Monday, February 2, 2015

M 013 SENARAI YANG DIPERTUAN AGONG 3

Image result for bendera istana negara malaysia

SISTEM PERLANTIKAN SPB YANG DIPERTUAN AGONG MALAYSIA
BAHAGIAN KE 3

Dalam  TAJUK ini saya akan menyambung semula sejarah mengenai perlantikan setiap Yang DiPertuan Agung Malaysia sejak Merdeka.  YDP Agong seterusnya ialah YDP Agong VII, iaitu giliran Negeri Pahang.  Seperti disebut dalam TAJUK M 012, Sultan Kedah, alMu'tasim Billahi Alhaj Sultan Abdul Halim Muhibuddin Muadzzam Shah telah melakar sejarah tersendiri apabila dilantik menjadi SPB Yang DiPertuan Agong Malaysia buat kali kedua.

Kali pertama baginda naik tahta YDP Agong ke 5 ialah pada bulan September 1970 ketika berusia 43 tahun. Pada tahun 1975 baginda kembali ke Kedah. Pada bulan Disember 2006 baginda telah dilantik menjadi Timbalan Yang DiPertuan Agong untuk kali pertama sehingga bulan Disember 2011. 36 tahun kemudian baginda sekali lagi terpilih untuk menyandang jawatan YDP Agong untuk kali kedua.


Sejarah monarki Malaysia hingga ke tarikh ini merekodkan bahawa DYMM Almu'tasimu Billah Muhibuddin Tuanku Haji Abdul Halim Al Muadzam Shah - Sultan Kedah merupakan satu-satunya kalangan Raja Melayu yang menjadi YDP Agong sebanyak dua kali.

Rekod juga mencatatkan bahawa sehingga ke tarikh ini, dua orang YDP Agong telah dilantik menjadi YDP Agong tanpa terlebih dahulu menjadi Timbalan Yang Di Pertuan Agong (tidak mengambil kira YDP Agong Pertama), iaitu:


(1)   Almarhum DYMM Sultan Iskandar Alhaj, Sultan Johor - terus dilantik menjadi YDPA VIII pada tahun 1984.

(2)   DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Perlis- terus dilantik menjadi YDPA XII pada tahun 2001.

Sejarah perlantikan sehingga ke tarikh ini juga merekodkan bahawa tiga orang YDPA pernah dilantik menjadi Timbalan YDPA sebanyak dua kali; iaitu:

(1)   DYMM Sultan Abdul Halim AlMuadzam Shah - Sultan Kedah, kali pertama (1965-1970) dan kali kedua (2006-2011).

(2)   Almarhum DYMM Tuanku Jaafar Alhaj- YDP Besar Negeri Sembilan, kali pertama (1979-1984) dan kali kedua (1989-1994).

(3)   DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin- Sultan Terengganu, kali pertama (1999 - 2001) dan kali kedua (2001-2006).

Sejarah juga merekodkan bahawa empat (4) YDP Agong telah mangkat semasa dalam tempoh menyandang jawatan iaitu:

(1)   YDP Agong Pertama: Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni almarhum Tuanku Muhammad (Negeri Sembilan). 

(2)   YDP Agong Kedua: Almarhum Tuanku Hisamuddin Alam Shah Alhaj ibni almarhum Tuanku Alaeddin Sulaiman Shah .

(3)   YDP Agong Keenam: Almarhum Tuanku Yahya Petra ibni almarhum Sultan Ibrahim (Kelantan) 

(4)   YDP Agong Kesebelas Almarhum Tuanku Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj (Selangor)


Almarhum Almu'tasim Billah Muhibbuddin Tuanku Alhaj Sultan Abdul Halim alMuadzam Shah ibni almarhum Sultan Badlishah
(13 Dis 2011 - 12 Dis 2016)


PERLANTIKAN YDP AGONG XV

Apabila Tuanku Sultan Abdul Halim melengkapkan tempoh 5 tahun pemerintahan  pada 12 Dis 2016, maka Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke 243 (Khas) yang bersidang pada 14 Okt 2016 telah memilih YDP Agong yang baru berdasarkan senarai kedudukan penggiliran seperti berikut:

(1)   DYMM Sultan Muhammad V - Sultan Kelantan telah dipilih Yang Di Pertuan Agong. 

(2)   KDYMM Sultan Hj Ahmad Shah Al Mustain Billah ibni almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Muadzam Shah, Sultan Pahang. Ini merupakan giliran pemilihan untuk pusingan kedua untuk negeri Pahang dan juga tawaran kali kedua bagi diri Baginda. Baginda pernah menjadi YDP Agong kali pertama dari 1979 - 1984. Baginda telah menolak tawaran untuk menjadi Timbalan YDPA.

(3)   DYMM Sultan Ibrahim ibni almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor. Ini merupakan giliran pemilihan untuk pusingan kedua Negeri Johor dan tawaran kali pertama untuk diri Baginda. Baginda juga menolak tawaran untuk menjadi Timbalan YDPA.

(4)   DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni almarhum Sultan Azlah Muhibbuddin Shah Maghfirullah, Sultan Perak. Ini merupakan giliran pemilihan untuk pusingan dua bagi Negeri Perak dan tawaran kali pertama untuk diri Baginda. Baginda telah dipilih menjadi Timbalan Yang Di Pertuan Agong.

(5)   DYMM Tuanku Muhriz ibni almarhum Tuanku Munawir, YDP Besar Negeri Sembilan. Ini merupakan giliran pemilihan untuk pusingan ketiga bagi NSDK.

(6)   DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah - Sultan Selangor. Ini merupakan giliran pemilihan untuk pusingan ketiga bagi negeri Selangor.

(7)   DYMM Tuanku Syed Sirajuddin ibni alhamrum Syed Putra Jamalullail - Raja Perlis. Ini merupakan giliran pemilihan untuk pusingan ketiga bagi Perlis dan kali kedua untuk diri Baginda.

(8)   DYMM Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni almarhum Sultan Mahmud alMuktafi Billah - Sultan Terenggannu. Ini merupakan giliran pemilihan untuk pusingan ketiga bagi negeri Terengganu dan kali kedua untuk diri Baginda.

(9)   DYMM  Al Mu'tasim Billahi Tuanku Alhaj  Sultan Abdul Halim Muadzam Shah - Sultan Kedah. Ini merupakan giliran pemilihan untuk pusingan ketiga bagi negeri Kedah dan kali ketiga untuk diri Baginda.


Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong XV
Sultan Muhammad V

Tengku Muhammad Faris Petra diputerakan pada 06 Oktober 1969 di Istana Batu, Kota Bharu.  Ayahandanya ialah DYMM Sultan Ismail Petra ibni almarhum Sultan Yahya Petra manakala bondanya ialah DYMM Tengku Anis binti Tengku Abdul Hamid, Raja Perempuan Kelantan.  Baginda mendapat dididkan di Sekolah Sultan Ismail I, Alice Smith School KL. Oakham School, Rutland UK, St Cross College, Oxford UK, Oxford Centre for Islamic Studies, Deutsche Stiflung Entwickling, Berlin dan European Business School London.

Tengku Muhammad Faris Petra dilantik menjadi Tengku Mahkota Kelantan pada 30 Mac 1979 ketika berusia 10 tahun dan ditabalkan pada 6 Okt 1985. Pada 24 April 2009 Tengku Muhamamd Faris telah dilantik menjadi Pemangku Sultan apabila ayahandanya mengalami kegeringan.

Selaras dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Kelantan, pada 13 Sep 2010 Majlis Perajaan Kelantan telah mengisytiharkan YMM Pemangku Sultan, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Al Sultan Kelantan menggantikan ayahandanya yang mengalami kegeringan yang berkekalan dan hilang upaya untuk melaksanakan tugas sebagai Sultan.  Baginda menggunakan gelaran sebagai Sultan Muhammad V. 

Baginda al Sultan adalah Kolonel YDP Rejimen Artileri DiRaja dan juga Kor Risik DiRaja. Baginda juga Canselor Universiti Malaysia Kelantan sejak 2011.

Baginda bernikah dengan Tengku Zubaidah (nama asal Kangsandarn Pipitpakdee) binti Tengku Nuruddin pada 15 Nov 2004.  Mengikut sumber tertentu baginda telah berpisah dengan Tengku Zubaidah.

Peristiwa selepas tarkh perlantikan

(1)   DYMM Sultan Kedah, Al Mu'tasim Billahi Tuanku Alhaj  Sultan Abdul Halim Muadzam Shah ibni almarhum Sultan Badlishah telah mangkat pada 11 September 2017. Adinda baginda, Tunku Mahmud Salehuddin ibni almarhum Sultan Badlishah telah diisytiharkan menaiki tahta Sultan Kedah.


Timbalan Yang DiPertuan Agong
DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Maghfirullah 







No comments:

Post a Comment