaharulnizam
      • K.Gurusamy
      • Shukur Jusoh
      • Irfan Fazail
      • Yong Kuong Yong
      • Nazmi Faiz
    • Penyerang:
      • Syahrul Azwari
      • Thamil Arassu
      • Izzaq Faris
      • Fakri Saarani
    SELEPAS INI....
    AKU TIDAK LAGI BERMINAT MENGIKUTI PERKEMBANGAN PASUKAN KEBANGSAAN MALAYSIA
    MUNGKIN AKU HANYA BERMINAT MENGIKUTI PERKEMBANGAN PIALA MALAYSIA ATAU LIGA SAHAJA
    LEBIH SERONOK MELIHAT PASUKAN NEGERI BERMAIN DARIPADA PERMAINAN PASUKAN MALAYSIA




    No comments:

    Post a Comment