Monday, February 2, 2015

M 014 KETUA SETIA USAHA NEGARA MALAYSIA

.


KETUA SETIAUSAHA NEGARA




PERTAMA
Tan Sri Dr Abdul Aziz bin Abdul Majid PSM SPMS  
(Allahyarham Tun, SMN DUNM) 
(1-8-1957 – 31-8-1964) 

Abdul Aziz dilahirkan di Kajang pada 10 Mac 1908 dan memulakan kerjayanya pada tahun 1926 sebagai seorang guru sementara sejurus selepas lulus Cambridge School Certificate. Pada masa yang sama, Allahyarham menduduki peperiksaan Perkhidmatan Pentadbiran Melayu (Malay Administrative Service) dan mendapat tempat pertama dalam peperiksaan tersebut.

Pada tanggal 3 Ogos 1926, iaitu, setelah memperoleh kejayaaan dalam peperiksaan tersebut, Tun memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Kutipan Hasil Tanah sebelum dilantik sebagai Penolong Pegawai Daerah dan seterusnya sebagai Pegawai Daerah di negeri Selangor. Setelah berkhidmat selama 15 tahun di dalam Perkhidmatan Pentadbiran Melayu, Tun telah dinaikkan pangkat di Malayan Civil Service pada 3 Ogos 1941.

Sewaktu British memperkenalkan Malayan Union di Tanah Malayu pada tahun 1946, Tun Hj. Abdul Aziz telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha kepada Pejabat Suruhanjaya Residen Selangor.

Kepimpinan dan ketokohan Allahyarham sememangnya mendapat keyakinan oleh semua pihak. Pada 1 Februari 1948, telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha Negeri Pertama Negeri Selangor. Pada bulan Mac tahun yang sama, Allahyarham telah terpilih untuk mengikuti Kursus Pentadbiran di Oxford University, London. Pada tahun 1949 iaitu sekembalinya dari London, Tun telah ditugaskan untuk memegang beberapa jawatan penting di peringkat negeri mahupun peringkat persekutuan. Di peringkat negeri, Tun telah dilantik ke jawatan Pegawai Daerah di Teluk Anson.  Pada 22 Januari 1952, Allahyarham dilantik sebagai Ahli Lembaga Eksekutif Kuala Lumpur dan Penolong Setiausaha di Bahagian Keselamatan Dalam Negeri, Bahagian Pertahanan.

Pada 15 April 1952, Tun dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan dan diikuti sebagai Menteri Besar Selangor pada 1 September 1954.

Dalam memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu, Tun Hj. Abdul Aziz merupakan antara pemimpin terpenting negara yang telah berjuang bersama Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan juga pemimpin-pemimpin lain. Ini terbukti antara tahun 1956 dan 1957, Tun mengikuti rombongan kemerdekaan di London bagi membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan Perlembagaan. Pada tahun 1958 pula, Tun dan beberapa anggota rundingan telah pergi ke London sekali lagi untuk berbincang mengenai Perjanjian Pertahanan Malaya.

Pada Jun 1963, rombongan ke London diadakan lagi bagi membincangkan pembentukan Persekutuan Malaysia. Tun telah menjadi anggota Pasukan Perundingan Persekutuan dalam Jawatankuasa Antara Kerajaan. Selain daripada itu, Tun Hj. Abd. Aziz telah dilantik sebagai Ketua Perkhidmatan Awam iaitu Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri  merangkap Setiausaha Jemaah Menteri Malaysia.

Sebagai salah seorang anggota perundingan Perlembagaan yang terkemuka mewakili Tanah Melayu, pada tahun 1963, Tun Hj. Abdul Aziz sekali lagi terpilih sebagai salah seorang anggota rombongan Tanah Melayu yang berunding dengan Pejabat Commonwealth tentang kemasukan Borneo Utara, Sarawak dan Singapura ke dalam Malaysia. Tun seterusnya menjadi ketua rombongan perundingan Persekutuan Tanah Melayu dalam Jawatankuasa antara Kerajaan untuk membincangkan syarat dan peraturan-peraturan kemasukan negeri Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan baru Malaysia.

Pada tahun 1964, Tun bersara dari jawatan yang disandangnya. Walau bagaimanapun, pada tahun yang sama, Tun sekali lagi ditugaskan untuk menjadi Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sehinga tahun 1971.

Tun Abdul Aziz kemudiannya telah dilantik menjadi Gabenor Melaka pada 31 Ogos 1971 untuk sehingga beliau meninggal dunia pada 10 Mei 1975.

KEDUA
Tan Sri Abdul Jamil bin Abdul Rais PMN SPMS
(Allahyarham) 
(1-9-1964 – 6-11-1967)

KETIGA
Tunku Tan Sri Mohamed bin Tunku Besar Burhanuddin DKYR PMN PSD SPMS PNBS PPT PBJ
(Allahyarham)
(7-11-1967 – 31-12-1969)

KEEMPAT
Tan Sri Abd Kadir bin Shamsudin PMN  
(Allahyarham)
(1-1-1970 – 30-9-1976)






KELIMA
Tun Abdullah bin Mohd Salleh SSM PMN PSM SPMS DMSM DPMT KMN
(Allahyarham)
(1-10-1976 – 31-12-1978)


Abdullah dilahirkan pada 24 Jun 1926 di Padang Sebang, Alor Gajah, Melaka. Beliau mendapat didikan awal di Sekolah Melayu Padang Sebang, Alor Gajah, Melaka, Sekolah Melayu Air Pak Abas, Alor Gajah Melaka, Bandar Hilir English School, Melaka, High School Melaka, dan  Malay College Kuala Kangsar (MCKK), Perak.  Beliau melanjutkan penjagian ke Universiti Malaya, Singapura (1952-1954) dan lulus ijazah Sarjana Muda Sastera.

Abdullah memulakan kerjaya dalam Perkhidmatan Awam (MCS) pada tahun 1955 sebagai  Penolong Pegawai Daerah (ADO) di Johor Bahru, Johor kemudian sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (1956 - 1958), Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj (1959 - 1962), Timbalan Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (1962 - 1966), Setiausaha Rendah Kabinet di Jabatan Perdana Menteri (1967-1968), Pendaftar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (1969 -1971).

Beliau kemudiannya dilantik menjadi Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Perikanan (1972 -1974), Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (1975), dan akhirnya sebagai Ketua Setiausaha Negara (1976 - 1977).  Beliau juga menyandang jawatan Ketua Eksekutif Petrolium Nasional Bhd. (PETRONAS) pada tahun 1978.

Setelah bersara dari perkhidmatan awam beliau dilantik sebagai Pengerusi Majlis Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Sebagai Pendaftar pertama Universiti Kebangsaan Malaysia, beliau menjadi penggerak utama dalam membangun dan memajukan universiti berkenaan. Beliau ibarat tiang seri tempat bersandar kepada permulaan sebuah universiti yang julung-julung kali menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sepenuhnya, 1970.

Meninggal dunia pada 22 Jun 2006.

KEENAM
Tun Abdullah bin Ayub SSM PMN PSM SPCM SPMJ DPMT DPSK PGDK JMN KMN
(1 Jan 1979 – 30 Nov 1980)


Abdullah dilahirkan di Pasir Panjang Laut, Sitiawan, Perak pada 3 Januari 1926. Mendapat pendidikan awal di Sek Melayu Pasir Panjang Laut, Anglo-Chinese School Sitiawan dan King Edward VII School Taiping.  Abdullah melanjutkan pengajian ke Raffles College, Singapura dan kemudian ke Universiti Malaya, Singapura sehingga mendapat ijazah B.A(Hons) dengan cemerlang dan menerima Queen's Scholarship.
.
KETUJUH
Tan Sri Hashim bin Aman PMN SPMS  
(1 Dis 1980 - 14 Jun 1984)

KELAPAN
Tan Sri Sallehuddin bin Mohamed PMN PSM SSIS SIMP DHMS DIMP JMN KMN  
(15 Jun 1984 - 31 Jan 1990)



Sallehuddin dilahirkan di Kg Dong, Raub, Pahang pada 9 September 1932. 

Beliau merupakan graduan Universiti Malaya Bachelor of Arts (Honours) dalam bidang Economics pada tahun 1959.

Sallehuddin menyertai Malaysian Civil Service pada tahun 1959  dan menjawat pelbagai jawatan penting dalam Kerajaan Pusat.  Antaranya ialah di Kementerian Kewangan (1965-1982), Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU), JPM (1982-1984) dan dilantik menjadi KSN pada tahun 1994 sehingga bersara pada tahun 1990. 
.
KESEMBILAN
Tun Ahmad Sarji bin Abd Hamid SSM PMN SPDK SPNS SSMT SSSA DGSM PNBS SPMS SPMT SPMP SIMP DPCM SMP JMN PJK 
(1 Feb 1990 - 16 Sep 1996) 



Tun Ahmad Sarji dilahirkan pada 16 Sep 1938 di Ipoh, Perak.  Mula menjejakan kaki ke alam persekolahan pada tahun 1946 di Sekolah Melayu Pasir Puteh, Ipoh,   Sekolah Melayu Kampung Batu Tiga, Tapah , Sekolah Melayu, Tapah  (1949 – 1955) dan Government English School, Tapah yang kemudian dinamakan Sek Men Keb Buyong Adil. Pada tahun 1956 beliau bertukar ke Anderson School, Ipoh dan pada tahun 1957 melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya hingga mendapat ijazah B.A. (Hons.)  pada tahun 1960.

1966 – 1967 : Institute of Social Studies, The Hague, Netherlands (Diploma in Public Administration), 10 Januari 1961 Pegawai Pentadbir di dalam Perkhidmatan Tadbir Melayu (Malay Administrative Service), dengan memegang jawatan Timbalan Penolong Pegawai Daerah, Klang, Selangor.

    1 Jun 1961 Penolong Pegawai Daerah, SerembanPenolong Pegawai Daerah, Mantin. Kerajaan Negeri Sembilan telah juga melantik beliau sebagai Pendaftar Hak Milik (Registrar of Titles, Negeri Sembilan), 1 Disember, 1963 Pegawai Daerah, Rembau., 1 Oktober, 1964 Pegawai Daerah, Port Dickson. Beliau turut dilantik sebagai Pengerusi, Lembaga Bandaran bagi kedua-dua daerah itu, dan bertanggung-jawab di atas pentadbiran daerah, pengurusan tanah dan juga keselamatan daerah oleh kerana pada masa itu negara menghadapi konfrantasi Kerajaan Indonesia. Penolong Setiausaha (Pencen) di Pejabat Perjawatan Persekutuan (Federal Establishment Office); Penolong Pengarah (Perkhidmatan) di Jabatan Perkhidmatan Awam; 1970-71- Master in PA -Harvard University, Setiausaha Bahagian Kabinet dan Perlembagaan semasa Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri., 1973 Ketua Pengarah yang pertama bagi LPP. Beliau dilantik oleh Perdana Menteri (Tun Abdul Razak bin Hussein)., 1979-1981 Timbalan Ketua Pengarah (Sektoral), Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri., 1 Mei 1981 Timbalan Pengerusi dan Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA), 1 November 1981 Timbalan Ketua Pengarah (I) Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia, 15 Ogos 1985 Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan dan Perindustrian, dan juga  emegang jawatan Pengerusi, Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) 1 Februari 1990-1996 Ketua Setiausaha Negara.


    KESEPULUH
    Tan Sri Abdul Halim bin Ali PMN PJN SPMS SIMP DGSM DHMS DSDK JSM AMN
    (17 Sep 1996 – 01 Feb 001)



    Abdul Halim dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada bulan Julai 1943. Beliau mendapat didikan di Kolej Sultan Abdul Hamid dan melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya sehingga mendapat ijazah Bachelor of Arts (Honours) pada tahun 1966.

    Abdul halim menyertai perkhidmatan diplomatik di Wisma Putra antara tahun 1967 hingga 1996.  Sepanjang tempoh tersebut beliau menyandang pelbagai peringkat jawatan di Wisma Putra dan pejabat perwakilan Malaysia di luar negara.  Beliau pernah menjadi  Duta Malaysia ke Vietnam dan Austria.

    Beliau dilantik menjadi Ketua Setia Usaha Negara dari tahun 1996 hingga bersara pada tahun 2001. Beliau merupakan pegawai dari Wisma Putra yang pertama dilantik menjadi KSN.


    KESEBELAS
    Tan Sri Shamsudin bin Osman 
    (2 Feb 2001 – 30 Ogos 2006)





    Samsudin dilahirkan pada 1947 di Johor Bahru. Beliau merupakan bekas pelajar Maktab Tentera DiRaja (RMC), Sg Besi dari tahun 1961-1964 sebelum melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya dan menerima ijazah Bachelor of Arts (Hon) pada tahun 1969.  Beliau juga memiliki ijazah Master in Public Administration dari Pennsylvania State University, USA.

    Beliau menyertai perkhidmatan awam (MCS) antara tahun 1969 hingga 2006.  Semasa dalam perkhidmatan beliau telah menyandang pelbagai jawatan di pelbagai peringkat. Antara jawatan penting yang pernah disandang ialah Ketua Setia Usaha Kementerian Perdagangan Domestik dan Hal Ehwal Pengguna (1994-1996) dann Ketua Setia Usaha Kementerian Dalam Negeri (1996-1998) dan  mencapai jawatan tertinggi dalam JPA, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (1998-2001) sebelum dilantik menjadi KSN dari 1 Feb 2001 hingga 2 Sep 2006.

    Selepas persaraannya beliau dilantik menjadi President Perbadanan Putrajaya dan Pengerusi KWSP.

    KEDUABELAS
    Tan Sri Mohd Sidek bin Hassan PMN PSM dll
    (31 Ogos 2006 – 22 Jun 2012)
        

    Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong berkuat kuasa 3 September 2006. 

    Tan Sri Mohd Sidek dilahirkan di Pekan, Pahang pada 24 Jun 1951. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan kepujian dalam bidang Pentadbiran Awam dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari New Hampshire College, Amerika Syarikat.  Tan Sri Mohd Sidek memulakan kerjaya dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada 15 April 1974 sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Penolong Pesuruhjaya Perdagangan, Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo, Jepun dari Mei 1977 hingga Julai 1980.  Dari Ogos 1980 hingga Julai 1984, beliau berkhidmat di Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri, mulanya sebagai Ketua Penolong Pengarah, kemudian dinaikkan pangkat ke Timbalan Pengarah, Sektor Analisa Projek dan seterusnya Timbalan Pengarah (Penyelidikan) di jabatan yang sama.  

    Tan Sri Mohd Sidek mempunyai pengalaman kerja yang amat luas di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Semasa berkhidmat di Kementerian tersebut, beliau telah ditugaskan sebagai Pesuruhjaya Perdagangan Malaysia di Sydney, Australia, Timbalan Pengarah Dasar di Bahagian Dasar dan Penyelidikan, Timbalan Pengarah (Operasi) di Bahagian Perdagangan Antarabangsa, Menteri Penasihat Hal Ehwal Ekonomi di Pejabat Pesuruhjaya Perdagangan Malaysia di Washington D.C., Amerika Syarikat dan Pengarah Bahagian Perhubungan Pelbagai Hala.  

    Tan Sri Mohd Sidek telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan) pada 19 Januari 2001 dan seterusnya Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada 24 Oktober 2004.

    Beliau dilantik menjadi Ketua Setia Usaha Negara pada 31 Ogos 2006 sehingga bersara pada 22 Jun 2012.  Tempoh perkhidmatan beliau sebagai KSN ialah 5 tahun 9 bukan 22 hari.



    KETIGABELAS
    Tan Sri Dato' Seri Dr Ali bin Hamsa PMN SPMJ SSAP SJMK SSMZ SUNS SPMS SPDK DCSM DIMP DPNS ASDK KMN AMN PKT
    (23 Jun 2012 – kini)
        

    Ali Hamsa dilahirkan di Kluang Johor  pada 29 Ogos 1955. Beliau mendapat pendidikan peringkat tinggi dengan memperolehi ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya pada tahun 1979. 


    Ali memulakan perkhidmatannya dalam Pegawai Perkhidmatan Awam Malaysia (MSC) sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) pada 5 Januari 1981 sebagai seorang  Penolong Setiausaha (PSU) di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian (MITI). Antara jawatan awal beliau selepas itu adalah Ketua Penolong Pengarah  Unit Perkapalan, Kementerian Pengangkutan.


    Semasa dalam perkhidmatan beliau telah mendapat biasiswa Kerajaan untuk melanjutkan pelajaran ke luar Negara dan memperolehi  Master in Economy serta   ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Environmental Science & Economics dari Oklahoma State University, Amerika Syarikat.


    Ali pernah dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah Johor Corporation dan Pengarah Bukan Eksekutif Bintulu Port Holdings Bhd. dan kemudian bertukar ke Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dari 16 Disember 1997 hingga 21 April 2009.  Di UPE, beliau menyandang tugas sebagai Pengarah Seksyen Pembahagian,  Timbalan Ketua Pengarah  Program National Transformation & Advancement sebelum ditukarkan ke jawatan  Ketua Pengarah, Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di JPM pada 22 April 2009 - 2012.

    Pada 19 Jun 2012, Pejabat Perdana Menteri memaklumnkan bahawa beliau menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan sebagai KSN yang menamatkan perkhidmatan pada 22 Jun 2012.

    TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

    KSN adalah pegawai yang terkanan dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (MSC).  KSN dilantik oleh SPB Yang DiPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri. KSN juga adalah Setiausaha kepada Jemaah Menteri.

    Dalam melaksanakan utamanya, KSN adalah Pengerusi kepada Mesyuarat-mesyuarat berikut:
    • Mesyuarat Ketua-ketua Setiausaha dan Ketua Perkhidmatan.
    • Mesyuarat Ketua Jabatan Persekutuan.
    • Mesyuarat Perhubungan antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.
    • Mesyuarat Ketua Eksekutif Badan Berkanun Malaysia.
    • Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH)
    • Lembaga Pemegang Amanah, Unit Inovasi Khas (UNIK)
    • Lembaga Pengarah, Institut Integriti Malaysia (IIM)
    • Lembaga Pengurusan Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP)
    • Lembaga Pemegang Amanah, Razak School of Government (RSOG)
    • Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam
    • Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam
    • Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan
    • Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan
    • Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara (JPPN)
    • Panel Pemantauan Penyampaian Perkhidmatan (Panel 3P)
    • Jawatankuasa IT dan Internet Kerajaan (JITIK)
    • Jawatankuasa Pengurusan Wilayah Ekonomi Koridor Utara
    • Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam (JKTPA)
    • Mesyuarat Kemuncak Pelasanaan Strategik Negara mengenai inisiatif strategi laut biru.
    • Jawatankuasa Kerja Tindakan Negara (JKTN)
    • Jawatankuasa Penyelarasan Aplikasi Perdana
    • Mesyuarat Khas Bagi Mengkaji Jawatan-Jawatan Tingkatan Tertinggi
    • Jawatankuasa Perhubungan Luar
    • Jawatankuasa Pemandu Pengecilan Saiz Perkhidmatan Awam
    • Jawatankuasa Pegawai Bagi Menyemak Peruntukan-Peruntukan Dalam Perlembagaan
    • Jawatankuasa Penyelarasan Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam
    • Jawatankuasa Sosial Negara
    • Jawatankuasa Kerja Am Kelab Golf Perkhidmatan Awam
    • Jawatankuasa Kerja MAKSAK

    Ketua Setia Usaha Negara adalah juga Setia Usaha kepada:
    • Mesyuarat Jemaah Menteri / Mesyuarat Khas Jemaah Menteri.
    • Mesyuarat Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri.
    • Mesyuarat Khas Peringkat Menteri bagi Mengkaji Kemajuan Pelaksanaan Keputusan-keputusan Laporan Antara Kerajaan (IGC) 1962.




    No comments:

    Post a Comment