Monday, February 2, 2015

M 005 YANG DIPERTUA NEGERI

Image result for assalamualaikum jawi
YANG DI PERTUA NEGERI
*MELAKA-P.PINANG-SABAH-SARAWAK*

Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri ataupun dahulunya dikenali sebagai Gabenor (untuk Sabah ia dipanggil Yang DiPertua Negara) merupakan ketua negeri di 4 negeri di Malaysia (selepas merdeka pada tahun 1957) iaitu Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. 
Yang di-Pertua Negeri dilantik oleh SPB Yang DiPertuan Agong setelah berunding dengan Ketua Menteri kerana negeri-negeri ini tidak mempunyai Sultan atau Raja. Yang di-Pertua Negeri dilantik selama sepenggal atau empat (4) tahun dan boleh dipanjangkan mengikut kesesuaian. Beliau tidak dibenarkan memiliki perniagaan atau keuntungan dan tidak dibenarkan juga bergiat aktif didalam mana-mana aktiviti komersial.
Yang di-Pertua Negeri merupakan komponen Dewan Undangan Negeri (DUN) dan mempunyai kuasa untuk mengadakan perhimpunan atau pembubaran Dewan Undangan Negeri. Persetujuan beliau adalah diperlukan bagi meluluskan Dewan Undangan Negeri.
Yang di-Pertua Negeri juga merupakan Ahli Majlis Raja-Raja yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Kuasa mentadbir negeri dipikul oleh Yang di-Pertua Negeri tetapi fungsi-fungsi pentadbiran boleh diserahkan kepada pihak lain dari segi undang-undang. Yang di-Pertua Negeri akan melantik ahli Exco bagi menasihati beliau dalam menjalankan peranannya.


GABENOR/YDP NEGERI MELAKA

 GABENOR PERTAMA 
TYT TUN LEONG YEW KOH  SMN
(31 Ogos 1957 - 30 Ogos 1959)

 

Mendiang Tun Leong Yew Koh dilahirkan pada 22 Ogos 1888 di Salak Utara, Perak. Yew Koh mendapat pendidikan awal di Canton, China sebelum menyambung pelajarannya di Tanah Melayu pada usia 13 tahun di Anglo Chinese School, Ipoh dan Sekolah St. Xavier’s, Pulau Pinang. Pada 1909, ketika berumur 21 tahun, kecemerlangan beliau dalam bidang akademik membuahkan hasil apabila berjaya mendapat ‘Queen’s Scholarship of The Straits Settlement’ untuk melanjutkan pengajian di London iaitu di ‘University College’ dan ‘Inner Temple’ dalam jurusan Undang-Undang dan Politik, London School of Economic dalam jurusan Ekonomi. Setelah tamat pengajian, beliau melawat wilayah Yunan dan China sebelum kembali ke tanahair untuk menjadi seorang peguam di Ipoh.

Pada tahun 1917, ketika berusia 28 tahun, Tun Yew Koh telah mendirikan rumahtangga dengan Ho York Ling. Pasangan ini dikurniai 7 orang anak iaitu, Ignatius Leong Kok Yin, Cyril Leong Kok Cheong, Agnes Leong, Joseph Leong Kok Chee, Anthony Leong Kok Hong, Irene Leong dan Matilda Leong. Hubungan Tun Yew Koh dengan anak-anaknya sangat rapat dan beliau sentiasa mengambil berat tentang pelajaran mereka.

Sebelum dilantik menjadi Gabenor Melaka, Tun Leong merupakan Menteri Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat dalam Kabinet pertama Persekutuan Tanah melayu yang ditubuhkan pada tahun 1955.

Selepas bersara sebagai Gabenor Melaka yang pertama pada tahun 1959, beliau menceburkan diri dalam aktiviti sosial seperti menjadi Ahli kepada Majlis Peguam di Perak, Dewan Perniagaan China, Kaunsel negeri dan Pertubuhan Perlombongan China. Beliau meninggal dunia pada tahun 1963 pada usia 75 tahun. 


 GABENOR KEDUA 
TYT TUN HJ ABDUL MALEK BIN YUSOF  SMN
(31 Ogos 1959 -30 Ogos 1967)


Allahyarham Tun Hj Abdul Malek bin Yusuf merupakan anak lelaki tunggal daripada tiga orang adik beradik. Dilahirkan pada tahun 1899 di Kampung Chengkau, Rembau, Negeri Sembilan dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Chengkau, Negeri Sembilan pada tahun 1907 seterusnya melanjutkan pelajarannya di peringkat tinggi di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak pada tahun 1910.

Allahyarham memulakan kerjaya sebagai pegawai Kerajaan pada tahun 1917 apabila dilantik menjadi Penolong Pegawai Daerah Kuala Pilah kemudiannya Pegawai Daerah Seremban (1921), Setiausaha di Pejabat Tanah Jelebu, Seremban, Rembau, Majlis Bandaran Seremban dan juga Pegawai Perlesenan Kenderaan Negeri Sembilan antara tahun 1922 hingga1925. Kemudiannya menjawat Pegawai di Pejabat Tanah di Negeri Sembilan, Pahang, Selangor dan Perak (1927-1938),  Pegawai Pemungut Hasil Tanah di Kuala Lumpur (1942), Pegawai Daerah Tampin (1945) dan memangku jawatan Hakim Daerah Selangor dan Tanjung Malim, Perak serta Penolong Setiausaha Sekretariat Malayan Union di Kuala Lumpur (1946-1948).


Pada tahun 1948 hingga 1953 Allahyarham dilantik menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan,kemudiannya dalam tahun 1954 menjadi Ahli Lembaga Perlantikan dan Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam dan jawatan akhirnya sebelum dilantik menjadi Gabenor Melaka ialah sebagai Speaker Majlis Perundangan Persekutuan dari 1957 hingga Jun 1959.

Allahyarham Tun Hj. Abdul Malek telah mendirikan rumahtangganya kali pertama dengan Puan Khatijah bte Ahmad dan dikurniakan dua orang anak perempuan iaitu Halimah dan Habibah. Walau bagaimanapun, isterinya telah kembali ke rahmatullah pada tahun 1950.  Allahyarham Tun kemudiannya telah melangsungkan perkahwinannya Toh Puan Fatimah bte Ismail pada tahun 1964.  


 GABENOR KETIGA 
TYT TUN DATO HJ ABDUL AZIZ BIN ABDUL MAJID  SMN PMN SPMS
(31 Ogos 1971 - 10 Mei 1975)


Allahyarham Tun Hj. Abdul Aziz bin Abdul Majid dilahirkan pada 10 Mac 1908 di Kajang, Selangor. Tun Hj. Abdul Aziz telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Tinggi Kajang pada tahun 1920 hinggalah Allahyarham lulus Cambridge School Certificate pada tahun 1925. 

Tun Hj. Abdul Aziz memulakan kerjayanya pada tahun 1926 sebagai guru sementara sejurus selepas lulus Cambridge School Certificate. Pada masa yang sama, Allahyarham menduduki peperiksaan Perkhidmatan Pentadbiran Malayu (Malay Administrative Service) dan mendapat tempat pertama dalam peperiksaan tersebut.
 
Pada tanggal 3 Ogos 1926, iaitu, setelah memperoleh kejayaan dalam peperiksaan tersebut, Tun memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Kutipan Hasil Tanah sebelum dilantik sebagai Penolong Pegawai Daerah dan seterusnya sebagai Pegawai Daerah di negeri Selangor. Setelah berkhidmat selama 15 tahun di dalam Perkhidmatan Pentadbiran Melayu, Tun telah dinaikkan pangkat di Malayan Civil Service pada 3 Ogos 1941.
 
Sewaktu British memperkenalkan Malayan Union di Tanah Malayu pada tahun 1946, Tun Hj. Abdul Aziz telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha kepada Pejabat Suruhanjaya Residen Selangor.
 
Pada 1 Februari 1948, telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha Negeri Pertama Negeri Selangor. Pada bulan Mac tahun yang sama, Allahyarham telah terpilih untuk mengikuti Kursus Pentadbiran di Oxford University, London.
 
Pada tahun 1949 iaitu sekembalinya dari London, Tun telah ditugaskan untuk memegang beberapa jawatan penting di peringkat negeri mahupun peringkat persekutuan. Di peringkat negeri, Tun telah dilantik ke jawatan Pegawai Daerah di Teluk Anson. Pada 22 Januari 1952, Allahyarham dilantik sebagai Ahli Lembaga Eksekutif Kuala Lumpur dan Penolong Setiausaha di Bahagian Keselamatan Dalam Negeri, Bahagian Pertahanan.
 
Pada 15 April 1952, Tun dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan dan diikuti sebagai Menteri Besar Selangor pada 1 September 1954.
 
Tahun 1956 dan 1957, Tun mengikuti rombongan kemerdekaan di London bagi membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan Perlembagaan. Pada tahun 1958 pula, Tun dan beberapa anggota rundingan telah pergi ke London sekali lagi untuk berbincang mengenai Perjanjian Pertahanan Malaya.
 
Pada Jun 1963. rombongan ke London diadakan lagi bagi membincangkan pembentukan Persekutuan Malaysia. Tun telah menjadi anggota Pasukan Perundingan Persekutuan dalam Jawatankuasa Antara Kerajaan.
 
Selain daripada itu, Tun Hj. Abd. Aziz telah dilantik sebagai Ketua Perkhidmatan Awam iaitu Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri merangkap Setiausaha Jemaah Menteri Malaysia.
 
Pada tahun 1963, Tun sekali lagi terpilih sebagai salah seorang anggota rombongan Tanah Melayu yang berunding dengan Pejabat Commonwealth tentang kemasukan Borneo Utara, Sarawak dan Singapura ke dalam Malaysia. Tun seterusnya menjadi ketua rombongan perundingan Persekutuan Tanah Melayu dalam Jawatankuasa antara Kerajaan untuk membincangkan syarat dan peraturan-peraturan kemasukan negeri Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan baru Malaysia.
 
Pada tahun1964, Tun bersara dari jawatan yang disandangnya.Walau bagaimanapun, pada tahun yang sama, Tun sekali lagi ditugaskan untuk menjadi Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sehingga tahun 1971. 


Tun Hj. Abdul menamatkan zaman bujangnya pada tahun 1956 apabila bertemu jodoh dengan Yang Mulia Raja Teh Zaiton bte Raja Kamarulzaman iaitu anakanda Raja Hj. Kamarulzaman Hj. Mansor, Raja di Hilir Perak. Hasil perkahwinan ini, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Mustapha Kamal, Kamarulzaman, Mansor dan Amir Hamzah. 



 GABENOR/YDPN KEEMPAT 
TYT TUN SYED ZAHIRUDIN BIN SYED HASSAN SMN PMN SPMP
(18 Mei 1975 - 3 Dis 1984)



Tuan Yang Terutama Syed Zahiruddin Bin Syed Hassan tekah dilahirkan pada 11 Oktober 1918 di Pondok Tanjung, Kerian Perak. Beliau merupakan anak sulung daripada enam orang adik-beradik. Bapa beliau bernama Syed Hassan bin Syed Ibrahim, dan ibunya Raja Halimah bte Raja Abdullah. Bapanya berasal dari Sayung, Kuala Kangsar, Perak manakala ibunya dari Pondok Tanjung, Kerian, Perak. 


Pendidikan awal yang diterima oleh Tun Syed Zahiruddin bin Syed Hassan adalah di Sekolah Melayu Tapah. belaiu menuntut di sana selama setahun iaitu pada tahun 1942 hingga tahun 1925. Kemudian beliau melanjutkan persekolahan di Sekolah melayu Pondok Tanjung selama 4 tahun iaitu dari tahun 1925 hingga 1929 dan seterusnya ke Clifford School, Kuala Kangsar, Perak. pada tahun 1930, beliau memasuki Maktab Melayu Kuala Kangsar sehingga lulus Senior Cambridge.

Setelah menamatkan pengajian, beliau telah berkhidmat dengan kerajaan dan telah menjawat pelbagai jawatan penting:
  • 1942-1943 – Timbalan Penolong Pegawai Daerah Gerik.
  • 1943-1946 – Timbalan Penolong Pegawai Daerah Kechil, Tanjung Malim.
  • 1946-1947- Timbalan Penolong Pegawai Daerah, Cameron Highlands.
  • 1947-1948 – Timbalan Penolong Pegawai Daerah, Lumut, Perak.
  • 1948-1951 – Timbalan Penolong Pegawai Daerah Kerian, Perak.
  • 1952-1953 – Penolong Pegawai Daerah Lenggong, Perak.
  • 1953-1954 – Penolong Pegawai Daerah, Tanjung Malim, Perak.
  • 1954-1955 – Penolong Pegawai Daerah, Ipoh, Perak.
  • 1955-1957 – Penolong Setiausaha II, Kerajaan Negeri Perak.
  • 1957-1958 – Pegawai Daerah Tapah, Perak.
  • 1959-1960 – Timbalan Setiausaha, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Kuala Lumpur; Ketua Penolong Setiausaha, Federal Establishment Office, Kuala Lumpur.
  • 1960-1961 – Pesuruhjaya Tanah dan Galian, Perak.
  • 1961-1962 – Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
  • 1963-1966 – Setiausaha Tetap, Kementerian Pertanian, Malaysia.
  • 1966-1970 – Setiausaha Tetap, Kementerian Pelajaran, Malaysia.
  • 1970-1972 – Ketua Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia.
  • 1972-1973 – Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu.
  • 1 April 1974-18 Mei 1975 – Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom dan Duta Malaysia ke Republik of Ireland.
Tun Syed Zahiruddin telah berkahwin dengan Toh Puan Hajah Halimah binti Hj. Md. Noh pada bulan Oktober 1949. Hasil daripada perkahwinan ini, Tun Syed Zahiruddin telah dikurniakan seramai 10 orang anak. 

 YDP NEGERI KELIMA 
TYT TUN DATUK SERI UTAMA HJ SYED AHMAD BIN SYED MAHMUD SHAHABUDDIN  SMN PSM DUNM SPMK SSDK DPMK
(4 Dis 1984 - 31 Mei 2004)

Allahyarham Tun Datuk Seri Utama Syed Ahmad Al-Haj, dilahirkan pada 14 Mei 1925 di Kulim, Kedah. Beliau merupakan anak ketiga daripada lima adik beradik yang terdiri daripada 4 lelaki dan seorang perempuan. Allahyarham mendapat pendidikan awalnya bermula di Sekolah Melayu Kulim dari tahun 1932 hingga 1935 dimana beliau menamatkan pelajarannya semasa di Darjah 4. Bersama dengan adik-beradiknya beliau mendapat pendidikan rohani dengan menghadiri kelas agama dan mengaji Al-Quran sehingga mahir.

Setelah tamat pengajiannya di kolej pada tahun 1947, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai pegawai kerajaan di Pejabat Perbendaharaan Alor Setar pada tahun 1948-1955. Kemudian, beliau telah dilantik sebagai Menteri Besar Kedah pada 14 Disember 1967 sehingga 1978
 
Selama 11 tahun menyandang jawatan ini, Tun Syed Ahmad telah membuktikan ketokohannya sebagai seorang pemimpin apabila membawa pelbagai kemajuan dalam pelbagai sektor untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Negeri Kedah supaya lebih baik dan maju
 
Berdasarkan kepimpinan serta kelayakannya, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri pada 1978 sehingga September 1982. Dalam masa yuang sama beliau juga menjawat jawatan sebagai Pesuruhjaya Tinggi di Singapura dan selepas itu dilantik menjadi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka.
 
Beliau telah menjadi Penolong Setiausaha UMNO, Kedah selama 4 tahun bermula 1951 hingga 1954, kemudian beliau telah menjadi Setiausaha UMNO Kedah selama 14 tahun. Beliau telah dilantik menjadi pengerusi Jawatankuasa Perhubungan UMNO untuk Barisan Nasional Kedah. Pada tahun 1968, beliau telah menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia dan beliau telah menjadi Pemangku Pengerusi untuk Jawatankuasa Perhubungan UMNO untuk Barisan Nasional Kedah selama 7 tahun bermula pada tahun 1978 hingga 1984. 

Pada usia 25 tahun, beliau telah menamatkan zaman bujangnya pada tahun 1950 dengan Toh Puan Shariffah Haniffah binti Syed Alwi. Dari perkahwinan tersebut, beliau dikurniakan 6 orang cahaya mata. Selama 43 tahun beliau berkongsi hidup dengan Toh Puan sehingga Toh Puan meninggal dunia di Hospital Besar Kuala Lumpur pada 7 Julai 1991. 

Tun Syed Ahmad meninggal dunia akibat sakit tua pada usia beliau 83 tahun pada 7 Julai 2008 dan dikebumikan di Makam Pahlawan Melaka di perkarangan Masjid Al Azim, Bukit Palah. 


 YDP NEGERI KEENAM 
TYT TUN DATUK SERI UTAMA HJ MOHAMAD KHALIL BIN YAACOB  SMN PSM DUNM SSAP SIMP
(1 Apr 2004 -kini)


Dilahirkan pada 29 Disember 1937 di Kuantan,Pahang, Tun Mohd. Khalil bin Yaakob menerima pendidikan awal di Sekolah Ahmad Shah, Pekan Pahang. Beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar atau Malay College Kuala Kangsar (MCKK) sehingga tahun 1959. Di peringkat pendidikan tinggi pula, beliau meneruskan pengajian di Universiti Malaya sehingga beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) pada tahun 1962.

Kerjaya Mohd Khalil dalam kerajaan selama 15 tahun dan pernah berkhidmat sebagai diplomat di Morocco, Italy, Singapura dan Indonesia dan menjawat pelbagai jawatan utama dalam perkhidmatan Kerajaan pusat.

Khalil menjadi ahli Parti UMNO setelah menamatkan perkhidmatan dengan Kerajaan. pada tahun 1978. Kerjayanya dalam UMNO mencapai ke peringkat Ahli Majlis Tertinggi dan pernah menjawat Setiausaha Agong UMNO pada tahun 1999.

Beliau pertama kali dipilih sebagai ADUN Bukit Ibam Pahang dalam PRU 1978.  Dalam PRU 1982 beliau memenangi kerusi Parlimen Maran dan dilantik menjadi Timbalan Menteri Pelajaran. Pada tahun 1984 dilantik menjadi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri sehingga tahun 1986.

Dalam PRU 1986 beliau memenangi kerusi ADUN Bukit Tajau dan dilantik menjadi MB Pahang menggantikan YAB Datuk Sri Najib. Beliau menjadi MB selama 3 penggal sehingga tahun PRU 1999 apabila bertukar ke kerusi Parlimen Kuantan.  Beliau menang dan dilantik menjadi Menteri Penerangan sehingga tahun 2004 aabila beliau bersara dari politik.

Pada 4 Jun 2004, Khalil telah dilantik menjadi Yang DiPertua Negeri Melaka yang ke enam. 

Tun telah mendirikan rumahtangga dengan Toh Puan Dato’ Zurina bte Kassim pada tahun 1965. Hasil perkongsian hidup.Tun dan Toh Puan Dato’ dikurniakan tiga cahaya mata, dua putera serta seorang puteri.   


Rujukan: www.tytmelaka.gov.my

GABENOR/YDP NEGERI 
PULAU PINANG

 GABENOR PERTAMA 
TYT RAJA SIR TUN UDA ALHAJ BIN RAJA MUHAMMAD KBE SMN 
(31 Aug1957 - 31 Aug 1967)

 


Tun Raja Uda dilahirkan pada tahun 1894 di Kuala Langat, Selangor. Sebelum dilantik menjadi Gabenor Pulau Pinang yang pertama beliau pernah dilantik menjadi Menteri Besar Selangor antara tahun 1949-1953. Beliua juga pernah menjadi Pesuruhjaya Tinggi Malaya ke United Kingdom. Jawatannya yang terakhir sebelum dilantik menjadi Gabenor ialah Speaker Majlis Mesyuarat Persekutuan. Raja Tun Uda meninggal dunia pada 17 Okt 1976.

 GABENOR KEDUA 
TYT TUN HJ SYED SHEH BIN SYED ABDULLAH SHAHABUDDIN SMN SSM 
(01 Sep 1967 - 05 Feb 1969)

Photobucket

He was born in Alor Setar on 10 March 1910. He was a diplomat and served as the Ambassador and high Commissioner to Thailand, Ireland, United Kingdom and Japan prior to his retirement. He died on17 Oktober 1976.

 GABENOR KETIGA 
TUN SYED SHEH BIN SYED HASSAN BARAKHBAH SMN SSM DUPN
(06 Feb 1969 – 05 Feb 1975)

Photobucket

He was born on 10 Nov 1906 in Alor Setar. Prior to his serving as Penang Governor, he was the 2nd Lord President of Malaysia (1966 - 1968) and President of Dewan Negara (1969). He died on 8 Oct 1975.

 GABENOR/YDPN KEEMPAT 
TYT TUN HJ SARDON BIN HJ JUBIR SMN PMN DUPN SPMJ SSIJ 
(5 Feb 1975 – 30 Apr 1981). 


He was born on 19 March 1917 in Rengit, Johor. He was pa lawyer by profession and one of the founder of Independent of Tanah Melayu and since then he became a full-time politician until his retirement in 1974. In his tenure as a politician, he held several ministers' appointment such as Minister of Works, Minister of Post and Communication and Minister of Health. He was also the Malaysian Permanent Representative to UNO between 1974-1975. He died on 14 Dec 1985.

 YDPN KELIMA 
TYT TUN DR HJ AWANG BIN HASSAN SMN SPMJ DUPN 
(01 May 1981 - 30 Apr 1989)


He was born in Muar, Johor in Dec 1910 and a medical doctor by profession. Prior to his appointmet as YDP Negeri, he was the Deputy Speaker of Dewan Rakyat and High Commissioner to Australia. He died on 23 Oct 1998.

 YDPN KEENAM 
TYT TUN DATUK SERI DR HJ MOHD HAMDAN BIN SIEKH MUHAMMAD TAHIR  SMN PSM DUPN  DMPN KMN
(01 May 1989 - 01 May 2001) 


He was born at Kuala Kangsar on 26 April 1921. His father 'Siekh Muhammad Tahir Jalaluddin al Falaki' was one of the famous ulama' in islamic astrology (falak syarie). Prior to his appointment as Penang Head of State, he held various prominent appointments, among them were the Director General of Education (1966 - 1976) and 2nd Vice-Chancellor of USM (1976 - 1982) and Permanent Educational Rep to UNESCO, Paris (1982 - 1985). He died on 20 January 2005.

 YDPN KETUJUH 
TYT TUN DATUK SERI UTAMA HJ ABDULRAHMAN BIN ABAS  DMK SMN DUPN SPDK DMPN DJN
(02 May 2001 –kini)




YDP NEGARA/YDP NEGERI 
SABAH

 YDP NEGARA PERTAMA 
TYT TUN DATU HJ MUSTAPHA BIN DATU HARUN  SMN SPDK SPMJ SPMP SIMP PNBS KVO OBE
(16 Sep 1963 - 16 Sep 1965). 


Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun dilahirkan pada 31 Julai 1918 di Kampung Limau-Limauan, Kudat.  Nama asalnya ialah Datu Badiozaman, ditukarkan kerana sering sakit semasa kecil.  Tun Datu Haji Mustapha juga mempunyai nama timangan yang dikenali sebagai Jaman. Bapa Tun Mustapha ialah Datu Harun bin Datu Nasaruddin dan ibunya ialah Norani Hj. Abdul Rahim.  Beliau merupakan anak keempat dari Sembilan orang adik-beradik yang terdiri daripada enam orang perempuan dan tiga orang lelaki yang masing-masing bernama Dayang Lana, Dayang Hjh. Bidari, Dayang Siti Sarah (Dayang Pindau), Dayang Hjh. Harum, Datu Muhammad, Dayang Tahiran, Datu Hj. Aliuddin dan Dayang Hjh. Hadijah.

Tun berkahwin dengan Toh Puan Rahmah Hj. Zulkanian dan mereka mempunyai Sembilan orang anak, iaitu Datu Abdul Hamid (Allahyarham), Dayang Maimunah, Datu Amir Kahar, Datu Hj. Badaruddin, Datu Kamaruddin, Dayang Hjh. Zulfah, Dayang Aminah, Rasalonah Abdullah, Dayang Marina dan Datu Harun. Pada tahun 1932, Tun Mustapha menerima pendidikan di Sekolah St. James, Kudat. Tetapi ia hanya kekal selama sembilan bulan sahaja kerana ibunya telah meninggal dunia dan juga kerana perpindahan pekerjaan bapanya. Tun Mustapha pernah dipilih untuk mengikuti kursus pertanian RIDA atau Rural Industry Development Authority dari tahun 1951- 1952 di Serdang.  Pada tahun 1959, beliau telah ditaja oleh kerajaan British untuk mengikuti kursus bahasa Inggeris dan Politik di Britain.

Tun Mustapha suka menggesek biola, berjoget, berjenaka dan mendengar muzik irama keroncong.  Beliau juga gemar bermain golf dan telah mengasaskan Kinabalu Golf Club di Tanjung Aru dan Kudat Golf Club di Kudat ketika memegang jawatan Ketua Menteri Sabah.  Selain itu, Tun Mustapha juga suka memancing, membaca buku dan menyaksikan perlumbaan kuda.  Beliau gemar memakan masakan Melayu.  London ialah tempat paling gemar dilawatinya. Pada tahun 1928, semasa Tun Mustapha berumur 10 tahun, beliau bekerja sebagai pelayan rumah kepada Residen Kudat Syarikat Berpiagam Borneo Utara, E.W. Morrel.  Beliau kemudian menjadi “Office Orderly” di Pejabat Daerah Kudat pada tahun 1934.  Pada 1 Februari 1937, beliau dilantik sebagai Ketua Anak Negeri (Native Chief) dan Pemungut Cukai Candu. Pada tahun 1961, Tun Mustapha telah mengasaskan dan menjadi presiden pertama (United Sabah National Organization) USNO ketika konsep gagasan Malaysia dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman.  Pada masa yang sama, beliau juga adalah Ahli Majlis Perundangan (Legislative and the Executive Councils), Ahli Kerajaan Tempatan(Local Government) apabila Sabah diberi hak pemerintahan sendiri (self-government) dan juga Ahli Perundingan Perpaduan Malaysia (Malaysia Solidarity Consultative Committee).Sepanjang hayatnya, Tun Mustapha diberi banyak anugerah, antaranya K.V.O. dan O.B.E. daripada Kerajaan British ; “Knight Commander of Republic of  Lebanon” (K.C.R.L.) oleh Presiden Lebanon pada tahun 1972; Seri Darjah Paduka Chura Si-Maharaja (S.P.C.M.) dengan gelaran “Dato Seri” pada 15 September 1971 sempena hari keputeraan Sultan Perak; Seri Paduka Mahkota Perlis (S.P.M.P.) pada 29 Mac 1971, dari Raja Perlis; Seri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J.) pada 27 Oktober 1971, dari Sultan Johor; Panglima Negara Bintang Sarawak (P.N.B.S.) pada 20 Ogos 1971 daripada Tuan Yang TerutamaYang di-Pertua Negeri Sarawak; Seri Indera Mahkota Pahang (S.I.M.P.) daripada Sultan Pahang, 20 September 1969; Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.) dengan gelaran “Datuk Seri Panglima” ; dan Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) – anugerah tertinggi di Malaysia dengan gelaran “Tun” pada 26 November 1964. 

Tun Mustapha juga seorang yang bergiat aktif dalam persatuan.  Beliau pernah memegang jawatan Presiden dalam Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA: United Sabah Islamic Association) dan PERKIM (sesi 1977/ 1979).  Beliau juga merupakan Ketua Persatuan Pengakap Sabah (Sabah Chief Scout) dan telah menerima pingat “Semangat Padi” pertama di Sabah pada 21 Jun 1974.  Selain itu, Tun Mustapha ialah Ahli Royal Commonvealth Society  dan ahli seumur hidup  Commonvealth Parliamentary Association.   Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Persatuan Peladang Kebangsaan pada tahun 1972.  Beliau juga merupakan Pro-Canselor bagi Universiti Pertanian Malaysia dari November 1973 hingga Februari 1990.
Tun Mustapha telah meninggal dunia pada 2 Januari, 1995.

 YDP NEGARA KEDUA 
TYT TUN PENGIRAN HJ AHMAD RAFFAE BIN ORANG KAYA KAYA PENGIRAN HAJI OMAR SMN SPDK  
(17 Sep 1965 - 16 Sep 1973)


 
Tun Datuk Pengiran Hj. Ahmad Raffae dilahirkan pada 4 November 1908 di Sipitang, Daerah Beaufort.  Beliau merupakan anak keempat kepada O.K.K. Pengiran Haji Omar, bekas Timbalan Penolong Pegawai Daerah (D.A.D.O. – Deputy Assistant District Officer) Putatan. Pengiran Haji Omar merupakan orang tempatan yang paling awal dilantik ke jawatan D.A.D.O. dari tahun 1915-1922. Tun Pengiran Hj. Ahmad Raffae telah berkahwin dengan Toh Puan Dayang Hajah Kusnah binti Enche Sian.  Mereka mempunyai lima orang anak.  Beliau mempunyai isteri kedua bernama Dayang Supinah binti Abdullah.Tun Pengiran Hj. Ahmad Raffae gemar memancing, bermain bergolf, memburu, bersukan, mendengar muzik dan menunggang kuda pada masa lapangnya.

Beliau menerima pendidikan di Sekolah Khas Inggeris di Putatan, kemudiannya di sebuah sekolah yang terletak di Papar (1918-1922) dan seterusnya di Sekolah Rendah Melayu Sipitang hingga tahun 1924. Pada 1 Mei 1930, Tun Pengiran Hj. Ahmad Raffae menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Anak Negeri Gred Ketiga dengan bayaran gaji $15 sebulan.  Beliau telah dilantik sebagai Pegawai Pelatih Timbalan Penolong Pegawai Daerah Beaufort pada tahun 1941 dan telah diserap ke jawatan tetap pada tahun 1942.

Ketika pendudukan Tentera Jepun di Borneo Utara, Tun Pengiran Hj. Ahmad Raffae telah berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Daerah Beaufort (A.D.O.) dan kemudiannya sebagai Gun Chu (Pegawai Anak Negeri) di Sipitang, Beaufort dan Kota Belud.  Selepas Perang Dunia Kedua tamat, beliau telah meninggalkan Kota Belud dan berjalan kaki ke Tuaran untuk menyambut kedatangan Tentera Pembebasan.  Dari Tuaran, beliau menaiki perahu menuju ke Papar, dan dari Papar, beliau berlepas ke Tenom dan melaporkan dirinya untuk bekerja sebagai Timbalan Penolong Pegawai Daerah Tenom pada 1 Julai 1946. Tun Pengiran Hj. Ahmad Raffae telah dinaikkan pangkat menjadi Pemangku Pegawai Daerah Beaufort selama sebulan pada tahun 1946 dan kemudian ditukar menjadi Timbalan Penolong Pegawai Daerah (D.A.D.O.) Mempakul, Sipitang.  Selepas itu, beliau ditugaskan di Kuala Penyu dan Beaufort.

Pada tahun 1954, Tun Pengiran Hj.Ahmad Raffae dilantik menjadi Timbalan Penolong Pegawai Daerah Labuan dan Penampang.  Beliau kemudiannya memegang jawatan Penolong Pegawai Daerah Penampang selama lapan bulan pada tahun 1955 sebelum ditukar ke Beluran, Sandakan.  Pada September 1957, beliau ditukar ke Beaufort sebagai Penolong Pegawai Daerah. Pada tahun 1958-1963, Tun Pengiran Hj. Ahmad Raffae memegang jawatan Penolong Pegawai Daerah di Kuala Penyu, Ranau dan juga Persiangan. Pada tahun 1962, Tun Pengiran Hj. Ahmad Raffae telah bersara setelah berkhidmat selama 32 tahun dalam perkhidmatan awam Borneo Utara; beliau telah mencapai tingkatan gaji kerajaan skel C1, C2, C3 dalam Bahagian II sepanjang tempoh perkhidmatannya. Di antara tahun 1964 dan 1965, Tun Pengiran Hj. Ahmad Raffae telah memangku jawatan Yang di-Pertua Negeri dan beliau juga telah membawa kemajuan kepada Sabah bersama dengan Tun Datu Haji Mustapha Bin Datu Harun serta menyatupadukan penduduk berbilang kaum di Sabah.  Beliau dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah kedua pada tahun 1965 selepas Tun Datu Hj. Mustapha.  Tun Pengiran Hj. Ahmad Raffae memegang jawatan ini hingga tahun 1973. Tun Pengiran Hj. Ahmad Raffae adalah seorang yang peramah, berdisiplin tinggi dan mempunyai pegangan agama yang kuat.  Oleh hal yang demikian, beliau dihormati dan disanjung oleh segenap lapisan penduduk Sabah. Tun Pengiran Hj. Ahmad Raffae telah menerima beberapa anugerah, antaranya ialah : Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.) pada 31 Ogos 1963, Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) yang membawa gelaran “Tun” pada Jun 1967 dan juga P.D.K. serta P.P.M.

Tun Pengiran Hj. Ahmad Raffae telah meninggal dunia pada bulan Mac 1995 ketika berusia 87 tahun

 YDP NEGARA KETIGA 
TYT TUN HJ MUHAMMAD FUAD STEPHEN BIN ABDULLAH  SMN SPDK 
(17 Sep 1973 -  1975) 

Tun Fuad Stephens.jpg

Tun Datuk Hj. Mohammad Fuad Stephens telah dilahirkan pada 14 September 1920.  Beliau merupakan anak kepada Jules Stephens Pavitt dan Edith Cope.  Beliau mempunyai enam orang adik-beradik. Tun Hj. Mohammad Fuad berkahwin  pada tahun 1950 dengan Ida (meninggal dunia pada April 1957) dan dikurniakan seorang anak bernama John Benedict (Johari) yang dilahirkan pada tahun 1952. Beliau kemudiannya berkahwin dengan Toh Puan Rahimah (Cecilia June Lutter) pada 8 Februari 1958.Mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Affandy (Richard Bernard-1958), Asgari (James Denis-1960), Faridah (Jean Heather-1962) dan Fauziah (Aimah Eluk-1964).

Tun Fuad pernah menerima pendidikan di St.Mary’s Boys School, Sandakan; Sekolah St. James di Kudat; Sekolah Vernakular di Keningau dan Sekolah Sacred Heart di Jesselton.  Beliau merupakan seorang yang periang dan aktif di sekolah dan merupakan pemenang Biasiswa Chee Swee Ching.  Tun Fuad boleh bertutur dan menulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris, selain boleh bertutur dalam bahasa Bajau dan Hakka.

Tun Fuad mula bekerja sebagai guru. Pada tahun 1941, beliau berhenti untuk pergi ke Singapura kerana ingin memasuki Latihan Udara British, tetapi beliau tidak berjaya.  Beliau kemudian berkhidmat dengan Syarikat Straits Trading Company di bawah pengurusan Sir John Bagnell.  Seterusnya beliau memasuki Pasukan Pertahanan Singapura(Volunteer Force) dan bekerja di sebuah Restoran Jepun di Singapura sehinggalah penaklukan Jepun ke atas Tanah Melayu, Singapura dan Borneo.

Selepas Perang Dunia Kedua tamat pada tahun 1945, Tun Fuad bekerja sebagai kontraktor membekalkan kayu balak untuk kerja-kerja pembangunan kepada Jabatan Kerja Raya.  Selepas itu, beliau telah menjadi pemberita bagi North Borneo News (NBN) di Daerah Pantai Barat, Borneo Utara.
Pada tahun 1953, Tun Fuad menubuhkan The Sabah Times.  Beliau telah menggabungkan North Borneo Newsdengan The Sabah Times beberapa bulan kemudian dan menamakannya sebagai North Borneo News and Sabah Times.  Beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Perundangan Negeri pada tahun 1955.

Tun Fuad adalah salah seorang yang memainkan peranan penting dalam membawa Sabah menyertai Malaysia.  Beliau merupakan salah seorang daripada ahli yang terlibat dalam perbincangan tersebut termasuk Tunku Abdul Rahman, Ong Kee Hui, iaitu Pengasas Sarawak United People’s Party (SUPP); Lee Kuan Yew, Ghani Gilong dan lain-lain lagi.

Tun Fuad pernah dianugerahkan Panglima Mangku Negara yang membawa gelaran”Tan Sri” pada tahun 1970.  Selain itu, beliau juga dianugerahkan Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.) yang membawa gelaran “Datuk Seri Panglima” pada tahun 1963; Panglima Negara Bintang Sarawak (P.N.B.S.) pada tahun 1964 dan Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) yang membawa gelaran “Tun” pada tahun 1974.  Sumbangan beliau dalam dunia kewartawanan juga dihayati melalui anugerah “The Malaysian Press Institute: Tokoh Wartawan Negara” yang disampaikan secara Posthumous ketika itu oleh Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1998


 YDPN KEEMPAT 
TYT TUN HJ MUHAMMAD HAMDAN @ INDAN BIN KARI  SMN SPDK 
(Aug 1975 - Oct 1977)

Tun Datuk Mohd. Hamdan bin Abdullah dilahirkan pada 22 Februari 1922 di Kampung Labuaya, Tuaran kira-kira 34 km dari Bandar Kota Kinabalu.  Semasa lahir beliau diberi nama Indan bin Kari, satu nama yang indah dan manis mengikut sebutan suku kaum Dusun Lotud.  Beliau merupakan Anak kepada O.K.K. Kari bin Angur, seorang bekas anggota polis yang pernah berkhidmat di Pulau Gaya.  Ibu beliau bernama Boyod binti Umpun, seorang suri rumah yang juga merupakan seorang petani yang mengusahakan sawah padi dan menanam tanaman lain seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.Walau bagaimanapun, ayah Tun Hamdan meninggal dunia ketika beliau hanya tiga bulan di dalam kandungan ibunya dan beliau merupakan anak kedua daripada tiga orang adik-beradiknya.
Tun Hamdan dibesarkan oleh ibu dan bapa saudaranya O.K.K. Anggor sehingga tamat darjah lima di Sekolah St. John, Tuaran.  Kemudiannya sepanjang tahun 1935-1940, beliau menerima pendidikan di Sekolah Vernakular Kerajaan (Government Vernacular School), Tuaran. Tun Hamdan telah dijodohkan oleh ahli keluarganya dengan seorang gadis dari suku kaum yang sama dengannya iaitu Datin Selisir binti Judi.  Hasil dari perkahwinan ini mereka dikurniakan sepasang cahaya mata masing-masing bernama Lintang dan Tahira.  Selain daripada itu Tun Hamdan juga mengambil beberapa orang anak angkat yang mempunyai ikatan kekeluargaan dengan beliau.  Datin Selisir walaupun seorang yang tidak beragama (pagan) tetap kekal menjadi isteri Tun Hamdan sehingga beliau meninggal dunia pada 10 Oktober 1977.  Datin Selisir binti Judi menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Kampung Selupuh Tuaran pada tahun 2003. 
Pada tahun 1962, Tun Hamdan telah berkahwin untuk kedua kalinya dengan gadis pilihan hati beliau yang ketika itu baru berusia 18 tahun bernama Toh Puan Dulimah binti Ampit.  Beliau berasal dari Kampung Bantayan, Tamparuli juga dari suku kaum Dusun Lotud.  Perkahwinan ini juga kekal sehingga ke akhir hayat Tun Hamdan.  Mereka dikurniakan dengan empat orang cahaya mata iaitu tiga orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. 
Tun Hamdan mula berkhidmat di bawah Syarikat Berpiagam Borneo Utara sebagai Kerani Anak Negeri (Native Clerk ) di beberapa daerah seperti Papar, Penampang, Persiangan dan Tambunan pada tahun 1941.  Pada tahun 1947, beliau dinaikkan pangkat sebagai Ketua Anak Negeri Kelas II (Native Chief Class II ) di Tuaran.  Pada tahun 1958, Tun Mohd. Hamdan telah dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Daerah (District Chief ).
Pada 28 Julai 1975, Tun Hamdan dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah yang keempat menggantikan Tun Fuad Stephens yang meletakkan jawatan untuk melibatkan diri secara langsung di dalam arena politik dengan menyertai parti BERJAYA.  Tun Hamdan merupakan anak suku kaum Dusun Lotud yang pertama dilantik menjadi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah.  Selain itu, Tun juga aktif dalam kerja-kerja kebajikan dan berusaha memajukan rakyat terutama golongan petani dan penduduk di luar bandar.  Beliau sering kali mengadakan upacara “mikorot” (blood brothers) untuk mempererat perhubungan dengan masyarakat tempatan.  Beliau juga gemar mengadakan majlis keramaian di rumah beliau di Sri Sulaman agar beliau dapat berjumpa dengan masyarakat setempat untuk memantau hal kemajuan dan masalah mereka.  Dari segi pembangunan pula, beliau sering memberi penekanan terhadap pembangunan projek bukan sahaja di bandar-bandar tetapi juga di kawasan luar bandar.  Ini adalah berdasarkan kepada pengalaman secara langsung, pemerhatian serta pengetahuan luas yang beliau miliki sepanjang tempoh bertugas dari peringkat bawah sebagai Kerani Anak Negeri sehinggalah beliau menjadi Ketua Negeri Sabah.

 YDPN KELIMA 
TYT TUN HJ AHMAD BIN KOROH SMN SPDK 
(12 Oct 1977 - 25 June 1978)



Tun Datuk Haji Ahmad Koroh telah dilahirkan di Kampung Limbawan, daerah Keningau pada 1 Januari 1925.  Bapanya, O.K.K. Koroh bin Santulan pernah berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Daerah Persiangan semasa pemerintahan British.  Ibunya, Isah Maria binti Santul ialah adik kepada G.S. Sundang dan O.K.K. Sedomon Gunsanad.  Tun Ahmad dilahirkan dalam keluarga yang sederhana dan merupakan anak kedua dari lapan orang adik-beradik iaitu Daisy, Juliana, Tan Sri Suffian, Agnes, Angeline, Agnetius dan Benedict.  Nama Tun yang asal ialah Thomas Koroh.

Ketika berusia tujuh tahun, beliau mula bersekolah di Sekolah Kerajaan Vernakular Melayu (Government Vernacular School), Keningau.  Tun kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Sekolah All Saint’s pada tahun 1939.  Pada tahun 1961, Tun Ahmad telah melanjutkan pelajaran dalam bidang Kerajaan Tempatan dan Awam (Public and Local Administration) di Australia di bawah Biasiswa Rancangan Colombo.  Pada tahun 1964, Tun memperoleh Diploma Pentadbiran Awam dan Sosial dari Torquay, England.

Isteri Tun Ahmad, Philippa Matamit @ Sinirun telah meninggal dunia pada tahun 1947 ketika melahirkan anak mereka yang kedua.  Tun Ahmad kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Datin Salamah binti Datuk Hj. Said Besar dan dikurniakan seramai lapan orang anak.  Tun Ahmad kemudiannya berkahwin pula dengan Hajah Hamidah Datuk Fadzil dan dikurniakan seorang anak perempuan. Semasa pendudukan Jepun (1942-1945), Tun Ahmad berkhidmat dalam pentadbiran awam.  Selepas Perang Dunia Kedua tamat, beliau bekerja sebagai kerani stor, jurutaip dan jurubahasa dalam Pemerintahan Tentera British (British Military Administration) di Borneo Utara.

Pada tahun 1963, semasa proses pembentukan Malaysia sedang berjalan, Tun Ahmad telah mengikuti rombongan Parti Pasok Momogun ke Kuala Lumpur atas undangan Kerajaan Malaya.  Tun juga bertindak sebagai jurubahasa kepada Suruhanjaya Cobbold kerana beliau fasih berbahasa Melayu, Kadazandusun, Inggeris dan Murut. Pada tahun yang sama, Tun Ahmad Koroh juga telah dilantik sebagai Penolong Pegawai Daerah Kunak selama tiga tahun.  Pada tahun 1966, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Daerah Tenom sehingga beliau bersara dari Perkhidmatan Awam pada tahun 1971.  Selepas bersara, Tun Ahmad telah terlibat dalam bidang perniagaan. 

Pada tahun 1977, Tun Ahmad Koroh telah dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri Sabah yang Kelima bagi menggantikan Tun Hamdan Abdullah yang meninggal dunia pada tahun yang sama. Jawatan lain yang pernah dijawat oleh Tun Ahmad Koroh ialah Majistret, Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Penaung Pengakap dan Persatuan Perubatan Sabah serta Presiden Kelab Kinabalu dan Kelab Rotary. Kegemaran Tun Ahmad ialah bermain golf, mengembara, memancing, menunggang kuda, membaca buku dan menangkap burung.
Tun telah meninggal dunia pada 25 Jun 1978 iaitu hanya setahun selepas dilantik sebagai Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah.




 YDPN KEENAM 
TYT TUN HJ MOHAMMAD ADNAN @ MICKEY ROBERT BIN ABDULLAH SMN SPDK SPMP DUPN DP 
(27 June 1978 - 31 Dec 1986)

Tun Datuk Haji Mohammad Adnan Robert dilahirkan pada 10 September 1917 di Kota Kinabalu.  Nama asal Tun ialah Mickey Robert.  Beliau berumahtangga pada tahun 1942 dengan Datin Mariam Tseu dan mereka mempunyai tiga orang anak lelaki; Jonathan, Napier, James serta tiga orang anak perempuan; Ainslie, Janny, dan Arlene.  Tun pandai bertutur dalam beberapa bahasa, seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Cina, Murut dan Kadazandusun.

Tun Mohammad Adnan memulakan kerjayanya pada tahun 1937, sebagai Pembantu Hospital (Probationary Dresser) di Sandakan, Ranau, Keningau dan Kota Kinabalu (Jesselton).Beliau kemudiannya menyertai perkhidmatan awam pada tahun 1949 dengan bertugas sebagai Penolong Pegawai Daerah di Pensiangan selama setahun.  Kemudiannya beliau telah dilantik sebagai Penolong Pegawai Daerah di beberapa kawasan pendalaman, misalnya Pensiangan (1951), Beaufort (1954), Ranau (1956), Penampang (1960), dan Lamag, Kinabatangan (1961).

Pada tahun 1963, Tun Adnan telah dinaikkan pangkat sebagai Pegwai Pembangunan (Development Officer) di Jabatan Tanah dan Ukur Keningau.  Kemudiannya pada 1965, beliau telah dilantik sebagai Pegawai Daerah Papar.  Seterusnya pada tahun 1966, Tun Adnan telah dipilih bertugas di Semenanjung Malaysia di bawah Rancangan Pertukaran Pegawai Kerajaan.  Beliau ditugaskan sebagai Penolong Pegawai Daerah Kampar, Perak. Sekembalinya dari Semenanjung, Tun Adnan telah ditugaskan di Kementerian Kewangan sebagai Setiausaha Pembangunan Negeri.  Pada tahun 1968, beliau dilantik sebagai Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Tun Adnan telah bersara pada tahun 1972 dan beliau diambil semula untuk bekerja selama enam bulan di Kementerian Pembangunan Perindustrian.

Tun Adnan dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah keenam pada 27 Jun 1978.  Beliau dikenali sebagai seorang yang berjiwa rakyat, sering membuat kunjungan lawatan ke seluruh negeri Sabah.  Pada 5 Oktober 1980, Tun Adnan bersama Toh Puan telah berangkat ke Mekah untuk menunaikan fardhu Haji.

Hobi Tun Mohammad Adnan pada masa lapang termasuk menunggang kuda, bermain bola tampar, bola sepak dan badminton.  Beliau juga merupakan Penaung kepada Persatuan Bulan Sabit Merah, Cawangan Sabah.
Di antara anugerah yang Tun Adnan telah terima adalah : Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.) yang membawa gelaran “Datuk Seri Panglima” ; Darjah Kebesaran Negeri Sarawak yang membawa gelaran “Datuk Patinggi” (D.P.) pada 1980 ; Darjah Utama Pangkuan Negeri (D.U.P.N.) daripada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang membawa gelaran “Dato Seri” pada 1980 ; Setia Paduka Mahkota Perlis (S.P.M.P.) yang membawa gelaran “Dato” pada tahun 1978 dan Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) yang membawa gelaran “Tun” pada tahun 1979.
Tun Mohamad Adnan terus berkhidmat sebagai Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah untuk dua penggal dan bersara pada tahun 1987.  Tun Mohamad Adnan meninggal dunia pada tahun 2003.

 YDPN KETUJUH 
TYT TUN HJ MOHAMMAD SAID BIN KERUAK SMN PMN SPDK PGDK 
(01 Jan 1987 - 31 Dec 1994)


Tun Datuk Haji Mohd. Said bin Keruak telah dilahirkan pada 15 November 1926 di Kampung Pirasan, Kota Belud.  Ayahnya ialah O.K.K. Keruak bin Beruk, iaitu Ketua Anak Negeri.  O.K.K. Keruak telah meninggal dunia ketika Tun Said hanya berumur empat tahun.  Ibunya bernama Dampok binti Andarsi. Tun Said mendirikan rumah tangga dengan Toh Puan Hjh. Bandong Hasbollah, iaitu anak perempuan O.K.K. Hasbollah dari Kota Belud.  Hasil perkahwinan ini, mereka dikurniakan lima orang anak yang terdiri daripada empat orang perempuan dan seorang lelaki.  Anak pertama ialah Datin Jahah Saidatul Badru, kedua ialah Datin Sandralilah, anak ketiga ialah Datuk Mohd Salleh, anak keempat ialah Puan Saidatul Badariah dan anak bongsu Hajah Zainoriah.  Tun Said adalah seorang suami dan ayah yang penyayang.  Walaupun sibuk dengan tugas rasmi, beliau akan membahagikan masanya bersama-sama dengan keluarga tercinta.

Tun Said mempunyai nama panggilan mesra dalam keluarga, iaitu “Sitam” dan ini merupakan panggilan mesra dari arwah emaknya.  Tun Said juga digelar sebagai “Muhammad Said” di kalangan sahabat handai.  Beliau meminati sukan sejak remaja, seperti bermain bola sepak, badminton dan tenis.  Beliau juga gemar mendengar cerita rakyat dan mahir bermain muzik tradisional. Tun Said dikenali sebagai seorang yang bersopan santun, menghormati orang tua, penyabar, suka membantu kawan-kawannya, pemurah, suka bergaul dengan masyarakat tanpa mengira status dan pangkat.  Tun Said boleh bertutur dengan fasih dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Bajau, serta berbahasa Dusun, Jepun, Hokkien dan Hakka. Tun Said telah mula bersekolah ketika berusia tujuh tahun.  Beliau menghadiri Sekolah Rendah Kerajaan Kota Belud sehingga darjah lima pada tahun 1941.  Ini merupakan kelulusan akademik tertinggi dalam sistem persekolahan vernacular di bawah pemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara di Kota Belud.  Pada tahun 1941, Tun Said mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang pertanian di Maktab Pertanian Kuching.  Tun Said juga menghadiri kelas malam untuk mempelajari bahasa Inggeris pada tahun 1947 dan seterusnya melanjutkan pelajaran di London selama setahun dalam bidang pentadbiran dan pengurusan.

Tun Said mula menyertai perkhidmatan awam pada tahun 1941 di bawah pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara.  Jawatan pertamanya adalah sebagai Kerani Percubaan di Pejabat Daerah Papar.  Semasa pendudukan tentera Jepun ke atas Borneo Utara, beliau telah menjadi Penolong Bendahari di Jesselton di bawah Kerajaan Tentera Jepun.  Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, Tun Said telah kembali bertugas sebagai kerani di Pejabat Daerah Kota Belud.  Pada 1960-an, beliau dinaikkan pangkat menjadi Setiausaha Majlis Tempatan Daerah Kota Belud dan juga dilantik sebagai Ahli Tidak Rasmi Majlis Perundangan Negeri (Unofficial Member of the Legislative Council).  Beliau terkenal dengan sifat bertanggungjawab semasa menjalankan tugasnya.  Beliau sentiasa memastikan kerja-kerja diuruskan dengan baik dan bersedia membuat tinjauan ke kampung-kampung semasa menjalankan tugas.

Tun Said telah dianugerahkan Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) yang membawa gelaran “Tun” , Panglima Mangku Negara (P.M.N.) yang membawa gelaarn “Tan Sri” dan juga Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.) yang membawa gelaran “Datuk Seri Panglima”.

Tun Said telah dilantik sebagai Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah yang ketujuh pada tahun 1987 dan bersara pada tahun 1995.  Tun meninggal dunia pada November tahun yang sama.


 YDPN KELAPAN 
TYT TUN DATUK SERI PANGLIMA HAJI SAKARAN BIN DANDAI  SMN PSM SPDK SSAP DUNM PGDK  ADK JP
(01 Jan 1994 - 31 Dec 2002). 


Tun  Datuk Seri Panglima Haji Sakaran bin Dandai dilahirkan pada 15 April 1930 di Kampung Air, yang terletak di persisiran pantai Daerah Semporna, iaitu sebuah perkampungan orang Bajau.  Nama asal Tun  Sakaran ialah Hashim (kemudian dinamakan Sakaran).  Ayah beliau ialah Dandai bin Ajibuddin bin Jamaluddin, keturunan Bajau.  Tun mempunyai Sembilan orang adik-beradik iaitu dua orang lelaki dan tujuh orang perempuan.Tun Sakaran telah mendirikan rumah tangga dengan Toh Puan Hajah Siti Rukaiyah binti Datuk Panglima Abdullah.  Mereka dikurniakan dua belas orang anak termasuk tujuh orang anak daripada perkahwinan pertamanya, (isteri pertamanya bernama Halimah meninggal dunia pada tahun 1964). 

Anak-anak mereka bernama Asiah, Asmah, Nasir, Aisah, Hj. Omar, Hj. Abdul Rahman, Hj. Jamal, Shamsiah, Hajah Saleha, Hj. Mohd. Suffian, Hj. Razak dan Hj. Mohd Arif. Tun Sakaran mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Semporna (1937-1941).  Pada masa Pendudukan Jepun, beliau sempat belajar dalam persekolahan Jepun dan menyambung semula di Government Vernacular School, Semporna.  Selain itu, beliau juga mendalami bidang agama dari 1945-1948.  Antara guru-guru agama yang pernah mengajarnya ialah ulama dari Arab, Indonesia dan orang tempatan.

Tun Sakaran memulakan tugas dalam perkhidmatan awam sebagai Kerani Anak Negeri (Native Clerk) di Pejabat Daerah Semporna pada 31 Ogos 1948.  Pada tahun 1950, Tun Sakaran telah ditukarkan oleh Kerajaan British untuk bertugas di Pulau Tambisan, Lahad Datu.  Beliau kemudiannya ditukar ke Semporna dan pada tahun 1958 telah sekali lagi ditukarkan ke Pejabat Daerah Tuaran (Pejabat Tanah).  Pada awal tahun 1959, beliau ditukar kembali ke Semporna dan menjawat jawatan Pemangku Kerani Besar. Pada awal tahun 1960, Tun Sakaran telah dilantik menjadi Ketua Anak Negeri (Native Chief) di Semporna.  Jawatan ini merupakan salah satu daripada jawatan tertinggi yang dapat dicapai oleh kalangan peribumi semasa pemerintahan British di Sabah.  Tun Sakaran merupakan Ketua Anak Negeri yang paling muda pada masa itu.  Beliau selalu memberi perhatian terhadap pembangunan pendidikan di Semporna, khasnya kerana pada masa itu hanya 35% kanak-kanak dalam lingkungan umur bersekolah dihantar ke sekolah.  Beliau kemudiannya telah membantu dalam mendirikan lebih banyak Sekolah Rakyat untuk meningkatkan taraf pendidikan penduduk Semporna.

Tun Sakaran juga amat berjasa dalam mengasaskan pembukaan Rancangan Pulau Semporna, Mentaritip Pegagau dan Lihak-Lihak.  Dalam kesempatan inilah beliau banyak menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman sebagai pentadbir dan pemimpin.  Beliau terus berkhidmat sehingga bersara daripada perkhidmatan awam pada tahun 1967.

Tun Sakaran pernah menyandang beberapa jawatan penting dalam Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA).  Beliau turut melibatkan diri dalam khidmat kebajikan dan telah mengilhamkan penubuhan Yayasan SABDI.  Matlamat utama penubuhan Yayasan SABDI adalah untuk berkhidmat kepada masyarakat, khususnya masyarakat Islam demi meningkatkan taraf sosioekonomi dan pendidikan serta menyebar kesusasteraan Islam khususnya di Semporna dan amanya keseluruh negeri.

Pada 1 Januari 1995, Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran bin Dandai telah dilantik sebagai T.Y.T. Yang di-Pertua Negeri Sabah Kelapan dan perkhidmatannya untuk penggal kedua telah disambung berkuatkuasa dari 1 Januari 1999 sehingga 31 Disember 2002.


 YDPN KESEMBILAN 
TYT TUN DATUK SERI PANGLIMA HAJI AHMADSHAH BIN ABDULLAH SMN SPDK DP PGDK ASDK KMN JP
(01 Jan 2002 - 31 Dis 2011)

Gambar TYT Baju No.1.jpg


Tun Datuk  Seri Panglima Ahmadshah Abdullah dilahirkan  pada 9 Disember 1946  di Inanam, Kota Kinabalu adalah Yang Di-Pertua Negeri Sabah ke 9 bermula mulai 1 Januari 2003. Beliau anak bongsu dalam enam adik-beradiknya.
Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah memulakan persekolahan di Government Primary School Darau, Menggatal pada 1952 dan menamatkan sekolah menengah pada tahun 1967 di La Salle Secondary School, Tanjung Aru, Kota Kinabalu. Beliau memperolehi Diploma in Development Administration dari South Devon College, U.K. dan Sarjana Muda Sains (Sains Politik) dari Indiana State University U.S.A.
Beliau memulakan karier sebagai Pegawai Kastam di Kastam DiRaja Malaysia, Kota Kinabalu pada 1 Mac 1968. Kemudiannya, beliau dilantik sebagai Pegawai Kerja (Luar Bandar) dan ditukar ke Pejabat Daerah Beaufort sebagai Penolong Pegawai Daerah  (Luar Bandar) pada 10 November 1969. 
Beliau pernah dipinjamkan Ke Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) sebagai Ketua Pegawai Tadbir LPN dari 14 April 1979 hingga Julai 1983. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (1983). Beliau kemudiannya diterima dalam perkhidmatan agama dengan dilantik sebagai Pegawai Dakwah Majlis UgamaIslam Sabah (MUIS) dari Oktober 1986 hingga Januari 1988 dan Setiausaha MUIS dari Januari 1988 hingga Jun 1994. 
Kemudiannya, beliau dilantik sebagai Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan di Jabatan Ketua Menteri (1994 hingga 1995) dan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (16 Disember 1995 hingga Mac 1998). Beliau pernah menyandang jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pentadbiran) Negeri Sabah mulai 21 Mac 1998 hingga beliau bersara pada 8 Disember 2002. 
Pada 1 Januari 2003 beliau telah mengangkat sumpah sebagai Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah ke-9 di hadapan DYMM SPB Yang DiPertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail. 
Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah Bin Abdullah telah dianugerahkan bintang kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara, Seri Panglima Darjah Kinabalu, Datuk Patinggi Bintang Kenyalang, Panglima Gemilang Darjah Kinabalu, Ahli Setia Darjah Kinabalu, Kesatria Mangku Negara dan Jaksa Pendamai. Pada 16 Julai 2008 lalu, beliau menerima Darjah Mahkota Kedah (DMK) membawa gelaran Datuk Seri Utama dari Sultan Kedah sempena ulangtahun Jubli Emas pemerintahan baginda di negeri Darul Aman itu.
Beliau telah mendirikan rumahtanggan dengan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Dayang Masuyah binti Awang Japar dan telah dikuniakan tiga orang anak lelaki dan seorang anak perempuan.





 YDPN KESEPULUH 
TYT TUN DATUK SERI PANGLIMA HAJI JAUHAR BIN MAHIRUDDIN SMN SPDK PJN PGDK ASDK JP
(1 Jan 2011 - kini)


Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Bin Haji Mahiruddin dilahirkan pada 5 November 1953 di Kampung Tambisan, Sandakan, Sabah. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Sastera (Undang-Undang) dari The Polytechnic, Wolverhampton (1980) dan Barrister-At-Law, Lincoln’s In London (1981).
Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar memulakan kariernya dalam Perkhidmatan Awam apabila beliau dilantik menjadi Majistret Kelas Pertama pada tahun 1982. Beliau dilantik menjadi Setiausaha Politik pada tahun 1986 hingga tahun 1989. Pada tahun 1990, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar telah diberi kepercayaan untuk bertanding dan menang di kawasan Parlimen Kinabatangan dan beliau kekal sebagai Ahli Parlimen kawasan tersebut sehingga 1999. Dalam tempoh yang sama beliau juga telah dilantik memegang jawatan Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat. Selaku Ahli Parlimen dan Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, beliau telah menyertai banyak Persidangan Antarabangsa dan Lawatan Ahli Parlimen di dalam dan luar Negara. Beliau telah dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah mulai tahun 2002 hingga 2010.
Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Bin Haji Mahiruddin telah mendirikan rumah tangga dengan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datin Seri Panglima Hajah Norlidah Binti Datuk R.M. Jasni dan dikurniakan dua (2) orang anak lelaki dan dua(2) anak perempuan.



GABENOR/YDP NEGERI 
SARAWAK

 GABENOR PERTAMA 
TYT TUN HAJI ABANG OPENG BIN ABANG SAPIE SMN PNBS SPDK  
(16 Sep 1963 – 28 Mac 1969)

Tun Abang Haji Openg was the first Yang Dipertua Negeri of Sarawak. He was born in 1905 at Kuching, Kingdom of Sarawak. He was appointed as the Yang Dipertua Negeri of Sarawak on 16th September 1963 and holds the title until his death on 28th March 1969.


 GABENOR KEDUA 
TYT TUN TUANKU HAJI BUJANG BIN TUANKU HAJI OTHMAN  SMN PSM PNBS 
(2 Apr 1969 – 1 Apr 1977)


Tun Tuanku Bujang bin Tuanku Othman was the second Yang Dipertua Negeri of Sarawak. He was born in 1898 at Sibu, Sarawak. He was educated in Malay School and later joined the Sarawak Civil Service as a Native Officer in 1934. He was awarded the title of "Datu" in June 1954, and a year later (1955) was promoted to Sarawak Administrative Service as an Officer. He retired from Sarawak Government Civil Service in December 1960.  After his retirement from the Civil Service he becamed the President of Barisan Ra'ayat Jati Sarawak (BARJASA) in 1962, a political party in favor of formation of Malaysia. After the establishment of Malaysia, he was appointed as Senator in 1963, and was awarded with the title "Tan Sri". 
He was appointed as the Yang Dipertua Negeri of Sarawak on 2 Apr 1969 to succeed Tun Abang Haji Openg who died in Nov 1969. He was appointed as the Yang Dipertua Negeri for the second term in 1973. His holds the title until the end of his term in 1977. He died at Kuching, Sarawak on 28th November 1986.



 YDPN KETIGA 
TYT TUN DATUK PATINGGI ABANG SALAHUDDIN BIN ABANG BARIENG SMN DP  
(2 Apr 1977 - 1 Apr 1981)

Photobucket


 YDPN KEEMPAT 
TYT TUN DATUK PATINGGI DR HAJI ABDUL RAHMAN BIN YAAKUB SMN DP SIMP SPMK SPMS SSDK SPMP SPDK PNBS 
(2 Apr 1981 - 1 Apr 1985)



Tun Datuk Patinggi Abdul Rahman bin Ya’kub was the fourth Yang Dipertua Negeri of Sarawak. He was born on 3rd January 1928 at Kampung Jepak, Bintulu, Sarawak. His father was a fisherman. He is also an uncle of Pehin Tan Sri Taib Mahmud, the current Chief Minister of Sarawak. He first attended a Malay school and then the Sekolah Anchi in Miri. His father, who wished that Rahman Ya'kub be given an Islamic education, attempted to send him to the Al-Juned Arabic School in 1939 but due to the outbreak of World War 2 he then transferred to St. Joseph Miri, but his studies was cut short by the Japanese invasion. At a young age, he learnt the Japanese martial art Aikido and was able to also meet Morihei Ueshiba, the founder of  Aikido. Then he worked as an oil-tester for the Sarawak Shell Company and a school teacher before being accepted as a Native Officer in the Sarawak Civil Service in 1948.

He was the first Bumiputera from Sarawak that graduated as a lawyer in 1958 from Lincoln's Inn.  He graduated from the University of Southampton, UK as a trained lawyer and worked as the Deputy Public Prosecutor in the Sarawak Legal Department from 1959 to 1963. He was appointed as the Yang Dipertua Negeri of Sarawak on 2nd April 1981. He completed his term as Yang Di Pertua Negeri on 1st April 1985 to return active in Sarawak politic.
The first PM, Tunku Abd Rahman brought Rahman Ya'kub into politics while the second Prime Minister Tun Razak mentor him. Rahman was the deputy Lands and Mines Minister in the 1960s. He was an education minister before he returned to Sarawak to become the chief minister in 1970. He made a bold move by changing the medium of instruction for all the schools and higher learning institutions from English to the Malay language.  He is also credited for the creation of UKM in 1970.
He was one of the people who proposed that Malaysia should create their own oil company, now known is Petronas. Rahman Ya'kub also founded the now defunct Bank Utama Berhad in Malaysia
He won the Kuala Rajang state constituency during the resumption of 1969 state election  in representing Parti Bumiputera Sarawak (BUMIPUTERA), which was part of the Sarawak Alliance. After the election, there was not any party holding a clear majority. However, he was able to convince SUPP to form a coalition government with him as the Chief Minister. He was called by Tun Razak to tackle the communist insurgency in Sarawak.
Tun Rahman quit as chief minister after undergoing heart surgery in London in 1981.


 YDPN KELIMA 
TYT TUN DATUK PATINGGI DR HAJI MOHD ZAIDI ADRUCE BIN HJ MOHAMMAD NOR SMN DP PNBS SPDK
(2 Apr 1985 – 5 Dec 2000)


Tun Ahmad Zaidi Adruce bin Muhammed Noor was the fifth Yang Dipertua Negeri of Sarawak. He was born on 29th March 1924 at Sibu, Kingdom of Sarawak. He was appointed as the Yang Dipertua Negeri of Sarawak on 2nd April 1985. He was the longest serving Yang Dipertua Negeri in Malaysia, held the title for 15 years until his death on 5 December 2000.



 YDPN KEENAM 
TYT PEHIN TUN HAJI ABANG MOHAMMAD SALAHUDDIN BIN ABANG BARIENG SMN DP SPMP SPDK DUNM PCD 
(22 Feb 2001 – 28 Feb 2014)
KALI KEDUA


Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin bin Abang Barieng was the third and sixth Yang Dipertua Negeri of Sarawak. He is the first person to serve twice as Yang Dipertua Negeri. He was born on 27th August 1921 at Kampung Nangka, Sibu, Kingdom of Sarawak.
He was first appointed as the Yang Dipertua Negeri of Sarawak on 2nd April 1977. He served for a single 4-year term until 2nd April 1981. In 2000, he was the Acting Governor of Sarawak while Tun Ahmad Zaidi Adruce was ill. After Tun Ahmad Zaidi Adruce died, Tun Abang Muhammad Salahuddin was reappointed permanently as the Yang Dipertua Negeri on 22nd February 2001.

 YDPN KETUJUH 
TYT PEHIN TUN HAJI ABDUL TAIB BIN MAHMUD SBS SMN DP PSM SPMP SPDK DUNM PCD SPMB KTWE KOU AO
(01 Mac 2014 – hari ini)


Tan Sri Abdul Taib Mahmud, born in Miri on May 21, 1936, is the fourth Chief Minister of Sarawak.
He also holds the portfolios of the state Minister of Finance and the Minister of Planning and Resource Management. He is the President of Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) and chairman of state Barisan Nasional.

Abdul Taib was educated at St Joseph's Primary School in Miri and St. Joseph's Secondary School in Kuching, after which he gained a Colombo Plan scholarship to study law at the University of Adelaide.

Abdul Taib graduated with a Bachelor of Laws in 1960 and continued his education at the Harvard International Summer Course.

Following his return to Sarawak, Abdul Taib worked as the Crown Council from 1962 to 1963, after which he was appointed member of the State Legislative Council and became Minister of Development and Forestry in 1966. Abdul Taib was elected a Member of Parliament for the Samarahan constituency in 1970.

Abdul Taib has held various ministerial positions with the Federal Government.

Among the appointments were Deputy Minister in the Prime Minister’s Department from 1970 to 1972, Minister of Primary Industries in 1972, Minister of General Planning and Socio-Economic Research in 1974 and Minister of Information and Special Function in 1975. In 1978, Abdul Taib became Minister of Primary Industries before taking the position of Minister of Defence. Abdul Taib became Deputy President of Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) in 1973.

In 1981, aged 45, Abdul Taib became the fourth Chief Minister of Sarawak, and has since become Sarawak’s longest-serving chief minister. In the same year, Abdul Taib assumed office as President of the PBB after winning the Sebandi by-election.

The Sebandi seat was held by Abdul Taib until 1996, when he moved to the Balingian constituency at the request of people in his ancestral town.

Abdul Taib married Laila Chalecki (Toh Puan laila binti Abdullah) in Adelaide in January 1959 until her demise in March 2009 and the couple had four children - Jamilah Hamidah, Mahmud Abu Bekir, Sulaiman Abdul Rahman and Hanifah Hajar.

He married Raghad Kurdi in December 2010






No comments:

Post a Comment